Followers

Thursday, June 6, 2013

Anak cerewet makan?

Tips:
  • Mulakan dengan memberi makanan dalam kuantiti yang sedikit, beri pujian apabila mereka berjaya habiskan makanan tersebut, secara tak langsung, ia menggalakkan anak2 untuk menghabiskan lagi  makanan yang ada.
  • Gantikan nasi dengan biskut, roti, mee dsb yang menjadi kegemaran anak2 sebab ia juga adalah sumber karbohidrat.
  • Makan bersama sememangnya dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan, secara tidak langsung anak2 cenderung menghabiskan makanan yang diberikan apabila berada di dalam suasana yang ceria.
  • Sayur hijau boleh dicincang dan dicampurkan ke dalam nasi, kita juga boleh menutup nasi yang bercampur sayur dengan kuah, cara ini perlu diteruskan sehingga anak2 menerima hidangan sayuran.

Sunday, May 26, 2013

Selamat Pengantin Baru UAI

Jika benar seperti yang tersebar di FB kini..

Tahniah...



antara ucapan tahniah yg memenuhi wall fb UAI..


Sumber

Friday, May 24, 2013

muhasabah diri


Wednesday, May 8, 2013

TGNA

Tiba2 terasa sayu di sudut hati :(

Monday, May 6, 2013

Menteri Besar Kelantan Pengganti TGNA

Datuk Ahmad Yakob

KOTA BHARU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob secara rasmi mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kelantan yang baru di Istana Negeri Kubang Kerian dekat sini, kira-kira pukul 6 petang sekali gus menamatkan pimpinan Musyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di negeri itu selama 22 tahun.
Ahmad, 63, yang sebelum ini merupakan Timbalan Menteri Besar mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhammad V Tengku Muhamad Faris Petra Sultan Ismail.
Nik Aziz, 82, memutuskan untuk bersara daripada memegang jawatan itu di mana kerajaan negeri di bawah kepimpinan PAS memerintah Kelantan sejak tahun 1990.
Bagaimanapun difahamkan, Nik Aziz terus kekal sebagai Mursyidul Am PAS.
Pemilihan Ahmad sebagai Menteri Besar Kelantan dibuat selepas PAS kekal memerintah Kelantan yang memperoleh majoriti mudah dengan 23 daripada 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Ahad.
Ahmad sebelum ini dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan pada Mac 2004.
Pada PRU-13, beliau yang mewakili PAS berjaya mempertahankan kerusi DUN Pasir Pekan yang disandangnya dengan majoriti 5,644 undi.
Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Bagi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang dilantik juga mengambil giliran mengangkat sumpah setia perlantikan.
Ahli Mesyuarat Kerajaan terdiri daripada Datuk Anuar Tan Abdullah, Datuk Fatah Mahmud, Nasaruddin Daud Mejar (B) Datuk Ainizam Abdul Rahman, Datuk Che Abdullah Md Nawi, Datuk Dr Mohd Fadli Hassan, Hanifah Ahmad, Dr Ramli Mamat dan Mumtaz Md Nawi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink