Adddduuuuuh.. sebak bila baca kisah ni dalam
Harianmetro online pagi tadi, mayat seorang bayi lelaki yang baru dilahirkan serta masih bertali pusat (yang telah dimasukkan ke dalam beg plastik hitam) terlekat pada tayar depan kereta seorang kaki pancing ketika hendak menurunkan bot di pelantar Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) tebing sungai Johor.
Aku tak pastilah, apakah perasaan si ibu yang telah membuang bayinya, x ader perasaan ke? sedangkan binatangpun reti sayangkan anaknya.. Bagiku, nyamuk gigit anakku si Alyapun rasa nak marah je, kalu boleh nak cari je nyamuk maner yang gatal2 nak mengigit anak manjaku ini. hu3..
Aku pernah didatangi dek seorang isteri yang mengadu hingga kini masih belum dikurniakan zuriat setelah beberapa tahun berkahwin, beliau menyatakan kekesalan kerana pernah membuang janin yang dikandungnya di atas permintaan keluarga akibat kesilapan masa silamnya.
Sepatutnya mereka perlu berfikir sebelum membuat tindakan yang sewajarnya.