Followers

Thursday, March 31, 2011

Dibelasah suami kerana mengidam

Terkedu seketika membaca laporan di Harian Metro mengenai kisah isteri dibelasah kerana mengidam buah kelur atau munggai serta lempuk durian dan meminta suami menyediakan walaupun jam sudah ke angka 11 malam. Moga anak di dalam kandungan selamat, amin!!

Difahamkan si suami baru aje pulang dari kerja dan sebaik masuk ke rumah, si isteri terus minta supaya keluar lagi untuk mencari dan membeli makanan seperti diatas dengan kadar segera.

Apabila membaca kisah2 DI SINI, pada pandanganku, kita tidak boleh salahkan kedua2 belah pihak,  mungkin ia berlaku di luar jangkaan, si isteri tiba2 teringin nak makan makanan yang pelik2 sebaik sahaja mengetahui dia sedang hamil.

Kemungkinan si suami pula dalam keadaan penat dan tertekan tambahan pulak  diasak dengan pelbagai permintaan yang bukan2 pada saat2 akhir. (Sib baikle semasa aku ngandung dulu, xder le nak makan yang bukan2 asalkan perut kenyang manjang, paling2 tidak sekeping biskut tawarpun jadilah..)

Sepatutnya kena ader tolak ansur di antara suami isteri, apa salahnya biarkan si suami mandi dan rehat dulu,  apabila keadaan tenang, barulah disuarakan permintaan kita tambahan pula tengah2 malam, mana nak pergi cari, lainlah mengidam nak makan kat luar ke atau makanan panas, berlambak restoran yang dibuka 24 jam.

Si suami pulak tak bolehkah bagitau elok2? Jangan dok main belasah aje,  ingatlah sikit,  isteri tu sedang mengandungkan darah daging kamu, ingat senangkah??

Friday, March 25, 2011

Soya Mengurangkan Risiko Kanser Payudara

Aku tertarik dengan artikel Utusan Malaysia hasil tulisan ZUHAYATI YAZID  yang mengaitkan pengambilan soya dalam menu seharian boleh mengurangkan risiko kanser payudara.

Copy paste artikel tersebut sebagai rujukan:-

Wanita sebenarnya mempunyai reaksi yang berbeza apabila diberitahu ada sesuatu yang tidak kena dengan payu dara mereka.

Apa yang lebih membimbangkan atau mungkin menjadi trauma dalam hidup, jika wanita itu didiagnosis menghidap barah payu dara.

Kini, dengan ledakan teknologi moden dan pengesanan awal terhadap pembunuh nombor satu wanita itu mampu mengurangkan risiko berlakunya kanser.

Bagaimanapun pemakanan yang teratur dan sihat memainkan peranan penting dalam menjalani kehidupan yang sempurna.

Bukan lagi rahsia, melalui pemakanan berasaskan soya mampu mengurangkan risiko terjadinya kanser payu dara di kalangan wanita.

Ini terbukti apabila satu kajian secara klinikal yang telah dilakukan oleh Yayasan Penyelidikan Kesihatan Awam Tokyo, di bawah Kumpulan Penyelidikan Bakteria Asid Laktik dan Kanser Payu Dara yang dilakukan oleh profesor di Jabatan Pembedahan, Universiti Kyoto, Jepun, Dr. Masakazu Toi bersama seorang profesor dari Jabatan Biostatistik di Universiti Tokyo, Dr. Yasuo Ohashi.

Mereka mendapati pengambilan soya dan begitu juga pengambilan minuman yang mengandungi bakteria Strain Shirota iaitu minuman susu kultur, Yakult secara tetap dan berterusan mampu mengurangkan risiko yang boleh membawa kepada kanser payu dara.

Malah, dalam kajian yang dilakukan oleh penyelidik ini mendapati, wanita yang mengambil minuman susu kultur dengan lebih kerap di lihat kurang berpotensi untuk di jangkiti kanser payu dara, walaupun mereka tidak mengambil makanan berasaskan soya dalam jumlah yang banyak.

Kajian itu juga mendapati pengambilan secara tetap setiap hari produk yang mengandungi bakteria Lactobacilus casei Shirota (LcS atau lebih dikenali sebagai Strain Shirota) semenjak usia remaja mampu mengurangkan risiko seseorang wanita itu terkena kanser payu dara.

''Ini terbukti kerana komponen di dalam makanan yang berasaskan soya dan Strain Shirota mempunyai fungsi yang boleh melindungi daripada kejadian kanser payu dara di kalangan mereka yang mengambilnya,'' ujarnya semasa membentangkan kertas kerja di Simposium Kanser Payu Dara di San Antonio, Amerika Syarikat Disember lalu.

Kajian kertas kerja itu mengkaji hubung kait antara pengambilan minuman yang mengandungi Strain Shirota dan makanan yang berasaskan soya dengan penyebab kanser payu dara.

Bakteria yang dinamakan LcS dapat mengawal pertumbuhan bakteria perosak di dalam usus dan sekali gus mengatasi masalah kesihatan di kalangan yang mengambilnya.

Beliau menjelaskan bahawa kesan perlindungan tersebut mungkin disebabkan oleh kesan bakteria Strain Shirota ke atas mikroflora usus yang telah membantu penghadaman isoflavon soya yang berkaitan rapat dengan pengurangan kanser payu dara.

''Strain Shirota juga mampu meningkatkan sistem imunisasi semula jadi tubuh khususnya aktiviti-aktiviti yang boleh menjejaskan kesan perlindungan," tegasnya.

Tegasnya dalam kajian itu, seramai 355 pesakit berumur 40 hingga 55 tahun yang menjalani pembedahan kanser payu dara dari tempoh Oktober 2007 hingga Mac 2009 dan 710 orang yang sihat yang tinggal di kawasan yang sama dan berumur sebaya dijadikan objek dalam kajian tersebut.

''Mereka dikaji berdasarkan kepada diet dan gaya hidup sejak masih remaja lagi dan semasa dewasa.

''Hasilnya, didapati sebanyak 30 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang mengambil minuman yang mengandungi bakteria asid laktik iaitu susu berkultur Yakult sebanyak empat kali atau lebih seminggu berbanding mereka yang mengambil tiga kali atau kurang dalam seminggu," kata Dr. Toi.

Dalam pada itu, sebanyak 40 peratus risiko kanser payu dara dapat dikurangkan bagi mereka yang menyatakan mereka tidak makan banyak produk soya tetapi minum Yakult empat kali atau lebih seminggu berbanding dengan mereka yang minum tiga kali atau kurang seminggu.

''Sebelum ini terdapat kajian yang mendapati pengambilan unsur soya turut memberi pengaruh dalam pengurangan risiko kanser payu dara.

''Penyumbang kepada pengurangan risiko kanser payu dara itu adalah disebabkan oleh pengaruh LcS kepada mikroflora yang terdapat pada usus yang sekali gus menambahbaikan metabolisme pada unsur soya," katanya.

Tuesday, March 15, 2011

Genetik tingkatkan Kanser Kolon?

Hampir 2 tahun yang lepas, saya telah kehilangan seorang abang kandung akibat kanser kolon, mungkinkah diri ini berisiko tinggi untuk mendapat kanser tersebut, artikel hasil tulisan Noor Fazrina Kamal - Utusan Malaysia telah menarik minatku untuk berkongsi pengetahuan mengenai kanser kolon.
SIAPA sangka keseronokan menikmati hidup tanpa sebarang penyakit bahaya lebih separuh abad akhirnya diuji dengan penyakit kanser kolon pada usia emas.
Bukan mudah untuk mengenal pasti puncanya kerana penyakit ini tiada penyebab tunggal. Hampir semua kanser kolon bermula dengan ketumbuhan bukan kanser atau dikenali sebagai polip yang akhirnya secara senyap bertukar menjadi sel kanser.
Dr. Abdul Malik Jamal Buhari, Pakar Gastroenterologi dari Pusat Perubatan Kelana Jaya, Selangor berkata, sesiapapun mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk menghidap kanser kolon jika usia melebihi daripada 60 tahun.
Antara risiko-risiko lain ialah makan satu diet tinggi dalam daging merah atau daging proses, mempunyai polip kolorektal, berpenyakit radang usus penyakit Crohn atau kolitis berulser) dan ahli keluarga pernah menghidap kanser usus.
Kolon atau kolorektal, ialah kanser yang berlaku di awal usus besar (kolon) atau dubur (akhir kolon). Lain-lain jenis kanser boleh menjejaskan kolon, seperti limfoma, tumor karsinoid, melanoma dan sarkoma. Kes-kes seperti yang dinyatakan sebelum ini adalah yang luar biasa.
Diagnosis awal boleh meningkatkan kesembuhan. Apa anda makan boleh memainkan peranan dalam kanser risiko usus besar anda.
  • Kanser kolon boleh terjadi dengan satu serat rendah yang tinggi lemak diet dan daging merah.
  • Merokok dan minuman beralkohol adalah faktor risiko lain yang berkaitan dengan punca kanser kolon.
  • Banyak kes kanser kolon tidak mempunyai gejala-gejala.
Gejala-gejala berikut bagaimanapun, mungkin menunjukkan kanser kolon:
  • Sakit abdomen dan rasa tidak puas selepas membuang air besar.
  • Darah dalam najis.
  • Cirit-birit, sembelit atau perubahan lain dalam tabiat-tabiat membuang air.
  • Sekatan usus.
  • Kehilangan berat dengan tiada alasan yang diketahui.
Tanda-tanda dan ujian-ujian
Cara untuk mendiagnos penyakit kanser kolon ialah menerusi kolonoskopi dan Sigmoidoscopy. Bagaimanapun hanya melalui proses kolonoskopi membolehkan kita melihat keadaan keseluruhan kolon.
Ujian darah juga boleh dibuat untuk mengesan penyakit ini. Ujian ini dinamakan complete blood count (CBC) untuk anemia.
Ujian fungsi hati
Tambah Dr. Abdul Malik , sindrom genetik tertentu turut meningkatkan risiko untuk kanser kolon.
Jika doktor anda mengesyaki yang anda mempunyai barah kolorektum, lebih banyak ujian akan diadakan untuk melihat jika kanser itu telah merebak. Ini dipanggil pemeringkatan CT atau MRI mengimbas abdomen, kawasan pinggul, dada, atau otak boleh digunakan untuk melakonkan kanser. Kadang-kadang, imbasan PET juga digunakan.

Monday, March 14, 2011

Kaedah kontraseptif di kalangan ibu muda berusia 17 tahun dan ke bawah


Baru sekejap tadi,  ader rakan bertanya, bolehkah seorang  ibu yang berusia 17 tahun dan mempunyai seorang cahaya mata mengambil kontraseptif jenis Implanon?

Berdasarkan buku panduan kriteria kelayakan perubatan  WHO (WHO MEC) kesemua jenis kontaraseptif KECUALI IUCD (Cu-IUD & LNG-IUD) dan suntikan  boleh guna kaedah ini dalam apa jua keadaan oleh klien 'menarke' (first menstrual cycle) hingga ke usia 17 tahun (keadaan di mana tiada halangan bagi penggunaan sesuatu kaedah kontraseptif)

Manakala untuk kontraseptif jenis IUCD (Cu-IUD & LNG-IUD) Klien menarke hingga ke usia 20 tahun dan   kaedah suntikan - menarke hingga usia 18 tahun  secara amnya boleh gunakan kaedah ini. (Keadaan di mana kebaikan penggunaan kaedah tersebut biasanya  melebihi risiko yang dikenal pasti)

Rumusan:-
~ Kesemua jenis kontraseptif boleh digunakan oleh mereka yang menarke hingga berusia 17 tahun.

Friday, March 11, 2011

Jepun dilanda tsunami

Berita terkini, Jepun dilanda tsunami selepas gempa bumi 8.9 magnitud
TOKYO: Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami hingga setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Kejadian itu mengakibatkan banyak kes kecederaan, namun jumlah kes kematian masih belum diperolehi dari kawasan yang dilanda bencana di pulau Honshu.

Ombak setinggi 10 meter dilaporkan melanda Sendai di timur laut Miyagi, pulau Honshu mengakibatkan banyak kapal, kereta dan sisa runtuhan dihanyutkan ke kawasan bandar. Gempa bumi itu mengakibatkan gegaran kuat bangunan di Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk

Sekurang-kurangnya enam kes kebakaran dilaporkan di Tokyo akibat gempa selain menyebabkan sistem subway dihentikan, siren kecemasan dibunyikan dan orang ramai berpusu-pusu keluar dari bangunan.


Kepulan asap dikesan membabitkan sekurang-kurangnya 10 lokasi di bandar raya itu di mana lebih empat juta kediaman terputus bekalan elektrik selain beberapa kawasan ditenggelami air termasuk kawasan letak kereta Disneyland Tokyo.


Gempa bumi berlaku pada jam 2.46 petang (0546 GMT) selama dua minit dengan gempa pertama kira-kira 400 kilometer di timur laut Tokyo, menurut US Geological Survey.

Ia diikuti beberapa gempa susulan antaranya sekuat 7.1 magnitud.


Perdana Menteri, Naoto Kan memanggil sidang Kabinetnya sejurus dilanda gempa dan kerajaan Jepun menghantar kapal tentera lautnya dari Tokyo ke kawasan yang paling teruk di timur laut Miyagi.

Jepun terletak di atas Lingkaran Api Pasifik dan turut mempunyai titik gunung berapi di mana Tokyo terletak di antara kawasan paling berbahaya.


Amaran tsunami turut dikeluarkan kepada Taiwan, Russia dan Kepulauan Mariana, kata Pusat Amaran Tsunami Pasifik. 

dan keluarga mangsa gempa bumi dan tsunami diminta menghubungi Wisma Putra. Maklumat lanjut disini.


Sama2lah berdoa moga kita semua dilindungiNya. Amin

Tuesday, March 8, 2011

Kepentingan Ujian Saringan Kesihatan


Saya tertarik dengan artikel Utusan Malaysia oleh FAIZATUL FARHANA FARUSH KHAN mengenai Kepentingan Ujian Saringan Kesihatan, jom kita kongsi bersama2 sebagai panduan buat kita semua.

SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu? Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.

Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi memudahkan pencegahan dan rawatan.

Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) , Dr. Nani Deraman berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular .

Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-penyakit kronik berkaitan jantung.

"Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

"Doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga ujian ini dan ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat.

"Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik, doktor akan merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik mengatasi serta mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.

Nani memberitahu, bagaimanapun, masyarakat dilihat kurang menjalankan ujian saringan atas beberapa faktor antaranya tidak mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan pemeriksaan itu dan kesibukan masa.

Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melakukan ujian saringan kerana ia amat penting dalam menunjukkan keadaan kesihatan semasa mereka dan mampu mengurang atau mengelakkan risiko dijangkiti penyakit kronik berkaitan kardiovaskular.

Beliau berkata, penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi adalah faktor utama menyumbang kepada penyakit jantung yang menjadi penyakit pembunuh nombor satu di negara ini.

Menurutnya, secara normal, seseorang digalak menjalankan ujian saringan sekali setiap tahun bermula usia 40 tahun dan ke atas.

Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik dinasihatkan berjumpa doktor pada usia lebih muda untuk mengetahui secara lanjut mengenai ujian saringan ini, ujian saringan lain dan tempoh bersesuaian menjalankan pemeriksaan berkenaan.

"Seseorang boleh menjalankan ujian saringan di mana-mana klinik kerajaan dan hospital, klinik serta makmal swasta yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.

"Mereka perlu berpuasa selama lapan jam sebelum boleh menjalani ujian saringan.

"Tempoh ujian saringan hanya beberapa minit namun keputusan tepatnya akan diperoleh dalam jangkamasa kira-kira seminggu jika dijalankan di hospital, klinik dan makmal swasta serta sebulan di klinik kerajaan," ujarnya.

Sunday, March 6, 2011

Alya bersama EBM


Gambar Alya bersama sebahagian stok EBM, Alhamdulillah, walaupun usianya sudah mencecah ke angka 1 tahun 6 bulan  tapi EBM masih mencukupi dan dia membesar dengan jayanya tanpa susu formula. Chaiyoookkkk manja ummi!!!!   

Thursday, March 3, 2011

Mayat bayi dalam komuter

Sebagaimana laporan Harian Metro hari ini, seorang mayat bayi lelaki masih bertali pusat ditemui di bawah tempat duduk gerabak hadapam komuter yang berhenti di Pelabuhan Klang.

Sedih dan sebak mengenangkan mayat seorang bayi dibuang begitu sahaja. Tiadakah perikemanusiaan di hati si ibu yang telah membuang mayat ini umpama sampah?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink