Followers

Sunday, February 28, 2010

Misiku tercapai sudah...

Hari ini usia Alya telah melebihi 6 bulan.. aku telah berjaya memberikan susu ibu sepenuhnya dan sepatutnya,  Alya sudah boleh diberikan makanan tambahan.. tapi hingga kini aku belum berkesempatan untuk menyediakannya. 

Entahlah, tahap kerajinanku agak rendah berbanding sebelum ini, mungkin disebabkan diriku yang agak lesu dan keletihan, yalah,  tak cukup rehat.. Cuba bayangkan, dalam beberapa hari ini, waktu tidur dan mainnya telah berubah dan aku terpaksa berjaga malam untuk menemani dia bermain.. Hampir jam 1 pagi barulah aku dapat lelapkan mata manakala jam 4.30pagi, aku terpaksa bangun untuk menyiapkan segalanya. Waktu tidurku cuma 3 1/2jam setiap hari dan diantara waktu itu, aku cuma tidur ayam sahaja untuk menyusu Alya bila2 masa. erm.. anak ummi!

Bukannya disebabkan dia meragam atau menangis jika dibiarkan bermain sendirian tetapi aku tidak sampai hati membiarkan dia tanpa ditemani. Tambahan sejak dia sudah mahir mengemas, menjelajah merata sudut rumah.. tak sanggup aku.. Terlalai sikitpun dia sudah berada dihujung kaki, mencapai apa sahaja yang berkenan di matanya... semua keperluan yang agak boleh membahayakan dirinya terpaksa disimpan ditempat lain. Memadai diberikan sebuah majalah, cukup memberi Alya keasyikkan masa bermain.. teddy bear?? setakat ini, dia tidak menunjukkan minat...

Insya Allah, ummi akan memasak bubur nasi khas buat anak kesayangan ummi.. Tungguu ye sayaaang!.

Tuesday, February 23, 2010

Oral Thrush (Seriawan)


Alya telah dijangkiti 'oral thrush' (seriawan)  mulanya ingatkan 'kerak susu' yg menebal kt lidah n cuba bersihkan guna lampin lembab tapi tak jugak hilang .

T/hari td  mnta tlg hb gi beli 'Daktarin Oral Gel' kt farmasi (swasta x der!)  reganya selepas diskaun dpt le RM21... pandai-pandai le ummi kasi ubat sendiri pada anak... mmg pun memandai je sblm ni.  kononnye sibuk, itu  yg tak sempat nak bawa anak ke klinik @ spital.. tp sbb utamanya x suka menunggu. ermmm....

Sebelum ni pernah beli syr.Nystatin kat swasta tp sebaik je ubat tu habis, tompok-tompok putih timbul kembali... tapi kalu tengok cara Alya menyusu, seperti tiada sebarang masalah, elok je.

Jika masih juga tidak berkesan, antibiotik mgkn diperlukan bagi menangani masalah ini.

kemaskini 7.06.2010 pm
rujukan thrush anak dan ibu slide 47 & 48

Saturday, February 20, 2010

Wajah terbaru Alya

Keceriaan Alya kian terserlah setelah hampir seminggu demam.. mula tersenyum dan bermain. Tiada lagi tangisan manjanya minta dibelai...
.

Friday, February 19, 2010

Perkembangan bayi diusia 5 bulan

  • Duduk dengan sendiri
  • Mengulangi bunyi yang disukainya
  • Cukup kuat untuk makan sendiri
  • Belajar mengenai sebab dan akibat
  • Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut
  • Mempertajamkan deria terhadap bunyi
  • Mudah mengalihkan perhatian
  • Perkembangan pelbagai emosi
rujukan; BabyCenter Malaysia

Sunday, February 14, 2010

PelupusaN sTok eBm Alya!













Hari ini, aku terpaksa melupuskan stok EBM 9botol x5oz=45oz

35oz disbbkan tarikh luput manakala 10oz EBM semalam sewaktu bertandang ke rumah abang.. (Kembali ke rumah sudah lewat malam dan 'terlupa' masukkan kedalam freezer.. ) MAKA terpaksa le...huhuhu...

Sunday, February 7, 2010

Pengambilan Pil Kecemasan

Masa yang sesuai

~ Perlu diambil dalam tempoh 72 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan kontraseptif

~ Walaubagaimanapun ia juga boleh diambil dalam tempoh 72 hingga 120 jam selepas hubungan seks tanpa perlindungan kontraseptif

Perlu dimaklumkan bahawa keberkesanannya berkurangan jika tempoh masa antara pengambilan pil dan hubungan seks tanpa perlindungan kontraseptif adalah panjang

Contoh:-

Nordette 4 pil stat diikuti 4 pil selepas 12 jam atau loe'tte 5 pil stat diikuti 5 pil selepas 12 jam

Saturday, February 6, 2010

Bagaimana untuk mengetahui seseorang ibu tidak hamil?

 Diognosa awal kehamilan adalah penting dan ia bergantung kepada sumber-sumber dan keadaan setempat

 Kehamilan boleh dikesan melalui pemeriksaan pelvik seawal kandungan 8 – 10 minggu dari hari haid yang terakhir

 Ibu pastinya tidak mengandung jika dia mempunyai gejala ataupun tanda-tanda yang memenuhi kriteria berikut:

i) Tiada hubungan seks selepas haid terakhir

ii) Menggunakan kaedah kontraseptif yang betul dan konsisten

iii) Dalam masa 7 hari dari kedatangan haid yang biasa

iv) Dalam masa 4 minggu selepas bersalin bagi wanita yang tidak menyusukan bayi

v) Penyusuan susu ibu secara ekslusif dan amenorhea dalam tempoh 6 bulan postpartum

Kaedah Semulajadi

Kaedah Semulajadi (Kalendar)

 Klien yang mempunyai kitaran haid DI LUAR lingkungan 26 – 32 hari
~ Kaedah ini tidak sesuai kerana berisiko tinggi untuk hamil. Klien akan dibantu untuk memilih kaedah lain

 Klien yang mempunyai kitaran haid DI DALAM lingkungan 26 – 32 hari
~ klien perlu menghadkan hubungan seks di antara hari ke 8 hingga ke 19 kitaran haid
~ Jika melakukan hubungan seks di antara hari ke 8 hingga hari ke 19 kitaran haid, klien dinasihatkan menggunakan kaedah kontraseptif tambahan
~ Jika berlaku hubungan seks tanpa perlindungan kontraseptif di antara hari ke 8 hingga hari ke 19 kitaran haid, klien dinasihatkan untuk mengambil pil kontraseptif kecemasan
Pemandulan (Vasektomi)

i) Lelaki

 Pemandulan Lelaki (Vasektomi) merupakan kaedah kekal bagi memandulkan lelaki.
 Ia boleh dilakukan melalui pembedahan kecil pada bahagian ‘scrotum’ untuk memotong dan mengikat vas deferens bagi menghalang pengaliran sperma daripada epididimis

Bilakah Vasektomi dianggap efektif sebagai kaedah kontraseptif?
 Selepas 3 bulan pembedahan vasektomi
 Dalam tempoh 3 bulan ini, hubungan seks dibolehkan dengan syarat klien atau pasangannya mengambil kaedah kontraseptif tambahan
 Analisa spesimen air mani dilakukan untuk pengesahan keberkesanan vasektomi selepas 3 bulan pembedahan vasektomi

Pemandulan (BTL)

ii) Wanita

 Pembedahan pemandulan adalah kaedah kekal dimana kedua-dua saluran fallopio diikat dan dipotong ataupun diklip. Dengan cara ini telur wanita dihalang dari menemui sperma lelaki

Menurut Majlis Fatwa pada 1981, memandulkan perempuan atau lelaki adalah haram kerana dianggap kontrasepsi kekal. Namun pengecualian diberi dengan bersebab; wanita itu tidak boleh menggunakan sebarang kaedah lain atas alasan kesihatan yang mana hamil boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Condom

Pengenalan
Sejenis sarung diperbuat dari getah lembut dan disarungkan pada zakar sebelum melakukan persetubuhan

Cara berfungsi?
Ia menghalang sperma dari memasuki rahim

Cara penggunaan
 Sarungkan ke zakar yang tegang
 Keluarkan bersama zakar selepas ejakulasi

Faedah

 Senang digunakan
 Murah
 Mudah diperolehi

Alat Dalam Rahim (IUCD)

Alat Dalam rahim adalah satu alat yang dimasukkan ke dalam rongga rahim untuk mencegah kehamilan. Ia diperbuat dari sejenis plastik khas (polyethelene) dan disaluti bahan tembaga

Cara berfungsi?
Ia menghalang kehamilan dari tindakbalas tembaga ke atas sel sperma dan dinding selaput dalam rahim mengakibatkan aktiviti sperma terganggu dan selaput rahim tidak sesuai untuk benih

Cara penggunaan
Dimasukkan ke dalam rahim ketika haid. Wanita perlu merasakan adanya benang ADR

Bilakah masa yang sesuai untuk pemasangan ADR?
  • Ibu yang ada haid - Dipasangkan dalam bila-bila masa dalam tempoh 12 hari pertama haid, mengikut keselesaan ibu dan tidak semestinya semasa haid. Tidak perlu perlindungan kontraseptif tambahan
  • Ibu tiada haid yang bukan selepas bersalin - ADR boleh dipasang bila-bila masa dengan syarat ibu tidak hamil.Perlindungan kontraseptif tidak diperlukan.
  • Ibu selepas bersalin (postpartum)yang menyusukan anak atau tidak (termasuk selepas kelahiran LSCS) - ADR boleh dipasang sekiranya tempoh selepas bersalin kurang 48 jam.
  • Jika tempoh selepas bersalin melebihi 4 minggu dan amenorhoea ADR boleh dipasang dengan syarat ibu tidak hamil. Perlindungan kontraseptif tidak diperlukan
  • Jika tempoh selepas bersalin melebihi 4 minggu dan haid telah kembali, ADR boleh dipasang dalam tempoh 12 hari pertama haid
  • ADR tidak boleh dipasang jika ibu ada masalah ‘puerperal sepsis’ (komplikasi selepas bersalin).
  • Jika tempoh selepas bersalin 48 jam hingga kurang 4 minggu, ADR tidak digalakkan kecuali tiada kaedah lain yang bersesuaian
Adakah antibiotik diperlukan semasa pemasangan ADR
  • Secara amnya tidak disyorkan kecuali bagi individu berisiko tinggi mendapat jangkitan seksual, antibiotik akan dipertimbangkan
Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu jika mengalami perdarahan yang luar biasa semasa menggunakan ADR?
  • Spotting adalah keadaan biasa terutama semasa dalam 3 - 6 bulan yang pertama selepas penggunaan ADR
  • Jika ibu memerlukan rawatan, Non-steroidal anti-inflamatory boleh diberikan untuk hentikan perdarahan.  Contohnya: Cap. Ponstan 2tab tds x 5/365
  • Jika spotting berterusan, rujuk doktor untuk mengesan dan merawat masalah sakit puan sewajarnya
  • Jika tiada masalah sakit puan dan ibu tidak boleh menerima keadan tersebut, ADR akan dikeluarkan dan ibu akan dicadangkan kaedah kontraseptif yang lainnya
Apakah yang perlu dilakukan oleh ibu jika mengalami perdarahan yang luar biasa semasa menggunakan ADR?
  • Jika perdarahan yang banyak dan berpanjangan
~ Ia adalah keadaan yang biasa dalam tempoh 3 – 6 bulan pertama selepas penggunaan ADR . Ia tidak merbahaya dan akan berkurangan
~ Rawatan akan diberikan dalam tempoh perdarahan
~ Jika Perdarahan masih banyak dan berpanjangan, ibu akan dirujuk kepada doktor untuk mengesan dan merawat masalah sakit puan
~ Jika perdarahan berterusan dan tanda-tanda anaemia di kesan dan ibu tidak boleh menerima keadan ini, ADR akan dikeluarkan dan ibu akan dibantu memilih kaedah kontraseptif lain.
~ Tablet Zat Besi akan diberikan kepada ibu bagi mengelakkan anaemia dan ibu digalakkan mengambil makanan yang mengandungi kandungan zat besi seperti hati, sayau bayam dan kekacang
  • Amenorhoea (Tiada haid)
~ Ibu tidak perlu rawatan, Kaunseling memadai
~ Jika ibu tidak dapat menerima keadaan ini, ADR akan dikeluarkan dan kaedah lain dicadangkan

Pil Merancang Keluarga

Pil kontraseptif mengandungi hormon-hormon tertentu yang berfungsi untuk mencegah kehamilan

Cara berfungsi
  •     Estrogen menghalang berlakunya pengeluaran telur (ovulasi dari ovari)
  •     Dinding rahim menjadi nipis dan tidak sesuai untuk pelekatan janin
  •     Progestogen menjadikan cairan serviks lebih pekat dan ini menghalang kemasukan sperma ke   dalam rahim
Bilakan pil ini boleh dimulakan?

i) Boleh dimulakan pada hari pertama hingga kelima haid. Tidak perlu perlindungan tambahan kontraseptif
ii) Boleh digunakan bila-bila masa dengan syarat ibu tidak hamil. Jika haid melebihi 5 hari, klien perlu mengelakkan hubungan seks atau menggunakan kontraseptif tambahan (Kondom) untuk tempoh 7 hari berikutnya.
iii) Klien amenorhoea (Tiada haid) boleh dimulakan bila-bila masa dengan syarat tidak hamil. Elak hubungan seks atau menggunakan kontraseptif tambahan.
iv) Ibu selepas bersalin melebihi 6 bulan dan tiada haid, boleh mulakan seperti kes amenorhoea.
v) Ibu yang mengalami keguguran selepas disahkan oleh doktor boleh mulakan serta merta
vi) Ibu yang menyusukan anak digalakkan menggunakan Pil Progestogen (Noriday)
vii) Boleh dimulakan pada minggu ke 4 bagi ibu yang tidak menyusukan anak
viii) Bagi kes yang bertukar dari kaedah tanpa hormon (IUCD), pil ini boleh dimulakan dalam masa 5 hari permulaan haid.

Terdapat 2 jenis pil perancang

  • Pil kombinasi (mengandungi hormon estrogen dan progestogen ) contoh marvelon, nordette, mercilon dan loe'tte - setiap paket mengandungi 21 biji
Cara amalannya:

a) Makan sebiji pil setiap hari pada waktu yag sama selama 21 hari berturut-turut
b) Mulakan pada hari pertama hingga kelima haid sehingga habis 21 biji
c) Rehat 7 hari sebelum mulakan peket yang baru


  • Pil progestogen sahaja seperti noriday, sesuai untuk ibu menyusukan anak. Setiap peket mempunyai 28 biji
Cara amalannya:

a) Makan sebiji pil setiap hari pada waktu yag sama selama 28 hari berturut-turut
b) Teruskan peket baru sebaik pil habis dimakan (Tiada waktu rehat)

 








Wednesday, February 3, 2010

stok terkini..

Alhamdulillah,  Usia Alya sudah melebihi 5 bulan tapi hingga kini,  rezekinya tidak putus-putus.  Setiap hari, dia memperolehi khasiat yang optimum melalui susu ibu yang baru sahaja, cuma ada ketikanya terpaksa menggunakan stok frozeen tapi itupun boleh dibilang dengan jari.

Stok terkini

Stok EBM silih berganti. Ada ketika terpaksa dilupuskan bagi memberi laluan kepada penyimpanan stok yang baru.. Sessi mengepam tidak sekerap dulu. Kesibukan membuat aku terlupa akan keperluan mengepam dan tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Kadang2 dek kesibukan jua membuat aku biarkan sahaja jika ada 'refleks let down' dan susu membasahi 'nursing pad'.

Semalam aku terlupa memakai  'nursing pad' , sedar2 ditegur oleh Ann, anak buahku di pejabat, bajuku basah dek susu melimpah dan terpaksa memakai 'cover' untuk menutupinya. ish, maluuunya! sib baik kesemua mereka adalah pompuan.. kalu tak, ntah le.....

Skrg nipun dah terasa 'refleks let down',  mgkin kesan makan nasi ngn  sup ayam dan  kucai goreng campur taugeh / tauhu  ptg tadi  tapi.. Aaah, ngantuuuuknya, tido dulu le zzzzzzzzzzz
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink