Followers

Thursday, April 29, 2010

Faktor Risiko Kanser Serviks

Gambar Hiasan
Aku pasti ramai ibu diluar sana segan untuk menjalani ujian pap smear.  Mungkin disebabkan sifat malu yang menebal membuatkan ramai dikalangan kita yang mengidap 'Kanser Serviks' secara diam dan apabila dikesan positif kanser, ia sudahpun pada peringkat yang teruk.

Tidak dinafikan, bangsa asing terutama kaum cina amat menitik berat mengenai tahap kesihatan berbanding dengan kaum melayu.. Nape ye..??

Perlu diingatkan:-
Semua wanita yang pernah melakukan hubungan seks terutamanya dalam lingkungan umur 20 - 65 tahun adalah berisiko untuk mendapatkan kanser serviks dan perlu menjalani ujian pap smear.

Risiko Kanser Serviks lebih tinggi jika:-
  • Tabiat Seks - memulakan hubungan seks pada usia yang muda atau mempunyai pasangan seks yang ramai (rambang) @ pasangan kita mempunyai pasangan seks yang ramai.
  • Mendapat Jangkitan  HPV - Jangkitan virus  'Human Papilloma' berkait rapat dengan kanser serviks
  • Perokok
  • Jangkitan penyakit kelamin
Sebelum tu, apa kata kita tengok beberapa contoh kanser serviks:

Gambar Hiasan
Nota: Ujian pap smear berkala mampu mencegah kanser servik dan menyelamatkan nyawa kita.

Wednesday, April 28, 2010

Faktor Risiko Kanser Payudara


Gambar Hiasan

Sebelum ini aku pernah baca komen sorang ibu bahawa bila kita mengepam untuk mendapatkan stok EBM, ia boleh dedahkan kiter kepada Kanser Payudara. Betul ke tak fakta ini???

Bagi mengelakkan kekeliruan tersebut, aku cuba senaraikan antara faktor risiko kanser payudara sebagai panduan dan pengetahuan kita semua. Jika ada yang tercicir, mungkin ada diantara rakan2 boleh bantu!!

Antaranya ialah;-
  • Sejarah kanser payudara individu seperti pernah mengidap kanser payudara / ovari, pernah ada atypia pada biopsi payudara
  • Sejarah kanser payudara dikalangan keluarga terutamanya keluarga yang tedekat dengan kita seperti ibu, kakak atau anak, @ kanser ini terjadi sebelum menopaus @ terjadi pada kedua-dua payudara ahli keluarga tersebut
  • Usia yang meningkat
  • Hamil anak pertama pada usia selepas 30 tahun (Maksudnya kita menyusu anak sulung pada usia > 30 tahun))
  • Tidak menyusukan bayi
  • Menopaus pada usia yang lanjut iaitu  >  55 tahun
  • Mereka yang tidak pernah mempunyai anak (nulipariti)
  • Haid awal pada usia muda  iaitu  < usia 12 tahun
  • Mengambil jenis makanan yang mengandungi banyak lemak haiwan
  • Pernah menerima rawatan terapi hormon gantian (HRT)
p/s: Bagi mereka yang memilikai berat badan berlebihan (obese dgn BMI > 30)  risikonya cuma  1:4 daripada wanita yg mengalami kanser payudara.

Nota:
  1. Rajin-rajinkan diri untuk melakukan Pemeriksaan sendiri  Payudara (PSP) setiap bulan
  2. Jalani ujian Mamogram secara berkala  setelah usia > 35 tahun

Friday, April 23, 2010

Perkembangan bayi 8 bulan


Pejam celik, pejam celik, esok usia Alya mencecah  8 bulan, seiringan dengan usianya, sepanjang tempoh itu le juga aku nyusukan dia dengan susu ibu. Seronok sangat melihat keletahnya yang sering mencuit hati kami.

Inilah perkembangan bayi seusia dengannya:-
  • Duduk, merangkak dan berdiri - dah boleh daaa. Kadang2 terjatuh jika berdiri terlalu lama, bertatih selangkah dua dan maju kedepan.
  • Menggunakan tangan - ok

  •  Sifat semakin emosional  - sensitif sangat karang ni


  •  Apabila berpisah - Langsung tak leh berpisah ngan bapanya, lambat balik je, berdiri kat pintu gril merengek (anak bapa katakan). Ngan orang lain, tak mo nya. Jgn harap le nak ambil., timang2!!
  • Mengeksplorasi objek - bab main2, ok dah,  kutip mengutip, campak2 benda semua boleh daaa

  • Penglihatan yang semakin baik - nampak ajeeee benda kecik2 yang tersembunyi di celah sofa 
                                                                
Rujukan: Babycenter.com

Thursday, April 22, 2010

Menangani Stress

Sebagai insan yang normal, tekanan (stress) memang tak boleh elak.., biasa le tu, susu tak mo kuarpun kita stress, bb nangis sikitpun stress, banyak keje sikitpun kita stress,  pokok pangkalnya, kiter mmg tak leh lari dari stress.

Penyebabnya?? mungkin alasan ini boleh pakai kot:-
  • Mengalami kebosanan
  • Terbeban masalah peribadi
  • Tidak sabar dan mudah marah
  • Persekitaran tempat belajar / bekerja tidak selesa
  • Kesuntukan masa (ni kes2 belajar @ siapkan keje disaat akhir)
Cara meredakannya ialah:
  • Belajar bertenang. Tarik nafas panjang2 dan hembus. Gerenti berjaya!!
  • Jaga pemakanan dengan mengambil makanan seimbang - aku pulak sering terlebih makaaan!!
  • Rehat secukupnya - ni yang seronoknya.
  • Pertimbangkan tekanan dari sudut positif  -selalu aku amalkan, yalah, tak suka kusutkan minda ngan perkara bukan2.
  • Hindari persekitaran yang memberi tekanan - Aku dok sorang2 kat bilik tu, wat je keje apa yang patut!!
  • Bersenam -yang ni le susah sikit aku nak amalkan, sebenarnya kaki bangku!!
Sapa kata aku tak stress?? Cakap mudaaah je kaaan!

Tuesday, April 20, 2010

Penyusuan Badan: Baik buat Ibu dan Bayi

Tidak dinafikan, susu ibu adalah terbaik untuk bayi, ianya mengandungi nutrisi yang optimum untuk tumbesaran bayi, perkembangan minda dan fizikal badan. Ia juga mengandungi zat-zat pertahanan badan bagi melindungi kelemahan pertahanan badan pada peringkat awal kehidupan.

Kebaikan kepada bayi:-
  •  Susu ibu mempunyai kolustrum yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imuniti badan bayi
  • Kurang mendapat alergi, sakit usus / pencernaan dan asma (susu ibu mempunyai antibodi pertahanan badan)
  • Kurang mendapat masalah pencernaan/sembelit dan penghadaman
  • Berisiko rendah mendapat sintom kematian mengejut
  • Kesesuaian protin dan lemak didalam susu ibu berbanding susu formula
Kebaikan kepada ibu:-
  • Kesesuaian, susu telah sedia ada, tanpa dibeli, penyediaan dan berada pada suhu yang sesuai kepada bayi
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang dan sesetengah kanser
  • Membantu ibu mendapat berat badan yang ideal
  • Menjalinkan hubungan istimewa antara ibu dan anak
  • Tidak perlu berbelanja lebih dengan membeli susu formula
  • Mempercepatkan pengembalian rahim ke saiz dan bentuk asal sebelum hamil. Pendarahan sedikit dan pendek tempohnya. (ini adalah disebabkan rembesan hormon oksitosin dikeluarkan, menyebabkan berlakunya kontraksi)
Insya Allah, aku akan teruskan perjuangan ini dan moga misi aku berjaya buat Alya. Inilah janjiku!!

Monday, April 19, 2010

Pencegahan Wabak H1N1

Kami agak  terlewat sedikit mendapatkan suntikan H1N1, nak wat cam ner, kekangan masa tapi hari ini hampir kesemua staf di pej. telah disuntik vaksin H1N1 kecuali Ann. Yalah dia sedang hamil dan sebelum mendapat  suntikan H1N1, wanita hamil (kandungan melebihi 18 minggu) perlulah dibawah pengawasan doktor. Maksudnya suntikan ini perlu diperskrip dek doktor terlebih dahulu.

Tanda-tanda:-

  • Deman, selsema, batuk, sakit tekak serta hidung berair, tersumbat, sakit otot, sakit kepala, menggigil, dan keletihan.

  • jika ada diantara tanda2 ini, perlulah berjumpa doktor

Langkah pencegahan  H1N1 ialah:-
  • Mengamalkan kebersihan diri yang baik seperti mencuci tangan dengan cara betul dan kerap
  • Mngamalkan etika batuk dan bersin seperti menggunakan tisu dan sapu tangan
  • Pastikan ventilasi dirumah sentiasa dalam keadaan baik seperti buka tingkap
  • Menjarakkan sekurangnya 1 meter dengan individu dan meminimumkan majlis perjumpaan
  • Memakai mask terutamanya bagi mereka yang bergejala dan berisiko tinggi
  • Majikan dan guru perlu memastikan kehadiran pekerja/ anak murid termasuk mereka tidak hadir bertugas / kesekolah kerana sakit
  • Elakkan mengunjungi  tempat2 yang sibuk seperti pasaraya, pasar malam
  • Kes2 berkomplikasi / berisiko tinggi perlu mendapat rawatan dihospital

Golongan berisiko mengikut WHO:-
  • Warga emas berusia melebihi 65 tahun
  • Kanak2 dibawah usia 5 tahun terutama yang berumur bawah daripada 2 tahun
  • Wanita Hamil
  • Orang dewasa atau kanak-kanak yang mempunyai sakit kronik termasuk masalah paru-paru kronik seperti asma, penyakit metabolik seperti kencing manis, sakit jantung, penyakit buah pinggang, penyakit hati, dan juga beberapa penyakit sel darah.

  • Orang dewasa serta kanak-kanak yang mempunyai daya ketahanan badan (sistem imun) yang rendah disebabkan pengambilan ubat atau keadaan lain seperti HIV
  • Penghuni rumah untuk warga emas atau institusi merawat pesakit kronik.
Kumpulan sasar pemberian vaksin H1N1 ialah:-
  • Wanita hamil (18 minggu dan ke atas)
  • Pengidap penyakit kronik
  • Mereka yang mempunyai masalah buah pinggang
  • Individu yang mempunyai berat badan berlebihan
  • Orang awam yang perlu mengembara
  • Kakitangan perubatan (mempunyai hubungan rapat dengan klien / pesakit)
Nota: pemberian vaksin adalah terhad maka diberi secara 'first come, first serve'

Sunday, April 18, 2010

Mohon Ihsan

Petikan ini saya salin dari catatan  Nurul . Anda semua boleh 'copy' dan 'paste' semula petikan ini untuk disebarkan kepada umum. Sama2lah kita doakan semoga Adik NurHannah dalam keadaan baik dan selamat. Amin

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat. 

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar. 

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu. 

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong. 

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan. 

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang. 

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray,rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.
 
Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen. Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak. 

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan. 

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo. com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man
dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa
bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati
wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.

 
Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.      

 
Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atasujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan. 

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat. 

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Thursday, April 15, 2010

Peer Counselor Training Program - East Coast

Aku baru je sedar ada tawaran 'Peer Counselor Training Program - East Coast'  masuk melalui email.. dah masuk hari ke 3. Maklum le, sesekali je buka email akaun personal. Kalau yang rasmi  tu memang le berulang kali dalam sehari, cek jika ada urusan / surat rasmi perlu disegerakan..

Training ini akan diadakan pada:-
  • Tarikh:  30 April 2010 hingga 2 Mei 2010
  • Tempat : Leenai Homestay,  Kuantan kot! ngapanya alamat tak lengkap, udah le aku bukannya asal dari sana!
  • MAsa : 8.30 pagi - 6.00 ptg
Masih terfikir samada nak terima ke tak? bukan apa,  nun jauh disana.. kalau bawa keta lajupun hampir  4 jam gak baru sampai,  jika  tak mencecah jugak le 5 jam.  naik bas lagi le 7-8 jam dan pastu, cuma ada 2 kali sehari je..tak ke haru biru jadinya..

Perjalanan jauh dah jadi satu perkara, yang paling utama ialah penginapan.. kat Kuantan, faham2 je le, hari minggu pulak tu.. hotel paling murahpun (biasanya aku dok kat Mega Vue RM135/malam (gov.), seri malaysia RM 180/malam, paling tidak nak gak 3 malam.. hai.. kat situpun dah hampir RM450 - RM 600)  belum dikira lg makan minum satu keluarga, malam2 nak pekena lagi ikan bakar kat Tanjung Lumpur @ kawasan yang sewaktu dengannya. Kalau pergi Kuantan, tidak sah kalau tidak masuk kedai ikan bakar yang berderet2 tu cuma kena sediakan duit belanja lebih sikit.

Sebenarnya bab duit ni adalah perkara no. 2, ia boleh dicari tapi yang penting ilmu pengetahuan tamb. pula ia boleh dikira sebagai CPD point / jumlah kursus tahunan (7 hari).. nanti le aku fikir2kan. Bab kata Along, buat solat mohon petunjuk!

k le.. Hampir jam 1.30t/hari, jap lg nak masuk keje semula, aku henti dulu le catatan ini , kalau nak editpun, balik keje karang.kalau ada ayat @ ejaan tunggang langgang.. pejam je le mata. nak cepat!

erm, nak pam susu untuk EBM Alya... bye!
 kemaskini 15min. kemudian - dalam tension2, dapat gak 9oz...

Kemaskini 16 April 2010
Keputusan: Aku terpaksa menarik diri daripada kursus ini diatas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. sedih bangat tapi terpaksa demi  tugasan rasmi dan keluarga  yang perlu didahulukan. huhuhu.
  1. Ada program jab.
  2. Pas keje 30.4 - 2.05.10  - kena balik kampung sebab kakak buat kenduri kesyukuran.
Tarik nafas panjang2, Insya Allah, jika ada rezeki, mungkin dilain waktu dan ketika, aku masih ada lagi peluang ini..

Kami Prihatin

Hari ini kita dikejutkan dengan kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun akibat didera dan kematian bayi lelaki berusia 9 bulan mati tercekik bebola ikan semasa ditaska. Sebagai seorang ibu, sudah pastinya aku tidak dapat menipu naluri keibuan ini, cukup terkesan dan meninggalkan luka mendalam dengan perkhabaran yang amat menyayat hati seperti ini.  

Sehubungan dengan itu, marilah kita semua menjayakan kempen prihatin yang telah dianjurkan oleh Utusan Malaysia.
Kami Prihatin anjuran Utusan Malaysia merupakan jambatan bagi menggerakkan usaha swasta-umum untuk menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi. Ia telah disertai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Karyawan dan Astro.              

HARAPAN TANPA SUARA

Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan
Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku

Korus:

Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Di manakah ibu di manakah ayah
Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu: S. Atan
Lirik : Habsah Hassan
Untuk maklumat lanjut, sila layari:-  SINI

Perkembangan awal emosi anak ( 0- 15 bulan )


Malam ni aku mendapat satu info yang agak menarik untuk dikongsi bersama iaitu mengenai perkembangan awal emosi anak berusia 0 - 15 bulan.

Pendahuluan:
Emosi asas (positif dan negatif) berkembang secara ‘gradual’ terutama dalam tempoh enam bulan pertama dan selalunya ditonjolkan menerusi memek muka dan ‘eye contact’
  •  gembira/seronok - senyum, pipi terangkat, mata berbentuk bulan sabit. Contoh - bila diagah.
  • terkejut - angkat kening, mulut terbuka luas, bulatkan mata. Contoh - berhenti menangis bila dengar bunyi muzik atau suara jeritan
  • minat - merenung, mengerutkan kening dan bibir. Contoh - merenung wajah ibu, melihat persekitaran
  • marah - mengerut dan memasamkan muka, kening turun naik, mata tajam. Contoh ‘mengamuk’ bila mengantuk atau lapar, bila objek ‘dirampas’ daripada tangan.
  • Sedih - muka masam dan layu, dagu tertolak ke hadapan. Contoh - ditinggalkan ibu
  • Geli- berkerut kening, jelir lidah. Contoh - ‘menolak’ jenis makanan tertentu, menangis bila buang air.
  1. Bayi antara 3 - 8 minggu sudah boleh tersenyum- perkembangan awal emosi positif
  2. Bayi 12- 20 minggu - senyum pada wajah dan suara dikenali; senyum bila merasakan persekitaran ‘dikuasai’, mula ketawa.
  3. Enam bulan pertama bayi masih belum mempunyai rasa sayang/ kasih pada sesuatu/seseorang.
  4. Perasaan kasih mula terbentuk ketika usia antara 7 hingga 9 bulan - melalui hubungan ikatan kasih sayang, sentuhan, belaian dengan orang yang paling hampir seperti ibu dan ayah, menunjukkan rasa tidak senang/takut dengan kehadiran ‘orang asing’.
Sumber:- My. Permata Hati

Tuesday, April 13, 2010

Isteri, ibu dan pekerja

Artikel ini menarik minatku sebab ia berkait rapat dengan wanita masa kini, ia telah ditulis oleh Noor Hasliza Nusi wartawan Kosmo. Meh kita baca sama-sama

Wanita dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Rujukan: kosmo! Online 

Monday, April 12, 2010

Mayat bayi dalam tong sampah

Seawal pagi, sebak apabila melihat gambar mayat bayi lelaki sempurna sifat dibuang ke dalam tong sampah terpampang didada akhbar ' BERITA HARIAN'.

Amat sedih apabila bayi yang tidak berdosa menerima hukuman sebegini akibat salah laku kedua ibubapanya.. Mengapakah  kita yang diberi akal fikiran sanggup melakukan perkara sekejam ini?
MAYAT bayi yang ditemui dalam plastik di tempat pembuangan sampah Sungai Choh, Rawang semalam

KUALA LUMPUR – Lagi kes pembuangan bayi. Terbaru, satu mayat bayi lelaki ditemui dalam timbunan sampah-sarap di tempat pembuangan sampah di Sungai Choh, Rawang di sini semalam.

Mayat bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu dijumpai pada pukul 8 pagi oleh seorang pekerja Majlis Daerah Hulu Selangor (MHDS) ketika dia menjalankan kerja-kerja pembersihan di kawasan tersebut.

Rujukan : SINI

Thursday, April 8, 2010

Implanon

Gambar Hiasan
Ramai ibu tertanya-tanya, sakit ke tak pemasangan dan pengeluaran implanon? Gambar diatas adalah  langkah demi langkah mengenai pemasangan dan pengeluaran implanon.. moga boleh membantu.

Nota:
Sebelum pemasangan dan pengeluaran implanon, ubat bius setempat akan diberi terlebih dahulu bagi mengurangkan kesakitan.


sekadar rujukan

Saturday, April 3, 2010

Radang Payudara (Mastitis)

Aku 'up'kan  semula topik ni untuk mengingatkan kita semua supaya tidak alpa aktiviti mengepam setiap hari.
  
Gambar Hiasan
Inflamasi payudara, biasanya disebabkan oleh jangkitan bakteria melalui puting payudara yang cedera .(Mastitis kronik ialah payudara dirasai berketul akibat kehadiran sista-sista. Mastitis Akut timbul semasa tempoh meyusukan anak)
Rujukan: Kamus Jururawat terbitan Fajar Bakti

Mastitis adalah keradangan payudara yang mungkin (dan kadangkala cepat) menjadi infeksi. Ia akan membuat anda berasa seperti anda dijangkiti selesema pada masa-masa anda amat memerlukan seluruh tenaga anda. Anda akan mendapati keadaan radang, keras, sakit atau panas dan bengkak di kawasan yang dijangkiti. Selalunya ini dinamakan (duktus tersumbat) sebab terasa benjolan – disebabkan ketakungan susu dalam duktus buah dada.
Rujukan: Babycenter.com

Penyebab:-

Aliran susu terhenti dan tersumbat boleh berlaku jika:-.
  • Susu "mengundur kebelakang" sebab susu itu dihasilkan lebih cepat daripada ia mengalir keluar.
  1. Anak tidak mampu mengosongkan payudara sepenuhnya semasa menyusu
  2. Cara anak melekap ke dada semasa menyusu dimana susu tidak akan disedut keluar dengan efisien.
  3. Pembengkakan payu dara yang tidak menurun dan kembali normal 
  4. Bayi tidak menyusukan mengikut rutin terjadual  
  • Ibu trauma kepada payudara, yang mana akan menyebabkan stasis susu (serangan kuman) melarat
  • Bengkak susu tidak dirawat
  • Kulit payu dara luka dan kuman memasuki tisu payu dara. Ia menyebabkan jangkitan hingga kawasan yang tercedera terasa sakit dan kulit payu dara menjadi merah.
    Tanda-tanda:
    • Payudara berasa hangat, sakit, bengkak dan merah.
    • Puting payudara merekah
    • Infeksi mungkin menembusi masuk melalui rekahan atau fisur putting terus ke sistem limfa buah dada
    • Kadangkala badan berasa letih dan gatal
    • Demam melebihi 38.5 darjah C
    • Selsema
    • Sakit Kepala
    Penjagaan:-
    • Jangan berhenti menyusu, ini akan memburukkan keadaan
    • Perbetulkan aliran susu – baiki posisi dan dakapan bayi untuk pengaliran susu lebih efektif
    • Lakukan demahan panas/sejuk (Mengikut keselesaan) sebelum menyusukan anak
    • Kerap menyusukan anak sekurang-kurangnya setiap 2 jam
    • Perahkan susu menggunakan tangan atau pam selepas menyusu jika merasakan bayi tidak menyusu dengan baik.
    • Makan makanan seimbang dan berkhasiat
    • Minum banyak air
    • Makan ubat penahan sakit spt Paracetamol (Panadol)
    • Ambil Antibiotik  contohnya tab. cloxacililn mengikut arahan. (dibawah pengawasan doctor)
    • Rehat secukupnya
    Nota:
    • Jika dibiarkan melarat nanah boleh berkumpul dan memerlukan pembedahan bagi mengeluarkan nanah.
    • Apa yang penting ialah pengawasan diri sebab jika mastitis itu tidak beransur sembuh, ia boleh membawa kepada abses buah dada yang merbahaya dan perlu dirawat segera (atau dibedah) untuk mengeringkannya.
    Info:
    Jika kita mempunyai mastitis, kita bukanlah keseorangan:   1:10 ibu yang menyusu badan akan dijangkitinya dan sesetengah ibu yang memberi susu formula juga boleh dijangkiti. Walapun kita mungkin dijangkiti mastitis lebih daripada satu kali,  jangkitan itu jarang melibatkan kedua-dua buah dada pada satu-satu masa.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink