Followers

Tuesday, December 14, 2010

Lagi bayi dibuang

Adddduuuuuh.. sebak bila baca kisah ni dalam Harianmetro online pagi tadi, mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan serta masih bertali pusat (yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik hitam) terlekat pada tayar depan kereta seorang kaki pancing ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tebing sungai Johor.

Aku tak pastilah, apakah perasaan si ibu yang telah membuang bayinya, x ader perasaan ke? sedangkan binatangpun reti sayangkan anaknya.. Bagiku, nyamuk gigit anakku si Alyapun rasa nak marah je, kalu boleh nak cari je nyamuk maner yang gatal2 nak mengigit anak manjaku ini. hu3..

Aku pernah didatangi dek seorang isteri yang mengadu hingga kini masih belum dikurniakan zuriat setelah beberapa tahun berkahwin, beliau menyatakan kekesalan kerana pernah membuang janin yang dikandungnya di atas permintaan keluarga akibat kesilapan masa silamnya.

Sepatutnya mereka perlu berfikir sebelum membuat tindakan yang sewajarnya.

5 komen yang kalian berikan, tqsm..:

LYaFRINA said...

kesiannya kat baby ni.. makin byk kes buang bayi. :-(

Hezesuze said...

adeehh masih ada kes buang bayi ke?? huh

umialya said...

Lya
malangnya bayi ni, langsung x diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini

Hezesuze
ermmm.. ntah le, x tau sampai bila kes2 gini akan selesai

MY HEART said...

Biasalah bila nafsu menguasai diri dan tidak dapat berfikiran dengan matang...

semua pekara dibuat sambil lewa.. mesti ada pembalasan satu hari nanti

salam kenal ^_^

umialya said...

MY HEART
Salam kenal..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink