Followers

Saturday, October 8, 2011

Bayi 23 hari diliwat bapanya

Tak mampu nak ulas panjang lebar, kesian, sedih, pilu, kecewa, marah bercampur baur, mungkin si bapanya berada didalam pengaruh dadah kot!!!, lagi satu tak mungkin si ibu tak menyedari tindakan ini sebab ia berlaku di dalam rumah yang sama dan ketika itu si ibu masih dalam pantang, tak masuk dek akal

Sumber: Harian Metro

GOMBAK: Berang isteri dalam pantang enggan melayan kehendak seksualnya, seorang lelaki berusia 28 tahun bagaikan dirasuk syaitan apabila sanggup meliwat bayi lelakinya berusia 23 hari di dalam bilik di rumahnya di Taman Sunway, Batu Caves, di sini, kelmarin.

Lebih kejam apabila tangisan bayi malang yang menahan kesakitan itu langsung tidak diendahkan si bapa durjana, sebaliknya dia menjadi lebih rakus dengan bertindak menutup mulut anaknya itu menggunakan tangan dengan kuat, sekali gus menambah derita si kecil.

Bapa yang kejam itu berbuat demikian untuk mengelakkan tangisan bayi malang itu didengari isterinya yang ketika kejadian dilaporkan sedang berehat di ruang tamu rumah.

Sumber polis berkata, tindakan keji dan kejam itu hanya disedari ibu mangsa berusia 39 tahun kira-kira jam 4 petang apabila melihat mangsa tidak bermaya ketika mahu memandikannya.


“Si ibu terkejut apabila melihat bahagian mulut mangsa lebam. Pemeriksaan wanita itu kemudian mendapati bahagian dubur mangsa turut cedera.

5 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Anamarza said...

binatang pun tahu nak sayangkan anak...spechless!

Ena said...

MasyaAllah...

gila kejam... kotnyer pun naper la baby yg baru nak kenal dunia tu..

NAuzubillah..

ayu said...

Ya Allah!! kesiannya baby itu!! tergamaknya bapanya melakukan mcm tu!!

Imaan09 said...

baca paper boleh pengsan!! MACAM2..

Mama Adam said...

hantu betul bapak dia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink