Followers

Wednesday, June 9, 2010

masalah bau badan??

carian google
Masalah bau badan boleh dialami oleh sesiapa shj.  Ia disebabkan oleh peluh  yg keluar bercampur bersama dgn bakteria di permukaan kulit. Masalah ini boleh dipengaruhi oleh pemakanan yang kita ambil seharian.

Biasanya kaum lelaki lebih cenderung mendapat masalah bau badan berbanding perempuan, kenapa ye?? mungkin mereka menghisap rokok, ya tak??

Tanda:-
  • Bau yang tidak menyenangkan terutama selepas berpeluh
  • Bau badan hilang selepas mandi
Rawatan:-
  • Gunakan sabun anti bakteria
  • Gunakan penyah anti peluh bau badan (antiperspirant deodorant)
Petua  mengurangkan bau badan:-
  • Kerapkan mandi
  • Selalu menukar pakaian
  • Memakai pakaian yang bersih
  • Pilih pakaian yang diperbuat daripada bahan kain semula jadi seperti kapas dan sutera
  • Mencukur bulu ketiak
  • Mengurangkan pengambilan bawang putih, bawang merah dan kari
rujukan; myhealth.gov

Nota: jika ada diantara rakan yang ada petua, jom kongsi bersama..

0 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink