Followers

Monday, October 3, 2011

Macam2 hal

Kita dulu2 takut sangat kat mak ayah, bila aje kena tegur dan marah terus menikus tak berani nak lawan, namun keadaan sekarang ni dah jauh berbeza,banyak kisah2 negatif ini dipaparkan di media masa, kisah anak serang orang tuanya, bunuh bapa dan sebagainya

ermmmmmm, agak2nya siapakah yang bersalah dalam hal ini?
Sumber: hmetro

KULIM: Seorang bapa terpaksa lari menyelamatkan diri daripada diserang anak lelakinya dengan parang di rumah mereka di Kampung Baru Air Merah di sini malam tadi.

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku selepas si bapa yang berumur 60 tahun dan merupakan pesara tentera menegur sikap anaknya yang berumur lingkungan 30-an itu yang bertindak liar sebaik pulang ke rumah pada jam 11 malam.

Mereka dikatakan bertengkar diikuti pergaduhan antara kedua-duanya sehingga menyebabkan si anak terjatuh dan luka di kepala, kata Ketua Polis Daerah Kulim, Supt Ghuzlan Salleh.

Beliau berkata menyedari dia mengalami kecederaan, si anak naik berang lalu mengambil parang dan cuba menyerang bapanya yang terpaksa menyelamatkan diri ke luar rumah.

"Atas bantuan jiran-jiran, bapa berkenaan menghubungi balai polis bagi mendapatkan bantuan," katanya kepada Bernama hari ini.

Ghuzlan berkata anggota polis yang tiba di tempat kejadian berjaya memujuk si anak sebelum dia menyerah diri dan dibawa ke balai polis.

Beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan suspek berada di bawah pengaruh dadah ketika kejadian itu.

Nota: Masa anak2 kecil, ditantang bak minyak yang penuh, seekor nyamukpun x bg gigit tapi bila anak dah besar......

1 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayu said...

kesiannya kat bapa tu kan kak ? tak patutnya anak buat bapa mcm tu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink