Followers

Sunday, November 25, 2012

Rawatan Kemoterapi

Selepas pembedahan, kebanyakan pesakit kanser memerlukan rawatan kemoterapi, ianya bertujuan untuk memusnahkan sel-sel kanser yang telah merebak ke organ lain.

Kesan Sampingan:
  • Loya dan muntah
  • Keguguran rambut
  • Kesan ke atas tulang sum-sum
  • Letih dan bermaya
  • Tiada selera makan
  • Kulit dan kuku menjadi hitam (sesetengah kes)
  • Pusingan haid tidak teratur
Perkara yang perlu diawasi semasa rawatan kemoterapi:-
  • Penggunaan perubatan tradisional (Bahan herba) - Ia boleh menyebabkan ubat kemoterapi kurang berkesan, dengan kata lain, ubat kemoterapi tidak dapat memusnahkan sel-sel kanser.
  • Hamil - semasa menerima rawatan kemoterapi, pesakit tidak dibenarkan hamil sebab ia boleh memberi kesan negatif seperti keguguran @ kecacatan pada janin yang dikandung. (selepas kemoterapi, ibu perlu merancang kehamilan dalam tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun..)

Friday, November 23, 2012

Pemakanan selepas pembedahan

Malam ini menerima persoalan daripada Intan Afira berkaitan dengan pemakanan pesakit selepas menjalani pembedahan.

Bagi memastikan luka sembuh dengan cepat, pesakit perlu memakan makanan yang seimbang. Makanan yang mengandungi protin seperti ikan, ayam, daging dan telur amat diperlukan.

Pesakit juga memerlukan vitamin untuk membantu menyembuhkan luka, biasanya ia terdapat di dalam sayur2an dan buah2an.

Makanan kaya dengan protin dan vitamin yang mencukupi dapat mengelakkan pesakit dari mengalami kekurangan berat badan yang ketara dan dapat  mengembalikan tenaga mereka.

Dengan ini, pesakit akan cepat sembuh dan mereka akan merasa selesa serta bertenaga.

Nota: Pandangan masyarakat kita, makanan yang mengandungi protin seperti telur akan menyebabkan luka bertukar nanah (sebenarnya infeksi akibat tidak menjaga kebersihan), lambat baik.

Sayur2an dianggap sejuk dan boleh memudaratkan kesihatan dsb.

Amalan pantang larang ini tidak digalakkan kerana ia tidak memberi kebaikan malah memudaratkan kesihatan pesakit sahaja, apa2pun tepuk dada tanya selera.

Thursday, November 22, 2012

Tibi Kelenjar


 

Wednesday, November 21, 2012

Kesan Kemoterapi

Thursday, November 1, 2012

Gaji Naik 2013

Alhamdulillah semakan gaji baru akan dibuat dan dijangka 1.4juta kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji sehingga 5%.

Ayer Keroh: Kira-kira 1.4 juta kakitangan perkhidmatan awam dijangka menerima kenaikan gaji tahunan sehingga lima peratus mulai tahun depan.
Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa, berkata skim gaji kakitangan awam yang masih dalam kajian itu bakal merentasi semua peringkat.

Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua," Ali Hamsa, Ketua Setiausaha Negara

Katanya, laporan Suruhanjaya Khas Mengkaji Transformasi Perkhidmatan Awam yang akan menamatkan penilaian pada 31 Disember ini akan turut diambil kira.

Nilai semula

“Proses penilaian semula skim gaji itu sudah bermula, namun penelitian secara mendalam hanya akan dilakukan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) 2011 dan Majlis Perjumpaan Ketua Setiausaha Negara Bersama Penjawat Awam negeri ini di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, petang semalam.
Pada majlis itu, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka memenangi Anugerah Inovasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi (AIICT), manakala Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah merangkul Anugerah Inovasi Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT).

Kejayaan itu sekali gus melayakkan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300,000, trofi dan sijil penghargaan.

Hadir sama Ketua Pengarah Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan (MAMPU), Datuk Mohamad Zabidi Zainal dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Omar Kaseh.

CUEPACS sambut baik

Mengulas lanjut, Ali berkata, antara fokus utama dalam kajian itu adalah melihat semula skim kenaikan gaji tahunan bagi kakitangan yang sudah mencapai tahap gaji terakhir mengikut kategori masing-masing.

“Kita akan melihat semula perkara itu termasuk mungkin menetapkan tempoh lebih panjang supaya gaji kakitangan akan terus naik.

“Jika mereka mencapai tempoh untuk kenaikan pangkat, ia akan lompat kepada gred lain dan kenaikkannya juga akan diteruskan lagi,” katanya.

Ali berkata, kerajaan berharap akan dapat mewujudkan formula skim gaji menang-menang bagi setiap kakitangan khususnya penjawat pelaksana yang meliputi 80 peratus daripada keseluruhan sektor itu.

“Kita perlu berhati-hati melihat skim perkhidmatan awam ini supaya tiada siapa yang tertinggal. Kita mahu formula menang-menang untuk semua kerana memahami kos sara hidup semakin meningkat,” katanya.

Sementara itu, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman, ketika dihubungi berkata, pengumuman itu sudah pasti melegakan hati penjawat awam di negara ini.

“Kami menyambut baik cadangan KSN itu, tetapi masih berharap kerajaan dapat mempertimbangkan beberapa cadangan CUEPACS sebelum ini, khususnya berkaitan tangga gaji golongan itu mengikut tempoh kerja mereka,” katanya.

Copy&Paste: Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink