Followers

Friday, July 2, 2010

HIV/AIDS

Sebagaimana yang kita sedia maklumkan, sekarang ramai di antara kita rakyat Malaysia yang telah disahkan positif HIV/AIDS, lebih menyayat hati ialah kelahiran anak2 yang terpaksa menerima hukuman akibat perlakuan kedua ibubapanya.

Hakikatnya, mereka tidak berdosa dan janganlah kita sisihkan lantaran status  penyakit yang sedang dihidapi  kini, mereka juga perlukan kasih sayang, perhatian dan teman2 sepermainan bagi membantu proses pembesaran sebagaimana anak2 yang lain.

HIV/AIDS dapat disebarkan melalui  cecair badan:
  • Perhubungan seks tanpa kondom
  • Penerimaan darah yang tercemar
  • Perkongsian jarum suntikan dadah
  • Dari ibu ke anak semasa mengandung/kelahiran/menyusu
PERLU DIINGAT:- 

HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
  • Perciuman atau berpeluk
  • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
  • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
  • Berenang di kolam renang awam
  • Gigitan nyamuk atau serangga lain
Ini adalah disebabkan, 'Human Immunodeficiency Virus  - HIV'  ini tidak boleh hidup diluar daripada badan manusia.

0 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink