Followers

Wednesday, October 20, 2010

CUEPACS mahu pemberian bonus kepada kakitangan awam


KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam menghantar telegram kepada Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatakan rasa tidak puas hati kesatuan itu kerana tiada peruntukkan untuk bonus dalam Bajet 2011.

Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya juga mahu mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung isu itu. 

“Permintaan Cuepacs agar kerajaan membayar bonus kepada kakitangan awam bukan sesuatu yang keterlaluan kerana ia mengambil kira pengorbanan dan sumbangan mereka dalam membangunkan negara,” katanya. 

Omar berharap permintaan CUEPACS akan dihalusi oleh Najib selaras dengan prinsipnya untuk mendahulukan rakyat dalam semua perkara.

“Pada 2009, apabila kita meminta kerajaan memberi bonus kepada pekerja awam, Perdana Menteri memanggil kita (CUEPACS) dan menerangkan bahawa kerajaan tidak mampu untuk membayar bonus kerana berdepan dengan kemelut ekonomi.

“Kita akur dengan penjelasan beliau dan menerimanya dengan hati terbuka kerana kerajaan berjanji akan menimbangkan semula permintaan itu apabila ekonomi pulih.

“Tapi sekarang ekonomi negara kembali mantap, dan apabila kakitangan awam menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak RM500, kita menunggu-nunggu pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji tetapi malangnya tidak ada.

“Hari ini kita bermesyuarat dan memutuskan untuk mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri dan kita hantar telegram petang ini juga,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Omar berharap permintaan CUEPACS akan dihalusi oleh Najib selaras dengan prinsipnya untuk mendahulukan rakyat dalam semua perkara.

nota: agak2nya ada bonus tak tahun ni???

7 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

bila dah lama tak merasa bonus jd memg tak pernah mengharap lg kak.. kalau dapat Alhamdulillah.. kalo tak dapat pun tak pe.. yg pasti RM500 tu dah pasti kan.. ;D

Fieza79 said...

kesian kakitangan kerajaan..patot dpt la kan...belanja kerajaan pd hal laen berjuta juta kan..

ayu said...

betul tu kak..wpn ayu tak bekerja dlm sektor kerajaan, tapi suami bekerja juga..kesian juga pada mereka2 yg bertungkus lumus utk membangunkan negara kan..

Hezesuze said...

kalo org gomen dapat bonus weols tumpang gembira huhu

umialya said...

ena
akakpn g2 gak, tawar ati daa dan tak mengharap, kalu ader, Alhamdulillah.. RM500 pn memadai drp tiada lgsg

Fieza..
he3

Ayu..
ntah le tp akak ttp dpt rasa, tiada bonus pd tahun ini

Hezesuze..
kiranya rezki le jk dpt tu..

Tomato Gurl's Life said...

takde bonus kan akak??

umialya said...

cik tom
rasa2nya gitu le.. x mengharappun

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink