Followers

Tuesday, April 13, 2010

Isteri, ibu dan pekerja

Artikel ini menarik minatku sebab ia berkait rapat dengan wanita masa kini, ia telah ditulis oleh Noor Hasliza Nusi wartawan Kosmo. Meh kita baca sama-sama

Wanita dan kerjaya seringkali dikaitkan dengan bebanan kerja. Sehingga ada di antara mereka tidak terdaya lagi untuk menggalas kewajipan dan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu di rumah.

Dari pagi sehinggalah lewat petang, mereka sibuk merancang, mengurus dan membina masa depan empayar kerjaya. Ini membuatkan sesetengah urusan yang wajib dipikulnya di rumah dilepaskan kepada pembantu rumah.

Anak-anak dan suami pula merasakan diri mereka terabai gara-gara kerjaya yang dihambat oleh ibu dan isteri. Pengabaian dalam aspek kekeluargaan itu berkaitan tentang penjagaan, penyediaan makanan dan kualiti masa dengan anak-anak.

Soalnya, adakah wanita bekerjaya hari ini masih dihimpit masalah yang sama atau mengganggap pengurusan keluarga seharusnya dibahagikan sama rata dengan suami?

Rujukan: kosmo! Online 

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

pd sy, biler suami mengizinkan isteri utk bekerja samada kerana isteri yg ingin bekerja walaupun suami mampu menanggung isteri ataupun kerana isteri yg ingin membantu mengurangkan beban suami, suami isteri harus sama2 saling bantu membantu juge dalam urusan harian. sbb isteri hanya membantu suami.. tp suami yg bertanggungjawab memberi dan menyediakan segala kemudahan utk keluarga.. Jd apa salahnya suami berkongsi tugas di rmah yg sama dengan siteri.. lebih seronok mcm tu kan!.. berat same dipikul, ringan sama dijinjing..

Umialya said...

ena
Akak setuju ngan awak, kita mesti sama2 berganding bahu dan bertolak ansur antara satu sama lain

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink