Pengikut

Isnin, 30 Januari 2012

Gerak Gempur Mamogram

Info terkini dan berkuatkuasa serta merta
Bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terutama wanita mengenai kanser payudara, Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Maysrakat melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) telah melaksanakan Program Subsidi Mamogram. 

Program ini mensasarkan kepada Wanita Warganegara Malaysia dan penduduk tetap yang berumur 35-70 tahun yang layak bagi mendapat saringan ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta yang berdaftar dengan LPPKN.

Subsidi sebanyak RM100 (Semenanjung Malaysia) RM110 (Sabah, Sarawak, W.P Labuan) diberikan kepada wanita yang berpendapatan RM5000 dan ke bawah. Saringan mamogram bagi Wanita berkenaan akan dibiayai sepenuhnya oleh LPPKN.

Bagi Wanita yang berpendapatan RM5001 dan ke atas, subsidi sebanyak RM50 diperuntukkan kepada wanita yang terbabit. Wanita hanya perlu membayar sebahagian daripada caj yang dikenakan.

Wanita yang berminat boleh memohon melalui Klinik-Klinik Nur Sejahtera LPPKN di seluruh negara. Pemohon yang layak akan menjalani pemeriksaan payudara di klinik Nur Sejahtera LPPKN terlebih dahulu sebelum dirujuk untuk menjalani ujian mamogram di Pusat Mamogram Swasta.

Semoga Program Subsidi Mamogram ini dapat memberi manfaat kepada wanita dalam usaha pengesanan awal kanser payudara.
 
Sumber: LPPKN Portal 
Nota: Buat kalian dan keluarga (ibu, mil, kakak , sedara mara dan jiran tetangga) yang berusia 35 tahun dan ke atas serta memenuhi kriteria kelayakan untuk menerima subsidi ini, sila berbuat demikian sementara 'budget' masih ada @ selewat2nya Jun 2012 (mana2 yang terdahulu).


Apa2pun untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Klinik LPPKN berdekatan. 'Sayangilah keluarga anda!!!!'

5 ulasan:

Anamarza berkata...

Untuk yg berumur 35tahun ke atas je ya? belum cukup umur la lg

IntaNBerliaN berkata...

penting buat mamogram ni..

Nora Shahaira berkata...

penting ni..akak nora berazam nak buat juga nanti..asyik tetangguh

Nora Shahaira berkata...

tapi..umur belum cukup lagi...huuu

Cho Zila berkata...

thanks 4 sharing...