Alhamdulillah, Usia Alya sudah melebihi 5 bulan tapi hingga kini, rezekinya tidak putus-putus. Setiap hari, dia memperolehi khasiat yang optimum melalui susu ibu yang baru sahaja, cuma ada ketikanya terpaksa menggunakan stok frozeen tapi itupun boleh dibilang dengan jari.
Stok EBM silih berganti. Ada ketika terpaksa dilupuskan bagi memberi laluan kepada penyimpanan stok yang baru.. Sessi mengepam tidak sekerap dulu. Kesibukan membuat aku terlupa akan keperluan mengepam dan tidak sedar masa berlalu begitu pantas. Kadang2 dek kesibukan jua membuat aku biarkan sahaja jika ada 'refleks let down' dan susu membasahi 'nursing pad'.
Semalam aku terlupa memakai 'nursing pad' , sedar2 ditegur oleh Ann, anak buahku di pejabat, bajuku basah dek susu melimpah dan terpaksa memakai 'cover' untuk menutupinya. ish, maluuunya! sib baik kesemua mereka adalah pompuan.. kalu tak, ntah le.....
Skrg nipun dah terasa 'refleks let down', mgkin kesan makan nasi ngn sup ayam dan kucai goreng campur taugeh / tauhu ptg tadi tapi.. Aaah, ngantuuuuknya, tido dulu le zzzzzzzzzzz
1 komen yang kalian berikan, tqsm..:
Akak...cam best je ayat akak....seronot je baca. Masih tertanya2 akak kerja ape....RAHSIA betul ler hehehe. Semoga Alya dpt menikmati susu ibu sampai 2 thn...
Post a Comment