Followers

Saturday, July 10, 2010

Kebaikan Susu Ibu

carian google
Alhamdulillah, kesemua anak-anakku membesar dengan susu ibu, cuma abang dan kakak Alya tidak mempunyai stok EBM sebanyak dia. 

Bila dikenang kembali kisah lalu. Syafiq - anakku yang sulung, aku cuma tinggalkan sebotol EBM yang baru di perah secara manual di waktu pagi, itupun tak pernah habis sebab dia tidak suka minum melalui botol susu. Ya Allah, sukarnya BS menjaga dia, pastinya dia sentiasa merengek dan menangis sementara menanti waktu rehatku jam 1 petang.

Di waktu itu, aku tidak begitu memahami pengurusan EBM dengan baik. Kenapa?? tentunya kerana aku cuma mempunyai pengetahuan seciput sahaja dan merasakan pengurusan EBM adalah sukar. Tidak seperti sekarang, bagi mendapatkan maklumat tidak sesukar dulu, kini  cuma dihujung jari dan dimana2 sahaja, tak perlu berkursus bagai. Seronokkan!! tambahan pula ramai teman2 seperjuangan yang sentiasa memberi bantuan bila2 masa, dimana jua meskipun mereka cuma dikenali dialam maya, pastinya kami tidak pernah bersua muka.

Aku suka berikan susu ibu kepada anak kerana:-
  • Ia mengandungi zat lengkap dan merupakan makanan terbaik untuk mereka
  • Susu ibu mengandungi protin, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam
  • Pastinya memberi perlindungan kepada mereka daripada jangkitan dan penyakit (Jarang2 demam, selsema dan batuk)
  • Menggalakkan tumbesaran (x kisah le tidak semontel anak yang diberikan FM, janji SIHAT WAL'AFIAT)
Untuk diri sendiri pula, tentunya:-
  • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak (tengok le krg ni, menaip n3 nipun Alya dok atas riba, sukarnya nak menyiapkan satu2 n3, beberapa kali ter 'delete', ter 'edit;, ter 'silap' ejaan, tatabahasa lintang pukang,  dan  lain2 kesalahan  sebab 'mouse ditangan Alya, kadang2 PC ter 'off' tanpa perlu tekan  'turn off, sabo je le...', yang ni ok lagi,  ke bilik airpun terkejar2, hilangnya ummi dari pandangan, meraungnya bak sakit teramat sangat. huhuhu)
  • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan pendarahan selepas bersalin 
  • Mengurangkan risiko mendapatkan kanser payudara dan ovari (Insya Allah, mudah2an dijauhkan)
  • Menjarakkan kehamilan (Rasa2nya dah tutup buku kot, maklum le umurpun dah nak masuk ke senja.. hehe)
  • Mengurangkan berat badan jika disertai dengan senaman ( Bab ini le yang paling aku suka, tak perlu berdiet sakan untuk mendapat berat badan yang ideal cuma senaman tu yang susah dan PALING sukar bagiku)
  • Menjimatkan masa dan wang ( fakta ini disokong 150%, budjet beli susu, aku boleh tukarkan kepada baju Alya, kiranya tak jimat jugak le..)

8 komen yang kalian berikan, tqsm..:

nurbijen said...

mmg sokong 150% jugak fakta yg akhir skali... jimat berganda ganda.. sekali jer pelaburan utk beli gadget penyusuan!

rynas said...

sangat setuju semuanya di atas. tapi tu ler nak bf anak sepenuhnya kena banyak ilmu kalau tdk kita akan jd fedup dan lemah semangat.

Umialya said...

Nur..
moga misi kita tercapai jua..

Umialya said...

rynas..
akak setuju pndangan tu, sblm kita ambil keputusan ntk bf, kena cari n gali ilmu secukupnya, barulah kita x mudah menyerah kalah

Unknown said...

Berbaloi2.
Peri lak tu.
Apa fikir lagi?
Pilih lag Breast feeding.
Terhangat dipasaran.
**Sori kak.. Terbuat iklan lak**

Aimmie Qistina said...

akak..
paling sy suke pasal bf adalah
1)rasa anak terlalu rapat dgn kite.tiap kali dia menyusu mata dia akan pandang kite..sy smpi sekarang akan rasa something-dont know how to share what is the feeling.
2)jimat masa dan wang..gi mana2 selak aje baju.

Mek Rose said...

betul betul betul....

sy sokong 200% bab jimat tu. kakak sy sebulan dia habiskan hampir RM500 utk susu 2 org anak dia..perggh..

tapi tula nasib masing2..syukur alhamdulillah Allah berikan sy peluang utk BF anak sendiri..syukurr

Umialya said...

KasehKu..
Iklan bf kt sini x berbayar.. silakan dan dialu2kan..

mie_rahim
Akak setuju ngan awak, selk je, x der apa yg nak dimalukan, bangga lg ada.

rose..
Dengar2nya, reganya FM makin meningkat, sapa yg untung, tentu le kitakan! x perlu pening kepala nak tambah budjet. heheehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink