Followers

Wednesday, August 10, 2011

Humban anak kedinding

Astarghfirullahal'azim, gara2 bergaduh dengan suami, seorang ibu sanggup menghumban anak berusia 2 tahun ke dinding menyebabkan anak itu patah kaki dan mengalami lebam, ermmmm,  sebaya dengan Alya, macam2 hal

Sumber: hmetro

KAJANG: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun kini terlantar di hospital selepas kaki kirinya patah dipercayai angkara ibu sendiri yang menghumbannya ke dinding semata-mata untuk melepaskan kemarahan selepas bergaduh dengan suami yang juga bapa kandung mangsa.
Selain patah kaki, kanak-kanak lelaki itu turut mengalami lebam serta bengkak pada beberapa anggota badan dan lebih menyedihkan, dia hanya dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan selepas seminggu menderita kesakitan.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, kejadian berlaku pada hari pertama umat Islam berpuasa 1 Ogos lalu di sebuah rumah di Taman Orkid di sini. 
“Ibu terbabit yang berusia 23 tahun dipercayai menghumban anak lelakinya berusia dua tahun ke dinding rumah bagi melepaskan kemarahan selepas berselisih faham dengan suaminya.
“Selepas seminggu berlalu dan mendapati anaknya sering menangis, ibu terbabit membawa anaknya ke Hospital Kajang (HK) dan doktor mendapati mangsa patah kaki kiri serta lebam di beberapa anggota badan,” katanya

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Nanie Khairani said...

Astarghfirullahal'azim...

ada jugak ibu yang macam ni ye... huhuhu

umialya said...

Nanie
strespn jgnlah jadikan anak kecil sbg mangsa

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink