Followers

Friday, April 29, 2011

Masalah semasa penyusuan anak

Bengkak payudara
ii. Mastitis
iii. Duktus tersumbat
iv. Puting merekah

Perbezaan payudara yang penuh susu dan bengkak

Payudara penuh
i. Terasa panas
ii. Berat
iii. Keras
iv. Susu mengalir
v. Tiada demam

Payudara bengkak
i. Sakit
ii. Bengkak
iii. Tegang terutama puting
iv. Berkilat
v. Mungkin nampak merah
vi. Susu tidak mengalir
vii. Mungkin demam selama 24 jam

Penyebab
i. Susu yang banyak
ii. Lambat memulakan penyusuan
iii. Cara penyusuan yang salah
iv. Pengeluaran susu yang tidak kerap
v. Masa penyusuan terhad

Pencegahan
i. Memulakan penyusuan susu ibu seberapa cepat yang boleh
ii. Cara penyusuan yang betul
iii. Galakkan penyusuan tanpa had

Masalah Puting sakit/luka

Penyebab:
i. Teknik hisapan dan posisi yang salah
ii. Jangkitan candida, kebengkakan atau merekah pada puting
'Frenulum' pendek pada lidah bayi


Rawatan
i. Bantu ibu memperbaiki posisi dan cara hisapan bayi
ii. Jika payudara bengkan, bantu ibu melegakan kesakitan. Ibu perlu menyusu dengan lebih kerap/memerahkannya keluar
Jika erdapat jangkitan Candida, berikah rawatan

Nasihat
i. Mengelakkan daripada mencuci payudara lebih dari sekali sehari. Jangan guna sabun
ii. Elakkan daripada menggunakan losyen atau minyak

Sunday, April 24, 2011

Susu Ibu lahirkan anak pintar?

Beberapa kajian mendapati pemberian susu ibu kepada bayi boleh menjadikan anak lebih pintar sedikit 1-2% berbanding dengan kanak2 yang lain kerana ia mengandungi bahan2 tertentu yang boleh membantu perkembangan minda anak.

Selain daripada itu, anak perlu diberi makanan seimbang dan sihat supaya mereka dapat memberi lebih tumpuan terhadap pelajaran.

Ibu2 hamil perlu:-
  • Mengambil makanan seimbang
  • Menjaga kesihatan ke tahap optimun
  • Menjaga emosi
  • Menjaga sikap
Seseorang ibu boleh berikhtiar bermacam cara bagi mendapatkan anak2 pintar dan cergas tetapi itu semua hanyalah sebagai usaha kita, hasil cuma Yang Maha Esa menentukannya. 

Wednesday, April 13, 2011

Suami kencing di muka isteri

Zalimnya.. ada juga suami yang sanggup memukul  dan kencing di muka dan tubuh isteri akibat sikap panas barannya. Bengang kalu dapat laki yang punyai peel begini... 


KUALA LUMPUR: Berang kerana diminta membantu membuang sampah, seorang warga emas bertindak di luar kewarasan akal apabila bukan saja memukul isterinya menggunakan tongkat, malah turut kencing di muka wanita dikahwininya selama 26 tahun itu selepas mangsa terjatuh.

Kejadian mengaibkan itu berlaku di hadapan rumah pasangan terbabit di Taman Wahyu di sini, kira-kira jam 5.30 petang kelmarin.


Sumber polis berkata, lelaki warga emas terbabit yang berusia lewat 60-an panas baran dan sering memukul isterinya yang beberapa tahun muda daripadanya, terutama dalam sepanjang enam bulan lalu.

“Lelaki itu sering berkata dia benci melihat wajah isterinya yang sudah tua,” katanya Menceritakan lebih lanjut mengenai kejadian itu, sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa menyapu sampah di hadapan rumah sebelum meminta suaminya membantu membuang sampah ke dalam tong di hadapan rumah.


“Berang dengan permintaan itu, suspek yang bertongkat menghampiri isterinya sebelum menumbuk mukanya. Tumbukan berkenaan yang tepat di muka menyebabkan wanita terbabit terjatuh.

“Selepas itu, suspek bagaikan dirasuk hantu memukul isterinya menggunakan tongkat,” katanya.

Beliau berkata, ketika itu, mangsa merayu dikasihani selain menutup kepalanya menggunakan tangan.

“Selepas puas membelasah isterinya, lelaki terbabit yang hilang pertimbangan bertindak jijik dengan kencing di muka dan tubuh mangsa.

“Lelaki terbabit kemudian meninggalkan rumah mereka dan tidak pulang sehingga kini,” katanya.


Sumber itu berkata, mangsa sebelum ini tidak membuat laporan polis kerana terlalu menyayangi suaminya itu, namun selepas lelaki terbabit kencing di muka dan tubuhnya, wanita itu nekad membuat laporan.

Tuesday, April 12, 2011

Tiada telur palsu dipasaran

Alhamdulillah negara kita bebas dari telur palsu, selepas ini kita tak perlulah ragu2 dan bimbang lagi untuk membeli telur di pasaran.


PUTRAJAYA 11 April – Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan sejumlah telur yang dirampas di Pulau Tikus, Pulau Pinang minggu lalu adalah tulen dan bukannya telur tiruan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Abdul Aziz Jamaluddin berkata, hasil pemeriksaan dan penelitian fizikal ke atas telur tersebut membuktikan ia tidak mempunyai ciri-ciri telur tiruan.

Beliau menjelaskan, telur itu adalah tulen tetapi berdasarkan ‘keganjilan’ pada fizikalnya yang besar, ia tidak sepatutnya dijual di negara ini.
“Mengikut kajian kita, apa yang ditakrifkan sebagai telur tiruan seperti yang didakwa Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) adalah telur itu luar biasa dari segi saiz kerana lebih besar dan tidak mempunyai bentuk bulat telur.
“Bagaimanapun, ujian kita mendapati kulit dan isi kandungannya tidak mempunyai banyak perbezaan kerana ia memang tulen dan isu mengenai kewujudan telur tiruan adalah tidak benar.
“Rakyat tidak perlu bimbang kerana situasi terkawal dan dalam pengawasan serta tindakan pihak kerajaan,” katanya pada sidang akhbar mengenai isu telur tiruan di ibu pejabat jabatan itu, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai pendedahan CAP berhubung penjualan telur ayam tiruan di pasar Pulau Tikus, baru-baru ini.

Hadir sama, Perunding Eksekutif Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Dr. Abd. Rahman Md. Saleh.
Abdul Aziz berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta Kementerian Kesihatan turut melakukan ujian makmal berasingan ke atas telur tersebut bagi mengetahui kandungan dan kesahihan aduan tersebut.

Sementara itu, Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menjalankan kerjasama dengan FLFAM untuk mewajibkan pengusaha telur menjalankan sistem penggredan telur keluaran ladang masing-masing.
“Ini adalah untuk membolehkan pengguna dapat mengetahui gred telur, tarikh dikutip dari ladang dan tarikh luputnya,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini, FLFAM mempunyai 340 ladang bersaiz besar, sederhana dan kecil yang mampu mengeluarkan 23 juta biji telur setiap hari.
Dalam pada itu, beliau berkata, mekanisme sistem penggredan itu perlu dilakukan secepat mungkin bagi memastikan sebuah standard piawaian baru mengenai telur tempatan dapat diwujudkan kerana ia penting untuk menjamin tahap keselamatan sesuatu produk makanan

Sunday, April 10, 2011

Teknik yang betul menyusukan bayi

 Cara betul/teknik menyusu bayi 
  • Ini bergantung pada cita rasa dan pilihan anda. Anda boleh menyusu sambil duduk, berbaring atau serong sebelah. 
  • Tentukan kedudukan anda betul. Bermakna cara anda duduk atau baring, memegang bayi dan bagaimana bayi menyesuaikan mulutnya apabila menyusu. 
  • Bayi perlu diampu dengan baik. Anda boleh duduk bersandar di atas katil dengan kepala bayi di atas lengan atau duduk bersandar di kerusi. 
  • Jangan bersandar terlalu jauh daripada bayi sehingga susah ia mencapai puting payu dara. Jangan terlalu membongkok sehingga terlalu rapat dengan bayi. 
  • Gunakan sesuatu seperti bantal, kusyen, atau bahan yang lembut tapi kukuh untuk bersandar atau merehatkan kaki agar dapat menyokong anda dan bayi.
Perkara perlu dielak 
  • Jangan sekali-kali tinggalkan bayi sendirian ketika menyusu. 
  • Jangan jadikan bantal atau kusyen sebagai penahan atau penyendal botol susu yang diberi kepada si kecil, sebaliknya pegang botol susu itu. 
  • Pantau sesi penyusuan itu bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini. 
  • Jangan pandang remeh pembelian puting susu. Sebaliknya, peka kepada aspek lubang puting itu kerana lubang besar juga berisiko menyebabkan bayi tersedak susu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink