![]() |
Penghibur..
1 month ago
Nota: Mood sedih, anak saudara sedang menerima rawatan di ICU akibat masalah ini, moga beliau terus kuat melawan kesakitan & tiada kejadian buruk yang menimpa dirinya serta bayi di dalam kandungan, aamiin..
Lahad Datu: Enam anggota polis terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata dipercayai Tentera Sultan Sulu, ketika operasi di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna, malam kelmarin.
Operasi yang diselesaikan hampir 24 jam itu turut menyaksikan sekurang-kurangnya enam anggota kumpulan bersenjata terbunuh, manakala seorang lagi maut dibelasah penduduk kampung.
Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.
Polis juga berjaya mengeluarkan 19 anggotanya yang terperangkap di kawasan perkampungan atas air itu. Seorang penduduk wanita berusia 50 tahun dilaporkan cedera dipercayai terkena tembakan rambang kumpulan bersenjata dan dirawat di Hospital Tawau.
Korban meningkat
Setakat petang semalam, seorang pegawai polis yang disahkan terkorban ialah pegawai Cawangan Khas Bukit Aman, Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dari Besut, Terengganu.
Sehingga kini, jumlah anggota keselamatan yang terkorban meningkat kepada lapan orang selepas dua komando VAT 69 mati ditembak penceroboh dari selatan Filipina di Kampung Tanduo, dekat sini Jumaat lalu.
PDRM ucap takziah
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, dalam sidang medianya petang semalam, berkata operasi berakhir jam 7 petang dan polis menghubungi keluarga mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada orang awam dan media.
“Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban,” katanya.
Katanya, enam mayat yang belum dikenal pasti, dipercayai anggota kumpulan musuh.
Ismail berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis ke Simunul bagi menjalankan siasatan susulan maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ.
"Kalau u all perasan, 2 hari saya publish 6 entry sehari.. malam pun publish.. hahahh.. Actually, 2 hari tersebut adalah hari di mana saya sedang cari rentak, macamana nak dapatkan 2000 UV.. berapa entry perlu publish sehari & pukul berapa perlu publish entry.. itu yang saya sedang buat kajian di blog saya ni... cewahh ayat tak menahan, kajian lagi.. ahhahhah"
Last sekali nak cite bab followers blog ni...alhamdulillah nmpk angka 2k++ mmg best kan.ambik masa 2 tahun nk dapat followers seramai tu..tapi kita kena ingat followers yg ramai belum tentu menjamin semuanya datang ke blog kita..belum tentu tau..sbb ada juga blog yg followers nya sikit toet tapi uv nya tinggi sbb pembaca setianya ramai..dan termasuk juga silent readers..setakat ni saya alhamdulillah ada la juga pembaca setia yg tiap2 hari akan masuk sini serta komen
Tiga beradik menjadikan pusat hiburan di sekitar bandar raya ini umpama rumah kedua sejak beberapa tahun lalu berpunca daripada pengaruh negatif ibu mereka berusia 47 tahun yang sehingga kini masih terus mengunjungi pusat hiburan terbabit.
Apa nak jadi dengan dunia sekarang??Pada masa sama, tiga beradik terbabit turut membawa pulang kekasih masing-masing ke rumah keluarga di Skudai di sini, malah ibu mereka juga tidak mahu kalah dan turut melakukan perkara sama.Sejak beberapa tahun lalu, kediaman keluarga berkenaan umpama hotel murah dengan lelaki serta wanita keluar masuk khasnya menjelang awal pagi.
Mari bersama kita baca dan ambil tahu tentang hukum inai lukis di tangan ala-ala tatu..masyaAllah
INAI BERUKIR DI TANGAN DILAKNAT ALLAH
Sekarang ini ramai orang perempuan (pengantin) memakai inai dengan mengukir ala tatu di tangan.
Mari kita sama-sama merenung hadis Nabi ini:
Dari Ibnu Umar ra katanya:
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w mengutuk orang yang menyambung rambut dan meminta rambutnya disambungkan.Dan (Rasulullah s.a.w) mengutuk pembuat tatu dan yang meminta ditatu”.(Hadis bil. 2003 : Sahih Muslim)
Dari Abu Hurairah r.a Nabi s.a.w bersabda :
“Allah mengutuk wanita yang mempergunakan (memberikan) rambutnya untuk (menyambung) rambut wanita lain, wanita yang menyambung rambutnya dengan wanita lain,wanita yang membuat gambar di kulitnya (tubuh) dengan tusukan dan wanita yang meminta kulitnya dibuat gambar dengan tusukan (alat pengukir)”.(Hadis bil. 1685 : Sahih Bukhari)
Jelas Dato’ Abu Hasan Din Al-Hafiz :
“Inai berukir ala tatu tak boleh! Ia dilaknat Allah. Inai berukir bentuk awan larat atau bentuk gambar itu dalam kategori tatu, kalau nak pakai inai, pakailah betul-betul hujung jari”
Marilah kita membuat pengislahan dalam diri kita agar kita tidak tergolong dalam hamba-hamba Allah yang melanggar syariatNya.
wallahu’alam.