Followers

Thursday, October 28, 2010

Tangani Obesiti si Kecil

Anak obes berdepan pelbagai risiko kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan tahap lemak dalam darah abnormal, penolakan insulin dan diabetes jenis dua, hati dan pundi kencing terjejas serta kemurungan.

Risiko Masalah lain yang turut menjejaskan kehidupan seharian mereka termasuk sering tercungap-cungap, gelisah atau masalah tidur, kelihatan lebih berusia atau lebih dewasa sebelum usia (kanak-kanak terlebih berat mungkin lebih tinggi atau cepat matang dari segi seksual berbanding rakan sebaya). Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka berhadapan masalah gangguan kitaran haid dan masalah kesuburan.

Di Malaysia, masalah itu tidak terkecuali apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiarkan’ obes akibat sikap ibu bapa yang tidak prihatin soal pemakanan anak-anak. Bayangkan, si kecil yang didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak pada usia awal lagi.

Kanak-kanak Melayu berusia 7 hingga 12 tahun misalnya, menjadi kumpulan terbesar atau 67 peratus yang bermasalah obesiti di Semenanjung Malaysia berbanding kumpulan etnik lain.
Hasil dua kajian oleh universiti tempatan menunjukkan 23 peratus kanak-kanak Cina dan 10 peratus kanak-kanak India mengalami masalah lebihan berat badan dalam lingkungan usia sama.

INFO:

  • Seawal usia kehamilan hingga setahun
    Susu ibu bantu cegah masalah berat badan dan bayi yang menyusu lebih berupaya kawal pengambilan makanan.

  • Usia dua ke enam tahun
    Sesuai memulakan tabiat pemakanan yang baik. Bantu anak membentuk pemilihan makanan dengan pengenalan kepada pelbagai jenis makanan yang sihat. Galakkan juga mereka untuk aktif bersukan.

  • Usia 7- 12 tahun
    Galakkan mereka dengan aktiviti fizikal. Jika tidak menyepak bola di padang, berjalan-jalan atau bermain di laman sudah memadai.

  • Usia 13 ke 17
    Remaja gemarkan makanan ringan dan segera. Namun, hadkan kepada tiga bulan sekali, andai mereka benar-benar mahukannya. Didik mereka hargai makanan sihat selain babitkan mereka dalam usaha menyediakan makanan sihat bersama-sama di rumah.

  • Kurangkan masa menonton televisyen, komputer atau bermain komputer. Jangan biasakan mereka makan sambil menonton televisyen. 

  •  
    Info:  bh online


    Sunday, October 24, 2010

    Kesan kanser payudara lelaki lebih parah

    Dalam Kolum Kesihatan Utusan Malaysia hari ini membincangkan berkenaan Barah Payudara di kalangan kaum lelaki,   jangan ingat lelaki boleh bebas 100% daripada kanser yang paling ditakuti di kalangan kaum kita ye.. justeru itu langkah berjaga2 perlu diambil oleh semua orang tanpa mengira jantina
    Di antara info menarik untuk di kongsi bersama ialah:-
    • Kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk. Ini kerana ia akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian. 
    • Walaupun jarang berlaku, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.
    • Pemeriksaan saringan mamografi hanya dilakukan untuk wanita sahaja. Ia merupakan kaedah unggul untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, di mana kanser itu belum disedari oleh wanita tersebut. Mamografi boleh mengesan kanser payudara satu tahun lebih awal sebelum wanita tersebut mendapat sebarang sindrom atau tanda-tanda.
    • Kanser payudara lelaki berlaku pada bahagian tisu payudara, sebarang keganjilan pada payudara lelaki merupakan simptom utama mereka menghidap kanser. Biasanya mereka akan merasa benjolan atau ketulan di belakang puting susu (nipple) dan payudara akan membesar sebelah (gynaecomastia). Lelaki tersebut juga akan mengalami pengeluaran cecair dari puting, perubahan warna kulit di payudara atau puting susu tertarik ke dalam.
    • Pengesanan melalui ujian Ultra Sound dan Ujian Biopsi 
    • Kanser payudara lelaki merebak melalui salur limfadan salur darah. Sama seperti kanser payudara wanita, sekiranya penyakit dapat dikesan di peringkat awal, harapan untuk sembuh adalah tinggi.

    Wednesday, October 20, 2010

    CUEPACS mahu pemberian bonus kepada kakitangan awam


    KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) semalam menghantar telegram kepada Datuk Seri Najib Razak, untuk menyatakan rasa tidak puas hati kesatuan itu kerana tiada peruntukkan untuk bonus dalam Bajet 2011.

    Presidennya, Omar Osman, berkata pihaknya juga mahu mengadakan perbincangan dengan Perdana Menteri berhubung isu itu. 

    “Permintaan Cuepacs agar kerajaan membayar bonus kepada kakitangan awam bukan sesuatu yang keterlaluan kerana ia mengambil kira pengorbanan dan sumbangan mereka dalam membangunkan negara,” katanya. 

    Omar berharap permintaan CUEPACS akan dihalusi oleh Najib selaras dengan prinsipnya untuk mendahulukan rakyat dalam semua perkara.

    “Pada 2009, apabila kita meminta kerajaan memberi bonus kepada pekerja awam, Perdana Menteri memanggil kita (CUEPACS) dan menerangkan bahawa kerajaan tidak mampu untuk membayar bonus kerana berdepan dengan kemelut ekonomi.

    “Kita akur dengan penjelasan beliau dan menerimanya dengan hati terbuka kerana kerajaan berjanji akan menimbangkan semula permintaan itu apabila ekonomi pulih.

    “Tapi sekarang ekonomi negara kembali mantap, dan apabila kakitangan awam menerima sumbangan Aidilfitri sebanyak RM500, kita menunggu-nunggu pengumuman bonus sekurang-kurangnya sebulan gaji tetapi malangnya tidak ada.

    “Hari ini kita bermesyuarat dan memutuskan untuk mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri dan kita hantar telegram petang ini juga,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

    Omar berharap permintaan CUEPACS akan dihalusi oleh Najib selaras dengan prinsipnya untuk mendahulukan rakyat dalam semua perkara.

    nota: agak2nya ada bonus tak tahun ni???

    Monday, October 18, 2010

    Kanser payudara banyak di pedalaman Kelantan

    Akhbar hari ini melaporkan bahawa ramai penduduk di kawasan pedalaman Kelantan mengidap Kanser Payudara, aku percaya bukan wanita di Kelantan sahaja yang berisiko mengidap kanser ini tetapi kesemua wanita Malaysia adalah berisiko.

    Sekali lagi aku mengharapkan kepada semua teman2 supaya membuat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan bagi wanita yang berusia 35 tahun ke atas perlu menjalani ujian mamogram. secara berkala .

    Untuk makluman semua, di Kelantan terdapat sebuah Klinik LPPKN yang bertempat di Kota Bharu ada menyediakan Program Subsidi Ujian Mamogram dan mereka akan  merujuk kes ini untuk ujian mamogram di HUSM, Kubang Kerian.

    Laporan hari ini:-

    KOTA BHARU: Barah payudara, pembunuh utama golongan wanita kini dikenal pasti aktif menyerang golongan itu yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.

    Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr Zaidun Kamari, berkata statistik mencatatkan hampir 70 peratus kes barah payudara menyerang wanita di luar bandar atau pedalaman negeri itu.

    "Meskipun begitu ramai belum menyedari kepentingan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital kerana takut terhadap pelbagai risiko dan stigma negatif yang diterima daripada individu yang tidak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Blog Bagi Pusat Sumber Kanser Payudara, di sini, hari ini.


    Sunday, October 17, 2010

    Guna ramuan tidak halal

    Sinar harian edisi Pahang hari ini melaporkan terdapat beberapa hotel di daerah Cameron Highlands yang memohon logo halal tidak prihatin dengan penggunaan bahan masakan di premis mereka kerana masih menggunakan bahan tidak halal.

    Penolong Pengarah Pengurusan Halal, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), Noridzuan bin Abdul Manan berkata, pemantauan Jawatankuasa Kajian Makanan Dan Barang Gunaan Orang Islam Pahang ke beberapa hotel di daerah itu mendapati tahap kesedaran dan keprihatinan pihak pengusaha hotel terhadap standard halal perlu dipertingkatkan. 

    Menurutnya, walaupun kesedaran untuk mendapat sijil halal adalah tinggi tetapi kefahaman terhadap standard halal kurang memuaskan.

    “Lebih mengejutkan ada dapur hotel yang menggunakan produk terutama sos salad yang jelas mengandungi alkohol dan tidak dibenarkan penggunaannya sama sekali bagi maksud persijilan halal,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

    Friday, October 15, 2010

    Bajet 2011 - antaranya ialah bantuan khas kewangan RM500.00

    Bajet yang sedang dibentangkan, antara lainnya menyebut:-
    • Cuti bersalin dilanjutkan 60 hari ke 90 hari (pilihan) - maksimum 300 hari sepanjang perkhid.
    • Memansuhkan PTK untuk penjawat awam mulai 2011
    • Bantuan Khas Kewangan RM 500 kpd penjawat awam (akan diberikan pd Dis. 2010)- Alhamdulillah
    • Bantuan mengurus jenazah juga dinaikkan RM 1000.00 ke RM 3000.00

      Lagi kes bayi mati di jaga pengasuh

      Pagi ni dikejutkan oleh laporan mengenai kematian seorang lagi bayi lelaki berusia 5 bulan semasa berada di dalam jagaan pengasuh dipercayai terjatuh @%$&*^%*@&^%$!!!!!

      Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.


      Takziah kepada keluarga mangsa. Al-fatihah
       
      laporan: hmetro.com

      Wednesday, October 13, 2010

      Pil perancang tidak jejas kesuburan

      PIL perancang lazimnya tidak mengurangkan kesuburan seseorang selepas pemberhentiannya. Lazimnya ovulasi dijangka datang semula dalam masa enam bulan pil ini dihentikan pengambilannya. 

      Untuk kepastian, anda boleh berjumpa doktor sakit puan untuk pemantauan pembesaran folikel (kantung) telur di dalam ovari. Jika folikel telur ­membesar mengikut ­jangkaan, maka benar pil perancang tidak menyebabkan kesuburan anda terganggu.

      Rujukan Harian Metro :
      soal jawab pakar sakit puan;  Dr. Adilah Ahmad

      Tuesday, October 12, 2010

      pengumuman

      Dimaklumkan. keputusan Alya 1'st bday GA telah diumumkan pada 1 Oktober 2010,  hg kini, masih ada seorang pemenang yg blum mmberi m/balas.

      pls, sila berikan maklumat yg dikehendaki sblm 21.10.10

      Maklumat lanjut, sila rujuk SINI.

      Monday, October 11, 2010

      Penyakit Jantung Kongenital

      Penyakit Jantung Kongenital (CHD)

      Biasa disebut jantung berlubang, CHD berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama sejak bayi di dalam kandungan lagi. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.

      Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung.

      Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.

      Secara global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang baru dilahirkan berlaku antara empat hingga sembilan setiap 1,000 kelahiran. Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.
      Menjelaskan lebih lanjut mengenai keadaan itu, Konsultan Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik dari hospital yang sama, Dr. Lim Miin Kang berkata, CHD merupakan penyakit yang disebabkan warisan (genetik) dan juga persekitaran.

      “Jika ibu atau bapa mempunyai sakit ini, bayi yang dilahirkan mempunyai risiko 10 peratus mengalaminya,” katanya.

      Selain itu katanya, faktor persekitaran antenatal termasuk jangkitan ketika mengandung (rubella), pengambilan alkohol atau dadah tertentu dan penyakit seperti kencing manis dan SLE turut menyumbang kepada permasalahan.

      Bagaimana ia dikesan?

      Dr. Lim menjelaskan bayi yang mengalami kecacatan jantung boleh dikesan ketika di dalam kandungan (bagi kes major) dan juga ketika dilahirkan (kes minor).

      “Ujian ultrasound ketika ibu sedang mengandung mampu mengesan sebarang keganjilan pada denyutan jantung. Ia boleh dikesan seawal usia empat bulan,” katanya.

      Menghurai lebih lanjut, beliau berkata, rentak normal jantung adalah “lup dup” dan jika ia berlainan seperti “lup cup”, bererti terdapat kecacatan pada jantung tersebut. 

      Jelasnya lagi, bayi CHD dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bayi biru dan tidak biru (blue dan non-blue baby).

      “Bayi tidak biru menghadapi masalah lubang pada jantung atau masalah dengan injap atrial. Jenis yang paling banyak ditemui adalah kecacatan septal ventrikular (VSD) dan atrial septal defect (ASD).

      “Bayi biru pula mempunyai masalah halangan yang menyekat pengaliran darah ke paru-paru (tersumbat),” ujarnya.

      Antara simptom yang biasa ditemui dalam kes kecacatan jantung kongenital adalah;

      * jantung berbunyi (murmur)
      * cyanosis (biru di badan atau muka)
      * kesukaran menyusu
      * nafas kencang
      * berat badan tidak bertambah secara normal
      * pendarahan

      Dr. Lim berkata, jika ibu bapa mendapati anak mereka mempunyai simptom yang dinyatakan, dinasihatkan membawa ke klinik berhampiran dengan segera untuk pemeriksaan. Jika terdapat kemungkinan masalah jantung major, bayi tersebut memerlukan pembedahan segera.

      Dr. Lim menyatakan terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk menentukan jika bayi atau kanak-kanak mempunyai masalah jantung.

      Ujian ECG (electrocardiogram) katanya, akan dijalankan untuk memantau denyut jantung dan menentukan sama ada ia normal atau sebaliknya.

      “Imbasan sinar-X dada juga mungkin dilakukan untuk melihat jika jantung membesar (bengkak) atau mempunyai masalah paru-paru. Ujian echocardiogram (ultrasound jantung) pula dapat mengesan beberapa kecacatan struktur jantung,” jelasnya.

      Saturday, October 9, 2010

      Senarai Restoran Terkenal Yg Disahkan Halal & Ditarik Balik Sijil Halal oleh JAKIM

      Tolong sebar luaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. 

      Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

      1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

      1) McDonald
      2) A&W
      3) Secret Recipe

      Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

      1) Victoria Station
      2) Kam Lun Ta
      3) Lotus Family Restoran

      Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

      1) San Francisco Steakhouse
      2) Chicken Rice Shop
      3) Kiwi Express

      Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

      Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

      2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

      3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. 

      Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . 

      Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

      4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal

      Bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. 

      Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

      5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

      6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. 

      Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

      7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. 

      King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

      8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

      9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

      10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

      11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapiStarbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

      Copy & Paste: hanieliza cooking

      Tuesday, October 5, 2010

      Bayi 10 bulan tertelan bateri AAA

      hmetro hari ini menlaporkan mengenai seorang bayi berusia 10 bulan tertelan bateri AAA di rumahnya jumaat lalu.

      Adik Alysa telah dikejarkan ke hospital tetapi bateri tersebut tidak dapat dikeluarkan, ujian x-ray sebanyak 4 kali terpaksa dibuat keatas dirinya. Moga keadaan dia bertambah baik dan stabil.

      Saturday, October 2, 2010

      update stok EBM terkini

      6 x 5 = 30 botol/5oz

      Alhamdulillah, di usia Alya menjangkau 1tahun 1bulan dan 8 hari, aku masih mampu memberi khasiat susu ibu sepenuhnya buat dia, moga bertahan sekurang2nya ke angka 2 tahun. Amiiin

      Friday, October 1, 2010

      Keputusan ' Alya 1'st bday giveaway'

      Sebagaimana yang telah dijanjikan sebelum ini, keputusan akan diumumkan sebaik sahaja GA ini tamat. Rujukan SINI :-
      •  seorang pemenang utama akan dipilih secara rawak  DAN
      •  seorang pemenang misteri 
      Alhamdulillah, seramai 76 orang peserta telah menyertai 'Alya 1'st bday giveaway', terima kasih tak terhingga kepada semua teman2 yg telah meluangkan masa join GA yang tak seberapa ini.

      PEMENANG UTAMA (cabutan bertuah) dimenangi oleh:-
      • dayanazulfah-mama (no. 5) - done 4.10.10

      PEMENANG MISTERI

      Pemenang misteri akan dipilih berdasarkan keseluruhan jumlah komen tertinggi yang telah diberikan terhadap ketiga2 laman kepunyaan saya hingga ke tarikh 30.09.2010  iaitu:-


      CORETAN PERIBADI

      1. umialya (81)
      2. ena (20)
      3. azrina (16)
      4. syamila (16)
      5. hezesuze (14)
      6. umialya09 (10)
      7. mie_rahim (6)
      8. ayu (6)
      9. fieza79 (6)
      10. ibuhakimhaikal (6)

      DIARI HUDUPKU


      1. umialya (51)
      2. imaan09 (10)
      3. rose --{@ iburafiq @}-- (10)
      4. ayu (10)
      5. kasehku (9)
      6. ammi sara (7)
      7. maslina rosdiana (4)
      8. ena (3)
      9. nurul (2)
      10. sher zul (2)


      CONTEST & GA ONLY


      1. nor ' atikah bt norbaki (1)
      2. umialya (1)
      3. jue-anna fauzie (1)
      4. wife mr.em~ibu mr.aqil (1)
      5. syamila (1)
      6. gayahspears (1)
      7. cute mum (1)
      8. imaan09 (1)
      Justeru itu, pemenang MISTERI telah dimenangi oleh
      HADIAH SAGUHATI

      Memandangkan GA kali ini agak memberansangkan, maka sukacitanya saya ingin menambah 1 lagi hadiah saguhati melalui cabutan bertuah...

      Hadiah saguhati dimenangi oleh;
      Adat bertanding, ada menang dan kalah.. buat teman yang berjaya di dalam GA ini, tahniah diucapkan dan buat rakan2 yang tidak berjaya, jgn le berkecik ati. Apa yang penting persahabatan diantara kita bukan setakat ini sahaja, kekalkan biarpun di alam maya.. 
      Buat para pemenang, sila emailkn / tempekkan  butir2 diri kalian ke umialeeya@gmail.com @ dilaman ini mengikut kesesuaian memasing bagi proses penghantaran hadiah yg seciput ini, inilah yg termampu dan seikhlasnya dariku. (tak sempat nak memilih sbb masa sampai ke CH t/hari, hujan turun agak lebat, capai je apa yg ada depan mata, apa2pn moga kalian sudi menerimanya)
      • nama 
      • alamat
      • no.phone
      k, hg berjumpa lg pd GA akan datang, Insya Allah.. bye, bye


      nota: Semua pemenang perlu memberi maklumbalas dan menghantar maklumat spt yg dikehendaki dlm tempoh 3 minggu drp. sekarang (till 21.10.10), sekiranya tiada maklumbalas diterima dalam jangkamasa tersebut maka undian semula akan dijalankan bagi menentukan pemenang yang lain.  
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       
      COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink