Followers

Showing posts with label Penyusuan susu ibu. Show all posts
Showing posts with label Penyusuan susu ibu. Show all posts

Thursday, March 21, 2013

Tips Penyusuan Ibu untuk wanita bekerjaya

 


Thursday, December 13, 2012

Bengkel Menggendong Bayi

Klik untuk perbesarkan gambar

Monday, October 8, 2012

Bahaya Air & Susu Formula terhadap bayi di bawah 6 bulan

1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik

2. Tumbesaran bayi akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat

3. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pelbagai peringkat

4. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu

5. Bayi yang mengidap jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal  manakala bagi bayi berusia di bawah lima minggu, air yg terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, mengakibatkan suhu badan yang rendah, kembung dan sawan tarik

Monday, September 24, 2012

Penyusuan anak secara eksklusif

Ramai dikalangan ibu diluar sana yang keliru mengenai penyusuan anak secara ekslusif, ada di antara mereka menganggap penyusuan eksklusif jika anak2 disusukan dengan susu ibu sahaja dan tidak diberikan susu formula walaupun pada hakikatnya mereka telah memperkenalkan makanan tambahan seawalnya terhadap bayi (di bawah 6 bulan).

Penyusuan eksklusif jika:-
  • Tidak diberikan minuman @ makanan lain selain susu ibu
  • Menyusukan bayi sekurang2nya 2 jam sekali ( 8-12kali sehari)
 Kepentingan:
  • Mengeratkan hubungan kasih sayang di antara ibu dan anak.
  • Mengurangkan alahan terhadap anak (mungkin alahan terhadap susu formula - lembu)
  • Menjaga kesihatan kedua2 ibu dan bayi
  • Mengelakkan pembengkakan payudara.
  • Memberi perlindungan antibodi

Tuesday, September 18, 2012

Susu Ibu Berkurangan, faktor:

Lamanya tidak membuat entri berkenaan 'Penyusuan Ibu', iyalah sejak si Alya semakin membesar dengan 'jayanya', walaupun begitu, saya sering menerima pertanyaan di luar sana berkenaan masalah kekurangan susu ibu.

Pengaliran susu ibu boleh menyusut disebabkan kekurangan ransangan akibat beberapa faktor, diantaranya ialah:
  • Tidak membenarkan bayi menghisap sekerapnya.
  • Memberi makanan tambahan terlalu awal @ memberi susu botol kepada bayi.
  • Memberi bayi menghisap pada sebelah payuda sahaja.
  • Ibu kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu. (Kerap jumpa masalah ini..)
  • Menghadapi tekanan emosi.
Penyelesaian:
  • Susui bayi sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendaki oleh bayi
  • Menyusui bayi setiap 2 jam sekali
  • Susui dari dari kedua2 belah payudara..

Tuesday, May 22, 2012

Hukum menyusu anak lebih 2 tahun

Umur Alya sudahpun menjangkau 2 tahun 9 bulan, tercari2 info berkaitan dengan hukum menyusukan anak lebih 2 tahun.

Info 1
Hukum menyusu anak lebih daripada dua tahun adalah harus. Tiada sebarang dalil yang menunjukkan bahawa anak yang berumur dua tahun dan ke atas tidak diharuskan untuk disusui oleh ibunya.
sumber

Info 2

Tak ada masaalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dgn kerelaan sisuami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain.

Adapun ayat al-Quran dari surah al-Baqarah: 233:

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.”

Ayat ini hanya berupa bimbingan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya.

Al-Imam al-Qurtubiy ketika menafsirkan ayat 233 dari surah al-Baqarah di atas menyatakan:“Tambahan lebih dari 2 tahun (menyusukan anak) atau menguranginya (tempoh tersebut), boleh jika tidak ada kemudharatan kepada bayi dan dengan kerelaan suami dan isteri."

Cuma ada sebahagian ulama seperti Ibn 'Asyur (ابن عاشور) yang berpandangan tidak perlu ditambah susuan lebih dari 2 tahun, kerana perbuatan ini tidak ada keperluan lagi.

Wallahu a’lam.

Info 3
Menyusukan anak lebih daripada dua tahun adalah harus terutamanya untuk maslahat si anak. Tiada nas atau hukum fikah mengharamkannya.

Cuma sesetengah ulama berpendapat ia akan melemahkan bayi kerana setiap yang disyorkan oleh Allah seperti tempoh menyusu dua tahun itu pasti ada hikmahnya kerana Allah Maha Tahu sebagai Pencipta manusia.

Penyusuan badan adalah hak anak dalam Islam, sudah tentulah ia yang terbaik dan ini telah terbukti benar melalui kajian saintifik kini.

Tiada pula sumber ditemui mengatakan ia bertukar menjadi darah selepas dua tahun. Jiran saya seorang jururawat menyusukan anaknya sehingga tiga setengah tahun.

Dia berbuat demikian setelah bertanyakan doktor yang membenarkannya berbuat demikian selama anak itu masih ingin menyusu tetapi bukan sebagai makanan utama selepas dua tahun.

Namun kebanyakan ulama berpendapat patut dihentikan selepas dua setengah tahun kerana susu itu tidak lagi berfungsi sebagai pembekal nutrien untuk membesar kepada bayi.

Juga untuk memberi peluang kepada ibu mengandung lagi kerana penyusuan badan biasanya membantut proses mengandung secara alami.

Nota:  Rasanya tiada masalah kot untukku teruskan penyusuan ibu buat Alya, anak bongsu kami..

Wednesday, March 21, 2012

dilema

Stok EBM pagi ini..

2oz++

 dikala usia Alya 2 tahun 7 bulan
Naluri keibuan "tidak sampai hati nak ceraikan susu ibu.."

Sunday, March 11, 2012

renungan ibu2

Saya rasa masih ramai ibu yang masih keliru tentang keperluan pemakanan bayi. Pemikiran dan pandangan masyarakat kita telah terlalu 'terpesong' dengan saranan dan iklan yang berleluasa di TV, surat khabar mahupun radio di mana anak 'sangat perlu minum susu' dan akan kekurangan zat pula jika tidak mengambilnya.
Ada sebab kenapa anak yang disusui dengan susu ibu tidak gemar mengambil susu formula pada mana-mana peringkat:
1. Pertama rasa susu formula sangat tidak menarik, paling hebat yang dapat diformulasikan oleh syarikat pengeluar susu buatan hanyalah perisa vanila, coklat dan strawberi. Tetapi jika minum susu ibu, si anak dapat merasai pelbagai jenis rasa makanan mengikut apa yang ibu makan.
Oleh itu, moralnya: selepas khatam minum susu ibu, berilah makanan seimbang - bukan susu cap ABC atau XYZ. Ini kerana si anak telah terbiasa dengan pelbagai perisa yang terdapat dalam susu ibu, maka langkah seterusnya adalah eksplorrasi terhadap makanan sebenar tanpa mengecewakan citarasa yang telah terbentuk sejak dari bayi lagi.
2. Kedua, apalah ada pada tekstur susu semata-mata. Apabila anak sudah membesar, mereka perlu diberi peluang untuk merasai tekstur makanan yang berbeza-beza seperti keras, liat, lembut, kenyal dan pelbagai lagi. Tetapi jika mereka hanya dihidangkan susu, susu dan susu sahaja, pasti kebosanan akan melanda anak tersebut. Mereka perlu rasa bahawa daging itu liat, sayur perlu dikunyah perlahan-lahan, sup boleh dihirup, nasi boleh dimamah. Tidak seperti susu yang hanya dihisap dari botol sahaja.
3. Ketiga, warna pada susu amat membosankan. Paling hebat warna yang boleh dicampur adukkan dalam susu formula adalah warna putih, merah jambu atau coklat. Tetapi jika anak diberi peluang untuk mengenali makanan sebenar, mereka mengenal warna yang pelbagai lagi, kuning, jingga, hijau, ungu, merah, dan macam-macam lagi.
 Ada banyak lagi sebab-sebab lain yang boleh difikirkan. Apa yang penting dan harus difahami oleh setiap ibu, tabii untuk seorang bayi adalah untuk minum susu ibu sahaja pada 6 bulan pertama. Tetapi sebaik umur anak mencukupi 6 bulan, bayi tersebut perlu diberi pendedahan terhadap pemakanan pejal yang seimbang sebagai pelengkap. Keutamaan pada peringkat umur 6 hingga 12 bulan adalah susu ibu kemudian makanan. 
Tetapi apabila anak sudah menjangkau usia setahun, keutamaan harus diberikan kepada makanan pejal dan pelengkapnya adalah susu ibu. 
Yang lengkap itu adalah pemakanan seimbang, bukan sekadar formula yang seimbang yang dilabelkan pada tin-tin yang berkilat lagi berwarna keemasan di pasaraya tempatan kerana ertikata sebenar lengkap itu adalah lebih meluas lagi mencakupi aspek pembelajaran dan eksplorasi anak sepanjang proses mengenali makanan tersebut.
Manusia ditakdirkan untuk membesar dengan pemakanan yang seimbang, bukan untuk bergantung dengan hanya minum susu sepanjang hayat.
Nasihat saya, apabila melihat iklan dikaca TV atau mendengar iklan di corong radio, nilaikan maksud tersirat lagi tersurat disebalik dakyah yang disebarkan. Jangan cepat terpengaruh!

Saturday, November 19, 2011

Puting sakit ketika menyusukan anak

Soalan:
SAYA ibu yang menyusu bayi pertama berusia sebulan. Seringkali puting saya sakit ketika menyusukan bayi, tambahan pula bayi saya baru tumbuh gigi, kini sukar untuk saya menyusukan bayi dengan selesa. Adakah ia perkara biasa? dan bagaimanakah cara untuk mengurangkan rasa sakit tersebut?
 
* SJ-Johor

Jawapan: 

Sebagai seorang wanita yang bergelar ibu, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan syabas kepada Puan SJ kerana berusaha menjadi seorang ibu yang berjaya dalam penyusuan. Susu ibu adalah hak setiap anak yang perlu ditunaikan oleh seseorang ibu. Kejayaan seseorang ibu menyusui anaknya sehingga berusia sekurang-kurangnya dua tahun akan menjadikan anda seorang ibu yang cukup sempurna.

Menyusui bayi adalah satu tuntutan yang amat digalakkan oleh setiap agama dan kepercayaan. Penyusuan susu ibu adalah tuntutan yang diutamakan dalam agama Islam. Terdapat banyak ayat Al-quran yang menyebut tentang kepentingan menyusui anak, sama ada oleh ibu yang melahirkan anak ataupun ibu susuan. Seruan untuk menyusui anak telah disebut melalui firman Allah di dalam Al-quran melalu surah Al-Baqarah ayat ke 233 yang bermaksud: "Ibu-ibu hendaklah menyusui selama dua tahun genap bagi mereka yang ingin menyempurnakan penyusuan". 

Menyusui bayi dengan susu ibu bukanlah sesuatu yang payah, ia juga bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Pengetahuan tentang penyusuan akan membantu meningkatkan keyakinan ibu dan seterusnya mendorong ibu untuk mengatasi dugaan dan rintangan seperti mana yang sedang puan hadapi.

Terdapat ibu yang mencerai susu ketika mereka rasa bayi mereka akan mula tumbuh gigi, tetapi menyusu badan pada peringkat ini adalah suatu yang normal dan semula jadi. Keperluan nutrisi bayi dipenuhi terutamanya dengan susu untuk sekurang-kurangnya tahun pertama. Ramai bayi yang diberi susu badan akan ada gigi dan kebanyakan tidak akan menggigit ibu mereka. 

kesakitan
Tetapi jika pada kali pertama dia menggigit, iaitu jika bayi anda tergigit payu dara anda, barangkali anda akan menjerit kesakitan. Reaksi anda yang kuat itu mungkin akan memeranjatkan bayi anda sehingga dia tidak berani mengulanginya. Sesetengah bayi boleh menjadi begitu terkejut atau takut akibat reaksi kuat sehingga mereka menolak penyusuan badan. 

Jika gigitan berterusan, anda masih tidak perlu mencerai susu bayi anda kecuali jika anda mahu. Mengetahui apa yang menyebabkan dia menggigit dan cuba memuaskan keperluan bayi anda untuk menggigit menggunakan cara lain boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat. 

Kebanyakan ibu mendapati penyusuan badan tetap pengalaman yang baik apabila mereka dapat hentikan kejadian menggigit ini. Sebab-sebab lain mengapa bayi anda menggigit adalah ketika tertidur, sesetengah bayi menggigit pada penghujung penyusuan apabila mereka terlelap. 

Oleh itu, perhatikan pemerlahanan dan pelemahan pergerakan rahangnya dan alihkan bayi anda sebelum dia terlena. Justeru itu, jika bayi anda kelihatan seperti hampir hendak menggigit, masukkan jari kelengkeng anda ke dalam sudut mulut di antara gusinya. Dia patut menggigit jari anda dan bukan puting anda. Jangan tariknya sementara dia sedang menggigit - anda hanya akan mencederakan diri. Perhatikan penegangan rahangnya sebelum dia menggigit dan cepat-cepat alihkannya. Anda mungkin perlu singkatkan waktu menyusu secara am sehingga fasa ini berakhir. 

Cara-cara lain untuk menghentikan bayi yang menggigit adalah dengan mengatakan "tidak" dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. 

menggigit
Dia perlu mengaitkan menggigit dengan kehilangan puting - kebanyakan bayi tidak suka dengan perpisahan ini. Jika dia teruskan juga, letakkannya di atas lantai untuk seketika sebaik saja dia menggigit. 

Untuk kanak-kanak yang boleh berjalan dan suka menggigit, lakukan sesuatu yang baik apabila dia tidak menggigit. 

Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuhnya semasa penyusuan. Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai. Anda juga jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar. Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap. Berikannya gegelang gigit sebelum dan atau selepas penyusuan.

Sumber: Utusan

Saturday, October 15, 2011

Tawar Susu Ibu di Internet

Sebenarnya isu di atas sedang hangat diperkatakan sejak kelmarin lagi, ia terdapat di dalam ruangan RATU Berita Harian.

Sejujurnya diri ini kurang pasti tentang isi kandungan sepenuhnya artikel tersebut, terlepas pandang semasa membaca Berita Harian (maklumlah cuma sempat membacanya sepintas lalu) tup2 semasa buka FB, ia sedang hangat diperdebatkan.

Setelah membaca artikel ini di Berita Harian Online (Ratu), ia masih diawang2an sebab ringkas dan tidak dijelaskan secara terperinci.

Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet?
Walaubagaimanapun, tajuk diatas yang tercatat di dalam FB berita harian telah menyentap jantung ini, amat sensitif bagi kami ibu2 yang memilih menyusukan anak biarpun dihimpit kesibukan sebagai seorang ibu yang bekerjaya...

Artikel ini telah memaksa pihak human milk 4-human babies-malaysia menulis surat kepada pihak editor BHarian  'Artikel terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies- surat kepada editor' .

Moga ada jalan penyelesaian dan pembetulan fakta dapat diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak kekeliruan ibu2 muda diluar sana yang sedang mencari maklumat tepat mengenai penyusuan ibu buat tersayang.

Kita 1 Malaysia, harap2 salah faham ini boleh diselesaikan dengan aman, insya allah

Monday, September 12, 2011

Kekurangan Susu Ibu

Sering mendengar keluhan ibu2 bahawa susu mereka tak banyak untuk menampung keperluan bayi, sebenarnya terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan ia susut, diantaranya ialah:-

i) Kekurangan Ransangan akibat faktor seperti:-
  • Jika kita tidak menyusukan bayi sekerap yang boleh
  • Ibu2 memulakan pemberian makanan tambahan @ penyusuan botol terlalu awal
  • Ibu cuma menyusukan bayi sebelah payudara sahaja
ii) Jika ibu2 kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu
iii) Ibu2 menghadapi tekanan emosi @ stress

Penyelesaian:-
  • Susuilah bayi dengan kerap iaitu sekurang2nya 2 jam sekali
  • Susui bayi dari kedua2 belah payudara

Sunday, March 6, 2011

Alya bersama EBM


Gambar Alya bersama sebahagian stok EBM, Alhamdulillah, walaupun usianya sudah mencecah ke angka 1 tahun 6 bulan  tapi EBM masih mencukupi dan dia membesar dengan jayanya tanpa susu formula. Chaiyoookkkk manja ummi!!!!   

Monday, February 28, 2011

Alya diusia 1 tahun 6 bulan 4 hari

Pejam celik, pejam celik usia Alya sudah menjangkau 1 tahun 6 bulan dan 4 hari, banyak sangat perkembangannya dari masa kesemasa.

Sayangnya aku belum berkesempatan untuk membawanya mendapatkan suntikan tambahan, minggu lepas, baru aje aku berkira2 untuk bercuti tapi tugasan rasmi yang memerlukan komitmen yang tinggi perlu didahului. Maafkan ummi ye sayang. 5 hari aku bekerja luar sehingga jam 10malam.

Ingatkan minggu ini aku nak bawa dia ke klinik tapi nampaknya masih tak berrkesempatan, surat arahan yang memerlukan aku berada di luar daerah sabtu nanti telah diterima siang tadi.

Minggu depan? Moga aku punyai masa untuk bersamanya tercapai.

Seringkasnya mengenai perkembangan Alya:-
  • Melompat, berlari dan menari ikut lengkoknya tersendiri (pagi semalam menari poco2 bersama maskot A&W di karnival - peserta paling junior) - malasnya nak upload gambar yang terperam dalam kamera.
  • Sudah makan makanan orang dewasa, semua hentam aje
  • Pandai Berdikari - jgn dok mimpilah umminya nak suapkan makanan ke mulut anak karang ni, errmmm, buat masa ini x tercapai hasrat murniku itu
  • Pertama kali masuk pertandingan mewarna di karnival semalam, peserta junior lagi..dapat adiah tau!! herankan? ramai dok tanya pandaikah pegang pencil? baik tanya dia sendiri.. No Komen..
  • Suka meniru apa yang orang buat, contohnya apabila jumpa penimbang, lekas2 buka kasut dan timbang diri sendiri.
  • Paling membanggakan, selesai sudah tempoh 1 tahun 6 bulan dia menyusu susu ibu. Tinggal lagi baki 6 bulan, cuma sekarang ini Alya kurang menggemari EBM tapi dalam frezeer tetap ader stok untuk digunakan di masa kecemasan.
  • Paling meletihkan kami ialah dia kuat sangat merajuk. Anak bongsu katakan!!! 

Friday, January 7, 2011

Penyusuan dan Supplement

Seronok baca komen2 yang diutarakan di dalam n3 INI, ada pro dan kontra. Sebenarnya buat masa ini aku kekeringan idea nak ulas panjang lebar berkenaan isu2 yang sedang hangat diperbincangkan di laman tersebut.

Berdasarkan pengalamanku menyusukan si Alya (kini 1 tahun 4 bulan) dan abang serta kakak2nya sblm ini, aku tidak meletakkan pengambilan suplement sebagai makanan utama (wajib - bagi mandapatkan susu2 yang berkualiti)  KECUALI sebagai makanan tambahan semata2. Alhamdulillah, sehingga kini aku masih mampu memberikan yang terbaik buat Alya dan dia membesar mengikut perkembangan yang ditetapkan.

Bagi menjawab persoalan diatas, apa kata kita rujuk entri berikut : 'Kenapa pam sampai 7 - 8 kali sehari?'. apa2pn, tepuk dada tanya selera.. keputusan adalah HAK individu..

Thursday, August 26, 2010

Apabila haid, adakah susu ibu berkurangan??

Benarkan pengeluaran susu ibu boleh terjejas semasa 'haid'?

Hasilnya:
  • Hari pertama haid (25.08.2010) pengepaman ketika di pejabat sebanyak 2 kali iaitu jam 10.30pagi dan 4.00ptg, Hasilnya semalam: 10.5oz
Hari kedua haid (26.08.2010) mengepam pada masa yang sama. Jam 10.30 & 4 ptg (1-2ptg, rehat)
  • Jam 10.30pagi - 7oz manakala 4.00ptg - 3oz, jumlah keseluruhan: 10oz, susut 0.5oz berbanding semalam.
  • Esok - blum dipastikan  lg mengepam sbb cuti, sepenuh masa bersama Alya
Kemaskini
  • 30.08.10, jam 10.00pg - 5oz, 4ptg - 5oz. Jumlahnya 10oz, maintain
  • 01.09.10 (hari biasa), jam 10.30pg - 8oz, 4.00ptg- 3oz. Jumlahnya: 11oz, naik 1 oz, Alhamdulillah
  • 02.09.10, jam 11pg - 6oz, 5ptg (terlupa nk ngepam sbb bz teramat sgt.., so.. ambik masa dlm 10 min. sblm balik keje) - 5oz. Jumlah: 11 oz (Maintain)
  • 3.09.10, Jam 11pg - 6oz, 4.30pm - 4.5oz, Jumlah:10.5oz (susut 0.5oz)
  • 6.09.10 Jam 11pg - 70z, 4.30ptg - 4.5oz. Jumlah: 11.5oz (naik 1oz), mgkn semasa berbuka smlm ngn jantung pisang celur kot!!
  • 7.09.10 Jam 11pg - 6oz, 4ptg - 5oz Jumlah: 11oz (susut 0.5oz)
  • 8.09.10 Jam 10.30pg - 5oz, 4ptg - 5oz. Jumlah 10oz (susut lg 1oz)
  • 9.09.10 Jam 12t/hari - 9.5oz,  4ptg -   5oz. Jumlah; 14.5oz]
  • 14.09.10 10.30pg - 5oz,  4.30ptg- 5oz. Jumlah; 10oz
  • 15.09.10 11pg - 5oz, 4.30ptg- 5oz. Jumlah; 10oz
  • 17.09.10 9.30pg - 5oz, 11.30pg-3oz, 4.30ptg-
Kesimpulan:  Kesemuanya bergantung kepada individu, perlu diingat, setiap daripada kita adalah berbeza. 
( Paras hormon prolaktin yg bert/jwb trhdap pngeluaran susuibu telah mengganggu kawalan hormon mnybbkn ibu2 menyusu mengalami gangguan haid samada ibu ketiadaan haid spnjng mnysukn anak @ stlh usia anak 6 bulan, mgkn juga ibu2 mengalami kitaran haid normal setiap bulan dan sebagainya. )

Wednesday, August 25, 2010

Hari ke 15 Ramadhan

Waduuuuh, tengok dalam frozeen, stok EBM Alya makin menyusut, bukan apa, sejak 2 menjak ni.. aku malas semacam je nak bawa s3 ke pejabat, dek kesibukan (alasan!!!!!) yang membuatkan aku agak ngelat nak mengepam. Kadang2 terasa adanya LDR tetapi aku biarkan aje.. mulalah terasa RUGIIIIIIIIII yang teramat sangat.

Terfikir jugak, aku sering menjadi tempat teman2 berkongsi pengalaman mengenai penyusuan, terasa bersalahpun ada, nasihatkan orang lain pandai tapi diri sendiri, makin hari makin culas nak mengepam.. mana boleh jadikan!!

Sempena genapnya setahun kelahiran Alya semalam, maka mulai hari ini, aku akan bangkit dengan semangat yang jitu dan akan pastikan s3 sebagai peneman setiaku ke pejabat, Insya Allah, biar sesibuk mana sekalipun, . aku akan cuba luangkan masa seketika untuk aktiviti mengepam sekurang2nya 2 kali sehari di pejabat biarpun bukan setiap 2 jam sekali  seperti sebelum ini.

Hasilnya pengepaman pertamaku pada  jam 10.30 pg tadi
6oz shj

Rehat jam 1 -  2 ptg,  nyusukan Alya secara terus.

Kemaskini;
Hasilnya pengepaman keduaku di pejabat jam 4.00 ptg 
4.5oz

Baru berkira2 nak 'up' stok, t/hari ni cik 'P' mai pulok!!!!!!

Thursday, August 19, 2010

Hasilnya setelah 9 hari berpuasa

Alhamdulillah, inilah hasilnya mengepam  20 minit sebelum masuk waktu berbuka tadi, mulanya tak terfikirpun nak mengepam tp apabila menyusukan Alya seketika, tiba2 terasa LDR dan Si Omey ummi xmo lg menyusu.. terus je aku ambik storage bottle n S3, sambung partnya dan mula sessi mengepam sementara masih ada LDR.

Sekarang ni bukannya mudah nak mengepam depan Alya, jeles semacam je ngan s3, ditarik2 dan digigitnya tube, kalau xpun dia akan duduk atas mesin tu.. Akhirnya aku mengepam sambil meriba dan bermain ngannya. Cuma yg ni je hasilnya iaitu 5 oz dalam masa 10 minit mengepam.. Alhamdulillah, masih lagi maintain biarpun usia Alya hampir mencecah setahun, juga tanpa dibantu oleh sebarang supplement.

Thursday, August 12, 2010

Ibu berpuasa membahayakan bayi?

Ada satu artikel menarik untuk dikongsi bersama, ada ibu2 beranggapan berpuasa boleh memudaratkan bayi terutamanya anak yang mendapat khasiat susu ibu sepenuhnya. Benar atau salah tanggapan tersebut???

Sumber ini diperolehi dari babycenter.com yang menyatakan:-

Tidak mungkin berpuasa akan membawa kesan kepada bayi.  Kita sudah tentu akan terasa jika berpuasa memudaratkan – dan mungkin perlu berhenti – sebelum penghasilan susu terjejas.

Satu kajian menunjukkan bahawa berpuasa selama 20 jam tidak membawa kesan yang besar kepada penghasilan susu wanita. Nampaknya, badan akan menyesuaikan kekurangan makanan atau cecair dengan mengeluarkan tenaga yang lebih banyak.

Pada pandangan ini, rasa2nya tak der masalah kot jika kita mendapat pemakanan yang berkhasiat semasa berbuka dan bersahur.

Wednesday, August 11, 2010

Menyusu di bulan Ramadhan


Wanita yang sedang menyusukan masih terus menghasilkan susu semasa berpuasa tetapi jumlah lemak dalam susu badan akan berkurangan. Ini bukanlah satu masalah, tetapi akibatnya bayi anda akan berasa lapar dengan lebih cepat dan mahu menyusu lebih kerap. Anda boleh minimakan ini dengan memastikan diet anda mengandungi lemak yang cukup – tambahkan keju dalam diet, gunakan mentega dan minumlah milkshake.


Sumber: babycenter.com

Monday, August 2, 2010

Penyusuan Ibu - kebaikan kepada bayi

  • Susu ibu mudah dihadam, bayi tiada masalah kembung, cirit-birit dan tidak meragam
  • Bayi menyusu badan menggerakkan lebih 44 otot rahang berbanding hanya empat untuk penyusuan botol. Ini membantu pertumbuhan bentuk gigi yang cantik dan cepat bertutur
  • Susu ibu mengandungi semua vitamin dan antibodi yang diperlukan oleh bayi
  • Bayi menyusu badan kurang terkena jangkitan penyakit
  • Bayi lebih tenang
Rujukan: Mingguan Malaysia (Kesihatan 1 Ogos 2010)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink