Pemandulan (Vasektomi)
i) Lelaki
Pemandulan Lelaki (Vasektomi) merupakan kaedah kekal bagi memandulkan lelaki.
Ia boleh dilakukan melalui pembedahan kecil pada bahagian ‘scrotum’ untuk memotong dan mengikat vas deferens bagi menghalang pengaliran sperma daripada epididimis
Bilakah Vasektomi dianggap efektif sebagai kaedah kontraseptif?
Selepas 3 bulan pembedahan vasektomi
Dalam tempoh 3 bulan ini, hubungan seks dibolehkan dengan syarat klien atau pasangannya mengambil kaedah kontraseptif tambahan
Analisa spesimen air mani dilakukan untuk pengesahan keberkesanan vasektomi selepas 3 bulan pembedahan vasektomi
Pemandulan (BTL)
ii) Wanita
Pembedahan pemandulan adalah kaedah kekal dimana kedua-dua saluran fallopio diikat dan dipotong ataupun diklip. Dengan cara ini telur wanita dihalang dari menemui sperma lelaki
Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.
0 komen yang kalian berikan, tqsm..:
Post a Comment