Followers

Friday, May 28, 2010

Penyusuan badan: bagaimana caranya untuk memastikan susuibu mencukupi??

Sering kedengaran keluhan ibu-ibu bahawa mereka sering mengalami masalah kekurangan susu ibu untuk diberikan buat bayi,  perlu diingatkan, sebaik sahaja ibu melahirkan bayi, mereka mampu menyusukan bayi sepenuhnya tanpa perlu dicampurkan dengan susu formula walaupun bagi ibu bekerja dan sentiasa sibuk, apa yang penting ialah minda kita perlulah positif.

Memang tidak dinafikan, ada sesetengah ibu mengalami masalah kekurangan susuibu, panduan dibawah mungkin boleh membantu ibu mengatasi masalah di atas seperti:-
  1. Mempunyai motivasi diri (yang ini paling penting, ibu2 kena mencari dan menggali ilmu secukupnya, mesti ada yg berkata, org dulu2 x perlu belajar puuuun!!, dulu lain, sekarang lain, betul tak??)
  2. Sokongan  keluarga , terutama suami, ibu @ MIL sbb apabila  kita mendapat sokongan padu drp mereka, kita x ader le stress, jika dorang kurang bersetuju jelaskan dgn terperinci kebaikan susuibu
  3. Menyusu bayi dengan kerap (jika boleh sekerap mungkin)
  4. Pam susu di antara penyusuan ( jika kita bekerja, jgn skip, pam tetap kena pam..)
  5. Mengurangkan makanan tambahan setelah penghasilan susu meningkat (mgkn ada yg kurang bersetuju, terpulang kpd individu..)
  6. Bayi  hanya diberi penyusuan ibu sahaja (jgn sesekali memberi susu formula..)
Selain daripada itu
  • Teruskan penyusuan ibu 
  • Pastikan bayi melekap dengan betul pada payudara bagi penyusuan yang berkesan
  • Memberi susu dari kedua-dua belah payudara untuk beberapa kali pada satu penyusuan
  • Menyusu ibu lebih kerap dan lama
  • Berhenti menggunakan botol susu dan puting jika perlu (jika ibu bekerja, terpaksa le..)
  • Rehat secukupnya (mungkin sesekali perlu ambil cuti kot!!)
  • Letakkan bayi ke dada untuk menenangkan dia
  • Mengambil supplement tambahan atau makanan yang boleh menambah susu ibu jika perlu
  • Memerah susu di antara penyusuan (yang ini penting..)

Thursday, May 27, 2010

Penilaian cara penyusuan yang betul

Bayi menyusu dengan betul jika:-
  • Mulut bayi terbuka luas
  • Dagu bayi menyentuh payu dara
  • Bibir bawah bayi bergulung keluar
  • Hidung bayi terletak pada payu dara dan bayi boleh bernafas
  • Menghisap, berhenti sejenak dan menghisap semula. Hisapan secara perlahan dan dalam
  • Kita boleh mendengar bunyi bayi menelan susu

Sunday, May 23, 2010

Perkembangan anak 9 bulan - 1 tahun

Esok genaplah usia Alya 9 bulan, seronok tengok perkembangan anak dari masa ke semasa dan pada usia sebegini Alya sepatutnya:-

Pergerakan Kasar
  • Mengesut dengan punggung (mahir daa)
  • Berpegang kepada sesuatu untuk berdiri (udaaah)
  • Berdiri dengan sokongan (lama dah)
  • Berjalan sambil berpegang (boleh daaah)
Pergerakan Halus
  • Mengambil benda kecil dengan menggunakan ibu jari dan telunjuk (lulus ujian)
  • Bertepuk tangan (suka sangat)
  • Mengetuk dua objek satu sama lain (mahir daa)
  • Meletakkan satu objek yang dipegang untuk mendapatkan objek yang lain (ok je)
Psikososial
  • Takut pada orang yang tidak dikenali (xmo punya)
  • Gemar didukung atau dipeluk, juga minta didukung oleh orang lain yang dikenali (kalu boleh le..)
  • Menangis apabila ditinggalkan / berjauhan dengan ibubapa/penjaga (itu le susah sikit nak wat keje krg ni..)
  • Boleh menyatakan kehendak melalui memek muka, tunjuk jari atau sebutan seperti 'mam-mam' ( Gitu le krg ni.)
  • Berminat pada keadaan sekeliling ( mmg pun)
  • Memahami perlakuan ibubapa / pengasuh (fhm jika kita ada mslh, diapn ikut sama sedeynya..)
  • Tidak mudah memberi barang kepunyaannya (nangis jika ambil benda ditngnnya)
  • Boleh melambai (ada sekali 2 je, pastu dia wat derk je)
  • Suka berdamping / bermain dengan ahli keluarga (kdg2 dia leka bermain ngn kakak /abgnya)
  • Suka mengulangi perlakuan yang menyeronokkan ( ya, betul tu)
  • Datang apabila nama dipanggil (kdg2 x sempat panggilpun, dia dah dtg  mencari)
  • Menunjuk kemesraan dengan mendekatkan muka kepada ibubapa/pengasuh/orang yang dikenali ( suka bangat ..)
  • Mengangguk untuk 'ya' dan menggeleng untuk tidak (pandai daa)
Bahasa Pertuturan
  • Memahami arahan yang mudah seperti duduk
  • Menyebut/membebel ' ma ma', 'ba ba'
  • Meniru bunyi-bunyi pertuturan atau persekitaran

Friday, May 21, 2010

Makanan pejal bayi berusia 9 bulan hingga 12 bulan


3 hari lagi genaplah usia Alya 9 bulan. Cepatnya  anak ummi membesar, aku sudah nampak dia sudah tidak mengemari makanan berkisar lagi. Pantang nampak kita makan, dia seakan minta disuapkan.

Pada usia sebegini, kita sudah boleh membiasakan bayi dengan amalan makanan pejal dan memudahkannya makan bersama ahli keluarga yang lain.

Susu ibu masih merupakan komponen penting dalam diet bayi kita. Namun begitu, di akhir tahun pertama bayi, makanan pejal telah menjadi bahagian penting dalam nutrisinya. Kini, bayi lebih mudah menelan makanan, dia mempunyai lebih banyak gigi, dan telah hampir hilang refleks merodok lidah dan terjeluak (tongue thrust and gag reflexes) dan ini bermakna dia tidak lagi perlu diberikan makanan lembik.

Kemahiran bayi makan dengan sendirinya juga semakin berkembang setiap hari. Pada usia sembilan bulan, jika diberi peluang, dia mungkin sudah cuba menggunakan sudu untuk menyuap dirinya sendiri, walaupun tidak begitu berjaya. Tetapi, di akhir bulan ke-10 pula, dia akan berjaya dalam sebahagian daripada usahanya memasukkan sudu ke dalam mulutnya. Kita haruslah membantu dia dan memberi galakan dengan membiarkan dia memegang sudu sambil kita menyuapkannya.

Sekarang tibalah masa untuk memperkenalkan makanan yang dicincang halus dan yang dicincang kasar. Bayi  kian sudah mengambil makanan pejal tiga kali sehari di samping susu, dan mengambil snek seperti buah-buahan di selang waktu makan utama. Bayi belum lagi mempunyai gigi geraham untuk mengunyah makanan dengan baik sehingga dia berusia antara 18 dan 24 bulan, tetapi cara gusinya mengisar makanan dengan efisien agak menakjubkan. Bayi akan berasa tenang apabila asyik menggigit-gigit makanan jejari yang cukup keras, tetapi pastikan kita memilih sesuatu yang akan larut setelah dikisar oleh gusinya memandangkan risiko tercekik. Berhati-hatilah semasa memberi makanan yang bulat dan kecil seperti buah anggur – kita  mungkin mahu menunggu sedikit masa sebelum memberikan makanan seperti itu kepada bayi. Cuba berikan kerak roti yang dibakar keras, juga hirisan buah epal tanpa kulit, dan karot yang dimasak sekejap.

Rujukan dan salinan: BabyCenter.com

Thursday, May 20, 2010

Duktus Tersumbat

Alhamdulillah, masalah yang ku hadapi selama 2  hari ini tidak kritikal, ia cuma 'duktus tersumbat', mgkn gak mastitis di peringkat awal. Setelah mengambil beberapa langkah untuk mengurangkan gejala tersebut, benjolan mengeras yang ada semakin surut dan kesakitan reda. Cuma aliran susu masih berkurangan tapi x per,  stok EBM boleh dibantu dek p/dara sebelah kanan.  Aku bersyukur kerana ia tidak melibatkan luka/kesakitan pada nipple. Selama 2 hari ini aku cuma mengambil ubat untuk mengurangkan kesakitan. 

Gambar hiasan
Terima kasih kepada rakan2 di alam maya yang telah  mendoa  dan memberi sokongan.  Amat terharu, tak sangka ada yg sudi mendengar luahan hati ini.

Gitu juga anak buahku di pejabat yg terpaksa menjawab panggilan telefon bagi pihakku  sewaktu aku terpaksa mengepam dengan kerap semalam  (aku tahu korang gugup dan  takut tersilap menerima pesanan.. kesiannya tp nak x nak, terpaksa gak, time ni le telefon asyik berbunyi je,  bukan susahpun jawap telefon tu, tanya je panggilan drp siapa n aku akan call semula menggunakan h/set sambil aku mengepam kat bilik utiliti...tk nor!!) .  

Apa itu duktus tersumbat?

Terdapat dua jenis duktus tersumbat. Jika anda mengalami benjolan bengkak di buah dada anda yang berasa sakit, lazimya disertai radang kemerahan yang bertompok pada kulit berdekatan benjol itu, ini dikatakan “duktus susu tersumbat". Malah, duktus ini sebenarnya tidak tersumbat tetapi tisu di sekitar duktus susu itu radang dan menekan duktus tersebut. Duktus tersumbat sebenarnya adalah mastitis di peringkat awal.

Duktus yang betul-betul tersumbat jarang berlaku dan selalunya berlaku dalam beberapa minggu atau bulan selepas ibu mula menyusukan. Biasanya benjolan itu sakit dan kadang-kala terdapat juga tompok merah.

Sesetengah wanita akan mengesan satu tompok putih kecil pada hujung puting mereka, iaitu tanda saluran tersumbat dan sel kulit tumbuh di atasnya. Ini sebenarnya ialah lecur yang mudah dirawat. Jika anda menghidapinya, anda boleh merawatnya dengan mencucuk hujungnya dengan jarum yang steril. Lakukan ini selepas bayi anda telah menyusu iaitu apabila kulit anda lebih lembut.

Apa punca duktus tersumbat?

"Duktus tersumbat" (deskripsi yang lebih tepat ialah radang duktus) selalunya disebabkan oleh buah dada yang tidak "diperah" dengan efektif oleh bayi semasa dia menyusu. Jika buah dada tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus “mengundur" disebabkan penhasilan lebih cepat daripada saliran. Susu ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

Perasaan seakan-akan selesema mungkin mengiringi mastitis dan ianya bukanlah tanda jangkitan (walaupun mastitis boleh menjadi jangkitan, selalunya ia adalah keradangan). Perasaan seakan-akan selesema ini adalah tanda bahawa badan anda menyangkakan susu itu sebagai protin asing dan sistem imuniti anda bertindak melawannya.

Apa yang boleh saya lakukan mengenainya?

Masalah duktus tersumbat boleh diselesaikan dengan memastikan bayi anda menyusu dengan efektif. Untuk melakukannya, dia mesti melekap pada dada anda dengan rapat. Panduan langkah-demi-langkah menunjukkan bagaimana ini dilakukan.

Adalah penting untuk bertindak dengan segera supaya anda dapat menghapuskan simptom awal sebelum ia mengembang menjadi mastitis sebenar.

Jika boleh, hubungilah pakar runding penyusuan dengan segera. Beliau dapat memastikan cara pelekapan bayi yang betul dan membantu bayi anda menyusu dengan efektif. Ini akan membolehkan susu terus disalirkan terus melalui buah dada anda. Berbincang dengan pakar pediatrik, pakar obstetrik atau doktor keluarga anda yang boleh mencadangkan seorang pakar runding.

Buat masa ini, ingatlah bahawa:

• Penting untuk terus menyusukan bayi anda walaupun ianya menyakitkan. Menyusulah sekerap mungkin dan elakkan masa yang panjang di antara penyusuan.
 
• Mempelbagaikan posisi penyusuan boleh membantu bayi anda melekap dengan lebih baik.
• Mengambil tab. paracetamol (panadol)  boleh membantu melegakan keradangan dan kesakitan.

• Menggunakan pam buah dada selepas setiap penyusuan boleh membantu mengeluarkan susu.
• Mengurut buah dada anda sebelum dan selepas penyusuan adalah sangat efektif.
• Meletakkan kain flanel yang hangat (atau sejuk) di buah dada, bermandikan air panas dan urutan lembut juga boleh membantu.

Jika simptom anda tidak menyusut (selalunya selepas 24 jam) atau jika anda mula berasa sakit dan seakan-akan mendapat selesema, hubungilah doktor anda. Anda mungkin menghidapi mastitis dan anda memerlukan antibiotik jika anda mendapat jangkitan.

Adakah ini akan menjejaskan bayi saya?

Kadang-kala, aliran susu anda pada buah dada yang terjejas itu lebih perlahan daripada biasa dan ini mungkin menyebabkan bayi anda menjadi "cerewet" apabila menyusu pada buah dada tersebut. Selain itu, ia tidak akan menjejaskan bayi anda.

Bolehkah saya terus menyusu?

Adalah penting untuk terus menyusu supaya bayi anda dapat menyalirkan buah dada dan mengeluarkan semua susu, dan anda boleh mengelakkan daripada menghidapi mastitis. Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai suhu yang tinggi selepas 24 jam, dan terus berasa sakit selepas mengikuti nasihat yang terdapat di atas, anda perlu berjumpa dengan doktor anda.

Rujukan dan salinan 99%: babyCenter.com

syafiq giveaway 2010

Penyertaan giveaway masih terbuka.  Untuk maklumat lanjut sila rujuk  syafiq giveaway 2010

Wednesday, May 19, 2010

Mungkinkah aku juga bakal pengidap 'MASTITIS'???


Seawal jam 2pg aku terpaksa bangun memandangkan p/dara kiri terasa mengeras dan sakit serta nampak kemerahan, Bila di 'Palpate' terasa ada ketulan mengeras sebesar 'bola golf' / pingpong (lebih kurang le tu..).  Mungkinkah aku juga mengalami nasib yang sama dengan beberapa orang rakan diluar sana iaitu mendapat serangan Radang Payudara @ Mastitis??

Adakah aku culas mengepam?? rasanya aku mengepam seperti biasa cuma selepas balik kerja hg malam, aku akui tidak mengepam dan cuma nyusukan Alya secara terus. Tadi juga aku tidur awal daripada biasa kerana merasakan badan tidak begitu sihat dan kepenatan. Mata pula ngantuk teramat sgt.

Aku baru sedar, sejak kelmarin  p/dara kiri cuma menghasilkan sedikit sahaja EBM berbanding dgn sblh kanan tapi.. tak ada pula tanda2 sakit dan penuh.. mungkin aliran susu tersumbat kot!!

Pagi ni aku  mandi air suam, massage p/dara dan berus nipple. Lepas tu aku cuba mengepam  tapi cuma dapat menghasilkan susu yg amat sedikit, tak sampaipun 1/4 oz pd p/dara tersebut. Aku cuba pula menggunakan tangan dan aku dapati liang susu cuma ada 1 shj.  mmg sah, aku mengalami duktus tersumbat (mgkn juga Mastitis di peringkat awal - masalah yg amat digeruni oleh ibu2 yang menyusukan anak. )  Buat sementara ini aku cuma makan ubat penahan sakit "Ponstan" 2 cap + tab. gelusil. Moga ia tidak melarat keesokkan harinya.

Dalam aku menitikberatkan tanda2 awal masalah ini, rupanya aku juga tidak terkecuali drp alaminya.  Ok le, aku nak rehatkan  badan, Jika kalian nak tahu lebih lanjut, sila klik  MASTITIS. Moga masalah ini cuma seketika sahaja dan tidak berpanjangan.

Tuesday, May 18, 2010

Menangani Stress

T/hari tadi aku telah menyentuh  mengenai punca2 stress di pejabat, rasanya tidak lengkap dan ada sedikit kekurangan jika tidak disertai dengan cara2 mengurangkan stress

Gambar hiasan

1) Merapatkan hubungan diri dengan Allah (aspek kerohanian)
  • Sembahayang, zikir, munajat, meditasi, berguru, berbincang dengan rakan
GAmbar hiasan

2)  Proses Meditasi
  • Tutup mata selama 10 hingga 20 minit
  • Pusatkan perhatian kepada sesuatu rangsangan
  • Proses meditasi berlaku sebaik sahaja fikiran kita ‘mengembara ataupun bergerak’
  • Adakalanya fikiran kita mengembara jauh dari rangsangan asal
  • Kemudian kembali ke rangsangan asal di mana penumpuan diberi dengan baik

3)  Munajat
  • Bernafas perlahan-lahan
  • Letakkan tapak tangan kanan ke arah kiri dada (kebahagian jantung)
  • Tumpukan fikiran untuk pembersihan rohani kebahagian jantung dan hati
  • Pejamkan mata dan mulailah dengan zikir munajat atau mendengar melalui kaset

4)   Aspek Fizikal
  • Diet
  • Urut
  • Mandi air suam/berendam kolam air panas
  • Menangis
  • Bermain
  • Menjerit
Rujukan : nicosaga.com

Monday, May 17, 2010

Cara meningkatkan susu ibu


Gambar hiasan
Kebanyakkan ibu masa kini adalah wanita berkerjaya termasuk le aku. Sebaik sahaja memeluk dan membelai bayi yang baru lahir, tidak dinafikan naluri keibuan amat menebal didalam diri kita. Disaat itulah kita berikrar, rela berkorban segalanya demi kebahagiaan dia
Sering kita berfikir dan risau adakah susu ibu cukup untuk bayi semasa kita keluar bekerja nnt setelah 2 bulan bersamanya?
Masalah utama kita ialah tidak mempunyai ilmu dan pengetahuan yang cukup mengenai penyusuan ini @ lebih tepat mengenai mengenai penyimpanan dan pengendalian susu ibu dikalangan ibu berkerjaya.

Sering juga kita dengar rungutan ibu2 berkata :  'terpaksa beri susu formula kepaada bayi sebab sudah tidak mempunyai susu yg cukup buat mereka'. Anggapan itu sebenarnya salah dan setiap ibu yang melahirkan anak, secara automatiknya dapat memenuhi keperluan nutrien yang secukupnya kepada bayi kita.

Ramai yang terkejut bila aku masih mampu memberi susu ibu sepenuhnya buat anakku sehingga kini tanpa dicampur dengan susu formula. Aku ingin menjadi 'Role Model' buat ibu2 berkerjaya bahawa kita mampu beri khasiat terbaik buat anak kita meskipun sebagai ibu bekerja.

Susu ibu dapat ditingkatkan jika:-
Gambar hiasan
i.  Lebih kerap kita mengeluarkan susu, akan lebih banyak susu yang dihasilkan,

nota:  menyusukan dengan lebih kerap (selagi susu masih mengalir) adalah lebih efektif daripada menyusukan dalam masa yang lebih panjang.

Apabila kita  berjauhan dengan bayi, dan perlu mengepamkan susu keluar, cuba relaks ketika itu dan fikirkanlah bayi, dan jika perlu, bawa gambarnya bersama atau barang kepunyaannya seperti baju atau selimut. Ini membantu merangsang refleks yang menenangkan, yang terhenti buat sementara jika anda tertekan atau letih.

Gambar hiasan
ii. Menggunakan pam secara berganda mengambil masa yang lebih singkat.

Juga, menyusukan bayi di sebelah buah dada sambil mengepam buah dada yang lagi satu juga akan mempercepatkan proses.

nota:  Meletakkan flanel hangat pada buah dada  atau mandi air panas sebelum mengepam akan membantu meningkatkan bekalan darah ke kawasan tersebut dan ia akan memudahkan lagi proses pengaliran.
 Walaupun ramai ibu mendapati pam buah dada mudah dan sesuai digunakan, tidak semua buah dada wanita akan bertindak balas dengan baik kepada pam buah dada – sesetengah daripadanya akan mendapati bahawa mengeluarkan susu menggunakan tangan adalah lebih efektif.
Gambar hiasan
iii. Jika kita  merancang untuk kembali bekerja, kita  akan merasa kurang tertekan jika sudah mula mengepam beberapa minggu lebih awal.

Ini bukan hanya memberikan masa untuk kita berasa yakin dengan keupayaan untuk mengeluarkan susu, tetapi kita juga akan mempunyai bekalan susu beku untuk kegunaan di masa hadapan.

 
Gambar hiasan
iv. Mengeluarkan susu selalunya menjadi lebih produktif dengan latihan

nota:  jangan risau jika kita hanya mengeluarkan sedikit susu pada awalnya.

Waktu terbaik untuk mengeluarkan susu berbeza bagi setiap wanita tetapi buah dada kita selalunya berasa lebih penuh pada waktu pagi.  Pilih masa yang mana kita tidak tergesa-gesa dan tidak akan diganggu.

Rujukan: BabyCenter.com

Thursday, May 13, 2010

Syafiq giveaway 2010

Tergerak pulak dihati ini untuk anjurkan 'giveaway' sempena birthday anak sulungku (Mohamad Syafiq) yang ke 14 pada  01 Julai  2010. - hai, nampaknya setiap bulan le ummi kena anjurkan giveaway sbb ogos bday Alya pulak..  mula tu nak gabungkan tp atas permintaan anak bujangku, aku tunaikan!!


3 pemenang akan dipilih secara rawak ( Syafiq dan adik2nya yang akan cabut undi nanti). Hadiahnya tak ler mahal bangat, apa yg penting keiklasan dan ia boleh dimanfaatkan oleh kalian nanti.


Syaratnya  mudah sahaja iaitu:-
  • Mestilah menjadi pengikut (follower) SAMADA di CORETAN PERIBADI atau DIARI HIDUPKU akan TETAPI sekiranya menjadi follower di kedua2 laman tersebut, secara automatiknya ia akan dikira sebagai 2 penyertaan. (kiranya bonus laaa)
  • Tambah CORETAN PERIBADI atau DIARI HIDUPKU dalam senarai blog kalian
  • Buat satu entry tentang giveaway ini dgn tajuk  "Syafiq giveaway 2010'  dan jgn lupa COPY & PASTE gambar 2 beradik ni   (ops.. tadi terlupa nak war2kan..). tempek pada n3 tersebut dan mana2 sudut dlm blog kalian.
  •  Komen le sikit mengenai kedua-dua laman ini supaya aku boleh perbaiki kelemahan yang ada. (Tak perlu le panjang lebar, 2,3 patah perkataanpun ok le tu!!) Aku tak kisah le kalian nak kutuk atau apapun, sekurang-kurangnya aku tau kelemahan yang terdapat di lamanku ini.
  • Tinggalkan 'link' jika entry kalian sudah siap supaya aku tidak terlepas pandang  serta boleh lawat  nanti (lepas waktu keje @ hari cuti ye..).
  • Giveaway bermula pada saat dan ketika ini 
  • Tarikh tutup: 30 Jun 2010 @ 11.59malam..
  • Cabutan undi: 1 Julai 2010  iaitu pada hari lahirnya nanti (ceeewah, cam pilihanraya lak..)
  • Senarai pemenangnya akan diumumkan serta merta @ dalam masa seminggu selepas tarikh tutup (bergantung kepada kekosongan masaku)

Monday, May 10, 2010

Tanda dan gejala kanser serviks

Kanser serviks merupakan kanser kedua paling kerap berlaku di kalangan wanita di Malaysia. Pengesanan awal adalah penting untuk mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks ini terjadi,

Terdapat beberapa tanda dan gejala kanser serviks, diantaranya ialah:-

1. Faraj berair dan berbau
2. Perdarahan melalui faraj
              ~ Antara haid
              ~ Selepas hubungan seks
              ~ Selepas putus haid (menopaus)
3. Sakit semasa hubungan seks

Nota:
Kita tidak perlu menunggu tanda dan gejala untuk menjalani ujian 'Pap Smear'

Wednesday, May 5, 2010

Penjagaan gigi anak

Hari ini aku terpandang kat mulut Alya, ada sebatang gigi susu rupanya. baru je tumbuh. seronoknya!! Biasa le aku, jika berkait rapat ngn keluargaku, cepat2 je aku mencari info untuk pengetahuan dan panduan.

Pembersihan gigi susu bayi
~ Mesti dimulakan sebaik sahaja gigi susu tumbuh walaupun anak kita hanya minum susu ibu @ susu formula sahaja.

 Caranya
  • Sapu sedikit ubat gigi berfluorida ke atas kain lembut atau berus gigi bayi dan kemudian disapukan ke atas gigi bayi. (bayi dibwh usia setahun, boleh ke gunakan ubat gigi berflorida??, yg ni aku tak pasti..kena tanya pd yg arif)
  • Setelah gigi geraham susu mula tumbuh, kita boleh menukar ke berus gigi kanak-kanak yang lembut dan menggunakan ubat gigi berfluorida sebesar biji kacang peas.
  • Jangan lupa untuk mencuci lidah dan gusi di mana bakteria bersembunyi dan menyebabkan mulut berbau.
  • Lakukan 2 kali sehari, sekali pada waktu pagi dan sekali pada waktu malam sebelum tidur.
  •  Mencuci gigi dan mulut atau berkumur juga disyorkan pada setiap kali selepas bayi mengambil makanan.
Panduan elak kerosakan gigi bayi:
  • Jangan tidurkan bayi dengan sebotol susu mengandungi sumber karbohidrat. Ini termasuk minuman lain kecuali air biasa.
  • Jangan  tenangkan bayi  untuk waktu tidur pada siang hari menggunakan botol susu, melainkan kita menggunakan air biasa.
  • Jangan celup puting dengan cecair manis.
  • Jangan campur gula dalam makanan si kecil.
  • Bersihkan gigi dan gusi selepas waktu makan.
  • Bawa bayi bertemu doktor gigi sebaik gigi susu pertama mula tumbuh.
  • Ajar anak untuk minum menggunakan cawan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink