Followers

Tuesday, June 29, 2010

Alhamdulillah, masih terasa LDR

Semenjak Alya demam 3 hari lepas, pengeluaran susu ibu agak menjunam, mungkin disebabkan aku agak stress dengan keadaannya, mungkin juga disebabkan dia sentiasa ngempeng memanjang.. boleh dikatakan sepanjang masa aku perlu berada disampingnya dan menyusukan dia.

Dalam dua tiga hari ini juga, aku cuma sempat masak makanan yang ringkas seringkasnya.. cukup le untuk kami sekeluarga. Terkejar2 aku mengejar masa, itupun sewaktu Alya terlena seketika tambahan pula dia seakan tidak sanggup berpisah denganku biarpun seketika cuma. 
pinjam dr periuktanah.blogspot
Tengahari tadi, suami ada belikan jantung pisang, aku cuma celur je dan makan bersama sambal belacan. Adoooi, tersilap beli, dapat jantung yang agak pahit sedikit. ok le.. aku tetap makan juga walaupun kurang menyelerakan.

Menakjubkan, petang ini aku mula terasa ada 'let down reflex' ketika nyusukan Alya. yap, aku boleh mengepam kembali. Syukur Alhamdulillah...

6 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

wahhh.. bagusnya ye jantung pisang tu rupanya.. mrmm.. gigih berusaha walaupun pahit yeh!.. Tahniah buat akak ye.. :)

umialya said...

ena..
ye..jantung pisang salah satu 'milk booater'

Ummi Aisyah || Cik Yah said...

emm..memng betul..jantung pisang boleh banykkan susu..cara lain minum air barli..

ayu said...

betul tu kak tini,

ayu pun suka makan jantung pisang..

umialya said...

Cik Yah,
Air barli ye? kena beli ni..

umialya said...

Ayu..
Sedapkan!! jika kena cara masakkannya, x prlu lauk lain.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink