Followers

Saturday, November 6, 2010

Keluarga celaru buat anak sakit mental?

Aku amat tertarik dengan artikel yang di tulis di dalam Utusan Malaysia Online hari ini berkenaan perkara di atas.

Petikan daripada laporan tersebut antara lain menyebut keluarga merupakan sebuah institusi sosial yang sangat penting kerana ia adalah unit asas dalam pembentukan sahsiah termasuk kesejahteraan mental seseorang individu.

Banyak kajian menunjukkan ramai remaja yang mengalami kekosongan jiwa dan rohani kerana tidak mendapat didikan yang baik daripada kedua-dua ibu bapa.

Kebanyakannya berasal daripada keluarga yang bercelaru seperti konflik berterusan yang berlaku di dalam keluarga tersebut, keluarga yang tidak berfungsi secara berkesan, ahli-ahli keluarga terpaksa menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut dan menganggapnya sebagai perkara yang normal.

Juga ahli keluarga yang bergantung kepada dadah dan ketagih arak, mempunyai ahli keluarga yang mempunyai penyakit mental yang tidak mendapat rawatan dan ibu bapa yang mewarisi masalah daripada ibu bapa mereka yang juga bermasalah.

Sesebuah keluarga berfungsi dan mempunyai beberapa tanggungjawab di antaranya memenuhi keperluan ekonomi, menaikkan status keluarga, memberikan pendidikan, memberi ajaran agama, berekreasi bersama, memberi perlindungan dan memberi kasih sayang.

Laporan selanjutnya bolehlah layari di  SINI 

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

mie_rahim said...

akak-pokok pangkalnya didikan agama..kalau didikan agama ada..insyaAllah semua masalah dpt dihindar

umialya said...

mie..
betul tu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink