Followers

Friday, December 31, 2010

yeay.. dapat rose, terima kasih "Secubit Garam'

Dapat sekuntum bunga rose pemberian K.Nor pemilik laman SECUBIT GARAM sebagai tanda penghargaan beliau diatas sokongan kami rakan2 blogger

Sebagai pengetahuan semua, blog Secubit Garam banyak  mengisahkan dunia masakan, ada pelbagai pengkongsian resepi, petua dan sebagainya, sehingga ke saat ini, pengikut laman 'secubit garam telah mencecah sebanyak 1006 pengikut, wow.. ramai tu

Ok K.Nor, saya ambil rose yang berkaler putih, terima kasih banyak2..lain kali nak lagi

Thursday, December 30, 2010

esok cuti umum

Alhamdulillah, PM mengumumkan esok 31.12.2010 merupakan cuti umum sempena kemenangan pasukan Malaysia semalam, bestnya, nampaknya hari ini merupakan penutupan pelbagai akaun, laporan dsb,  penat sikit xper, janji esok boleh tergolek2 ngan Alya.

Saturday, December 25, 2010

Jauhilah pemakaian tudung menyerupai.....

Renung2kanlah.....

Friday, December 24, 2010

Wanita warga emas ditangkap khalwat

Ya Allah, mengucap panjang aku takkala membaca laporan ini, naper perkara2 sebegini boleh berlaku dikalangan kita apatah lagi usia sudah menginjak ke usia emas, masih bersuami dan mempunyai anak?

Aku malas nak ulas panjang, jika kalian nak tau kisah sebenar, sila KE SINI

Thursday, December 23, 2010

2 beranak terbunuh selepas mengambil keputusan PMR

Berita terkini HARIAN METRO melaporkan mengenai kemalangan jalanraya yang telah mengorbankan 2 beranak ketika mereka pulang mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR). 

Kedua beranak ini telah dilanggar oleh lori muatan pasir dari simpang kanan yang gagal keluar simpang jalan lalu terbabas serta melanggar lampu isyarat dan mangsa yang sedang berhenti di lampu isyarat. 

Takziah kepada keluarga mangsa dan Al-fatihah buat Adik Siti Aishah dan Pn. Azizah Musa.

Monday, December 20, 2010

3 jenis senjata diguna dalam pembunuhan pelajar

Senjata seperti sebilah parang, sebilah pisau lipat dan satu buku lima serta dua guni dipercayai digunakan suspek bagi melakukan pembunuhan adik  Siti Mazni Abdul Rahman, 14, yang  dijumpai mati dengan mayatnya disembunyikan di bawah timbunan daun kelapa sawit di Parit Ju Darat, Tongkang Pechah, Batu Pahat,  pada kira-kira pukul 5 petang Jumaat lalu  dengan satu kesan tikaman di badan sebagaimana laporan Berita Harian Online 

Entahlah, apa nak jadi sekarang ni, bahaya ada dimana2 walau dirumah sekalipun. Takutnya!!

Tuesday, December 14, 2010

Lagi bayi dibuang

Adddduuuuuh.. sebak bila baca kisah ni dalam Harianmetro online pagi tadi, mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan serta masih bertali pusat (yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik hitam) terlekat pada tayar depan kereta seorang kaki pancing ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tebing sungai Johor.

Aku tak pastilah, apakah perasaan si ibu yang telah membuang bayinya, x ader perasaan ke? sedangkan binatangpun reti sayangkan anaknya.. Bagiku, nyamuk gigit anakku si Alyapun rasa nak marah je, kalu boleh nak cari je nyamuk maner yang gatal2 nak mengigit anak manjaku ini. hu3..

Aku pernah didatangi dek seorang isteri yang mengadu hingga kini masih belum dikurniakan zuriat setelah beberapa tahun berkahwin, beliau menyatakan kekesalan kerana pernah membuang janin yang dikandungnya di atas permintaan keluarga akibat kesilapan masa silamnya.

Sepatutnya mereka perlu berfikir sebelum membuat tindakan yang sewajarnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink