Followers

Sunday, October 17, 2010

Guna ramuan tidak halal

Sinar harian edisi Pahang hari ini melaporkan terdapat beberapa hotel di daerah Cameron Highlands yang memohon logo halal tidak prihatin dengan penggunaan bahan masakan di premis mereka kerana masih menggunakan bahan tidak halal.

Penolong Pengarah Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Noridzuan bin Abdul Manan berkata, pemantauan Jawatankuasa Kajian Makanan Dan Barang Gunaan Orang Islam Pahang ke beberapa hotel di daerah itu mendapati tahap kesedaran dan keprihatinan pihak pengusaha hotel terhadap standard halal perlu dipertingkatkan. 

Menurutnya, walaupun kesedaran untuk mendapat sijil halal adalah tinggi tetapi kefahaman terhadap standard halal kurang memuaskan.

“Lebih mengejutkan ada dapur hotel yang menggunakan produk terutama sos salad yang jelas mengandungi alkohol dan tidak dibenarkan penggunaannya sama sekali bagi maksud persijilan halal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

7 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayu said...

kak tini, thanks share info ni..mmg berguna...

Ena said...

ishhh.. teruk betul la mereka tu kan!.. hanya pentingkan untung saja..

umialya said...

Ayu
ingatkn perkara gini x berlaku lg..

Ena
ntah le.. keuntungan jadi keutamaan

mie_rahim said...

jgn makan makanan kat hotel..tido je hotel-makan gi cr restoran2 melayu-lagi konfiden.

umialya said...

Mie
Akak sokonng
pssssstttt, bawa dapor sndiri, bleeeey ke??

Tomato Gurl's Life said...

susahnya..banyak info bila bw ni psl menda tak halal..rsnya semua dah tak halal sbbnye sourcesnya dr non muslim..

umialya said...

cik tom..
ntah le!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink