Followers

Saturday, October 15, 2011

Tawar Susu Ibu di Internet

Sebenarnya isu di atas sedang hangat diperkatakan sejak kelmarin lagi, ia terdapat di dalam ruangan RATU Berita Harian.

Sejujurnya diri ini kurang pasti tentang isi kandungan sepenuhnya artikel tersebut, terlepas pandang semasa membaca Berita Harian (maklumlah cuma sempat membacanya sepintas lalu) tup2 semasa buka FB, ia sedang hangat diperdebatkan.

Setelah membaca artikel ini di Berita Harian Online (Ratu), ia masih diawang2an sebab ringkas dan tidak dijelaskan secara terperinci.

Percayakah perahan susu badan wanita berlambak di pasaran dan kini dijual di internet?
Walaubagaimanapun, tajuk diatas yang tercatat di dalam FB berita harian telah menyentap jantung ini, amat sensitif bagi kami ibu2 yang memilih menyusukan anak biarpun dihimpit kesibukan sebagai seorang ibu yang bekerjaya...

Artikel ini telah memaksa pihak human milk 4-human babies-malaysia menulis surat kepada pihak editor BHarian  'Artikel terpesong tentang Human Milk 4 Human Babies- surat kepada editor' .

Moga ada jalan penyelesaian dan pembetulan fakta dapat diperjelaskan dengan terperinci bagi mengelak kekeliruan ibu2 muda diluar sana yang sedang mencari maklumat tepat mengenai penyusuan ibu buat tersayang.

Kita 1 Malaysia, harap2 salah faham ini boleh diselesaikan dengan aman, insya allah

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

wan syamilah said...

kak....kalau la ada penjualan susu ibu ni kan...parah nanti..nanti byk lak sumbang mahram...ye la adik beradik susuan kan adalah muhrim...

Umialya said...

Sya
xderlah jual beli EBM, salah faham dan silap informasi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink