Followers

Sunday, August 1, 2010

Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia

Bermula hari ini selama seminggu (1-7 Ogos) setiap tahun merupakan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia, buat ibu2 yang memperjuangkan susu ibu buat tersayang, pastinya boleh tersenyum bangga.

Buat teman2 di alam maya yang memperjuangkan susu ibu meskipun ada di antara kalian yang terpaksa berdepan dengan pelbagai onak dan duri bagi memastikan misi ini berjaya, diucapkan "Selamat Menyambut Minggu Penyusuan Ibu Sedunia".. 

Moga hasrat dan impian kita tercapai demi tersayang.. Caiyooook!!!!

10 Langkah menjayakan penyusuan

  • Perlu ada polisi penyusuan yang harus diamalkan oleh semua pekerja dalam bidang perubatan
  • Mereka yang terlibat dalam bidang ini perlu dilatih sewajarnya 
  • Menyampaikan maklumat mengenai kebaikan penyusuan badan kepada ibu mengandung dan bagaimana menjayakanNya
  • Membantu ibu menyusukan anak dalam masa satu jam selepas bersalin
  • Menunjukkan kepada ibu bagaimana untuk menyusu dan meneruskan penyusuan walupun terpaksa berpisah dengan bayi
  • Jangan berikan bayi minuman atau makanan selain susu ibu,melainkan ubat preskripsi doktor jika sakit
  • Jalinkan kemesraan ibu dan anak 24 jam
  • Memberi susu badan setiap kali bayi memerlukan
  • Jangan beri bayi puting tiruan kerana ia mengelirukan mereka
  • Perkukuhkan kumpulan sokongan penyusuan badan dan rujuk ibu-ibu yang baru melahirkan anak kepada mereka sejurus keluar dari hospital atau klinik

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayukhairy said...

selamat hari penyusuan susu ibu kak tini, gembira dapat kenal ngan kak tini..^_^

Umialya said...

selamat hari penyusuan susu ibu buat ayu gak.. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink