Followers

Sunday, January 30, 2011

Pertemuan tragis

Astaghfirullah, terkedu seketika apabila baca berita ini. Sedih, sebak, kecewa semuanya bercampur, naper dunia kini makin hari makin kejam? 


Setiap hari kita disogokkan dek berita pembuangan bayi yang entah bila akan berkesudahan. Pelbagai usaha yang telah dilakukan bagi menangani masalah ini tapi gagal tanpa ada kesedaran daripada kita.

Sumber : Harian Metro
Oleh IBRAHIM ISA ibrahim@hmetro.com.my
BATU PAHAT: “Berderau darah saya apabila melihat sekujur tubuh bayi dengan kesan darah di dalam longkang yang belum siap sedalam hampir setengah meter.


“Apabila menghampiri longkang berkenaan, saya dapati bayi lelaki itu dalam keadaan bogel dan mengereng, lengkap dengan tali pusat dan uri yang belum dipotong,” kata pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43 yang menemui mayat itu dalam longkang yang masih dalam pembinaan di sebuah rumah di Jalan Mekar 5, Taman Mekar, Ayer Hitam, dekat sini, semalam.


Menurut Hamid, dia merasakan ibu bapa bayi berkenaan mungkin membuang bayi itu pada lewat malam atau awal pagi semalam kerana pada jam 8 pagi hingga 10 pagi kelmarin, mereka masih menjalankan tugas membina longkang dan tembok rumah di kawasan itu.

Mayat bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan itu disyaki dibuang tanpa belas kasihan apabila ibu bapa bayi tidak membalut kain pada bayi itu dan meletakkannya ke dalam longkang yang mengalirkan air.


Keadaan itu menyebabkan bayi berkenaan maut dipercayai akibat kesejukan atau lemas akibat air di dalam longkang.
Hamid berkata, dia melihat mayat bayi itu pada kira-kira jam 8.10 pagi ketika ingin menyambung semula tugas pembinaan longkang di kawasan rumah berkenaan.

Friday, January 28, 2011

Susu badan elak ekzema

Sumber: Utusan Malaysia

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my

KULIT berfungsi melindungi organ-organ dalaman badan manusia. Ia juga merupakan organ paling besar. Walaupun ia berfungsi melindungi tubuh daripada kecederaan, tetapi kulit sangat sensitif. Tahap sensitivitinya berbeza serta bergantung kepada ketebalan epidermis (bahagian luar kulit luar). Justeru, sebagai organ terbesar yang meliputi bahagian luar tubuh, tidak hairanlah pelbagai masalah timbul pada kulit.

Antara masalah yang sering terjadi ialah penyakit kulit dan ada pelbagai jenis penyakit yang menyerang kulit baik kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Salah satu penyakit kulit yang sering dihadapi ialah ekzema. Penyakit ini lazimnya akan 'menyerang' kanak-kanak. Hampir setiap satu dalam lima kanak- kanak akan menghadapi penyakit tersebut iaitu lebih kurang 15 hingga 20 peratus kanak-kanak di seluruh dunia.

Ekzema menyebabkan kegatalan dan penghidapnya terpaksa menanggung kesakitan selain mengalami tekanan perasaan.

Untuk pengetahuan umum, ekzema merupakan sejenis penyakit kulit yang melibatkan gangguan kepada lapisan pelindung kulit dan menyebabkan reaksi hipersensitif kulit yang menyebabkan radang, gatal-gatal yang melampau (intense itch) dan kulit bersisik.

Menurut Pakar Kanak-Kanak, Hospital Pakar KPJ Kajang, Dr. Nor Mahani Harun, ekzema yang juga dikenali sebagai dermatitis atopik (AD) merupakan penyakit kulit kronik yang disebabkan keradangan kulit yang berpanjangan.

Ia akan menjadi bertambah buruk dalam tempoh beberapa tahun ataupun sepanjang hayat penghidapnya jika tidak dijaga dan dirawat dengan baik.

Jelasnya, dengan penjagaan kulit yang baik, penghidap penyakit ini boleh mendapat kulit yang sihat.

Ekzema mengakibatkan kulit kekeringan disebabkan kehilangan air dan senang kemasukan allergen yang menyebabkan ketidakselesaan pada kulit.

''Lazimnya ekzema berlaku pada kanak-kanak seawal dua hingga tiga bulan pertama dan lazimnya sebelum kanak-kanak meningkat ke umur lima tahun.

''Terdapat tiga fasa umur yang mengalami ekzema iaitu kosong hingga dua tahun, dua hingga 12 tahun dan dewasa.

''Terdapat sedikit perbezaan dari segi agihan pada kulit mengikut peringkat umur. Bagi bayi, lazimnya penyakit ini akan dikesan pada bahagian muka dan kulit kepala. Manakala untuk golongan remaja atau dewasa, kawasan yang terlibat seperti pelipat di bahagian siku, belakang lutut, buku lali, pergelangan tangan, muka, leher dan atas dada,'' ujarnya ketika ditemui baru-baru ini.

Katanya lagi, dalam kebanyakan kes, mereka yang menghidap ekzema adalah disebabkan keturunan dan penghidapnya mungkin terdiri daripada bayi dan juga orang dewasa.

Tetapi bagi bayi, kebanyakannya akan beransur hilang apabila mencapai umur dua tahun iaitu lebih kurang 50 peratus tetapi ada juga yang kekal dan datang berkala. Tambah beliau lagi, penyakit itu akan menyebabkan kulit kemerah-merahan, berair dan gatal.

Bagaimanapun, ia dikategorikan sebagai bukan penyakit berjangkit dan tidak boleh berpindah daripada seorang bayi ke bayi lain.  Tetapi penyakit ekzema boleh berulang disebabkan jangkitan kuman, tekanan, perubahan cuaca, alahan kepada habuk dan sebagainya

Ulas Dr. Nor Mahani, masalah itu dialami oleh antara tujuh hingga 17 peratus daripada kanak-kanak seluruh dunia dan lebih 50 peratus kanak-kanak yang mengalami ekzema kebiasaannya turut mempunyai kombinasi penyakit asma dan alahan.

Katanya lagi, sebanyak 17 peratus pesakit ekzema diwarisi dari ibu atau bapa atau kedua-duanya sekali.

Untuk menghindarkan penyakit berulang, pesakit juga dinasihatkan supaya tidak menggunakan sabun biasa, sebaliknya menggunakan sabun pembersih badan atau pencuci bebas sabun yang mengandungi bahan pelembab bagi melembabkan dan mengelakkan kulit kering.

''Pembersih badan mestilah tidak mengalami bahan yang boleh menyebabkan kulit tidak selesa, memudaratkan, merosakkan atau menjejas lapisan pelindung kulit.

''Ini kerana sabun biasa akan mengakibatkan kulit menjadi lebih kering, bertambah gatal dan merosakkan lapisan pelindung kulit.

''Pesakit juga disarankan sentiasa memakai pelembab untuk mengurangkan risiko kulit kering dan menghentikan kehilangan lembapan yang boleh menyebabkan kulit menjadi gatal dan bersisik,'' katanya.

Tambahnya, lembapan yang baik mestilah tanpa haruman tetapi kaya emolien dan ia akan menyebatikan air dalam kulit sementara bertindak sebagai lapisan pelindung ketika proses penyembuhan.

Dengan ini ia dapat menghindar daripada jangkitan kuman seperti staphyloccus Aureus, herpes simplex dan ketuat.

Menurut Dr. Nor Mahani, dalam merawat masalah ekzema, mengelakkan kulit daripada kekeringan dan mengurangkan risiko jangkitan kuman ia merupakan perkara yang paling utama.
Ia juga untuk memastikan pesakit merasa aman, tidak gatal, kulit yang cantik dan juga mengajar pesakit untuk merawati diri supaya dapat mengurangkan masalah-masalah tersebut.

Dalam hal ini, pesakit dan orang yang menjaganya perlu diajar mengenai faktor-faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini berulang, penyebab dan tanda-tanda di peringkat awal.
Untuk itu, salah satu cara untuk mengurangkan risiko penyakit ini ialah dengan memberi sepenuhnya susu badan sehingga bayi anda sekurang-kurangnya berusia enam bulan.

Bagi mereka yang memberikan susu formula dicadangkan agar memberi susu yang mempunyai protin hidrolis dan memulakan makanan tambahan pada umur lebih daripada enam bulan.

Oleh kerana penyakit ini kronik, rundingan dan nasihat daripada seorang doktor pakar amat mustahak supaya pesakit dan ibu bapanya betul-betul faham mengenai penyakit ini.

Bawalah berjumpa doktor pakar sekiranya anak anda atau anda sendiri mempunyai ciri-ciri menghidap penyakit kulit sekurang-kurangnya sekali bagi memastikan rawatan yang betul.

Kanak-kanak meninggal akibat tertumpah air panas

Takziah kepada keluar mangsa, Adik  Noraini Syazwani Abdullah berusia 2 tahun 11 bulan yang telah meninggal dunia akibat tertumpah air panas  ketika ibu mangsa yang kini mengandung tujuh bulan dikatakan menuang air panas yang baru dimasak ke dalam balang, kanak2 ini telah  melecur teruk daripada perut hingga lutut tiga hari yang lepas.

Ya.. Kemalangan ada di mana-mana, kadang2 tidak disangka2, apa2pun langkah berjaga2 perlu diambil setiap masa.

Thursday, January 27, 2011

Bayi dijumpai di atas bonet kenderaan

Lagi, lagi kisah bayi dibuang, kali ini pula berlaku di Seremban, Negeri Sembilan. Bayi tersebut diletakkan di atas bonet kenderaan di kawasan letak kereta Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

Lihat wajah bayi perempuan tersebut, comelnya tapi sayang seribu kali sayang, dia dibuang dek ibu sendiri, kesian dia kerana menjadi mangsa keadaan.

Alhamdulillah, nasib baik cepat dijumpai, jika tak, tak tau le nasib bayi berkenaan dan sekarang ini dia ditempatkan di HTJS untuk tindakan lanjut.

Sumber: harianMetro

Friday, January 21, 2011

Orang ramai diminta pulangkan duit syiling

Sumber : Sinar Harian

SEREMBAN - Pihak polis meminta kerjasama orang ramai untuk memulangkan semula duit syiling yang jatuh dari sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kemalangan di Kilometer 244 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Pedas-Linggi, dekat sini, petang Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, mereka boleh berbuat demikian secara sukarela di mana-mana balai polis berhampiran.

"Semua individu terbabit perlu sedar, duit syiling yang mereka kutip di sekitar lokasi kejadian bukan milik mereka.

"Sehubungan itu, saya nasihatkan mereka agar menyerahkan duit syiling kepada polis supaya boleh dikembalikan kepada pemiliknya,” katanya, di sini, semalam.

Menurutnya, pihak polis boleh mengenal pasti individu terbabit menerusi gambar dirakam media ketika kejadian.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, duit syiling pelbagai denominasi dianggarkan bernilai RM74,000 bertaburan di sekitar lokasi kemalangan selepas sebuah Toyota Hilux yang membawa muatan itu dikatakan dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta mewah jenis BMW.
Sekurang-kurangnya 20 pengguna lebuh raya dilihat mengutip duit syiling yang bertaburan, malah ada yang sanggup menggadai nyawa melakukan perbuatan itu di tengah lebuh raya yang sibuk dengan kenderaan.

Tindakan mereka itu turut mengakibatkan kesesakan lalu-lintas sepanjang kira-kira tiga kilometer di kedua-dua arah lebuh raya menghala ke lokasi kejadian.

nota kaki: apa2pun tepuk dada, tanya selera, apa yang pasti duit itu bukan milik kita

Saturday, January 15, 2011

Penganjur Contest Penipu??

Semasa aku wat 'blog walking' ke rumah teman2 petang ini , terjumpalah entri berikut:-


Wow... sekali turun, berderau darah memandangkan aku pernah menganjurkan Giveaway sebanyak 2 kali pada tahun lepas iaitu 2010, rasa2nya aku telah tunaikan janjiku kepada semua peserta 'Giveaway' dan kesemua hadiah telah dihantar dan diterima oleh kesemua pemenang.

Aku telah buat penyemakan pada entri2ku sebelum ini bagi mendapatkan kepastian, Alhamdulillah.. rasa2nya tiada masalah.

Giveaway yang pernah aku anjurkan ialah: 
30.05.2010 - 30.06.2010
01.07.2010

hadiahnya

dan Giveaway seterusnya
14.08.2010 - 30.09.2010
01.10.2010
Hadiahnya:
 tak buat entri kerana x sempat ambil gambar,  terus pos bila dpt maklumat pemenang

Aku yakin kesemua pemenang telah menerima kesemua hadiah yang dijanjikan. (jika masih ader yang tercicir tanpa disedari sila bagi tau ye....)

Jujur aku katakan, buat masa sekarang ini, aku cuma berkemampuan untuk menganjurkan 'Giveaway' sebab ia dapat menjimatkan masaku. Jika anjurkan 'contest' kena buat pemilihan gambar2 yang diberikan oleh peserta dengan teliti sekali bagi mengelakkan 'pilih kasih'.

Kembali kepada tajuk asal, aku tak reti nak ulas panjang lebar memandangkan selama aku menyertai GA dan Contest, kesemuanya tiada masalah.

Apa yang pasti, sebolehnya aku cuba kekalkan perhubungan sesama kita biarpun cuma dialam maya dan akan elak melakukan perkara2 yang boleh menimbulkan sebarang masalah dengan rakan2 semua. 

Datuk terbunuh gara2 cucu

Astaqhfirullah, seorang datuk telah ditikam oleh sekumpulan remaja termasuk cucunya yang telah  menceroboh masuk ke dalam rumahnya sebelum mereka melarikan diri membawa beg berisi wang tunai dan barang kemas.

Kenapa ya, nilai2 kemanusiaan dikalangan kita kian hari semakin menipis, dimanakah silapnya?

Thursday, January 13, 2011

Penonton Kemalangan Boleh Disaman

Sumber n petikan 100% UTUSANMALAYSIAONLINE

KUALA LUMPUR 13 Jan -- Pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan mereka untuk menonton sesuatu kemalangan sehingga menjejas kelancaran lalu lintas boleh disaman, kata Ketua Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh.

Beliau berkata, tindakan undang-undang boleh dikenakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987, di bawah peraturan 16 (1).

"Hanya terdapat lima pihak yang berperanan semasa kemalangan jalan raya berlaku iaitu saksi kemalangan, anggota penyelamat, agensi kerajaan yang berkepentingan, pertubuhan bukan kerajaan yang berkepentingan dan orang awam yang dilatih sebagai paramedik atau mempunyai kemahiran dan latihan dalam memberikan bantuan kecemasan.

"Pihak lain tidak sepatutnya berhenti kerana ia hanya akan menyebabkan kesesakan lalu lintas menjadi semakin buruk malah boleh mendatangkan risiko lain seperti kemalangan kecil.

"Oleh sebab itu, mereka boleh disaman kerana menghalang lalu lintas dan mengganggu operasi menyelamat mangsa kemalangan," katanya kepada pemberita semasa kempen advokasi JKJR di sini hari ini. -- Bernama

Nota:  Moga selepas ini tiada lagi kesesakan lalulintas yang boleh mengganggu pengguna jalanraya yang lain.

Saturday, January 8, 2011

Semua harga barang naik

Pagi tadi terbaca dalam berita harian mengenai harga bawang melambung manakala stok minyak masak berkurangan, berdasarkan laporan tersebut, kenaikan harga bawang meningkat antara RM2 hingga RM3 kepada RM6/kilo sejak 2 minggu lalu.

Kalau nak ikut kat sini, kenaikan harga bawang mula disedari sejak 2 bulan yang lalu, harganya meningkat hingga 100% daripada harga asal,

Jika sebelum ini, aku agak mewah guna bawang  yang banyak di dalam masakan, contohnya, jika masak tomyam, paling kurang, aku akan gunakan 2 labu bawang besar sebab inginkan kemanisan di dalam masakan tapi kini TERPAKSA dikurangkan separuh, gitu juga dalam lain2 masakan, semuanya terpaksa dikurangkan, kalau setakat mahal tu, kira ok le lagi tetapi yang menjadi masalahnya, stok barangan amat terhad di pasaran. 

3  minggu lepas, aku belikan bawang besar dengan harga RM5.90/kg manakala bawang putih RM11/kg (sib baik masih ader lagi pelekatnya pada pembalut bawang, boleh wat rujukan, masa itu, pasaraya ini tengah 'diskaun' sebab  perayaan krismas), karang ni, entah le, pasti makin melambung2 harganya.. 

Bawang, kelapa, santan, gula naik, minyak masak pun naik (tanpa disedari walaupun harganya di bawah  kawalan, baru2 ini minta tolong rakan belikan minyak masak 2kg/botol dengan harganya RM7.50 - tapi aku bayar RM10 sebagai ucapan terima kasih di atas penat lelahnya mencari minyak buatku, jika tidak, tak berminyak le di dalam masakanku, hu3)

Terbaru aku terima aduan daripada hubby, harga minuman dan kuih muih di kedai makan juga sudah naik, memang betul, kita semua sudah kaya, mampu membeli biarpun harga barang meningkat naik dari masa ke semasa dan kita sudahpun setaraf dengan negara2 maju yang lain. Amin

Friday, January 7, 2011

Bayi dalam beg galas meninggal

Astaghfirullah, terkejut aku apabila membaca SINI, laporan  mengenai bayi yang ditemui di dalam beg galas beberapa hari lalu (sebagaimana entriku sebelum ini) telah meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan tidak cukup bulan jam 3 pagi semalam di Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur. 

Kesian bayi ini, dia tidak berdosa  dan telah pergi buat selama2nya akibat salah laku si ibu yang sanggup  membuangnya ibarat sampah.

Naper masih ader ibu2 yang sanggup membuang zuriat sendiri sedangkan di luar sana, masih ramai di antara kita yang mengharapkan kehadiran orang baru bagi membawa sinar kebahagiaan ke dalam kehidupan mereka?

Penyusuan dan Supplement

Seronok baca komen2 yang diutarakan di dalam n3 INI, ada pro dan kontra. Sebenarnya buat masa ini aku kekeringan idea nak ulas panjang lebar berkenaan isu2 yang sedang hangat diperbincangkan di laman tersebut.

Berdasarkan pengalamanku menyusukan si Alya (kini 1 tahun 4 bulan) dan abang serta kakak2nya sblm ini, aku tidak meletakkan pengambilan suplement sebagai makanan utama (wajib - bagi mandapatkan susu2 yang berkualiti)  KECUALI sebagai makanan tambahan semata2. Alhamdulillah, sehingga kini aku masih mampu memberikan yang terbaik buat Alya dan dia membesar mengikut perkembangan yang ditetapkan.

Bagi menjawab persoalan diatas, apa kata kita rujuk entri berikut : 'Kenapa pam sampai 7 - 8 kali sehari?'. apa2pn, tepuk dada tanya selera.. keputusan adalah HAK individu..

Wednesday, January 5, 2011

Lagi kes bayi di buang

Nampaknya kejadian buang bayi masih berleluasa dimana  harian metro hari ini melaporkan terdapat seorang bayi lelaki yang dipercayai berusia  6 hari yang hampir lemas kerana ditinggalkan dalam beg galas yang tertutup.

Sampainya hati si ibu ini yang sanggup membuang bayi, jika terlambat ambil tindakan,  entah le apakah nasib bayi berkenaan.

Tuesday, January 4, 2011

Santan RM12 sekilo

Terbaca dalam sinar harian edisi Pahang hari ini, harga santan telah melonjak naik secara mendadak sehingga mencecah RM 12/kilo, jika tak silap, sebelum ini harga santan cuma RM 5.50 - RM 6.00/kilo, malangnya sejak dua menjak ini, harganya meningkat sekali ganda.

Kelapa pula dijual dengan harga RM2.50 sebiji dan semua bahan berasaskan kelapa naik. Bila perkara2 gini berlaku, mulalah kenangan lama muncul kembali, seingatku, semasa di kampung halaman dulu, kelapa tiada nilainya, kadang2 terbiar je di bawah2 pokok kelapa, sekali masak, paling tidak kena guna 2 biji, pekat sgt masakan dulu tapi karang ni, nak gunapun secukup rasa, alasan yang boleh diterima dek akal ialah  untuk 'mengurangkan kolesterol' (walhal kolesterol cuma terdapat didalam makanan berasaskan daging, ayam dsb, bukan dlm sayur2an).

Dalam seminggu dua ni, kat sini, minyak masak samada dlm paket 1kg  @ botol 2kg / 5kg kehabisan stok, nampaknya.. setiap hari makan makanan berasaskan air - sup sayur, sup ayam, sup daging dan pelbagai jenis sup lagi, sib baik anak2 suka makan 'gulai masam a.k.a masak tempoyak', tidak le muka dorang nanti nampak 'sup' aje.

Masa rehat t/hari tadi, adalah juga beli santan, alahai.. cair je, nampaknya peniaga mula ambil kesempatan dgn mencampurkan air ke dalam santan bagi mengelakkan kerugian dan meraih keuntungan berlipat kali ganda. Kebiasannya sekali beli sampai berpaket2 dan disimpan ke dalam p/ais untuk digunakan bila2 masa, akan tetapi apabila tengok cair semacam je, beli sepeket je.. ntah le reganya berapa td, tak pasti  pulak sbb main beli dan bayar je. Maklumlah nak cepat!!


Sunday, January 2, 2011

Mari terjah blog saya

Ntah naper, petang ni, tetiba terajin le pulak nak join segmen terbaru ' Mari Terjah Blog Saya' anjuran izamir ridzwan..

Sebab apa ye aku nak sangat join segmen ini?? entah le, buat masa ini - no idea

Jom kita lihat syarat2nya, diantaranya ialah:-

i)   Letakkan header spt di atas
ii)  Berapa follower terkini? memandangkan aku punyai 3 blog yang perlu kemaskinikan dari masa ke semasa, aku akan bgtau satu persatu:-
      ~ Coretan Peribadi - 189 pengikut
      ~ Diari Hidupku      - 102 pengikut dan
      ~GA @ Contest only - 19 pengikut
iii) Ceritakan serba sedikit kenapa nak blogger terjah ketiga2 blog ini. Errrrmmmm, ni le yg lemah sikit ni, nak buat karangan panjang lebar, exam spm udah lama ditinggalkan, nampaknya secara ringkas seringkasnya aku cuma nak menambah ramai kenalan di alam maya, untuk makluman semua, ketiga2 laman tersebut mempunyai kekuatan dan isi kandungan yang berbeza. (cukup ke tak ni 50 patah perkataan??)
iv) Tinggalkan URL entri ini terus ke sini

Oh ya, segmen ini akan ditutup jam 10.00 malam ini

kemaskini 3.01.11 @ 6.00pg : cepatnya si IR menerjah, n3pn dah kuar dan blog ini terletak di  no. 17
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink