Followers

Wednesday, May 5, 2010

Penjagaan gigi anak

Hari ini aku terpandang kat mulut Alya, ada sebatang gigi susu rupanya. baru je tumbuh. seronoknya!! Biasa le aku, jika berkait rapat ngn keluargaku, cepat2 je aku mencari info untuk pengetahuan dan panduan.

Pembersihan gigi susu bayi
~ Mesti dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun anak kita hanya minum susu ibu @ susu formula sahaja.

 Caranya
  • Sapu sedikit ubat gigi berfluorida ke atas kain lembut atau berus gigi bayi dan kemudian disapukan ke atas gigi bayi. (bayi dibwh usia setahun, boleh ke gunakan ubat gigi berflorida??, yg ni aku tak pasti..kena tanya pd yg arif)
  • Setelah gigi geraham susu mula tumbuh, kita boleh menukar ke berus gigi kanak-kanak yang lembut dan menggunakan ubat gigi berfluorida sebesar biji kacang peas.
  • Jangan lupa untuk mencuci lidah dan gusi di mana bakteria bersembunyi dan menyebabkan mulut berbau.
  • Lakukan 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur.
  •  Mencuci gigi dan mulut atau berkumur juga disyorkan pada setiap kali selepas bayi mengambil makanan.
Panduan elak kerosakan gigi bayi:
  • Jangan tidurkan bayi dengan sebotol susu mengandungi sumber karbohidrat. Ini termasuk minuman lain kecuali air biasa.
  • Jangan  tenangkan bayi  untuk waktu tidur pada siang hari menggunakan botol susu, melainkan kita menggunakan air biasa.
  • Jangan celup puting dengan cecair manis.
  • Jangan campur gula dalam makanan si kecil.
  • Bersihkan gigi dan gusi selepas waktu makan.
  • Bawa bayi bertemu doktor gigi sebaik gigi susu pertama mula tumbuh.
  • Ajar anak untuk minum menggunakan cawan.

4 komen yang kalian berikan, tqsm..:

sher zul said...

sy belikn aqeelah berus gg sebaik je gg dia tumbuh dgn hebatnye. klo x, bersihkn dgn kain je. lg satu, mmg nk kene pastikn mulut dia sentiasa bersih. tp 2la, nk kene bwk dia g jupe dentist je yg blom lg. jom aqeelah jom!

hehehe.....

Umialya said...

yg geram tu.. nmpak je kain kt tgn, terus tutup mulut.. cam tau je kiter nak cuci mulutnya

Aimmie Qistina said...

yana gigit tangan kite bile try nak bersihkan dengan kain..sabar ajela.

Umialya said...

gitu le Mie.. peel anak!! sabar ajela

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink