Followers

Tuesday, March 30, 2010

Perlukah 'breast pump' mahal dan berjenama??

Ramai mommies menganggap lagi mahal pam, lagi elok penggunaannya.. Berdasarkan pengalaman aku yang pernah guna pam jenama Anakku, Pureen dan 
Spectra 3.. Kesemuanya ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Mengenai Free Style,  aku tak boleh nak komen lebih-lebih sebab tak pernah menggunakannya, akan tetapi aku pernah berangan untuk memilikinya. Itu dulu, bukan kini ye.. buat apa membazir.. umurpun dah makin menginjak ke atas.. 2 pasang cahaya mata penyeri hidupku ditambah dengan 1 orang lagi anak angkatku yang dah besar panjang.. cukup le tu...

Sebelum mengenali laman si.com, tak terfikir rupanya BP ada banyak jenis.. setakat ini, yang aku tahu cuma jenis manual dan pakai bateri je tapi tak pernah kesampaian diminda, free stylepun ada.  Maklum le.. aku ni asal dari kampung.. dan suasana dipersekitaran sebelum ini, kalu ibu2 yang bekerja, masa dalam pantang lagi bayi perlu diperkenalkan dengan susu formula. Alasannya cuma satu.. kena ajar sebab bila ibu kerja, senang nak tinggal bayi..

Berbalik kepada topik asal, BP pertamaku ialah Jenama Anakku,  aku cuma sempat guna 2 minggu sahaja.. Mulanya aku tidak begitu mahir  tapi lama kelamaannya, ia serasi denganku.  Hasil pengepaman susu ibu adalah ditahap optimum..  sekali pam memang meriah dengan pengeluarannya tidak pernah kurang daripada 15 oz.,  mungkin juga disebabkan masa itu, Alya masih lagi kecil. Sayang sekali, cuma seketika sahaja aku menggunakannya memandangkan spare partnya rentung semasa aku mensterilkannya, kes tertido semasa menyusukan Alya.. huhuhu.. dan aku dimaklumkan spare partnya tidak dijual berasingan, justeru itu. terpaksalah aku membeli BP yang lain.

Memandangkan aku emergency untuk menggunakan BP, aku cuma membeli jenama Pureen buat sementara waktu  (Sambil tu order S3) Alhamdulillah, ia amat serasi denganku..  tetapi sayang seribu kali sayang, BP Pureenpun  berkecai akibat terjatuh semasa anakku bermain sesama mereka dan terlanggar BP.. nak menangis rasanya..

Lebih kurang seminggu selepas tu.. aku telah menerima s3.. waaaah.. lagi bersemangat mengepam.. sebab ia memang soft dan senyap je.. dan hasilnya berbaloi-baloi.. Memandangkan s3 berat sikit dan ia cuma menggunakan soket elektrik, aku telah mengubah waktu mengepam dan tidak lagi membawa s3 ke pejabat.. memadailah mengepam dirumah iaitu lebih kurang 4 kali sehari iaitu pagi, tengahari, petang dan malam.. sekali mengepam hasilnya tetap maintain sekurang-kurangnya 10oz,  kadang-kadang sehingga 15oz.. bergantung kepada mood.. ada sehari dua, berlakunya sedikit penurunan tetapi ia sekejap aje.. sebab minda aku selalu  berkata, Alya pasti dapat khasiat susu ibu sepenuhnya.

Perbezaan ketiga2 BP tersebut ialah  Anakku dan Pureen adalah kecil, senang dibawa dan menggunakan elektrik @ bateri AA manakala s3 cuma menggunakan kuasa elektrik sahaja dan ia agak berat sedikit, besar tetapi senyap dan sedutannya soft - ibarat anak sedang menyusu serta yang pentingnya 'DOUBLE PUMPING' - sesuai untuk mereka yang mengejar masa..

Apa-apapun, tepuk dada tanya selera.. kita tidak perlu membeli jenama yang mahal-mahal  mengikut trend semasa tapi perlulah mengikut kemampuan dan keperluan diri kita..  Apa yang  penting  fikiran perlu positif  DAN sokongan insan tersayang yang berada disekeliling kita adalah kunci kejayaan yang utama.

 Hasil pam t/hari ini, cukup le ntk Alya ptg nnt

Friday, March 26, 2010

Pulut, milk booster??

Setakat ni tak pernah lg aku dengar @ baca kisah rakan2 menceritakan bahawa  pulut adalah sejenis makanan yg boleh menambah susu ibu.. percaya @ tidak, setiap kali aku makan makanan berasaskan pulut, dalam masa 4 jam 'breast' akan  terasa 'let down'  dan sessi mengepam pasti menjadi suatu saat yg menyeronokkan..  sebabnya?   hasil perahan pasti berbaloi-baloi.. mungkin disebabkn ia serasi ngan aku agaknya..

T/hari td, aku masak pulut n bawa sedikit  ke pej untuk anak buahku.. diaorg terus berkata, jap lg  siap sedialah.. susu pasti melimpah.. Ha'aa.. mmg betulpun, 'B' terasa penuh je dan w/pun Alya menyusu dalam j/masa yg lama tetapi  masih tidak mampu untuk mengosongkannya..

Ermmm.. Malaaaasnya aku nak mengepam ni.. tunggu le jap lg.. kalu masih lg bengkak, terpaksa juga  aku mengepam sekali lg sbm masuk tido..  kalu tak, bersedialah untuk bngun malam2 mengepam dan tukar baju. hehe...

Thursday, March 25, 2010

Penyakit Jantung Kongenital

(Gambar Hiasan)

Tanggal 8 Ogos 1998,  anak ke 2 kami  Muhammad Syahmi  telah pergi buat selamanya diketika usia baru mencecah
 40 hari di Unit Rawatan Rapi, Institut Jantung Negara (IJN). 
Doktor telah mendiagnos :-
Transposition of Great Arteries.

Sebagai panduan kita semua:-
  1. Kecacatan jantung sejak lahir terjadi dalam 8 per 1000 kelahiran
  2. Tanda dan gejala yang ditunjukkan oleh anak berbeza antara satu sama lain mengikut darjah kecacatan masing-masing.
Terdapat 3 jenis iaitu:-

1. Pink (acyanotic) heart defects with shunt
  • Ventricular septal defect (VSD). : terdapat lubang diantara dinding ventrikel kiri dan kanan yang menyebabkan aliran darah balik. Lubang yang kecil biasanya akan menutup sendiri. Pembedahan jantung terbuka bergantung kepada saiz dan lokasi lubang tersebut .
  • Atrial septal defect (ASD) : terdapat lubang di antara atrium kanan dan kiri. ASD sederhana boleh ditutup dengan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). Bagi lubang yang besar pembedahan perlu dilakukan.
  •  Atrio-ventricular septal defect (AVSD): biasanya dikaitkan dengan sindrom Down. Sekiranya memerlukan pembedahan jantung, ia akan dilakukan seawal usia setahun.
  •  Patent ductus arteriosus (PDA) : terdapat saluran darah menghubungkan aorta dan arteri pulmonary. PDA yang kecil boleh ditutup menggunakan penutup khas (tanpa pembedahan jantung terbuka). PDA yang besar tetap memerlukan pembedahan jantung untuk menutup saluran. Bagi bayi yang lahir pramatang saluran ini tetap terbuka ketika sakit dan ubat boleh diberikan untuk menutupnya.
2. Blue (cyanotic) heart defects
  • Transposition of great arteries (TGA): Pembuluh darah yang dari ventrikel bersambung sehingga berlakunya penigkatan aliran darah dan menyebabkan kegagalan jantung. Dalam kes tertentu sebahagian bayi perlu menjalani prosedur tertentu sejurus selepas lahir.
  • Fallot tetralogy – kecacatan ini melibatkan VSD dan penyempitan injap pulmonary sehingga mengurangkan kadar aliran darah. Pembedahan paliatif (meringankan) biasanya dilakukan sebelum pembedahan pembetulan.
3. Kecacatan jantung jenis sumbatan
  • Pulmonary stenosis (PS) : Terjadi apabila berlaku penyempitan antara ventrikel kanan dan arteri pulmonary . Penyempitan injap ini boleh diatasi dengan memasukan belon melalui salur darah di kaki.
Tanda-tanda
  • Gangguan deruan jantung (murmur) : bunyi ini dihasilkan oleh gangguan atau tubulasi aliran darah contohnya apabila terdapat lubang pada jantung atau laluan injap yang sempit. Bunyi murmur ini tidak begitu ketara semasa lahir malah hanya dikesan apabila anak sudah agak besar dan kelihatan sihat dalam aliran sistemik
  • Kebiruan (cyanosis) : bayi mungkin kelihatan kebiruan sejak lahir. Ini disebabkan oleh kandungan darah tanpa oksigen yang tinggi dalam darah.
  • Kegagalan jantung : bayi mungkin sesak nafas ketika rehat atau semasa menyusu.
  • Pertumbuhan berat badan terganggu disebabkan oleh kegagalan jantung atau kekurangan oksigen dalam penyakit jantung.
Nota:

Jantung mempunyai 4 ruang, 2 atrium dan 2 ventrikel. Darah tanpa oksigen kembali dari tubuh masuk ke dalam atrium kanan dan ventrikel kanan. Darah kemudian dipam melalui injap pulmanari ke paru-paru untuk mengambil oksigen. Darah beroksigen kemudian masuk ke dalam atrium kiri dan ventrikel kiri dan dipam ke seluruh tubuh melalui aorta. Tekanan sistemik adalah lebih tinggi dari tekanan pulmonary.


Cuma sekeping je gambar 'arwah' yang sempat diambil sebagai kenangan


Rujukan: Aku dah lupa ambik nota ni kat mana, Mungkin KKM  kot!!

Wednesday, March 24, 2010

Perkembangan bayi 7 bulan

Aku suka bangat mengenakan baju gini pada Alya..  Cuaca Panaaaskan!

Sekejap je masa berlalu, sedar tak sedar usia Alya telah mencecah 7 bulan.. semakin banyak telatah dan kelakuannya yang telah memikat dan mencuit hati.. dan yang paling aku suka ialah semasa dia menyambut aku time masuk kete pas waktu pej.. tergelak2 gitu bila melihat uminya..  seandainya dia boleh berkata, "ummi dah balik.. horeeey!!"

Perkembangan bayi seusianya ialah:-


  • Aktif Merangkak


  • Belajar memegang (bemegang sesuatu benda / mengubah benda itu dari satu tangan ke satu tangan lagi)


  • Makan secara sendiri boleh dimulakan.


  • Gigi susu mulai tumbuh 


  • Boleh menyebut perkataan mama, dada.. tapi alya suka menyebut 'mek, mama, baba'


  • Menguji 'autoriti' ibu


  • Melonjak-lonjak


  • Perasaan tak senang ketika berpisah


  • Kemahiran mengenal


  • Memahami bagaimana objek berhubung kait


  • Bermain permainan yang menyeronokkan

Saturday, March 20, 2010

Air Longan (Milk Booster)

Pagi ni aku renihkan buah longan kering dan dimasukkan gula kabung. Aku cuba membuat kelainan.. Jika pada hari sebelumnya, aku buatkan air longan dicampurkan kurma merah (cina) tetapi aku cuba ubah selera supaya tidak jemu.

Semenjak aku merantau 14 belas tahun, tekak aku ni dah mula memilih, gula kabung berada kt tangga paling tinggi berbanding ngn gula melaka dan 'nise' -kalu kt kelantan.. mahal le sikit.. 1 ketul (ada 2 keping) reganya hampir mencecah RM6.00 (tu belum kira lg musim perayaan) tapi nak wat camne.. 'taste' tinggi..

Bagi org yg tak pernah mencuba gula kabung, diaorg tak dapat membezakannya tp bagi mereka yg telah mengamalkan penggunaan gula kabung dalam masakan terutamanya penyediaan kuih muih tradisional, pastinya dapat membezakan kuih muih yg menggunakan gula kabung @ gula melaka @ 'nise'.

Sekali lagi aku cuba kongsikan resepi air longan yang baru je siap pagi ni..


Resepi Air Longan

Bahan-bahan
20 -25 biji longan kering
1 keping gula kabung (@ secukup rasa (kalu tak ada gula kabung boleh diganti gula @ gula melaka @ 'nise'..  Apa2 je le yg ada kt dapur, jgn masuk kicap udah le..)
1 liter air


Campurkan kesemuanya dan renihkan diatas api sederhana sehingga longan kering kembang. Bila dah siap, angkat dan boleh le dihidangkan.

Jika suka minuman sejuk.. boleh dicampurkan ais apabila air longan tu dah sejuk @ disimpan dalam peti ais..


Gula kabung
(setiap bungkus ada 2 keping gula kabung, berat/bungkus lebih kurang 250gm)

Minuman Milk Booster


Dalam 2 hari lepas, perahan susu ibu untuk stok EBM Alya memang menurun teruk.. Mungkin disebabkan aku stres (bukan pasal keje ye.., ), kepenatan dan kurang tidur. Yalah,   Lepas meeting jam 6 ptg  rabu lepas, kami terus bertolak balik dan sampai ke rumah hampir jam 12 t/malam. Seawal jam 4.30 pagi aku sudah bangun sebab Alya poo.poo.  aku terus berjaga dan siapkan diri untuk masuk kerja jam 8pagi pula.

Pagi semalam EBM ku cuma dapat 3 oz aje dan terpaksa menggunakan stok frozeen 5oz. Sementara stok ptgnya, cuma dapat dalam 3oz juga.. cukup le untuk keperluannya.. Sudah 2 hari juga le aku tak menyediakan sarapan pagi.. justeru itu, aku minta tolong hubby belikan makanan untuk sarapan kami anak beranak.

Aku cuba tenangkan diri dan bangkit demi insan tersayang.. Insya Allah, cuti hari ini, aku akan gunakan sepenuhnya untuk rehatkan diri dan bersama Alya. Mungkin aku akan membuat sekali lagi "Power Pumping"..

Buat sementara itu, aku cuba mengambil sebanyaknya 'milk booster' .   2 hari lepas dan semalam aku minum air longan kering dan kurma merah.. pagi ini pula, aku buat  air longan sahaja.. tukar selera. . hasilnya sudah mula nampak.. 'let down' udah mula dirasai dan p/darapun dah rasa berat je.  Insya Allah, keadaannya akan pulih sediakala..

Aku cuba kongsi resepi air longan dicampur ngan kurma merah.. rasanya mmg sedap.. 1 famili boleh minum.. longan kering ini aku beli kat Giant.. reganya boleh tahan gak RM69.90/kg.. n kurma merah RM 23.90/kg


Resepi Air Longan Kering dan Kurma Merah

Bahan-bahan
  • 10 biji Longan Kering
  • 10 biji Kurma Merah
  • 1Liter Air
  • Gula secukup rasa
Campurkan kesemuanya dan renihkan sehingga longan kering dan kurma merah kembang..

p/s; Boleh minum semasa panas atau disejukkan.. ikut selera masing-masing

Friday, March 19, 2010

Menangani Stres

S       Syok - Gembira hati dan diri sendiri

T      Tenang (24434 -Solat 5 waktu)

R           Riadah - Lakukan aktiviti regangan

E           Emosi - Fikir positif, adakan hobi, jgn salahkan org lain, belajar suka diri sendiri

S      Spiritual (Kerohanian) - 565
  • 5 - Solat setiap hari
  • 6  - Rukun Iman
  • 5  - Rukun Islam
Ntahle, aku suka bangat baca dan hayati maksud setiap baris diatas. Asalnya ia tertampal di sudut unit kaunseling yg di ilham dek sorang anak buahku lantas aku minta izin untuk 'copy'.. tk Ann!

Sbnrnya Ann tak taupun aku copy ntk masukkan kat sini.. tamb. lak diaorg tidak tahu aku punyai laman sendiri..  rahsia!  Lain le kalu diaorg terjumpa laman ini tanpa disengaja..

Bab kemaskini blog ini, aku tak akan buat kt pej.. ylh, kena tunjuk cont. yg baik.. nnt kalu diaorg buat dan dok ngadap komputer untuk tugasan bukan rasmi, terbeliak lak mata aku menengok, tak pasal2 aku yg STRES, tak ke haru biru jadinya. so.. hal personal buat kat umah beb..

Monday, March 15, 2010

Habis tempoh daaaa!!

Sekali lagi aku terpaksa membuat pelupusan stok EBM Alya..  Sebanyak 40oz.. sayangkan! tapi apa boleh buat, dah cukup tempoh 3 bulan..

Saturday, March 13, 2010

Penggunaan 'WALKER'


Topik mengenai penggunaan  'puting kosong'  SUDAH, bahaya penggunaan buaianpun SUDAH.. erm... apa lagi ye.. ok le.. kali ini, aku nak membincangkan pula mengenai bahaya penggunaan 'WALKER'.. sebabnya aku percaya, lebih 50% kebanyakkan ibu yang mempunyai anak kecil menggunakan 'walker' kepada anak mereka.

Aku yakin berkata begitu memandangkan akupun sebahagian daripada mereka, sebelum ini anak-anakku yang lain kecuali Alya menggunakan 'walker'.. maklum le, waktu itu, maklumat mengenai bahaya menggunakan 'walker' tidak banyak..

Walaupun anakku pernah alami 'kemalangan' yang boleh dikatakan teruk dan ngeri akibat penggunaan 'walker' tetapi tidak ada langsung kesedaran atas diriku dan juga suami. Aku cuba senaraikan sebahagian daripada kemalangan yang melibatkan anak-anakku sewaktu mereka  kecil dahulu iaitu:-
  • Kejadian  pertama, ketika kami sibuk mengemas keperluan kerana ingin berpindah rumah, dia telah tergelincir dan terjatuh serta mukanya terkena lantai.. Banyak bahagian badan dan mukanya terutama bibir luka dan berdarah.
  • Kisah ini pula berlaku semasa kami  sedang bercuti di kampung, semasa aku sedang sibuk memasak  manakala Syafiq berada didalam 'walker' diruang tamu... tiba-tiba aku tedengar bunyi benda jatuh disusuli dengan tangisan nyaring anakku.. rupa-rupanya dia terjatuh dari pangkir atas ke lantai di bahagian dapur.. tingginya lebih kurang 4 kaki.. terkejut dan terkedu seketika..menangis aku melihat dia dipenuhi dek darah.
  • Kali ini pula, kemalangan berlaku keatas Nur Syamimi semasa di rumah bs, menurutnya, Syazmi telah tertolak adiknya yang sewaktu itu berada di dalam 'walker'   dan terjatuh lalu tersembam  ke dalam bilik air.. habis tubuh dan mukanya dipenuhi luka dan darah.
Itu cuma sebahagian kisah benar yang pernah aku alami.. Kalau nak disenaraikan, memang banyak tapi cukup le beberapa contoh yang boleh dijadikan pedoman kepada kita semua... uminya tak serik-serik tapi  itu dulu, sekarang ini dah mulai mempunyai kesedaran tentang bahaya penggunaan 'walker' dan aku berjanji pada diri sendiri tidak akan membeli 'walker' untuk Alya biarpun hubby pernah memberi cadangan.

Mengikut kajian, menggunakan walker akan memperlambatkan perkembangan anak,  dimana mereka akan berjalan lebih lambat berbanding dengan anak yang melalui perkembangan biasa. Anak yang tidak menggunakan walker lebih bebas untuk berguling, duduk dan berjalan serta bergerak mengambil sesuatu.

Sebenarnya menggunakan 'walker' boleh membahayakan keselamatan anak, ini adalah kerana, anak akan bergerak dengan cepat dan boleh tersandung, terjatuh, berguling keatas benda-benda yang keras atau jatuh ke atas  lantai atau tangga. Selain daripada itu, anak mungkin boleh mencapai benda-benda yang membahayakan seperti gelas di atas meja yang mengandungi air panas ataupun mencapai pisau. Keadaan ini boleh menyebabkan anak kita melecur ataupun terluka.

Info:
  • Kepala adalah anggota tubuh yang paling sering terkena dibandingkan anggota tubuh lain.
  • Penggunaan walker tidak mempengaruhi dan menolong anak untuk berjalan lebih cepat 

Wednesday, March 10, 2010

Tidur Buaian

Boleh dikatakan anak2ku sblm ini mmg tidur dalam buaian.. maklumle, mereka ditinggalkan dengan pengasuh, nak tak nak kena ikut le juga, tak nak nyusahkan mereka maklumlah diaorgpn ada keje umah kena siapkan.. tetapi bila fikir2 semula, nyesalnya aku gunakan buaian untuk tidurkan mereka sbb kdg2 mereka terjatuh buaian dan dihempap dek buaian ntah kali keberapa.. bila ingat semua tu, ngeri rasanya.

Bab terjatuh dan dihempap buaian adalah satu perkara.. pastu bila nak balik kg je, asyik usung buaian ke sana ke mari.. tak ke menyusahkan!  Berdasarkan pengalaman lalu, aku mmg elakkan penggunaan buaian dan 'walker' sepenuhnya kat Alya.. biarlah dia tidur atas tilam je dan melalui perkembangan yang normal.

Inilah maklumat yang boleh dikongsikan dengan semua tentang bahaya penggunaan buaian
  • Buaian tidak memberi sokongan yang mencukupi bagi tulang belakang dan bahu bayi selalunya membongkok
  • Risiko untuk jatuh adalah tinggi
  • Jika dibuai dengan terlalu kuat, bayi boleh terjatuh keluar atau mengakibatkan kepala bayi terhantuk dinding
  • Kecederaan kepala bayi dan pendarahan dalaman otak (Subdural haemorrhage) - Saluran darah yang bersambung pada permukaan otak ke tengkorak pecah menghasilkan pendarahan otak subdural
  • Risiko tempurung kepala tercedera kepada bayi yang berusia 18 bulan dan ke bawah adalah lebih tinggi
  • Rangka besi buai boleh terjatuh menghempap bayi dan juga spring atau tali putus.
  • Bayi boleh tercekik (strangulation) dimana ada kes dimana bayi meninggal dunia akibat tersedak semasa tidur dalam buaian.
  • Berkemungkinan tangan dan kaki bayi boleh patah dan terseliuh
Info:
  • Otak bayi terapung dalam tengkorak dan jika bayi digerakkan dengan kuat, otak akan bergerak pada hala yang bertentangan dengan tengkorak, walaupun ia agak sukar berlaku kerana otak manusia dilindungi oleh tempurung kepala dan dikelilingi cecair otak bagi melindunginya daripada gegaran atau impak yang kuat akibat terjatuh, langkah berjaga2 adalah perlu jika sayangkan anak
  • Keadaan fizikal kepala bayi yang lebih besar dan berat daripada badan membuatkan mereka mudah terjatuh kepala dahulu kerana tidak dapat mengimbangi badan.
Nota:- Henjutan buai yang perlahan adalah tidak berbahaya tetapi pergerakan melantun buai dengan springnya menghasilkan pergerakan atas bawah seolah-olah seperti menggoyang bayi dalam tangan dengan kuat, menghasilkan kecederaan yang sama.

Minda yang menyatakan bayi tidur lebih lama di dalam buaian harus dikikis oleh kita semua.

Puting Kosong (soother)

Nape ye ramai mak bapak suka sangat bagi puting kosong pada bayi/anak mereke? Sejujurnya aku akui, w/pun anakku dah 4 orang (tak termasuk Suzila ye.. sbb dia masih baru lg dlm keluarga kami) tidak pernah lagi aku berikan puting kosong masa mereka kecil2 dulu. Apatah lg untuk  sicomelku Alya. TIDAK SEKALI-KALI!!

Apa yg aku tahu dan faham, banyak keburukan berbanding ngn kebaikan. Mak bapak beri puting kosong bertujuan untuk menenangkan anak yang sedang menangis (kerana refleks bayi yang semulajadinya ingin menghisap susu).

Pada pemahaman aku le.. mgkn mereka MALAS @ tak reti langsung memujuk anak yg sdg menangis.. kiranya pemberian puting kosong ini adalah untuk menyenangkan mereka. Mgkn ayat aku ni agak kasar sedikit tapi itu adalah pndngn aku, aku cubalah suarakan.. mgkn org lain, lain pulak pndngn mereka.

Aku cuba senaraikan keburukannya (kalau korang ada idea, dipersilakan):-

  • Sindrom Kematian Bayi Mengejut (w/pun jrg2 berlaku)

  • Susunan gusi dan pertumbuhan gigi tidak sekata (jongang/overbite)

  • Masalah 'jongang' berkekalan hingga dewasa dan menyebabkan rasa rendah diri serta masalah mengunyah makanan jika terlalu teruk.

  • Apabila anak telah dewasa, terpaksalah pula berjumpa dengan pakar gigi bagi membetulkan susunan gigi menggunakan braces @ terpaksa menjalani pembedahan rahang jika teruk. kesiankaaan!! salah siapa? tentulah salah kita sebagai orang tuanya. Fikir-fikirkanlah jika sayangkan anak!!
Nota:  Bercuti 2 hari, ingatkan nak rehat dari segalanya tapi.. dah naluri pompuan, sikit sebanyak membebel je retinya.. hehe

Monday, March 8, 2010

Makanan Pelengkap part 1

Hari ini entri aku berkaitan dengan Makanan Pelengkap  memandangkan usia Alya telah menjangkau 6 bulan (Dah lebih pun..) sebagai rujukan dan panduanku didalam menyediakan makanan tambahan buat Alya.

Pendahuluan
Makanan Pelengkap merupakan makanan tambahan bayi selain daripada susu ibu. Apabila bayi berusia 6 bulan, susu ibu sahaja tidak memadai. Pemberian makanan pelengkap ini dapat membantu bayi memperolehi nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangannya. Kelewatan memperkenalkan makanan kepada bayi boleh meningkatkan risiko anemia dan gangguan pertumbuhan.

Makanan bayi perlulah mengandungi pelbagai jenis makanan untuk membekalkan tenaga, protein, vitamin dan mineral yang diperlukan oleh bayi. Contohnya bubur nasi, bijirin beras,  susu, ikan, ayam, sayur dan buah-buahan

Setelah bayi yang berusia 6 bulan, mereka mula boleh menerima makanan pepejal. Pada peringkat ini, makanan yang sesuai baginya ini ialah ialah bubur nasi yang di kisar atau di tapis, bijirin untuk bayi, buah dan sayur yang dimasak dan di kisar atau di tapis.

Bayi perlu diberi makanan tambahan  2 kali sehari sebanyak 2-3 sudu besar bagi setiap hidangan. Ia seharusnya di selang selikan dengan penyusuan susu ibu.

nota: teringat je dulu2 time kena sediakan "demo" tapi masa tu makanan tambahan dimulakan seawal usia bb 4 bulan (bubur perlu ditapis!!).. Justeru itu, anakku yg lain, makanan tambahan diberikan setelah mereka berusia 4 bulan. Fakta ini akan berubah mengikut arus semasa!!

Sunday, March 7, 2010

Perkembangan bayi 6 bulan


  • Menjelajahi dengan menggunakan tangan
  • Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?
  • Belajar bergolek
  • Bayi anda walaupun kecil suka bersosial
  • Main mainan jenis bergilir-gilir
  • Bayi anda yang suka membebel
  • Merangsang derianya
  • Gembira semasa mendengar cerita
Sumber: BabyCenter Malaysia
Alhamdulillah, Alya sudah mencapai 100% perkembangan seperti di atas. Sekejap je rasanya masa berlalu, sedar2 usia Alya sudah melebihi 6 bulan, tidak sabar menanti hari esok untuk melihat perkembangannya dari masa kesemasa.

Kdg2 tertanya jugak aku, kenapa le masih ada ibu2 yg sanggup mendera dan membuang anak bahkan ada yg sanggup membunuh anak sendiri?? sesungguhnya tak sanggup aku mendengar perkhabaran seperti itu yg pastinya meruntun hati nurani ini...

Wednesday, March 3, 2010

Kecuaian

Rehat jam 1ptg tadi, aku telah melakukan kesilapan besar di mana Alya hampir terperangkap didalam bilik seorang diri.. ia memberi pengajaran mendalam padaku sampai bila-bila.

Bagi ku masa itu emas, setiap saat amat berharga. Setiap hari aku pastikan dapat balik seketika untuk menyusukan Alya, yalah, bertugas di daerah yang kecil, tiada langsung masalah kesesakan lalulintas . Lebih kurang 5 minit dah boleh sampai ke rumah... justeru itu, masa rehat 1 jam, aku gunakan sebaik mungkin.

Setiap hari, sampai je ke rumah, aku akan mandikan Alya dan menyusukannya. Lepas itu barulah aku membuat persiapan diri dan mengepam susu untuk kegunaannya pada sebelah petang. Itu le rutin harian aku.

Dijadikan cerita, masa rehat tadi  selepas menyusukan Alya, aku telah tinggalkannya seorang diri di dalam bilik dan keluar dengan menutup pintu bilik (sebab buka aircond).

Semasa hubby ingin masuk bilik untuk solat zuhur, tiba-tiba pintu tidak boleh dibuka dan kedengaran suara Alya membebel serta bunyi seperti pintu di ketuk, dia terus menjerit padaku dan bertanya di mana Alya.. Aku terus menjawab, Alya diletakkan atas tilam kecil di dalam bilik... rupa-rupanya Alya telah turun daripada tilam tersebut dan bermain dibelakang pintu - seronok je dia  bila pintu itu mengeluarkan bunyi apabila di tepuk dengan tangan. (di mana hujung tilam dan pintu jaraknya cuma 2 kaki sahaja - Alya berada di atas lantai diantara tilam dan pintu tersebut, faham kot!!) Ya Allah, anakku!!

Kami mencuba sedayanya untuk membuka pintu tetapi terbuka sedikit sahaja.. aku tenangkan fikiran dan cuba capai Alya menggunakan tangan (Alhamdulillah, dapat) serta menolaknya ke depan. Sib baik le badan aku kurus kering, akhirnya dapat masuk jugak ke bilik itu  setelah mencuba beberapa kali. Kalau hubby, gerenti tak boleh.. Alya gelak je tengok aku memeluk dan menciumnya berulang kali.. agaknya dia ingatkan ummi sedang mengagahnya seperti selalu.. alahai anakku.. lain kali ummi akan lebih berhati-hati ya sayaaaang!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink