Followers

Thursday, February 21, 2013

Hattan mahu nikahi semula bekas isteri Arianie

Alhamdulillah tumpang gembira mendapat perkhabaran ini...  Moga jodoh mereka berpanjangan. amin...

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Penyanyi rock Datuk Hattan atau Mohd. Shukri Sahabuddin, 49, akan berkahwin semula dengan bekas isteri pertamanya, Arianie Mohd. Abidin, Jun ini.

Hattan yang bercerai talak satu dengan Arianie pada Mac 2005 merancang untuk melangsungkan pernikahan tersebut serentak dengan perkahwinan adik lelakinya, Achem.

“Achem akan berkahwin pada Jun ini. Kalau dapat buat sekali pun bagus juga. Saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan kawan-kawan rapat sahaja," katanya semasa ditemui wartawan selepas tayangan rakaman Led Zeppelin 2007 Celebration Day di Petaling Jaya di sini semalam.

Pasangan tersebut pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dan hasil daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman, 14.

Jelasnya, dia merancang menikahi semula Arianie kerana perasaan sayang yang mendalam selepas bermuhasabah diri atas kesilapannya yang lalu itu.

“Saya ambil keputusan itu selepas saya banyak bermuhasabah diri dan membuang ego. Arianie berat hati untuk menerima saya semula tetapi saya yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan yang lepas," komennya.

Hattan yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan pernah berkahwin kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

1 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Ena said...

Moga ada jodoh mereka lg dan kekal hingga hujung nyawa..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink