Followers

Thursday, July 29, 2010

Ujian Diagnosis untuk Payudara


sumber radiologymalaysia
Beberapa hari yang lepas, aku dikejutkan dek pemergian seorang kenalan akibat serangan "Kanser Payudara' pada usia 54 tahun manakala minggu ini, seorang lagi kenalanku adalah disyaki setelah selesai melakukan ujian mamogram dan sekarang sedang menunggu keputusan 'biopsi'

Setahun yang lalu, perubahan pada payudara dapat dikesan setelah beliau  melakukan Pemeriksaan Sendiri Payudara, seterusnya beliau mendapatkan pndnganku sebelum dirujuk menjalani ujian mamogram di pusat mamogram. Melalui keputusan tersebut, beliau kemudiannya ke hospital daerah untuk mendapat rawatan lanjut dan  ujian biopsi dilakukan untuk mengesahkan samada ketumbuhan tersebut adalah kanser ataupun tidak.

Malangnya beliau telah didiagnoskan sebagai kanser payudara positif dan pembedahan 'Mastektomi' (keseluruhan payudara dibuang)  telah dilakukan, seterusnya beberapa fasa rawatan dijalani seperti Kemoterapi dan Radioterapi.

Setahun berlalu setelah berulang alik mendapatkan rawatan, akhirnya pada minggu lepas, beliau pergi buat selamanya, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman,  Al-Fatihah.

Sehubungan dengan ini, aku menyeru  teman semua,  sama2lah kita menjalani  pengesanan awal payudara dengan membuat  'Pemeriksaan Sendiri Payudara' setiap bulan, bagi mereka yang berusia 40 dan ke atas, apa salahnya kita korbankan sedikit masa untuk menjalani ujian mamogram sekurang2nya setahun sekali.  


Sebagai panduan kita, beberapa ujian diognosis untuk payudara untuk mengesan kanser payudara seperti:-
Ujian Mamogram - satu pemeriksaan saringan sinar-x yang dilakukan untuk mengesan peringkat awal kenser payudara
Ultrasound ( menggunakan gelombang bunyi untuk membentuk imej dalam payudara secara kerkomputer, Ujian ini kadangkala digunakan untuk mengkaji perubahan payudara yang dikesan dalam mamogram @ pemeriksaan fizikal. Ia berguna untuk mengenal pasti sesetengah perubahan payudara, misalnya perubahan yang dapat dirasa tetapi tidak dapat dilihat pada mamogram. Inilah cara yang paling mudah untuk mengetahui samada perubahan itu sebenarnya disebabkan oleh sista, tanpa menyuntikkan jarum untuk mengeluarkan cecairnya


Duktogram - kadangkala ia digunakan untuk mengenalpasti sebab keluarnya cecair pada puting susu, ujian ini juga dikenali sebagai galaktogram dilakukan dengan memasukkan sedikit cecair ke dalam nipple susu  melalui suatu tiub plastik yang halus. Cecair ini boleh dilihat pada filem x-ray yang boleh menunjukkanan samada terdapat ketulan di dalam duktus atau tidak.
Biopsi - satu2nya cara untuk memberitahu samada keadaan payudara bersifat benigna atau kanser (sedikit sel diambil dari bahagian yang disyaki dan diperiksa menggunakan 'mikroskop'
    kesemua gambar, ambil dr. en. google

    Saturday, July 24, 2010

    Ice Blended Kurma

    W/pun malam ini agak kepenatan kerana baru sampai rumah hampir jam 7 petang tadi  setelah sehari suntuk  menghadiri Majlis Perasmian yang telah di sempurnakan oleh PM dan Menteri Besar Pahang - masing2 di Pos Betau dan Sg Koyan.

    Biarpun letih tetapi ia tidak mematahkan semangat aku untuk mencuba resepi baru yang cukup mudah dan berkhasiat, sesuai sebagai minuman berbuka / sahur untuk seisi keluarga di bulan Ramadhan, ia juga buat ibu2 yang menyusukan anak seperti diriku. Resepi ini aku perolehi melalui laman  ezurin- AYU. Cara penyediaannya amat ringkas sekali.

    Setelah anak2 minum, dorang membuat sedikit ulasan, bak aiskrim vanila,  lemak berkrim. kata mereka

    Bahan-bahannya:-
    i) Buah Kurma yang telah dibuang bijinya (jumlahnya terpulang kepada individu)
    ii) Susu Segar 
    iii) Ais jika suka


    Masukkan kesemuanya kedalam pengisar dan kisarkan seketika

    Penyediaannya simple dan ambil masa yg sekejap, dah siap pun! 
    selamat mencuba

    Terima Kasih akak ucapkan kepada Ayu kerana sudi kongsikan resepi yang sungguh lazat dan berkhasiat ini,  untuk pengetahuan,  kurma boleh dikategorikan sebagai 'milk booster'..

    Wednesday, July 21, 2010

    Kolostrum


    Kenapa aku memilih menyusukan Alya seawal dia dilahirkan?? Tujuannya cuma SATU, iaitu supaya dia mendapat kebaikan susu awal @ kolostrum.. 

    Umumnya ibu2 sudah mengetahui mengenai kebaikan kolostrum seperti:-

    • Kaya dengan protin, Vitamin A dan E yang mencegah jangkitan dan penyakit mata
    • Kaya dengan antibodi untuk melindungi bayi daripada jangkitan kuman, alahan seperti cirit-birit, bronkitis dan radang paru-paru
    • Immunisasi pertama kepada bayi
    • Mengandungi faktor tumbesaran yang membantu kematangan usus dan mencegah alahan
    • Sejenis laksatif membantu mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis

    Friday, July 16, 2010

    Tabung Kami Bersamamu Lya

    ena, akak ambil gambar dr. laman 'Teratak Milikku'

    Lya merupakan salah seorang teman yangku kenali di alam maya ini, sekarang ini beliau sedang mendapatkan rawatan di ICU Hospital Kemaman sejak 10.07.2010 (sabtu) kerana mengalami masalah jantung dan serangan sawan, patut le sehari dua ini tiada n3 terbaru darinya. Sama2lah kita doakan untuk kesejahteraan beliau.

    Mungkin kita semua boleh berkongsi sedikit  bebanan yang sedang dialami oleh beliau,   catatan dibawah telah disalin dari laman  Teratak Milikku  untuk tatapan kita semua.

    Salam.. 
    Bismillahirrahmanirrahim............

    Dengan rasa rendah diri dan penuh harapan, Kami mewakili sahabat-sahabat Lya di alam maya melancarkan TABUNG KAMI BERSAMAMU LYA

    Tabung ini bertujuan mengumpul dana bagi membolehkan Lya menjalani rawatan selanjutnya untuk penyakit beliau. Mudah-mudahan sumbangan sedikit sebanyak dari kalian semua dapat membantu Lya mendapatkan rawatan tersebut secepat mungkin. 

    Sehingga ke saat ini, Lya masih lagi ditempatkan di ICU Kemaman, Terengganu. Keadaan terkini Lya agak lemah tetapi masih stabil.   

    Kami juga memohon doa berterusan dari kalian semua. Semoga usaha kita semua untuk membantu Lya dipermudahkan Allah.  

    Hulurkan sumbangan ikhlas anda ke akaun Maybank Alyani Binti Amran (155014985526)

    Untuk update terkini tentang Lya, klik SINI.

    Kami juga amat berbesar hati, sekiranya kalian semua dapat mewar-warkan tabung ini di blog masing-masing. Jasa baik anda semua amat kami hargai.  

    Terima Kasih.

    Wednesday, July 14, 2010

    masalah ketika penyusuan

    carian google

    Dalam beberapa hari ini,  aku perhatikan diantara permasalahan yang sering diutarakan di laman susuibu.com spt:-

    • Macamana nak kurangkan bengkak breast?
    • Tolong, susuku bernanah..
    Akibat kekangan masa bagi menjawab kesemua persoalan yang diutarakan oleh rakan2 diluar sana, kdg2ku cuma berikan link shj, ia bukan disbbkn dek keegoan atau sebarang perkataan yang seangkatan dengannya, tamb.lak ada di antaranya, aku  sudah mempunyai n3 di laman ini, rasanya tak salah kot bagiku berikan 'link' trsebut buat mereka.

    Bg menangani masalah diatas, teman semua boleh rujuk:-

    menyusu secara eksklusif

    Semalamku tak sempat menulis n3, nak jugak menulis biarpun kekangan masa.. erm.. sementara nak pergi kerja jap lg, rasa2nya nak buat jugak biarpun n3 yg ringkas seringasnya, maklum le blogger tegar. Isu yang  inginku diutarakan pagi ini  ialah kepentingan menyusukan anak secara eksklusif selama 6 bulan pertama kelahirannya.
    carian google

    Kita digalakkan menyusu secara eksklusif  bb sehingga usianya 6 bulan,  umum mengetahui bahawa susu ibu merupakan makanan yang paling lengkap dan sesuai untuk bayi seusia itu (Alhamdulillah, aku sudah melepasi tahap ini).

    Kepentingan adalah kerana:-
    • Susu Ibu mengandungi bahan pelindung penyakit (antibodi)
    • Faktor pertumbuhan
    • Penghasilan susu ibu akan bertambah apabila bayi menyusu dengan kerap

    Monday, July 12, 2010

    Puree Epal

    Biasanya seminggu sekali aku akan menyediakan aneka puree buah-buahan sebagai makanan sampingan Alya dan 'frozeen'kan ia. Biasanya puree ini akan diberi berselang seli dengan bubur nasi. (ntah le, aku x gitu suka campurkan puree terus kedlm bubur, maklum le, orang kampung, x reti nak makan alaa barat..)

    Makanan asasi untuk Alya iaitu bubur nasi di masak setiap pagi dengan menyediakan pelbagai jenis sup sbg kuahnya.
    carian google
    Inilah caraku menyediakan Puree Epal untuk Alya, mungkin lain orang, lain caranya. Ia bukan sahaja digemari dek Alya tetapi anakku yang lain juga.
    Buah epal dikupas kulitnya dan potong kecil2 
    (epal perlu di basuh terlebih dahulu sblm di kupas, cam le krg x tau, k.. aku batalkan..)

    Panaskan sedikit air, biarkan mendidih, 
    masukkan buah  epal yang telah dipotong  tadi,

    Tutup dan biarkan mereneh seketika (3-5 minit)
    Angkat dan sejukkan


    Masukkan dalam pengisar dan kisarkan halus
    (jgn le pulak campurkan pengisar ntuk cili, bwg, kesian kat anak nnt) 


    ok, dah siappun..


    Masukkan kedlm bekas (ikut suka nak simpan dlm bekas apa..), frozeenkan ia
     (1 bekas = 1 biji epal)
    Biasanya, sblm tido, turunkan 1 bekas ke bah. bwh 'peti ais'

    Nota;Alya suka mkn puree epal yang disejukkan

    Saturday, July 10, 2010

    Kebaikan Susu Ibu

    carian google
    Alhamdulillah, kesemua anak-anakku membesar dengan susu ibu, cuma abang dan kakak Alya tidak mempunyai stok EBM sebanyak dia. 

    Bila dikenang kembali kisah lalu. Syafiq - anakku yang sulung, aku cuma tinggalkan sebotol EBM yang baru di perah secara manual di waktu pagi, itupun tak pernah habis sebab dia tidak suka minum melalui botol susu. Ya Allah, sukarnya BS menjaga dia, pastinya dia sentiasa merengek dan menangis sementara menanti waktu rehatku jam 1 petang.

    Di waktu itu, aku tidak begitu memahami pengurusan EBM dengan baik. Kenapa?? tentunya kerana aku cuma mempunyai pengetahuan seciput sahaja dan merasakan pengurusan EBM adalah sukar. Tidak seperti sekarang, bagi mendapatkan maklumat tidak sesukar dulu, kini  cuma dihujung jari dan dimana2 sahaja, tak perlu berkursus bagai. Seronokkan!! tambahan pula ramai teman2 seperjuangan yang sentiasa memberi bantuan bila2 masa, dimana jua meskipun mereka cuma dikenali dialam maya, pastinya kami tidak pernah bersua muka.

    Aku suka berikan susu ibu kepada anak kerana:-
    • Ia mengandungi zat lengkap dan merupakan makanan terbaik untuk mereka
    • Susu ibu mengandungi protin, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam
    • Pastinya memberi perlindungan kepada mereka daripada jangkitan dan penyakit (Jarang2 demam, selsema dan batuk)
    • Menggalakkan tumbesaran (x kisah le tidak semontel anak yang diberikan FM, janji SIHAT WAL'AFIAT)
    Untuk diri sendiri pula, tentunya:-
    • Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak (tengok le krg ni, menaip n3 nipun Alya dok atas riba, sukarnya nak menyiapkan satu2 n3, beberapa kali ter 'delete', ter 'edit;, ter 'silap' ejaan, tatabahasa lintang pukang,  dan  lain2 kesalahan  sebab 'mouse ditangan Alya, kadang2 PC ter 'off' tanpa perlu tekan  'turn off, sabo je le...', yang ni ok lagi,  ke bilik airpun terkejar2, hilangnya ummi dari pandangan, meraungnya bak sakit teramat sangat. huhuhu)
    • Membantu mengecutkan rahim dan mengelakkan pendarahan selepas bersalin 
    • Mengurangkan risiko mendapatkan kanser payudara dan ovari (Insya Allah, mudah2an dijauhkan)
    • Menjarakkan kehamilan (Rasa2nya dah tutup buku kot, maklum le umurpun dah nak masuk ke senja.. hehe)
    • Mengurangkan berat badan jika disertai dengan senaman ( Bab ini le yang paling aku suka, tak perlu berdiet sakan untuk mendapat berat badan yang ideal cuma senaman tu yang susah dan PALING sukar bagiku)
    • Menjimatkan masa dan wang ( fakta ini disokong 150%, budjet beli susu, aku boleh tukarkan kepada baju Alya, kiranya tak jimat jugak le..)

    Thursday, July 8, 2010

    Spectra 3

    Bila pulak aku menjadi duta/jurucakap tak bertauliah pengepam jenama Spectra 3 (S3)??  hehehe.. xper le.. lantik diri sendiri.. tambahan pula bagi menunaikan janjiku pada Lynd (KasehKu), sbnrnya aku bukan pandaipun sekadar melalui pengalaman.. lain le jika duta product ni,  baru le layak bercakap..

    Penggunaan Spectra 3 amat mudah sebab ia tidak mempunyai banyak peralatan tambahan, pasang kesemuanya dan sambung ke soket elektrik,   'On'  (adjust 'suction' jika perlu ) mudahkaan!.
    Cuma yg ni je spare partnya.

    Main Body  S3. Bah. tepi kaler hijau tu adalah 'Switch' -  On, Off

    kaler biru dipanggil  ' Valve Head',  dan  'Membrane' (kaler Putih kecil kt depan tu), yang ni perlu dipasang selalu, jika x ader salah 1 maka takder suction. (kena jaga baik2 le, jgn bg hilang) Kat belakang tu, semua dah tau kaan, 'breast shield', corong tu dilekatkan pada 'B' kita. Bah atas  adalah penyambung   'Air Tube' - 'Main Body'

     
     Valve Head,  'Membrane dan breast shield yang telah dipasang, (2 yg berkaler putih kt blkg tu cuma bottle stand dan Wide cap - cam le korang x tau, sila abaikan seketika)

    Pasangkan pada feeding bottle @ storage bottle dan sambungkan 'Air tube'  pada Breast Shield, pasang 'switch', ok, sudah siap dan boleh mula mengepam.

     Jika nak buat double pumping, sambungkan  2 salur 'Air tube' pada mesin dan perlu menggunakan 2 'Breast Shield'.

    Vacum Regulator Valve - untuk kawal sedutan
    ( putar ikut pusingan jam)

    Apa yang menariknya S3, boleh dikatakan hampir kesemua jenama botol yang berada dipasaran adalah padan / bersesuaian dengan pam S3 (breast shield) 

    Penjagaannya pun mudah juga:-
    • Main Body - cukuplah sekadar di lap dengan kain lembab 
    • Semua spare part boleh di sterilkan kecuali ' Air Tube'. Memadailah cuci sekali seminggu dan di jemur hingga kering (pastikan ianya kering sebelum disambung ke 'Main Body')
    • Pastikan suction berada ditahap minimun dan dinaikkan pelahan2 mengikut kesesuaian
    • Elakkan  susu melimpah keluar (jika nak S3 sentiasa dalam keadaan baik)
    Spare Part boleh disterilkan (prosedur steril ke ni?  rasa2nya tak kot, kiranya prosedur 'bersih' je, apa yang pasti sebelum prosedur ini, pastikan tangan dicuci bersih2 menggunakan sabun, bukan sekadar dibawah  air lalu weh!!) dengan cara:

    a) Sterilizing Tablet

    b) Bottle Sterilizer

    c) Air panas
    Panaskan air hingga mengelegak

    Masukkan peratan 'feeding' dan biarkan dalam 5 - 10 minit (gunakan  api perlahan, nnt rentung kaang!)
    Angkat dan toskan kering

    Simpan ke dalam bekas bertutup (terpulang le nak letak kat luar @ dalam peti ais)

    Lain2 tu, jika teman2 ada penambahbaikan @ apa2 pembetulan, dipersilakan,  maklum le, kita sama2 belajar.. 


    Buat Lynd, jika ada sebarang kekeliruan, pertanyaan ke.. jgn malu2, k.. jika akak tersilap bg info, Insya Allah, ramai lagi rakan kita diluar sana yang akan perbetulkan.

    Wednesday, July 7, 2010

    Aku suka....

    Aku baru terima mesej drp Haza berbunyi; Slm, duit dah masuk, brg dah pos, tq'.

    Sebenarnya pagi tadi,  aku call minta tolong Haza poskan segera pengepam susu  spectra 3 (S3) untuk kegunaan Ann, masa tu aku belum membuat sebarang pmbayaran  hingga petang tadi, apa yg membuat aku terharu, atas kepercayaan kepada pelanggan, dia terus membuat persiapan segera.

    Walaupun aku cuma mengenali HAZA melalui alam maya je tp seakan sudah mengenalinya lebih dekat.  Apa yg pasti SRISURI TETAP DIHATI  . Aku tidak teragak2 mempromosikan kepada rakan2 semua mengenai kedai ini.

    Kemaskini  8.07.2010 @ 10 malam  , Pesanan sudah diterima pagi tadi, tk Haza

    Tuesday, July 6, 2010

    Bangganya aku

    Alhamdulillah, hari ini aku mendapat maklumbalas positif daripada staffku, Ann untuk menyusukan bayi yang baru dilahirkan sepenuhnya dan bakal menjadi pengepam tegar yang berkerjaya  (cam aku juga...),  tambah mengembirakan ia disokong oleh suami, ibu mertua dan kakak iparnya.

    Aku membantu membuat tempahan ngan Haza untuk membeli Spectra 3 (S3) untuknya, bagiku pengepam ini adalah terbaik selain FS. Apa yang aku suka ialah ia ada spare part jika rosak, jaminan 6 bulan dan sedutannya soft , senyap serta ada 'Double Pumping'.

    Monday, July 5, 2010

    Penjagaan Rangkaian Sejuk

    Pengurusan EBM adalah mudah jika kita faham konsep dan cara penyimpanannya yang betul. Bagi memastikan kesegarannya, penjagaan rangkaian sejuk adalah penting sepanjang membawa stok EBM ke rumah pengasuh @ taska @ travelling.

    Saya pernah menghadiri mesyuarat keluar daerah dan membawa keluarga bersama serta bermalam di hotel, malangnya bilik yang kami 'check in' itu tiada peti ais kerana rosak dan sedang dibaiki, malas pula  nak minta tukar kebilik lain.  

    Keesokan harinya, mesyuarat habis lewat petang dan kami sampai ke rumah sudah larut malam, bila dibuka ' coller  boxes',  kesejukkan masih terasa meskipun sudah melebihi 24 jam dan stok EBM yang berbaki masih beku dan dapat digunakan pada keesokkan harinya.

    Sekarang ini saya mempunyai:-
    • Cooler Boxes (jenama biasa je sbb beli masa urgent)
    • Cooler Bag jenama MLO (dapat bersama pakej S3)
    Contoh penyusunan Ice Packs/EBM kedalam 'cooler boxes'
    Contoh cooler boxes

    Susun ice pack sekeliling bah. dlm cooler bag,
    ' wajib gunakan 2 chillers Brite Ice Coleman (S) - kaler biru, 2 ice pack jenama MLO (kaler hitam)'
    susun EBM

    tutup bah. atas EBM  ngan ice pack
    (gunakan chillers Brite Ice Coleman (M)

    Taraaaa, sudah siap..

    Nota: 
    • Buka cooler boxes bila perlu sahaja bagi mengekalkan suhu didalamnya

    Mitos Penyusuan Susu Ibu

    Hakikatnya menyusu tidak sesukar mana samada bagi mereka  yang bekerjaya mahupun surirumah sepenuh masa, kejayaan penyusuan susu ibu adalah bergantung kepada kekuatan mental ibu sendiri. Campur tangan orang sekeliling seperti ibu, mertua, jiran tetangga boleh menyumbang kepada kegagalan penyusuan ibu.

    carian goggle

    Mitos (kepercayaan) dianggap sbg nasihat berguna bleh mengelirukan ibu terutamanya ibu yang baru pertama kali menyandang gelaran ibu muda dan boleh menjadi  faktor utama kegagalannya:-

    • Ibu tidak mampu menghasilkan susu yang banyak, itulah sbbnya bayi menangis kelaparan sbb x cukup susu.
    • Ibu perlu menukar posisi anak beberapa kali dlm masa yg singkat semasa menyusukan bayi mereka
    • Air susu tiada dalam masa beberapa hari selepas bersalin, justeru bayi perlu diberi FM
    • Bayi perlu diberi minum air masak untuk elakkan dia dahaga
    • Wanita hamil wajib menghentikan penyusuan
    • Menyusu botol lebih mudah berbanding menyusu badan terutama bagi ibu bekerja
    • Ibu perlu mencuci puting (nipple) setiap kali menyusukan bayi
    • Susu ibu boleh membuatkan bayi cirit birit
    Bagi rakan2 yang mempunyai pandangan, sila berikan ulasan berdasarkan mitos di atas. Mungkin ada lagi  senarai mitos yg tercicir, boleh dikongsi bersama.

    Saturday, July 3, 2010

    Puting luka (cracked nipple)

    Bagi ibu2 yang baru lepas bersalin terutama ibu muda, mereka mungkin mempunyai masalah dimana  nipple boleh terluka @ melecet terutamanya sewaktu mula2 belajar nyusukan anak. Ia disebabkan cara pelekapan yang tidak betul sewaktu menyusukan bb.
    kesemua gambar hiasan hasil carian goggle

    Apa yang perlu kita lakukan ialah:-
    • Memeriksa kedudukan bb dan cara dia menyusu 
    • Menukar posisi setiap kali menyusukan anak
    • Sapukan air susu di 'nipple'  dan biarkan ia kering
    • Sapukan krim untuk merawatnya - boleh dpt d hosp @ farmasi cont; bepanthen. - kena cuci bersih sblm nyusukn bb
    • Dapatkan LDR -'let down reflex'  terlebih dahulu sblm nyusukn bb spt; getelkn puting, pam sekejap bagi elakkn bb menghisap dengan kuat 

    • Menggunakan 'nipple protector' semasa menyusukan bb 
       

    Friday, July 2, 2010

    HIV/AIDS

    Sebagaimana yang kita sedia maklumkan, sekarang ramai di antara kita rakyat Malaysia yang telah disahkan positif HIV/AIDS, lebih menyayat hati ialah kelahiran anak2 yang terpaksa menerima hukuman akibat perlakuan kedua ibubapanya.

    Hakikatnya, mereka tidak berdosa dan janganlah kita sisihkan lantaran status  penyakit yang sedang dihidapi  kini, mereka juga perlukan kasih sayang, perhatian dan teman2 sepermainan bagi membantu proses pembesaran sebagaimana anak2 yang lain.

    HIV/AIDS dapat disebarkan melalui  cecair badan:
    • Perhubungan seks tanpa kondom
    • Penerimaan darah yang tercemar
    • Perkongsian jarum suntikan dadah
    • Dari ibu ke anak semasa mengandung/kelahiran/menyusu
    PERLU DIINGAT:- 

    HIV/AIDS tidak boleh disebarkan sekadar melalui:
    • Perciuman atau berpeluk
    • Pergaulan harian di tempat awam seperti di sekolah atau tempat kerja
    • Makan di restoran atau membeli-belah di pasaraya
    • Berenang di kolam renang awam
    • Gigitan nyamuk atau serangga lain
    Ini adalah disebabkan, 'Human Immunodeficiency Virus  - HIV'  ini tidak boleh hidup diluar daripada badan manusia.

    Thursday, July 1, 2010

    Keputusan 'SYAFIQ GIVEAWAY 2010'

    Terima kasih buat teman2 yang telah join 'Syafiq Giveaway 2010'  sempena menyambut kelahiran anak sulungku  yang ke 14 tahun pada hari ini 1 Julai 2010. Amat diharapkan agar tiada  nama yang tercicir pada senarai list ini.

    Sebagaimana yang telah dijanjikan, maka hari ini  diumumkan 3 orang  pemenangnya. Mereka yang bertuah (cam le hadiah ni mahal sangat!!!!!)  ialah :-

    Tapi sebelum tu, jom kita tengok prosesnya dari mula hingga akhir, ia dibantu dek anak daraku, Nur

    cabutannya dilakukan oleh tuan punya giveaway pagi ini...
    no. yang bertuah ialah;
    ( i )

    ( ii )

    ( iii )

    Jom , mai kita lihat blog siapa pemilik no. ini..

    1_2 imaan09






    2_2 kasehku-hidupku


    3_2 inahasan



    4_1 diraummiwalidcontestgiveaway -nia



    5_2 rosilahi



    6_2 syu-zana



    7_2 usharapa



    8_2 ezurin



    9_2 izacute



    10_2 ogy



    11_2 khazinatulhumaira (KhazanahIllahi)



    12_2 ady-shariz



    13_2 cicakgirls



    14_2 sofiah-andaikutahu (SoFiaHB)



    15_2 sarah-rinduselalu



    16_2 segalanyerkuterima



    17_2 inasepi



    18_2 gewecun-myhime (mama hannah)



    19_1 loveblogcontest (shidasyakirin)
    20_2 zaiikulim
    21_ 2 anin
    22_2 blogjuniza
    23_2 ayuayu101
    24_2 nurnuha-shakila
    25_2 mama Zarfan
    26_2 myprecious07 (mama)
    27_2 ayuarjuna
    28_2 rosrusli
    29_2 inisuatucerita -As
    30_2 bicaramataku -fa-10
    31_2 whatrudoin-gaentries (Izzatul Iman)
    32_2 along-nidar (nida)
    33_1 fromsilibukanwithlove (Kak Hema)
    34_1 uberclever (Mr Yadayadayada)
    35_2 embunmenitis-yaya
    36_2 90home 









    37_2 taufidris
    38_2 ummuabdullahdanhajar
    39_2 nurulhotstuff
    40_1 anakabuya (ummu-ishak)
    41_2 ejanblog (mamalyna)
    42_1 fasyafrina (Asya)
    43_2 versus-all (ummyalesya)
    44_1 ciknadyana (nadya)
    45_2 familisumberinspirasiku (mama fahmi)
    46_2 ummi sofiyyah
    47_2 neaflerida
    48_2 bungacokelat

    Adat bertanding,  pasti ada menang dan kalah,  kepada anda yang berjaya, tahniah diucapkan,  (buat pemenang adalah di mohon berikan nama, alamat dan no. telefon secepat mungkin  bagi memudahkan proses penghantaran hadiah. Insya Allah, ia akan sampai selewat-lewatnya 2 minggu dari tarikh ini)

    Buat teman yang lain, ampun maaf dipohon jika ada kekurangan dan kelemahan.  Insya Allah, kita berjumpa lagi pada GA di lain masa dan ketika . Wassalam... 
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
     
    COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink