Monday, February 25, 2013
Thursday, February 21, 2013
Hattan mahu nikahi semula bekas isteri Arianie
Alhamdulillah tumpang gembira mendapat perkhabaran ini... Moga jodoh mereka berpanjangan. amin...
KUALA LUMPUR 21 Feb. - Penyanyi rock Datuk Hattan atau Mohd. Shukri
Sahabuddin, 49, akan berkahwin semula dengan bekas isteri pertamanya,
Arianie Mohd. Abidin, Jun ini.
Hattan yang bercerai talak satu dengan Arianie pada Mac 2005
merancang untuk melangsungkan pernikahan tersebut serentak dengan
perkahwinan adik lelakinya, Achem.
Achem akan berkahwin pada Jun ini. Kalau dapat buat sekali pun bagus
juga. Saya cuma buat majlis kecil-kecilan untuk keluarga dan
kawan-kawan rapat sahaja," katanya semasa ditemui wartawan selepas
tayangan rakaman Led Zeppelin 2007 Celebration Day di Petaling Jaya di
sini semalam.
Pasangan tersebut pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum
bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dan hasil
daripada perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam
Eiman, 14.
Jelasnya, dia merancang menikahi semula Arianie kerana perasaan
sayang yang mendalam selepas bermuhasabah diri atas kesilapannya yang
lalu itu.
Saya ambil keputusan itu selepas saya banyak bermuhasabah diri dan
membuang ego. Arianie berat hati untuk menerima saya semula tetapi saya
yakinkan dia bahawa saya sudah ubah kesilapan yang lepas," komennya.
Hattan yang berasal dari Seri Menanti, Negeri Sembilan pernah
berkahwin kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011
tetapi berpisah dua bulan kemudian.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20130221/hi_07/Hattan-mahu-nikahi-semula-bekas-isteri-Arianie#ixzz2LWTRHaJT
© Utusan Melayu (M) Bhd
Label:
kisah artis,
lain2,
sumber: Utusan Malaysia
Thursday, February 7, 2013
Kisah 50 sen
Kringggg.. Terima kasih cikgu, semua pelajar beredar ke kantin. Tapi seorang pelajar ni tak keluar utk rehat.
Awak tak rehat ke Alif? Ujar sy kpd pelajar ni. Tak cikgu. Jawab alif ringkas.
Kenapa alif tak rehat? Jawab alif "Mak sy beri 50 sen sehari cikgu. Kat
kantin 50 sen ni dpt beli nugget je sekeping. Malu la cikgu beratur
panjang2 dpt beli nugget je. Jadi sy kumpul duit hari ini utk makan hari
esok. Jadi sy dpt la makan nugget 50 sen dan air sirap 50 sen. Sy kat
kantin hari Selasa dan Khamis je cikgu " alif tertunduk malu
Perasaan sy mula bercampur baur, sedih sebak. Di zaman 2013 ini masih
ada pelajar yg membawa 50 sen ke sekolah. Ramai di antara kita memandang
50 sen jumlah yg kecil sedangkan bg pelajar ini 50 sen sgt besar
ertinya.
Saya tanya lg, kalau hari jumaat awak tak pergi kantin la ye?
Owh hari jumaat duit 50 sen ni sy sedekah masa bacaan yasiin cikgu. Jawab alif dgn bersahaja. Mak sy kata kalau kita sedekah rezeki kita akan bertambah..
Mata saya dah berkaca...Sy terkejut dan bertambah sebak. Dah la duit ada 50 sen. Siap boleh sedekah pulak. Ya Allah, limpahkanlah rezeki bg keluarga pelajarku ini..luaskan rezeki mereka semoga mereka tidak lagi berada dalam kemiskinan.
Huh macam terpukul sungguh sy, bayangkan duit 50 sen yg diberi utk makan, dia infakkan 50 sen utk tabung sekolah setiap jumaat semasa bacaan yasin.
Mungkin kisah ini nampak simple tp bagi saya ia memberi seribu pengajaran. Mungkin Allah nak temukan sy dgh pelajar ini supaya lebihkan sedekah dan berinfak.
Bagaimana pula dgn kita? Mampukah kita istiqomah bersedekah setiap hari jumaat?
Esok hari Jumaat. Ayuh kita berazam utk lebihkan sedekah pd hari jumaat yg mulia ini. Semoga Allah s.w.t memberikan ganjaran kpd anda semua.
"Pencetus Inspirasi Usahawan"
Label:
Sumber: FB