Followers

Saturday, February 6, 2010

Pil Merancang Keluarga

Pil kontraseptif mengandungi hormon-hormon tertentu yang berfungsi untuk mencegah kehamilan

Cara berfungsi
  •     Estrogen menghalang berlakunya pengeluaran telur (ovulasi dari ovari)
  •     Dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin
  •     Progestogen menjadikan cairan serviks lebih pekat dan ini menghalang kemasukan sperma ke   dalam rahim
Bilakan pil ini boleh dimulakan?

i) Boleh dimulakan pada hari pertama hingga kelima haid. Tidak perlu perlindungan tambahan kontraseptif
ii) Boleh digunakan bila-bila masa dengan syarat ibu tidak hamil. Jika haid melebihi 5 hari, klien perlu mengelakkan hubungan seks atau menggunakan kontraseptif tambahan (Kondom) untuk tempoh 7 hari berikutnya.
iii) Klien amenorhoea (Tiada haid) boleh dimulakan bila-bila masa dengan syarat tidak hamil. Elak hubungan seks atau menggunakan kontraseptif tambahan.
iv) Ibu selepas bersalin melebihi 6 bulan dan tiada haid, boleh mulakan seperti kes amenorhoea.
v) Ibu yang mengalami keguguran selepas disahkan oleh doktor boleh mulakan serta merta
vi) Ibu yang menyusukan anak digalakkan menggunakan Pil Progestogen (Noriday)
vii) Boleh dimulakan pada minggu ke 4 bagi ibu yang tidak menyusukan anak
viii) Bagi kes yang bertukar dari kaedah tanpa hormon (IUCD), pil ini boleh dimulakan dalam masa 5 hari permulaan haid.

Terdapat 2 jenis pil perancang

  • Pil kombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progestogen ) contoh marvelon, nordette, mercilon dan loe'tte - setiap paket mengandungi 21 biji
Cara amalannya:

a) Makan sebiji pil setiap hari pada waktu yag sama selama 21 hari berturut-turut
b) Mulakan pada hari pertama hingga kelima haid sehingga habis 21 biji
c) Rehat 7 hari sebelum mulakan peket yang baru


  • Pil progestogen sahaja seperti noriday, sesuai untuk ibu menyusukan anak. Setiap peket mempunyai 28 biji
Cara amalannya:

a) Makan sebiji pil setiap hari pada waktu yag sama selama 28 hari berturut-turut
b) Teruskan peket baru sebaik pil habis dimakan (Tiada waktu rehat)

 








0 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink