Followers

Thursday, July 1, 2010

Ujian Mamogram part 1

Aku pasti ramai wanita di luar sana yang memandang remeh mengenai pengesanan awal kanser payudara, sedar2 mereka berada ditahap kritikal dimana sebahagian @ keseluruhan payudara terpaksa dibuang.
  
carian google 
Aku juga yakin ramai wanita samada yang sudah @ belum berkahwin tidak menyedari kewujudan program subsidi ujian mamogram di mana mereka layak mendapat subsidi sebanyak RM 50 (cuma perlu membayar bakinya  iaitu dalam RM 40 - RM 50 sahaja)  sekiranya berdaftar di mana2 Klinik LPPKN seluruh negara  dan memenuhi kriteria berikut:-
  • Warganegara Malaysia @ penduduk tetap
  • Berumur 40 - 69 tahun (sekarang ini diturunkan kepada 35 tahun jika berisiko tinggi)
  • Berisiko tinggi spt mempunyai sejarah keluarga mengidap kanser, pernah mempunyai atypia pada biopsi payudara, pernah mengidap kanser payudara @ kanser ovari ataupun menerima rawatan Hormon Terapi
  • Berisiko tinggi dengan mempunyai 2 faktor seperti mempunyai sejarah keluarga menghidap kanser ovari, tidak pernah melahirkan anak atau melahirkan anak pertama selepas usia 30 tahun, haid pertama pada usia kurang 12 tahun, menopaus pada usia lebih 55 tahun dan BMI lebih 30 
  • Pendapatan isi rumah  < RM 5,000.00
    nota: Perlu diingatkan, penerima bantuan JKM layak mendapat pembiayaan sepenuhnya.. yang ni pun aku suka!!.

    Petikan  kata2 YB Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil " Sayangi diri demi keluarga tercinta"

     

    ok, tunggu apa lagi!! , Ayuuuh.. bawa le ibu, kakak, sedara mara jalani ujian ini, kita juga perlu ingat kanser payu dara  boleh membawa maut jika tidak dikesan dan dirawat awal. apa2pun 'tepuk dada tanya selera'.

    2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

    Ena said...

    huhu.. so scary la kak tengok picture tu..

    btw, memg sangat bagus info akak nie.. thanks :)

    SYaMiLa said...

    ada ke...tak tahu la pulak..nk pegi test jugak la...langkah berjaga2...

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink