Followers

Thursday, July 27, 2017

Renungan bersama


Sunday, March 12, 2017

Program Subsidi Ujian Mamogram kembali lagi

Sesiapa yang menepati kriteria dan berminat, boleh hubungi Klinik Nur Sejahtera LPPKN berdekatan dengan anda.

Penyertaan adalah terhad kepada 12,000 wanita yang terawal.

Sumber: Laman LPPKN

Wednesday, January 11, 2017

Kemaskini Program Vaksinasi HPV



Info Terkini berkuatkuasa Januari 2017

Program Pemvaksinasi HPV terbuka kepada:
  • Warganegara Malaysia/Penduduk tetap
  • Remaja Perempuan (BUJANG) yang lahir pada tahun 1990 hingga 1996.
  • PERCUMA di Klinik LPPKN seluruh negara @ IPTA yang berdaftar dengan LPPKN.
Nota: Bagi wanita yang lahir pada tahun 1989, 1988 dan sebelumnya, jika berminat, boleh dapatkan suntikan HPV 3 dose di Klinik LPPKN seluruh negara dengan kadar caj RM180/dos (fi & caj mungkin berubah mengikut harga semasa dan GST) .

Kemaskini 10/01/2017

Tuesday, January 10, 2017

Vaksin HPV

Apakah Kanser Servik ?

Kanser yang terjadi di bahagian pangkal rahim (servik). Kanser ketiga paling kerap dikesan di kalangan wanita selepas kanser payudara dan kanser kolorektal. Di anggarkan 1,500 wanita Negara ini disahkan mendapat kanser servik setiap tahun. Kanser servik menyumbang 6% dari jumlah kematian akibat kanser di kalangan wanita.

 

Apakah Human Papilloma Virus (HPV) ?

HPV adalah penyebab utama kanser servik. Setiap wanita berisiko dijangkiti HPV selepas berkahwin.
Apakah pelalian HPV ?

Pelalian yang diberi untuk mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV. Pelalian ini diberi secara suntikan di lengan sebanyak 3 kali dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut :

  • Suntikan pertama - tarikh pelalian pertama diberi di sekolah/kllinik.
  • Suntikan kedua - 1 bulan selepas suntikan pertama.
  • Suntikan ketiga - 6 bulan dari suntikan pertama.
Kenapa Anak Gadis 13 Tahun Saya Perlu Mendapatkan Pelalian HPV ?
 

Anak gadis anda berisiko untuk dijangkiti HPV. Pelalian ini boleh melindunginya dari mendapat kanser servik di masa akan datang.

Pada masa ini Kementerian Kesihatan Malaysia hanya memberi pelalian secara percuma kepada semua gadis 13 tahun.

Di Mana Anak Gadis Saya Boleh Mendapatkan Pelalian HPV ? 

 
Jika anak gadis anda bersekolah, pelalian akan diberi di sekolah. Jika anak gadis anda tidak bersekolah, dapatkannya di klinik kesihatan.

Bagaimana Sekiranya Anak Gadis Saya Yang Tidak Termasuk Di Dalam Kumpulan Sasar Ini Hendak Mendapatkan Pelalian ? 

 
Pelalian ini hanya diberi kepada remaja perempuan yang bersekolah di tingkatan 1 dan/atau berumur 13 tahun pada tahun semasa. Bagi golongan yang tidak termasuk dalam kumpulan yang disasarkan, pelalian ini boleh didapati di klinik dan hospital swasta dengan kadar caj tertentu.

Apakah Peranan Saya Sebagai IbuBapa/Penjaga ?
 

Beri persetujuan bertulis untuk melayakkan anak anda menerima pelalian secara percuma. Pastikan anak anda melengkapkan tiga suntikan pelalian secara percuma. 3 suntikan pelalian boleh memberi perlindungan optima untuk gadis anda dari jangkitan HPV.

Siapa Yang Akan Memberi Suntikan ?
 

Suntikan akan diberikan oleh anggota kesihatan yang bertauliah dan terlatih.

Adakah Vaksin Ini Halal?
 

Vaksin ini tidak mengandungi produk yang meragukan.

Adakah Anak Gadis Saya Akan Mengalami Masalah Selepas Disuntik ?
 

Pelalian ini adalah selamat. Seperti pelalian lain, anak gadis anda mungkin mengalami sakit atau bengkak di tempat suntikan. Sekiranya, anak gadis anda mengalami masalah lain akibat suntikan, sila dapatkan rawatan susulan di klinik atau hospital yang berdekatan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink