Followers

Sunday, July 22, 2012

Jangkitan kuman di paru-paru

Sekarang ini sering mendengar perkhabaran teman2, ramai anak2 mereka yang mengalami batuk2 berpanjangan, berdasarkan pengalaman seeloknya jangan sesekali memandang ringan terhadap batuk yang melanda mereka terutama anak2 kecil, sebaiknya segera berjumpa doktor. 

Hurmmm mana tahu ia bukannya batuk yang biasa tetapi disebabkan oleh jangkitan kuman di paru-paru.

Sistem pernafasan manusia terbahagi kepada bahagian atas dan bahagian bawah. Bahagian bawah terletak di dalam dada dan terdiri daripada saluran pernafasan dan pundi-pundi udara (air sacs).

Jangkitan kuman di paru-paru boleh melibatkan saluran pernafasan (bronchitis) dan pundi-pundi udara (pneumonia). Secara amnya, jangkitan kuman di tisu paru-paru dikenali sebagai pneumonia. 

Ia adalah jangkitan kuman yang biasa di kalangan kanak-kanak kecil dan orang-orang tua. Ia disebabkan oleh virus atau bakteria. 

Kadangkala ia juga disebabkan oleh jangkitan awal pada sistem pernafasan di bahagian atas (batuk dan selsema) yang merebak ke bahagian bawah sistem pernafasan. Jangkitan kuman ini boleh melibatkan keadaan yang tidak serius hinggalah kepada keadaan yang membahayakan nyawa.

Tanda-tanda dan gejala

Ini bergantung kepada sebab, umur dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan seseorang kanak-kanak itu. Secara amnya, kanak-kanak akan mengalami :

■Demam panas■Batuk dengan atau tanpa kahak■Sakit dada■Tiada selera makan, tidak mahu makan■Rasa tidak sihat, sering merengek■Pernafasan laju atau susah bernafas
■Muntah atau cirit-birit

Adakah jangkitan kuman paru-paru ini serius?

Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital:

■Pernafasan laju■Sukar untuk bernafas■Bibir menjadi biru■Batuk berdarah
■Tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing

Apakah rawatan untuk jangkitan di paru-paru?

Jenis rawatan bergantung kepada tahap jangkitan. Kebanyakannya adalah tidak serius dan disebabkan oleh virus, oleh itu sistem pertahanan badan memainkan peranan utama untuk melawan penyakit ini. 

Apabila jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor.Untuk jangkitan yang tidak serius, ubat boleh diberi dalam bentuk pil.Anda Boleh mencuba rawatan ini dirumah:

■Paracetamol■Rehat yang secukupnya
■Minum air yang banyak

Sekiranya jangkitan menjadi lebih serius ubat akan diberikan melalui suntikan.Jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan jangkitan kuman ini?

Mengekalkan amalan cara hidup sihat. Amalan kebersihan diri dan persekitaran yang baik. Teruskan penyusuan susu ibu. Mengambil immunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru. Contohnya:

■Vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles) - wajib untuk semua kanak-kanak di bawah Program Immunisasi Kanak-Kanak Negara (National Childhood Immunization Programme)■Vaksin influenza (untuk kanak-kanak tertentu yang berisiko tinggi contohnya masalah pernafasan yang kronik, penyakit jantung dan masalah kurang pertahanan badan)■Vaksin pneumococcal (juga untuk kanak-kanak yang berisiko tinggi contohnya kanak-kanak yang tiada limpa, sakit buah pinggang yang kronik dan kanak-kanak yang menerima rawatan yang melemahkan sistem pertahanan badan)
Jika anda merasa anak anda termasuk dalam golongan kanak-kanak berisiko tinggi, sila dapatkan nasihat doktor.

Secara umumnya jangkitan paru-paru adalah berkaitan penyakit pneumonia. Pneumonia merujuk kepada jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Keadaan ini jika dibiarkan berterusan akan mengakibatkan oksigen tidak sampai ke dalam darah dan sel tubuh. Ini akan menyebabkan kanak-kanak mengalami kekurangan oksigen yang menyebabkan dia sukar bernafas yang membahayakan nyawa si manja anda.
Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.
Pencegahan Awal
Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.
Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia. Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.
Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan. ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan penyakit disebar dengan mudah.
Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus menjalani pemeriksaan imunisasinya.
Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.
Simptom
♦ Demam panas
♦ Batuk dengan atau tanpa kahak
♦ Sakit dada
♦ Tiada selera makan, tidak mahu makan
♦ Rasa tidak sihat, sering merengek
♦ Pernafasan laju atau susah bernafas
♦ Muntah atau cirit-birit
 Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.
Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman di paru-paru.
♦ Beza batuk biasa dan batuk pneumonia
Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.
♦ Batuk pneumonia
Bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.
5 Tip Mudah
1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.

Friday, July 20, 2012

Niat Puasa Ramadhan

Alhamdulillah pada 21 Julai 2012 (sabtu) nanti umat islam akan menyambut kehadiran Ramadhan Al-Mubarak, buat teman2 diucapkan Selamat Berpuasa dan Bertarawikh..

Lafaz Niat Puasa (Harian)
Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Alalh Ta’ala


Lafaz niat untuk sebulan berpuasa
Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala.

Kelebihan Bulan Ramadhan:
  • Bulan keampunan yg penuh berkat
  • Diturunkan satu malam yang istimewa iaitu Lailatul Qadar
  • Diturunkan pentunjuk bagi manusia iaitu Al-Quran
  • Ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga
  • Syaitan tidak dapat menghasut manusia
  • Kegembiraan orang berpuasa iaitu semasa tiba waktu berbuka kerana dapat menghalang diri daripada melakukan kejahatan.

Wednesday, July 18, 2012

Ulser Mulut

Pinjam En. Google, tak kuasa nak ambil gambar sendiri..

Sudah beberapa hari ada ulser kat gusi, mujur setempat je, sakitnya.. nak makan susah, nak membebelpun rasa cam tak jelas je butir2 ayat yang keluar dari mulut..

Beraneka cara sudah gunapun bermula dengan berkumur menggunakan air garam & sapu bonjela pada ulser tersebut akan tetapi masih belum baik2 lagi. Hurmmm nak makanpun kena pilih makanan yang lembut2 je, maner boleh nak hentam makanan seperti hari2 biasa..

Info mengenai Ulser Mulut..
Ulser mulut merupakan tindak balas terhadap jangkitan bakteria, virus @ fungus, kemungkinan disebabkan oleh kecederaan fizikal seperti tergigit bibir @ lidah dsb.
Antara punca2 Ulser Mulut ialah:-
  • Kekurangan zat makanan spt Vitamin B12, Vitamin C,  Asid Folic dan Zat Besi (kena beli bayam banyak2 ni, nak makan hati, tempe tak boleh nak kunyah..)
  • Hormon yang tidak seimbang (mungkin kot..)
  • Stress (kemungkinan besar, maklum le kerja banyak..)
  • Kurang rehat / tidur
  • Keadaan mulut yang tidak bersih.
  • Rawatan spt X-Ray / Kemoterapi
Rawatan:-
  • Minum air suam banyak2
  • Rehat dan tidur yang cukup
  •  Menjaga kebersihan mulut
  • Mengambil makanan seimbang terutama Vitamin B12 & Vitamin C 
Kebiasaannya ia akan sembuh dalam tempoh satu hingga 2 minggu selepas mendapatkan rawatan.
Nota: Ulser mulut yang lambat sembuh mungkin tanda2 awal kanser mulut.

Sunday, July 15, 2012

Implanon

Satu rod berbentuk seperti batang mancis, 
panjangnya 40mm (4sm), 
diameter 2mm, 
diperbuat dari plastik (ethylene vinylacetate copolymer)
mengandungi 68mg etonogestel yang dikeluarkan secara beransur2
dipasang di bawah kulit di bahagian pertengahan lengan (subdermal)
Jangkamasa tindakan yang panjang iaitu 3 tahun
terdiri daripada rod beserta alat untuk memasukkannya (Inserter)




Tindakan; 
 Mengeluarkan 40 mcg etonogestrel/hari beransur-ansur menyebabkan
 1.Menghalang ovulasi (suppress LH surge)
2.Menambah kelikatan cecair mukus serviks yang menyukarkan perjalanan dan pergerakan sperma
3.Menipiskan dinding rahim
4.Fungsi kontraseptif selama 3 tahun

Keberkesanan:
Sangat berkesan
Pearl index < 0.07 per 100 woman years
Kurang dari 1 kehamilan/100 wanita yang menggunakan implan dalam tahun pertama penggunaan


Kebaikan
Jangka masa panjang
Tidak mempengaruhi hubungan seksual
Kesuburan pulih serta-merta selepas dikeluarkan
Boleh digunakan oleh wanita yang tidak boleh mengambil oestrogen


kelemahan
§Gangguan kitaran haid-terlalu kerap, perdarahan yang lama, amenorrhoea dan haid yang tidak teratur
§Reaksi kulit pada tempat pemasangan
§Sakit payudara      
§Retensi air    
§Pertambahan berat badan                       5-10%
§Gangguan mood    
§Perubahan kulit    

Sunday, July 8, 2012

Batuk

Tiba2 hari ini diserang batuk pulak, risau jika berlarutan, maklumlah 3-4hari lagi nak kuar daerah sebab kena bertugas pada program anjuran jabatan.

Jika boleh cuba nak elakkan makan ubat batuk, tak serasi, kalu ambil terasa panas je dada dan yang tahannya ialah mengantuk sangat2, ada sesiapa diluar sana yang punyai petua tradisional?, boleh kita kongsikan bersama..

Nota: Antara petua orang lama2 ialah:
  • Bakar bawang putih bersama kulitnya dan makan 
  • Sedikit nasi dimasukkan kedalam gelas dan diembunkan semalaman, paginya minum, pernah cuba, alhamdulillah munjarab. 
  • Perah sebiji @ 2 biji asam limau bersama 3-4 camca besar kicap masin, minum 3 kali seminggu sebelum tidur


Info mengenai batuk

Batuk yang berkahak
  • Batuk yang berkahak selalunya bermula di bahagian dada. Warna kahak perlu dikenalpasti untuk mengetahui jenis batuk / penyakit yang dialami.
  • Kahak yang putih atau jernih menunjukkan tidak ada penyakit-penyakit lain yang merbahaya. 
  • Kahak yang berwarna putih tetapi berbuih mungkin disebabkan oleh penyedutan asap rokok yang konik (jangkamasa lama). Ia juga berlaku pada mereka yang menghidapi penyakit bronkitis. 
  • Kahak yang berwarna hijau atau coklat menunjukkan adanya jangkitan dalam paru-paru. Contoh batuk jenis ini ialah sakit bronkitis dan pneumonia (sukar bernafas, demam). Selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman bakteria. 
  • Kahak berdarah atau berwarna gelap seperti karat menunjukkan sesuatu yang lebih serius lagi. Ia mungkin disebabkan oleh kanser, batuk kering (TB), dsb. Segera dapatkan rawatan lanjut. 
Untuk melegakan batuk berkahak, anda boleh mengambil ubat dari jenis expectorant (memecahkan kahak) seperti:
  • guaifenesin (Breacol) 
  • carbocisteine (Rhinothiol) 
  • ambroxol (Mucosolvan) 
  • cyclidrol (Mucoflux)
  • herba seperti Ibu dan Anak, Cofcare, dsb.
Ubat yang lebih kuat boleh didapati dari farmasi atau klinik. Selalunya ubat ini mengandungi anti-histamine iaitu sejenis ubat allergik yang boleh membantu mengeringkan kahak. Bagaimanapun ubat dari jenis ini boleh menyebabkan anda mengantuk, oleh itu tidak sesuai untuk yang berkerja.

Antara jenama yang selalu diberi ialah Benadryl (original) dan pelbagai jenama generik seperti Bena, Bencodyl dsb. Sila lihat generik.htm. Jenama lain yang juga popular ialah Actifed Expectorant dan Rhinathiol Promethazine.

Sekiranya ada jangkitan kuman bakteria, anda perlu mengambil antibiotik. Sila buat pemeriksaan lanjut dengan doktor anda. Sila lihat artikel penting di antibiotik.htm.

Batuk tidak berkahak
  • Batuk yang tidak berkahak dirasakan kering, gatal dan perit yang berlaku di bahagian tekak. Batuk jenis ini selalunya disebabkan oleh jangkitan virus. Ia selalunya akan pulih tanpa pengambilan ubat dalam masa seminggu. Pengambilan antibiotik tidak boleh membantu pesakit batuk jenis ini.
  • Pengambilan ubat perlu untuk mengawal rasa pedih yang dirasai. Antara jenama yang popular ialah Cofcare. Jenama yang lebih kuat pula boleh didapati di farmasi atau klinik. Pastikan anda dapatkan penerangan yang lengkap sebelum mengambilnya. Ubat batuk jenis yang tidak bekahak yang lebih kuat ini (ubat ini dikenali sebagai anti-tussive) adalah seperti codeine, pholcodine, dextromethorphan dan clobutinol. 
  • Dextromethorphan boleh didapati dalam bentuk sirap, pil dan juga gula-gula untuk dikemam. Ia adalah antara jenis yang popular dan jenama yang ada termasuklah Actifed DM, Sedilix DM, Cofdex (pil), Tussil (gula-gula) dsb. Jenama Duro-tuss pula mengandungi pholcodine dan ia sesuai untuk pesakit kencing manis kerana ia tidak mengandungi gula. Pholcodine tidaklah menyebabkan ketagihan seperti codeine. 
  • Jenama yang mengandungi codeine hendaklah dijauhi sekiranya boleh kerana ada alternatif lain seperti yang dinyatakan di atas. Codeine boleh menyebabkan ketagihan. (Tambahan: Mulai tahun 2003, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengarahkan pembuatan ubat batuk yang mengandungi kodein (codeine) diberhentikan.)
Kesemua ubat di atas mungkin menyebabkan pengambilnya mengantuk dan khayal (codeine). Ubat yang mengandungi clobutinol seperti Silomat tidak menyebabkan rasa mengantuk.

Sekiranya anda merasa sakit tekak yang teruk, ubat seperti Dequadin, Strepsil dsb. boleh membantu. Untuk yang lebih kuat lagi, dapatkan dari farmasi atau klinik, seperti Difflam dan Strepsil Dual Action.

Perkara-perkara lain
Selain daripada pengambilan ubat, anda boleh juga lakukan langkah-langkah berikut ini:
  • minum air suam atau panas dengan banyak. Ia membantu memecahkan dan membuang kahak.
  • pengambilan bahan-bahan yang menambah lendir seperti bahan tenusu, daging, makanan segera, gula dan makanan manis, tepung putih dsb hendaklah dikurangkan. 
  • sekiranya anda merokok, mungkin inilah masa yang sesuai untuk terus berhenti merokok. 
  • persekitaran yang berhabuk, berasap toksik dan sebagainya boleh menyebabkan batuk. Oleh itu cuba jauhkan diri anda dari kawasan ini. 
  • sedut stim contohnya dari air yang mendidih. Ia membantu menghilangkan hidung yang tersumbat.
  • hembus dengan kuat untuk membuang kahak dan hingus. 
Selain itu, perkara-perkara ini haruslah diperhatikan:
ada sesetengah ubat batuk yang didapati di farmasi dan klinik mengandungi pseudoephedrine, yang boleh menambah tekanan darah. Orang yang ada tekanan darah tinggi tidak digalakkan mengambil ubat jenis ini. Dapatkan penerangan lanjut dari farmasi atau klinik. 

kebanyakan persediaan adalah dalam bentuk sirap dan ia mengandungi gula. Pesakit kencing manis harus mengelakkan pengambilannya sekiranya boleh. 

sekiranya batuk anda tidak baik dalam masa seminggu, atau ada tanda-tanda yang lebih serius seperti batuk berdarah, rawatan lanjut diperlukan. 

batuk yang berlaku pada waktu malam sahaja (semasa baring sahaja) mungkin disebabkan oleh penyakit lain. Dapatkan rawatan selanjutnya.

rujukan: SINI

Tuesday, July 3, 2012

musykil..

Apabila sering kali keluar daerah, kami ketemu dan akan singgah masjid ataupun surau untuk solat, ada sebilangan kecil pada masjid tersebut tertera perkataan "TIDAK DIBENARKAN KANAK-KANAK BERUMUR 6 TAHUN KE BAWAH MASUK KE DALAM MASJID INI" di segenap laluan masuk .

Si kecil kami - Alya, pantang kami singgah ke masjid, berkobar2 semangatnya untuk solat bersama, akan tetapi apabila terbaca tanda amaran di atas, hati si ibu mula terasa tidak keruan, boleh ke tak boleh ni nak bawa anak kecil bersama?.

Apa pandangan kalian berkaitan isu diatas?, kita kongsi bersama sebagai panduan semua.

Monday, July 2, 2012

hurmmmm

Tertarik dengan isu yang dikupaskan ini..
pandangan kalian?

Sunday, July 1, 2012

Mengandung Luar Rahim (Ectopic Pregnancy)

Terima perkhabaran bahawa staf bawah jagaanku dimasukkan ke hospital sebelum dipindahkan ke hospital lain dengan segera kerana mengalami perdarahan yang teruk akibat mengandung luar rahim, operation done 3.30pm - 9.00pm

Sama2lah kita doakan yang terbaik buat dirinya, amin
Kandungan Luar Rahim bermaksud embrio yang disenyawakan membesar bukan pada tempatnya iaitu di luar rahim. 98% berlaku pada kawasan tiub fallopia (Tubal Pregnancy). Lain2nya di ovari, serviks dan kawasan abdomen.
Info:
Di dlm tiub fallopia punyai rerambut halus dikenali CILIA, ia bergerak spt penyapu & menolak perlahan2 embrio dr kaw. persenyawaan ke arah rahim, apabila ia rosak maka pemindahan embrio ke dlm rahim secara normal akan terganggu.
Risiko:
  • Jangkitan di sekitar pelvis spt gonorrhea @ chlamydia boleh mnybbkn kerosakan pd dinding tiub fallopia yg meninggalkan parut, ini menybbkn dinding fallopia hadapi kerosakan & kehilangan CILIA.
  • Pembedahan ikat tiub sblm ini boleh merosakkan struktur fallipoa.
  • Pernah alami masalah ini.
  • Pemakaian alat dalam rahim (IUCD) tetapi peratusnya rendah sbb alat ini berfungsi menghalang kehamilan.
  • Kecacatan tiub fallopia sejak lahir
  • Merokok semasa pensenyawaan berlaku
  • Ketumbuhan & penyakit spt endometriosis
Gejala
  • Sakit perut yg teruk di sebelah kiri & kanan, maka mengandung luar rahim perlu diketepikan, ia boleh menybbkn perdarahan di dlm perut & boleh membawa maut
  • Perdarahan diawal kehamilan seakan2 haid & terdapat tanda2 kehamilan spt loya, muntah beberapa hari sblm ini.
  • Jika pendarahan terlalu byk di dalam perut, terasa pening, lemah badan, perut menjadi keras, sakit pinggang & belakang. kemungkinan juga ibu pengsan.
Rawatan
  • Pembedahan Laparoskopi @ Laparotomi, kebiasaannya Laparoskopi KECUALI pendarahan terlalu banyak @ tidak terkawal. Kebiasaannya tiub yang rosak akan diikat dan dibuang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink