Followers

Sunday, January 16, 2011

Anak 2 tahun mati lemas dalam besen

Al-fatihah

Sebagaimana laporan HMetro hari ini, seorang kanak-kanak berusia 2 tahun ditemui lemas di dalam bilik air dalam keadaan tertonggeng dalam besen.

Kadang-kadang kita alpa, kejadian yang tidak disangka-sangka boleh terjadi tanpa mengira masa dan ketika dimana jua.

Bagi keluarga yang mempunyai anak kecil, langkah-langkah keselamatan perlu diambil bagi mencegah daripada berlakunya kemalangan di rumah, diantaranya ialah:-
  • Elakkan penggunaan alas meja yang labuh - Contohnya: Jika keluarga yang punyai anak yang baru belajar berjalan, dorang akan tarik alas meja itu ke bawah. Cuba bayangkan apa akan terjadi seandainya terdapat teh panas atau lauk pauk yang baru dimasak di atas meja tersebut dan tertumpah ke atas anak ini, kemungkinan besar badannya boleh melecur.
  • Pastikan dapur sentiasa di dalam keadaan bersih dan bebas minyak
  •  Pastikan lantai rumah sentiasa di dalam keadaan kering, lap segera jika basah
  • Pastikan lantai bilik air di cuci dari masa ke semasa bagi mengelakkan lantai licin dan berlumut.
  • Pastikan pintu bilik air sentiasa bertutup dan  tiada air di dalam baldi  atau besen
  • Simpan kesemua karpet yang dilipat ke dalam bilik stor dan pasti kesemua barang-barang tidak berselerak
  • Gantikan permaidani yang rosak dan koyak
  • Baiki lantai rumah yang telah rosak
  • Elak susun atur kerusi atau sofa berdekatan dengan tingkap
  • Jangan biarkan anak kecil bermain dan tidur di tingkat atas katil bertingkat
  • Pasangkan gril @ pagar di pintu rumah, jika rumah bertingkat, pastikan terdapat pagar di anak tangga bawah dan atas (pastikan tiada barang permainan yang mengganggu perjalanan kita semasa naik dan turun tangga)
  • Pastikan anak-anak kecil tidak ditinggalkan atau dibiarkan keseorangan samada di bilik air,  tingkat atas atau di tempat-tempat yang tinggi
  • Pastikan kawasan tangga diterangi cahaya lampu
  • Pastikan soket elektrik di pasang di tempat yang tinggi, jika rendah, gunakan penutupnya
  • Pastikan kawasan dalam dan halaman rumah tidak di tanam jenis-jenis bunga berduri seperti kaktus (Jika ada, letak ditempat yang tinggi dan tidak boleh dicapai oleh anak)
  • Barang-barang tajam, perlu disimpan di tempat yang selamat

3 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayu said...

kak tini, ayu setuju dengan kata2 akak serta tips2 yang diberi..teringat anak kawan yang pernah kena tersiram air teh panas satu teko satu ketika dahulu..habis melecur badan + kaki + tangan dia...sebulan lebih gak duk di hospital, gara2 kecuaian suami biarkan anak dia bermain sendirian dengan anak kawan dia tanpa diawasi oleh dia , walaupun time tu kat rumah kawan dia..kesian sgt dekat kawan ayu tu..sebab time tu, dia tak follow sama..

umialya said...

ayu..
alahai.. siannya

SYaMiLa said...

malang tak berbau kan kak...

akak ada menang GA .. klik kt sini http://adyshariz.blogspot.com/2011/01/pemenang-teka-harga.html

tahniah kak...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink