Followers

Thursday, October 28, 2010

Tangani Obesiti si Kecil

Anak obes berdepan pelbagai risiko kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan tahap lemak dalam darah abnormal, penolakan insulin dan diabetes jenis dua, hati dan pundi kencing terjejas serta kemurungan.

Risiko Masalah lain yang turut menjejaskan kehidupan seharian mereka termasuk sering tercungap-cungap, gelisah atau masalah tidur, kelihatan lebih berusia atau lebih dewasa sebelum usia (kanak-kanak terlebih berat mungkin lebih tinggi atau cepat matang dari segi seksual berbanding rakan sebaya). Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka berhadapan masalah gangguan kitaran haid dan masalah kesuburan.

Di Malaysia, masalah itu tidak terkecuali apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiarkan’ obes akibat sikap ibu bapa yang tidak prihatin soal pemakanan anak-anak. Bayangkan, si kecil yang didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak pada usia awal lagi.

Kanak-kanak Melayu berusia 7 hingga 12 tahun misalnya, menjadi kumpulan terbesar atau 67 peratus yang bermasalah obesiti di Semenanjung Malaysia berbanding kumpulan etnik lain.
Hasil dua kajian oleh universiti tempatan menunjukkan 23 peratus kanak-kanak Cina dan 10 peratus kanak-kanak India mengalami masalah lebihan berat badan dalam lingkungan usia sama.

INFO:

  • Seawal usia kehamilan hingga setahun
    Susu ibu bantu cegah masalah berat badan dan bayi yang menyusu lebih berupaya kawal pengambilan makanan.

  • Usia dua ke enam tahun
    Sesuai memulakan tabiat pemakanan yang baik. Bantu anak membentuk pemilihan makanan dengan pengenalan kepada pelbagai jenis makanan yang sihat. Galakkan juga mereka untuk aktif bersukan.

  • Usia 7- 12 tahun
    Galakkan mereka dengan aktiviti fizikal. Jika tidak menyepak bola di padang, berjalan-jalan atau bermain di laman sudah memadai.

  • Usia 13 ke 17
    Remaja gemarkan makanan ringan dan segera. Namun, hadkan kepada tiga bulan sekali, andai mereka benar-benar mahukannya. Didik mereka hargai makanan sihat selain babitkan mereka dalam usaha menyediakan makanan sihat bersama-sama di rumah.

  • Kurangkan masa menonton televisyen, komputer atau bermain komputer. Jangan biasakan mereka makan sambil menonton televisyen. 

  •  
    Info:  bh online


    Sunday, October 24, 2010

    Kesan kanser payudara lelaki lebih parah

    Dalam Kolum Kesihatan Utusan Malaysia hari ini membincangkan berkenaan Barah Payudara di kalangan kaum lelaki,   jangan ingat lelaki boleh bebas 100% daripada kanser yang paling ditakuti di kalangan kaum kita ye.. justeru itu langkah berjaga2 perlu diambil oleh semua orang tanpa mengira jantina
    Di antara info menarik untuk di kongsi bersama ialah:-
    • Kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk. Ini kerana ia akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian. 
    • Walaupun jarang berlaku, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.
    • Pemeriksaan saringan mamografi hanya dilakukan untuk wanita sahaja. Ia merupakan kaedah unggul untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, di mana kanser itu belum disedari oleh wanita tersebut. Mamografi boleh mengesan kanser payudara satu tahun lebih awal sebelum wanita tersebut mendapat sebarang sindrom atau tanda-tanda.
    • Kanser payudara lelaki berlaku pada bahagian tisu payudara, sebarang keganjilan pada payudara lelaki merupakan simptom utama mereka menghidap kanser. Biasanya mereka akan merasa benjolan atau ketulan di belakang puting susu (nipple) dan payudara akan membesar sebelah (gynaecomastia). Lelaki tersebut juga akan mengalami pengeluaran cecair dari puting, perubahan warna kulit di payudara atau puting susu tertarik ke dalam.
    • Pengesanan melalui ujian Ultra Sound dan Ujian Biopsi 
    • Kanser payudara lelaki merebak melalui salur limfadan salur darah. Sama seperti kanser payudara wanita, sekiranya penyakit dapat dikesan di peringkat awal, harapan untuk sembuh adalah tinggi.

    Monday, October 18, 2010

    Kanser payudara banyak di pedalaman Kelantan

    Akhbar hari ini melaporkan bahawa ramai penduduk di kawasan pedalaman Kelantan mengidap Kanser Payudara, aku percaya bukan wanita di Kelantan sahaja yang berisiko mengidap kanser ini tetapi kesemua wanita Malaysia adalah berisiko.

    Sekali lagi aku mengharapkan kepada semua teman2 supaya membuat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan bagi wanita yang berusia 35 tahun ke atas perlu menjalani ujian mamogram. secara berkala .

    Untuk makluman semua, di Kelantan terdapat sebuah Klinik LPPKN yang bertempat di Kota Bharu ada menyediakan Program Subsidi Ujian Mamogram dan mereka akan  merujuk kes ini untuk ujian mamogram di HUSM, Kubang Kerian.

    Laporan hari ini:-

    KOTA BHARU: Barah payudara, pembunuh utama golongan wanita kini dikenal pasti aktif menyerang golongan itu yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.

    Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr Zaidun Kamari, berkata statistik mencatatkan hampir 70 peratus kes barah payudara menyerang wanita di luar bandar atau pedalaman negeri itu.

    "Meskipun begitu ramai belum menyedari kepentingan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital kerana takut terhadap pelbagai risiko dan stigma negatif yang diterima daripada individu yang tidak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Blog Bagi Pusat Sumber Kanser Payudara, di sini, hari ini.


    Friday, October 15, 2010

    Bajet 2011 - antaranya ialah bantuan khas kewangan RM500.00

    Bajet yang sedang dibentangkan, antara lainnya menyebut:-
    • Cuti bersalin dilanjutkan 60 hari ke 90 hari (pilihan) - maksimum 300 hari sepanjang perkhid.
    • Memansuhkan PTK untuk penjawat awam mulai 2011
    • Bantuan Khas Kewangan RM 500 kpd penjawat awam (akan diberikan pd Dis. 2010)- Alhamdulillah
    • Bantuan mengurus jenazah juga dinaikkan RM 1000.00 ke RM 3000.00

      Lagi kes bayi mati di jaga pengasuh

      Pagi ni dikejutkan oleh laporan mengenai kematian seorang lagi bayi lelaki berusia 5 bulan semasa berada di dalam jagaan pengasuh dipercayai terjatuh @%$&*^%*@&^%$!!!!!

      Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.


      Takziah kepada keluarga mangsa. Al-fatihah
       
      laporan: hmetro.com

      Wednesday, October 13, 2010

      Pil perancang tidak jejas kesuburan

      PIL perancang lazimnya tidak mengurangkan kesuburan seseorang selepas pemberhentiannya. Lazimnya ovulasi dijangka datang semula dalam masa enam bulan pil ini dihentikan pengambilannya. 

      Untuk kepastian, anda boleh berjumpa doktor sakit puan untuk pemantauan pembesaran folikel (kantung) telur di dalam ovari. Jika folikel telur ­membesar mengikut ­jangkaan, maka benar pil perancang tidak menyebabkan kesuburan anda terganggu.

      Rujukan Harian Metro :
      soal jawab pakar sakit puan;  Dr. Adilah Ahmad

      Tuesday, October 12, 2010

      pengumuman

      Dimaklumkan. keputusan Alya 1'st bday GA telah diumumkan pada 1 Oktober 2010,  hg kini, masih ada seorang pemenang yg blum mmberi m/balas.

      pls, sila berikan maklumat yg dikehendaki sblm 21.10.10

      Maklumat lanjut, sila rujuk SINI.

      Monday, October 11, 2010

      Penyakit Jantung Kongenital

      Penyakit Jantung Kongenital (CHD)

      Biasa disebut jantung berlubang, CHD berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama sejak bayi di dalam kandungan lagi. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.

      Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung.

      Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.

      Secara global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang baru dilahirkan berlaku antara empat hingga sembilan setiap 1,000 kelahiran. Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.
      Menjelaskan lebih lanjut mengenai keadaan itu, Konsultan Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik dari hospital yang sama, Dr. Lim Miin Kang berkata, CHD merupakan penyakit yang disebabkan warisan (genetik) dan juga persekitaran.

      “Jika ibu atau bapa mempunyai sakit ini, bayi yang dilahirkan mempunyai risiko 10 peratus mengalaminya,” katanya.

      Selain itu katanya, faktor persekitaran antenatal termasuk jangkitan ketika mengandung (rubella), pengambilan alkohol atau dadah tertentu dan penyakit seperti kencing manis dan SLE turut menyumbang kepada permasalahan.

      Bagaimana ia dikesan?

      Dr. Lim menjelaskan bayi yang mengalami kecacatan jantung boleh dikesan ketika di dalam kandungan (bagi kes major) dan juga ketika dilahirkan (kes minor).

      “Ujian ultrasound ketika ibu sedang mengandung mampu mengesan sebarang keganjilan pada denyutan jantung. Ia boleh dikesan seawal usia empat bulan,” katanya.

      Menghurai lebih lanjut, beliau berkata, rentak normal jantung adalah “lup dup” dan jika ia berlainan seperti “lup cup”, bererti terdapat kecacatan pada jantung tersebut. 

      Jelasnya lagi, bayi CHD dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bayi biru dan tidak biru (blue dan non-blue baby).

      “Bayi tidak biru menghadapi masalah lubang pada jantung atau masalah dengan injap atrial. Jenis yang paling banyak ditemui adalah kecacatan septal ventrikular (VSD) dan atrial septal defect (ASD).

      “Bayi biru pula mempunyai masalah halangan yang menyekat pengaliran darah ke paru-paru (tersumbat),” ujarnya.

      Antara simptom yang biasa ditemui dalam kes kecacatan jantung kongenital adalah;

      * jantung berbunyi (murmur)
      * cyanosis (biru di badan atau muka)
      * kesukaran menyusu
      * nafas kencang
      * berat badan tidak bertambah secara normal
      * pendarahan

      Dr. Lim berkata, jika ibu bapa mendapati anak mereka mempunyai simptom yang dinyatakan, dinasihatkan membawa ke klinik berhampiran dengan segera untuk pemeriksaan. Jika terdapat kemungkinan masalah jantung major, bayi tersebut memerlukan pembedahan segera.

      Dr. Lim menyatakan terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk menentukan jika bayi atau kanak-kanak mempunyai masalah jantung.

      Ujian ECG (electrocardiogram) katanya, akan dijalankan untuk memantau denyut jantung dan menentukan sama ada ia normal atau sebaliknya.

      “Imbasan sinar-X dada juga mungkin dilakukan untuk melihat jika jantung membesar (bengkak) atau mempunyai masalah paru-paru. Ujian echocardiogram (ultrasound jantung) pula dapat mengesan beberapa kecacatan struktur jantung,” jelasnya.

      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       
      COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink