Followers

Wednesday, November 22, 2017

Renungan

Tertarik dengan isu di atas. 
Sumber: fb

Bagi saya ringkas sahaja,  jika anak2 sudah berusaha sebaiknya tapi tidak mencapai tahap cemerlang, redha... 

"Alaaaa si A @ B bukan anak sendiri,  anak orang,  bolehlah kata, cuba kena anak sendiri " itulah kata2 sinis orang sekeliling yang sering didengari.

Pengalaman saya dengan anak,  sebaik mereka selesai menjawab final exam, kadang2 diaorang  mengadu tersilap jawab @ apabila dapat markah yang sederhana,  jawapan saya mudah sahaja..  

"Biar jelah,  dah lepaskan?  yang itu abaikan,  jangan fikir lagi,  nangislah air mata berdarah sekalipun,  ia tidak boleh diubah, cuba lagi selepas ini,  jangan berputus asa"

Sifat saya dari dulu lagi tidak akan bagi tekanan kepada anak2, biarlah mereka belajar dengan tenang,  kita sebagai ibubapa cuma perlu beri motivasi, didikan yang sempurna dan kasih sayang. 

Paling penting,  mereka tidak takut / segan untuk berkongsi masalah.

Apabila anak2 meningkat remaja,  anggaplah mereka itu kawan kita sebab bagi anak2 remaja,  mereka akan mencari rakan untuk berkongsi rasa, jadi kita adalah sebahagian dari kawannya walaupun hakikat sebenarnya adalah orang tua mereka. 

Pandangan saya, anda?? mungkin beebeza..  

14 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Jari Manis said...

Betul! 9E mean lemah dlm akademik tapi tidak bermakna dia lemah dlm akhlak..mesti ada kelebihan lain yg penting syukur

Warisan Petani said...

Setuju sesangat.
Jangan beza2kan anak2 kita.

Norhayati Mohd Isa said...

Betul tu UA..
CH pun mcm tu..
Selalu ckp dgn mrk..
Apa yg kita usaha itu yg kita dpt..
Asalkan cemerlang agamanya sudah cukup..
Itu yg dibawa ke akhirat..

umi alya said...

Akak setuju JM, mungkin anak ini yang akan menjaga kita suatu hari nanti..

umi alya said...

WP..
Tak mo pilih kasih, setiap anak ada kelebihan dan kekurangan masing2..

umi alya said...

CH,
Setuju..

Azhafizah Md Nor said...

kita tak lepas dari kegagalan..dari kegagalan lah kita belajar menjadi lebih baik

saniah ibrahim said...

Betul UA,walaupun apa keputusan nya kita kena redha ,benda dah lepas kan...akak pun selalu ckp gitu dgn anak bila mereka mengadu.
Kadang bukan kita yg beri tekanan pada ank yg nk exam tapi menjadi pelajar yg jadi harapan sekolah menjadi kan anak2 ni tertekan nak kekal kn kedudukan mereka.

insan marhaen said...

yang menjaga mak saya di kampung sekarang ialah yang tak pandai dalam pelajaran. yang pandai pandai macam saya, duduk jauh sebab dapat kerja bagus.

yang jaga saya sekarang adalah anak yang lulus SPM sahaja. yang dapat ijazah kerja kat KL dan balik sebuan sekali sahaja.

Raydah said...

jom join n meriahkan segmen GA kt sini

http://www.raydahalhabsyi.com/2017/11/comeback-giveaway-by-raydah-alhabsyi.html

aryan azra said...

setuju juga..saya takde bagi tekanan sangat pada anak2, asalkan mereka dah berusaha apa pun hasilnya tetap terima

Lynd Abu Bakar Vitalynd said...

Betul kak tini.
Saya nak kena kawal diri jgk ni.
Bukan soal result exam ja. Tp bila makin besar sy nak Kaseh sembang ngan kita dan xder rahsia.

Share tips kak sbb akak cool je dgn anak2..

Mormor said...

betul. lain anak lain kebolehan dia :)

hainom OKje said...

Setuju geng.... terima seadanya. Tak semua anak cemerlangkan. Cari kelebihan disetiap kekurangan gitu.

Kita kenal anak kitakan. Kita pun pernah jadi remaja jugak dulu. Nak pujuk hati untuk belajar bukannya senang weyh. Banyak dugaannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink