Followers

Saturday, May 28, 2011

Budak 3 tahun dibelasah lebam angkara patahkan pokok cili jiran

Kanak2 berusia 3 tahun dipukul akibat patahkan pokok cili jirannya, manalah kanak2 seusia itu faham bahawa perbuatannya salah:-
  •  Dimanakah akal fikiran kita sebagai orang dewasa?
  •  Dimanakah nilai kemanusiaan?  dan......
  •  Dimanakah semangat kejiranan?
Sumber: Hmetro
SERDANG: Angkara mematahkan pokok cili jiran, seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dipukul hingga lebam oleh jirannya dalam kejadian di Taman Pinggiran Putra, Sri Kembangan, kelmarin. 
Kejadian kira-kira jam 10 malam itu berlaku apabila kanak-kanak berkenaan bermain dengan anak jirannya dan secara tiba-tiba pulang ke rumah sambil menangis. 
Sumber polis berkata, ibu mangsa yang berusia 33 tahun berasa sangsi apabila anak kesayangannya pulang dalam keadaan menangis selepas bermain dengan anak jirannya. 
“Ketika ditanya, mangsa memberitahu dipukul jiran sebelum ibu mangsa terus melihat badan mangsa yang terdapat kesan lebam. 
“Mangsa mengadu dipukul dengan rotan,” katanya di sini, semalam. 
Beliau berkata, tidak lama kemudian, jirannya yang masih tidak puas hati dengan tindakan kanak-kanak itu datang ke rumah mangsa dengan memegang pisau dan hulu lesung seolah-olah mahu memukul mangsa dan ibunya. 
“Jirannya menuduh kanak-kanak itu mematahkan pokok cili hingga menimbulkan kemarahannya sebelum beredar beberapa minit kemudian.
“Takut kejadian tidak diingini berlaku dan untuk melindungi diri serta keluarga, ibu mangsa membuat laporan di Balai Polis Serdang,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Serdang, Superintendan Abdul Razak Elias mengesahkan laporan itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK).

8 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

ish ish ish.. pokok cili je pon.. sampai lebam dibuatnya.. haihh

SYaMiLa said...

cian kt budak tu...dia bukan sengaja tu kan...niatnya hanya utk bermain..tk tahu lak perbuatan dia tu salah...

umialya said...

Ena
tak tau le apa jenis jiran, panas baran tak bertempat, mungkin dia mmg ader masalah ngan ibu kanak2 aka jirannya, hatta anak kecil jadi mangsa..

umialya said...

Sya
akak setuju

ajumohit said...

Psl pokok cili pon bergaduh, budak tu Pon bukan tau apa...mntk jauhkanlah

Maslina Roslan said...

Alahai...pokok cili je pun..ada akal kewarasan ke tidak org tu...kesian budak tu,lagipun 3 tahun je...apalah yang di tahu...

umialya said...

ajumohit
ntahlah.. macam2 hal, sian kat anak

umialya said...

Mas
ader masalah kot!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink