Followers

Friday, December 31, 2010

yeay.. dapat rose, terima kasih "Secubit Garam'

Dapat sekuntum bunga rose pemberian K.Nor pemilik laman SECUBIT GARAM sebagai tanda penghargaan beliau diatas sokongan kami rakan2 blogger

Sebagai pengetahuan semua, blog Secubit Garam banyak  mengisahkan dunia masakan, ada pelbagai pengkongsian resepi, petua dan sebagainya, sehingga ke saat ini, pengikut laman 'secubit garam telah mencecah sebanyak 1006 pengikut, wow.. ramai tu

Ok K.Nor, saya ambil rose yang berkaler putih, terima kasih banyak2..lain kali nak lagi

Thursday, December 30, 2010

esok cuti umum

Alhamdulillah, PM mengumumkan esok 31.12.2010 merupakan cuti umum sempena kemenangan pasukan Malaysia semalam, bestnya, nampaknya hari ini merupakan penutupan pelbagai akaun, laporan dsb,  penat sikit xper, janji esok boleh tergolek2 ngan Alya.

Thursday, October 28, 2010

Tangani Obesiti si Kecil

Anak obes berdepan pelbagai risiko kesihatan termasuk tekanan darah tinggi, kolesterol tinggi dan tahap lemak dalam darah abnormal, penolakan insulin dan diabetes jenis dua, hati dan pundi kencing terjejas serta kemurungan.

Risiko Masalah lain yang turut menjejaskan kehidupan seharian mereka termasuk sering tercungap-cungap, gelisah atau masalah tidur, kelihatan lebih berusia atau lebih dewasa sebelum usia (kanak-kanak terlebih berat mungkin lebih tinggi atau cepat matang dari segi seksual berbanding rakan sebaya). Bagi kanak-kanak perempuan pula, mereka berhadapan masalah gangguan kitaran haid dan masalah kesuburan.

Di Malaysia, masalah itu tidak terkecuali apabila semakin ramai kanak-kanak ‘dibiarkan’ obes akibat sikap ibu bapa yang tidak prihatin soal pemakanan anak-anak. Bayangkan, si kecil yang didedahkan dengan makanan segera yang mengandungi banyak lemak pada usia awal lagi.

Kanak-kanak Melayu berusia 7 hingga 12 tahun misalnya, menjadi kumpulan terbesar atau 67 peratus yang bermasalah obesiti di Semenanjung Malaysia berbanding kumpulan etnik lain.
Hasil dua kajian oleh universiti tempatan menunjukkan 23 peratus kanak-kanak Cina dan 10 peratus kanak-kanak India mengalami masalah lebihan berat badan dalam lingkungan usia sama.

INFO:

  • Seawal usia kehamilan hingga setahun
    Susu ibu bantu cegah masalah berat badan dan bayi yang menyusu lebih berupaya kawal pengambilan makanan.

  • Usia dua ke enam tahun
    Sesuai memulakan tabiat pemakanan yang baik. Bantu anak membentuk pemilihan makanan dengan pengenalan kepada pelbagai jenis makanan yang sihat. Galakkan juga mereka untuk aktif bersukan.

  • Usia 7- 12 tahun
    Galakkan mereka dengan aktiviti fizikal. Jika tidak menyepak bola di padang, berjalan-jalan atau bermain di laman sudah memadai.

  • Usia 13 ke 17
    Remaja gemarkan makanan ringan dan segera. Namun, hadkan kepada tiga bulan sekali, andai mereka benar-benar mahukannya. Didik mereka hargai makanan sihat selain babitkan mereka dalam usaha menyediakan makanan sihat bersama-sama di rumah.

  • Kurangkan masa menonton televisyen, komputer atau bermain komputer. Jangan biasakan mereka makan sambil menonton televisyen. 

  •  
    Info:  bh online


    Sunday, October 24, 2010

    Kesan kanser payudara lelaki lebih parah

    Dalam Kolum Kesihatan Utusan Malaysia hari ini membincangkan berkenaan Barah Payudara di kalangan kaum lelaki,   jangan ingat lelaki boleh bebas 100% daripada kanser yang paling ditakuti di kalangan kaum kita ye.. justeru itu langkah berjaga2 perlu diambil oleh semua orang tanpa mengira jantina
    Di antara info menarik untuk di kongsi bersama ialah:-
    • Kebanyakan kanser payudara yang menyerang lelaki kesannya jauh lebih buruk. Ini kerana ia akan menular kepada organ lain dengan cepat sehingga membawa kematian. 
    • Walaupun jarang berlaku, kanser payudara yang menyerang golongan lelaki adalah lebih berbahaya kerana sel kanser itu lebih agresif berbanding sel kanser yang menyerang golongan wanita.
    • Pemeriksaan saringan mamografi hanya dilakukan untuk wanita sahaja. Ia merupakan kaedah unggul untuk mengesan kanser payudara di peringkat awal, di mana kanser itu belum disedari oleh wanita tersebut. Mamografi boleh mengesan kanser payudara satu tahun lebih awal sebelum wanita tersebut mendapat sebarang sindrom atau tanda-tanda.
    • Kanser payudara lelaki berlaku pada bahagian tisu payudara, sebarang keganjilan pada payudara lelaki merupakan simptom utama mereka menghidap kanser. Biasanya mereka akan merasa benjolan atau ketulan di belakang puting susu (nipple) dan payudara akan membesar sebelah (gynaecomastia). Lelaki tersebut juga akan mengalami pengeluaran cecair dari puting, perubahan warna kulit di payudara atau puting susu tertarik ke dalam.
    • Pengesanan melalui ujian Ultra Sound dan Ujian Biopsi 
    • Kanser payudara lelaki merebak melalui salur limfadan salur darah. Sama seperti kanser payudara wanita, sekiranya penyakit dapat dikesan di peringkat awal, harapan untuk sembuh adalah tinggi.

    Monday, October 18, 2010

    Kanser payudara banyak di pedalaman Kelantan

    Akhbar hari ini melaporkan bahawa ramai penduduk di kawasan pedalaman Kelantan mengidap Kanser Payudara, aku percaya bukan wanita di Kelantan sahaja yang berisiko mengidap kanser ini tetapi kesemua wanita Malaysia adalah berisiko.

    Sekali lagi aku mengharapkan kepada semua teman2 supaya membuat pemeriksaan sendiri payudara setiap bulan dan bagi wanita yang berusia 35 tahun ke atas perlu menjalani ujian mamogram. secara berkala .

    Untuk makluman semua, di Kelantan terdapat sebuah Klinik LPPKN yang bertempat di Kota Bharu ada menyediakan Program Subsidi Ujian Mamogram dan mereka akan  merujuk kes ini untuk ujian mamogram di HUSM, Kubang Kerian.

    Laporan hari ini:-

    KOTA BHARU: Barah payudara, pembunuh utama golongan wanita kini dikenal pasti aktif menyerang golongan itu yang tinggal di kawasan pedalaman Kelantan.

    Pengarah Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Datuk Dr Zaidun Kamari, berkata statistik mencatatkan hampir 70 peratus kes barah payudara menyerang wanita di luar bandar atau pedalaman negeri itu.

    "Meskipun begitu ramai belum menyedari kepentingan untuk mendapatkan rawatan segera di hospital kerana takut terhadap pelbagai risiko dan stigma negatif yang diterima daripada individu yang tidak berkenaan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Laman Blog Bagi Pusat Sumber Kanser Payudara, di sini, hari ini.


    Friday, October 15, 2010

    Bajet 2011 - antaranya ialah bantuan khas kewangan RM500.00

    Bajet yang sedang dibentangkan, antara lainnya menyebut:-
    • Cuti bersalin dilanjutkan 60 hari ke 90 hari (pilihan) - maksimum 300 hari sepanjang perkhid.
    • Memansuhkan PTK untuk penjawat awam mulai 2011
    • Bantuan Khas Kewangan RM 500 kpd penjawat awam (akan diberikan pd Dis. 2010)- Alhamdulillah
    • Bantuan mengurus jenazah juga dinaikkan RM 1000.00 ke RM 3000.00

      Lagi kes bayi mati di jaga pengasuh

      Pagi ni dikejutkan oleh laporan mengenai kematian seorang lagi bayi lelaki berusia 5 bulan semasa berada di dalam jagaan pengasuh dipercayai terjatuh @%$&*^%*@&^%$!!!!!

      Difahamkan, pengasuh yang menjaga arwah turut menjaga empat kanak-kanak lain termasuk dua kembar selain empat anaknya sendiri.


      Takziah kepada keluarga mangsa. Al-fatihah
       
      laporan: hmetro.com

      Wednesday, October 13, 2010

      Pil perancang tidak jejas kesuburan

      PIL perancang lazimnya tidak mengurangkan kesuburan seseorang selepas pemberhentiannya. Lazimnya ovulasi dijangka datang semula dalam masa enam bulan pil ini dihentikan pengambilannya. 

      Untuk kepastian, anda boleh berjumpa doktor sakit puan untuk pemantauan pembesaran folikel (kantung) telur di dalam ovari. Jika folikel telur ­membesar mengikut ­jangkaan, maka benar pil perancang tidak menyebabkan kesuburan anda terganggu.

      Rujukan Harian Metro :
      soal jawab pakar sakit puan;  Dr. Adilah Ahmad

      Tuesday, October 12, 2010

      pengumuman

      Dimaklumkan. keputusan Alya 1'st bday GA telah diumumkan pada 1 Oktober 2010,  hg kini, masih ada seorang pemenang yg blum mmberi m/balas.

      pls, sila berikan maklumat yg dikehendaki sblm 21.10.10

      Maklumat lanjut, sila rujuk SINI.

      Monday, October 11, 2010

      Penyakit Jantung Kongenital

      Penyakit Jantung Kongenital (CHD)

      Biasa disebut jantung berlubang, CHD berlaku apabila terdapat kerosakan pada struktur jantung dan saluran utama sejak bayi di dalam kandungan lagi. Banyak jenis kerosakan jantung berlaku, kebanyakannya sama ada menghalang aliran darah dalam jantung atau saluran berhampiran dengannya atau menyebabkan darah mengalir dalam jantung pada arah yang berlawanan.

      Menurut Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, satu dalam setiap 100 bayi yang lahir di negara ini berkemungkinan mengalami masalah jantung.

      Dengan purata 500,000 kelahiran setiap tahun, dianggarkan 5,000 bayi di Malaysia berisiko menderita sakit jantung kongenital setiap tahun.

      Secara global pula, insiden penyakit jantung kongenital di kalangan bayi yang baru dilahirkan berlaku antara empat hingga sembilan setiap 1,000 kelahiran. Justeru setiap tahun, terdapat hingga 1.5 juta kes seluruh dunia.
      Menjelaskan lebih lanjut mengenai keadaan itu, Konsultan Pediatrik dan Pakar Kardiologi Pediatrik dari hospital yang sama, Dr. Lim Miin Kang berkata, CHD merupakan penyakit yang disebabkan warisan (genetik) dan juga persekitaran.

      “Jika ibu atau bapa mempunyai sakit ini, bayi yang dilahirkan mempunyai risiko 10 peratus mengalaminya,” katanya.

      Selain itu katanya, faktor persekitaran antenatal termasuk jangkitan ketika mengandung (rubella), pengambilan alkohol atau dadah tertentu dan penyakit seperti kencing manis dan SLE turut menyumbang kepada permasalahan.

      Bagaimana ia dikesan?

      Dr. Lim menjelaskan bayi yang mengalami kecacatan jantung boleh dikesan ketika di dalam kandungan (bagi kes major) dan juga ketika dilahirkan (kes minor).

      “Ujian ultrasound ketika ibu sedang mengandung mampu mengesan sebarang keganjilan pada denyutan jantung. Ia boleh dikesan seawal usia empat bulan,” katanya.

      Menghurai lebih lanjut, beliau berkata, rentak normal jantung adalah “lup dup” dan jika ia berlainan seperti “lup cup”, bererti terdapat kecacatan pada jantung tersebut. 

      Jelasnya lagi, bayi CHD dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu bayi biru dan tidak biru (blue dan non-blue baby).

      “Bayi tidak biru menghadapi masalah lubang pada jantung atau masalah dengan injap atrial. Jenis yang paling banyak ditemui adalah kecacatan septal ventrikular (VSD) dan atrial septal defect (ASD).

      “Bayi biru pula mempunyai masalah halangan yang menyekat pengaliran darah ke paru-paru (tersumbat),” ujarnya.

      Antara simptom yang biasa ditemui dalam kes kecacatan jantung kongenital adalah;

      * jantung berbunyi (murmur)
      * cyanosis (biru di badan atau muka)
      * kesukaran menyusu
      * nafas kencang
      * berat badan tidak bertambah secara normal
      * pendarahan

      Dr. Lim berkata, jika ibu bapa mendapati anak mereka mempunyai simptom yang dinyatakan, dinasihatkan membawa ke klinik berhampiran dengan segera untuk pemeriksaan. Jika terdapat kemungkinan masalah jantung major, bayi tersebut memerlukan pembedahan segera.

      Dr. Lim menyatakan terdapat beberapa ujian yang dapat dijalankan untuk menentukan jika bayi atau kanak-kanak mempunyai masalah jantung.

      Ujian ECG (electrocardiogram) katanya, akan dijalankan untuk memantau denyut jantung dan menentukan sama ada ia normal atau sebaliknya.

      “Imbasan sinar-X dada juga mungkin dilakukan untuk melihat jika jantung membesar (bengkak) atau mempunyai masalah paru-paru. Ujian echocardiogram (ultrasound jantung) pula dapat mengesan beberapa kecacatan struktur jantung,” jelasnya.

      Thursday, September 30, 2010

      Perhatian

      Sukacitanya dimaklumkan (cewahhh, cam surat rasmi le pulak!!)  Alya 1'st bday Giveaway secara rasminya ditutup lebih awal  (iaitu 1 jam 10 minit) mulai  SEKARANG bagi memberi laluan untuk cabutan undi (sementara Si Alya dan Nur masih berjaga, maklum le dorang yang akan melakukan cabutan undi malam ni, nnt lambat lak keputusannya.

      Insya Allah.. seawal pagi esok (sebelum pergi kerja) @ selewat2nya tengahari - masa rehat, keputusannya  bakal diumumkan dan penghantaran hadiah akan dilakukan sebaik sahaja mendapat maklumat daripada para pemenang.. O'oooo, cam le adiah ni mahal, kuang3x, tapi inilah seadanya) 

      Kemungkinan besar tiada gambar yg dapat dirakamkan sepanjang proses cabutan undi nanti, maklum le.. memori card ada sikit masalah - iyalah, iapn nak duit le tu...,  Keputusan adalah muktamad, sebarang bantahan tidak diterima.. (kiranya paksa rela, kejaaamkah aku????)

      update Alya 1'st bday giveaway

      Sekejap je masa berlalu, 'Alya 1'st bday giveaway' hampir kepenghujungnye.. errrmmmm, x sampai 12 jam dr skrg, bg teman2 yg masih belum join, masih lg ada masa dan anda dijemput menyertainya..

      Lagi kes bayi mati dirumah pengasuh

      Entah le, dalam seminggu dua ni, kerap kali dilaporkan mengenai kematian bayi kebanyakannya berusia dalam lingkungan 3 bulan samada dirumah pengasuh mahupun TASKA. Mulalah terasa takut dan ngeri nak tinggalkan anak kesana tapi nak tak nak terpaksa juga demi kerjaya dan niat ingin meningkat ekonomi  keluarga.

      Laporan hari ini DISINI mengesahkan mengenai kematian seorang bayi di rumah pengasuh semalam. Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengetahui punca kematiannya.

      Takziah buat keluarga mangsa

      Friday, September 24, 2010

      Mertua dibelasah menantu

      Adakah patut menantu membelasah mertuanya selepas berang kerana dianggap campur tangan dalam hal ehwal rumah tangganya sebagaimana yang di laporkan DISINI??  


      Teruk betul ye zaman sekarang ni, rasa hormat terhadap mertua sudah terhakis. Cuba bayangkan ibu mertuanya telah  ditendang perutnya tanpa belas kesian serta ditumbuk sehingga hidungnya berdarah.

      Pergaduhan suami isteri (menantu dan anak pompuan)  itu adalah berpunca si suami gagal mendapatkan wang berjumlah kira-kira RM10,000 yang dikatakan untuk menjamin seorang saudaranya yang ditahan polis. 


      Errrrrmmmm, tak pasal2 si menantu td kena masuk lokap dan pastinya perlukan wang untuk jaminan. Adakah ibu mertua tadi sanggup  menjamin menantu atas alasan sayangkan anaknya?? 


      nota: kalau aku??   lebih baik le tak  punya laki kalu gini  peelnya!! x sanggup di sepak terajang dek laki yg panas baran.

      Mati tercekik susu

      Adoooooiiii, hari ni ada lagi berita mengenai kematian seorang bayi berusia 3 bulan akibat tercekik susu di rumah bs sebagaimana yang dilaporkan oleh bharian

      ntah le.. boleh dikatakan setiap hari ada aje kes sebegini dilaporkan di media massa.. . moga kejadian seperti ini tidak lagi terjadi dikalangan keluarga kita semua. Amin

      Thursday, September 23, 2010

      Maut leher tersepit di meja lipat

      Ya Allah, lagi kejadian malang telah berlaku di mana seorang  budak berusia 5 tahun maut selepas leher tersepit pada meja lipat hingga menyebabkannya pengsan akibat sukar bernafas sebelum disahkan meninggal dunia sebagaimana yang dilaporkan oleh hmetro 


      Kadang2 kita terlupa bahaya ada di sekeliling dan persekitaran kita dan perkara yang tidak dijangka2 boleh terjadi bila2 masa sahaja. Awasilah anak2 bermain.


      Takziah buat keluarga mangsa.

      Wednesday, September 22, 2010

      Mati tertelan pen

      Patut le hubby beriya2 menghalang anak2 kecil terutamanya Alya memegang pen, sikat rambut dan benda2 lain yang boleh dianggap merbahayakan diri mereka. 

      Berdasarkan pengalamanku sebelum ini, pernah juga berlakunya kes di mana seorang pelajar perempuan peringkat sekolah menengah tertelan jarum peniti 16 tahun yg lepas iaitu semasaku sedang menjalani praktikal dan terpaksa dilakukan pembedahan untuk membuangkannya..
      HMetro hari ini melaporkan seorang murid tahun empat  dipercayai mengulum pen sebelum secara tiba-tiba besi hujung depan pen berkenaan dikatakan tercabut dan memasuki saluran pernafasannya menyebabkan dia rebah sehingga mengejutkan rakan sekelas lain.  Kadang2 perkara yang tidak disangka boleh terjadi secara tiba2..

      Ucapan takziah kepada keluarga MOHD HAMIZAN 

      Tuesday, September 21, 2010

      Alya 1'st bday giveaway

      Up date 'Alya 1'st Bday Giveaway'.

      Untuk makluman semua..

      GA ini akan berakhir tidak lama lagi iaitu pada 30 September 2010
      Untuk maklumat lanjut, SILA KE SINI.. 

      Buat teman2 yang telah menyertai GA ini, diucapkan berbanyak terima kasih dan amat diharapkan moga kalian dapat membuat penyemakan senarai pada sebelah kanan laman ini..

      Jika ada diantara nama blog kalian yang tiada di dalam senarai berkenaan.. harap dapat dimaklumkan dengan kadar segera.

      Moga jalinan persahabatan kita terus kekal di alam maya.. sayaaaaaang semua!!!

      Bayi 3 bulan mati semasa di dalam jagaan TASKA

      Seorang bayi perempuan berusia tiga bulan meninggal dunia selepas dihantar ibu bapanya ke sebuah pusat asuhan kanak-kanak  semalam. Mangsa ditemui pengasuhnya di dalam keadaan  sejuk dengan seluruh tubuhnya kebiruan dalam buaian di pusat asuhan terbabit.

      Selain daripada itu terdapat beberapa kesan lebam di tangan dan hitam di kedua-dua telinga turut dilihat pada bayi berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

      Takziah kepada keluarga mangsa, tabahkan hati hadapi ujian ini..


      Musim 'Malware' ke karang ni???

      Rata2 ramai rakan blogger mengeluh apabila byk laman yg ingin dilawati terkena jangkitan 'Malware'. Gitu gak ngan aku, x terkecuali.

      Langkah yang paling selamat ialah terpaksa membuang url yg telah terkena jangkitan buat sementara waktu keatas laman2 kesayanganku.. maaf ye teman2 kerana terpaksa mengambil tindakan ini.. Antaranya ialah:

      • e-nawanisfan (maaf ye ena.. TERPAKSA).. kesekian kalinya akak x leh lawat ke sana (salah satu laman yg sering dilawati)
      • Syawalsimpsons (mohon maaf)
      • Terbaru ; mamayangcekal (Maafkan akak ye along...)
      Mungkin laman ini pn bermasalah jugak. huwaaaaa!!!
      Kesekian kalinya terpaksa minta pertolongan SYA untuk membuang file yg ada masalah ini.. tk sya.

      Insya Allah, setelah semuanya telah pulih, kesemua url tersebut akan dikembalikan ke sini.

      Sunday, September 19, 2010

      Azab pembantu rumah

      gambar  Harian Metro

      Tak tau le apa nak jadi skrg ni, bleh dikatakan stiap hari kita dikejutkn dek berita yg penuh  tragis, agaknya nilai2 kemanusiaan sudah lebur diati memasing..

      Terbaru ialah kisah seorang pembantu rumah Indonesia (mereka juga insan biasa, merantau mencari rezeki untuk keluarganya di kg) yg tidak pernah dibayar gajinya sejak 7 bulan lalu, dia  telah didera menggunakan seterika panas, dipukul di kepala dan disiram ngan air panas serta dirogol beberapa kali oleh majikannya. Ya Allah, betapa zalimnya mereka ini..

      Nak tahu lebih lanjut seperti yang di laporkan oleh Harian Metro, JOM KE SINI

      Friday, September 17, 2010

      Pelakon/pelawak M.Rajoli meninggal dunia

      carian google
      Kita telah dikejutkan oleh kehilangan seorang pelakon/pelawak serba boleh iaitu M.Rajoli pada usia 65 tahun akibat penyakit kanser di kelenjar otak (lymphoma) pada 17.09.10 lebih kurang jam 10.45 mlm di Hospital Ampang dan dikebumikan di tanah perkuburan Kg. Datuk Keramat sblm zuhur 18.09.10.  

      sumber Berita Nasional TV1  jam 8 mlm. 
      errrrmmmmm, berlakunya kesilapan teknikal, harap maaf

      Moga Rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman.  Al-fatihah

      alim kucing

      Terkini, terdapat sekumpulan empat pakar pukau didalangi seorang wanita berusia lewat 30-an dikesan bergerak aktif di sekitar pasar raya di ibu kota untuk memerangkap mangsa, sejak sebulan lalu sebagaimana dilaporkan oleh Harian Metro.

      Hai, macam2 cara yg digunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan menipu dan mendapatkan duit, apa2pun kita perlulah berhati2, ingatkan di zaman moden ni pukau memukau dah xder lagi...


      Wednesday, September 15, 2010

      Lagi bayi perempuan ditemui ditangga rumah

      errrrrm, ingatkan dimusim perayaan ini, masalah pembuangan bayi tidak lagi terjadi, malangnya, hari ini kita dikejutkan dek satu berita yang agak mengecewakan sebagaimana yang dilaporkan Harian Metro..

      Maklumat lanjut,  Bayi perempuan ditemui ditanggarumah

      Thursday, September 9, 2010

      Selamat Hari Raya Aidilfitri

      Buat teman yang berkunjung ke sini, diucapkan 'Selamat Hari Raya - Maaf Zahir Batin'..

      Mungkin ada diantara tulisan saya dilaman ini yang telah menyinggung perasaan teman semua tanpa disedari.

      nota: Terpaksa menyepikan diri beberapa hari sblm ini  dan akan dtg sbb tenet kat umah ada masalah, ntah dimana silapnya.. (call 100 tp sampai kini masih blm antr wakilnya. ermmmmmm,  janji tinggal jnji. hai apalah nasib, udah dekat nak raya, tenet dan astro wat hal serentak pulak tu, cam janji2.. toloooooong!!!!!

      Saturday, September 4, 2010

      Vaksin MMR

      Alhamdulillah, Alya telahpun diberikan suntikan vaksin MMR (measles, mumps, rubella) semalam setelah 1/52 lebih tertangguh. Sepatutnya setelah anak mencapai umur setahun, dia  perlu mendapatkan suntikan tersebut.

      Alya seorg anak yg kuat, sikitpn tak nangis mlh makin ligat aktifnya. Semua peralatan perubatan spt stetoskop dsb di Klinik Desa mau dicapainya.  (pergi ke KD je biarpn trletak diluar kaw.  sbb jika di  KKIA  clien terlalu ramai tamb. lak  masa x mengizinkan ntk  kuar pej. lama2 di awal bulan.

      errrmmmm, 5 bulan tanpa 'routine check up' (jika org awam, udah lama daa kena lawat dek misi ke rumah tp sbb kita ni seangkatan dgnnya maka...... huhuhu, -    jgn jadikan ini sbg cont.!!! ),  Berat badannya  8kg, berada di garisan normal. Yalah, bagi anak yang mendapat susu ibu, berat badannya meningkat secara perlahan dan anak jarang2 obese tamb. lak si Alya aktifnya sepanjang masa, langsung dia x leh dok diam.. asik berkwt je kejenya sejak dua menjak ni.. aku x kisahpn jnji dia sihat dan cergas!!

      Info mengenai MMR

      Vaksin MMR tidak boleh diberikan jika anak di bawah umur satu tahun tetapi vaksin tunggal campak (measles) sahaja boleh diberikan ketika anak berusia enam bulan seperti yang diamalkan di Sabah. Selain suntikan MMR pada umur satu tahun, satu lagi suntikan booster MMR akan diberikan ketika anak mencapai umur tujuh tahun (Tahun satu).

      Walaupun vaksin MMR adalah untuk kanak-kanak berumur di antara satu hingga tujuh tahun, ia juga diberikan kepada   kumpulan berumur satu hingga 15 tahun. Ini berikutan terdapat sebilangan pelajar yang tidak hadir ke sekolah pada hari suntikan vaksin MMR, dan ketinggalan dos vaksin yang sepatutnya diambil.

      KKM mengambil langkah memberi suntikan tersebut bagi mengelakkan kematian atau kecacatan akibat demam Campak., penyakit Rubella dan  Mumps (beguk).

      Rubella dahulu hanya diberikan kepada kanak-kanak perempuan tetapi kini digabungkan bersama (MMR) untuk lelaki dan perempuan untuk mencapai imuniti berkelompok.

      Imunisasi adalah hak kanak-kanak untuk melindungi mereka daripada penyakit berjangkit yang sepatutnya boleh diatasi menggunakan vaksin.

      Thursday, September 2, 2010

      Award dan Tag dr. KasehKu Hidupku - Lynd

      Errrrrrrmmmmmm, ari ni terima award dan Tag drp Lynd, cam x ikhlas je.. huhu, tak le!! cuma penat kit n mood nak berblog agak merundum. tk byk2 ye Lynd..

      Apa yang sedang bermain di fikiran sekarang?
      Bantal kt maner?? kalu boleh nak tido awal kit sbb smlm cuma dapat tido dlm 3-4 jam je

      2. Apakah nama samaran anda?
      Nama glemer kni tntunya umialya (sempena seorg ibu kpd bb bernama Alya, biarpn punyai anak yg ramai tp sbb kiranya dia yg 'BONGSU', byk le kelebihannya.
      Anak2 buah memanggil m/cik tni @ cik tni w/pun anak bongsu dlm adik beradik 9 org,
        eh, tak le, 8 org je (yg peliknya abg  lak dorang panggil Pakcu.. huhu)

      3. Berikan 3 orang yang anda sayang
      arwah kedua ibubapaku dan arwah anak - syahmi
      suami dan anak2
      adik beradik (udah lebih drp 3 org daaaaa, apalah, x fhm soklan)

      4. Panggilan untuk si dia
      abah (terikut anak2)

      5. Hadiah yang diimpikan oleh orang yang teristimewa
      x pnh bermimpi adiahnya sbb dia bukannya sorang yg 'romantik'

      6. Blog yang anda suka visit
      semua teman di alam maya yg sudi menghulurkan tali persahabatan

      7. Taggedkan kepada :
      memandangkan ramai dah yg kena tag..  mungkin boleh bg kat :-

       (ena tlg ambik ye, xtau naper.. akak x leh lepas sempadan nak melawat ena (xder pass kot!!  nnt cuba lg d lain masa)

      dan semua teman yang singgah kesini, sila ambik le ye

      Stress di tempat kerja

      Anda stress?   Aku?  memang stress kini tapi ubat yang paling munjarab ialah nyusukan Alya dan melayan kerenahnya yang sering mencuit ati, tambahan sejak dia mula berjalan, aku suka sangat tengok gelagatnya yg suka angkut pelbagai barangan rumah ke hulu dan ke hilir.

      Bangun je tido, dia memulakan operasinya menjelajahi rumah, terkedek2 hgkan hubby pernah berkata, rindu nak melihat Alya merangkak, jgn mimpi le ye.. dia sedang berlatih kawat krg ni, mlm td jam 12t/mlm masih ngajak ummi bermain2, dia x kasi ada ruang kosong diminda ummi, sayaaaaaang Alya!!!! 

      Ada beberapa faktor yg mungkin boleh menybbkn kita stress.. nak tahu?? jom, kita baca senarai dibawah, mgkn ada salah satu / dua/separuh/ hampir kesemuanya..

      Jika sudah sampai separuh dan ke atas, jgn lengah2 lg.. lebih baik  dptkan kaunseling drp mereka yg bertauliah. (4/14 - ok le tu, normalkaaan!!!)
      • Semua kerja perlu segera -kesuntukan masa- dorang blm antar2 laporan peringkat daerah, kena compile dan siapkan selewatnya esok.. cepat le!!!!!
      •  Beban kerja berterusan (kronik) -kadang2
      •  Perbezaan persediaan tugas dengan ketetapan tugas
      •  Bebanan kerja kerana kuantitatif dan kualitatif  - yg ni paling stress buat masa kini
      •  Mengalami kebosanan di tempat kerja
      • Merasakan idea sendiri yang betul
      • Selalu salahkan orang lain
      • Rasa tidak sabar dan mudah meradang terhadap rakan kerja
      • Rasa tertekan dengan sikap ketua/ majikan- makin ari, makin x fhm, sabooor je le!!, kdg2 terfikir gak, seronoknya jadi staf bawahan, cuma perlu mengikut arahan tp gaji lak yg x sronoknya.. apa2pn, saya yg menjlnkn tugas.. ekekeke
      • Terlalu banyak atau terlalu sedikit kerja
      • Pertukaran dalam prosedur atau polisi
      • Tiada objektif jelas
      • Ruang atau persekitaran tempat kerja yang tidak selesa


      • Terlalu bosan dengan tugas akan membawa risiko ‘job burnout’,  tanda-tandanya:  
      ~ Bosan bekerja
      ~ Mengasingkan diri
      ~ Malas ke tempat kerja
      ~ Rasa pekerjaan tidak sesuai dan rendah tarafnya

      Tuesday, August 31, 2010

      Juadah berbuka campur wain


      Sekali lagi kita dikejutkan dengan laporan Akhbar HMetro hari ini mengenai sebuah restoran makanan barat di Subang Jaya dengan sengaja telah  mencampurkan wain masakan dan kicap beralkohol sebagai perisa tambahan bagi menyedap masakan kedalam bufet berbuka puasa. . 

      Pemilik restoran itu sewenang2nya memalsukan logo halal Jakim pada katalog menu

      Apabila melihat pendedahan sebegini kerap kali di media massa, lagilah bersemangatnya diriku memasak untuk famili biarpun penat dengan tugasan harian.

      Masakan ringkas xper, pokok pangkalnya terjamin kebersihan dsbnya. Fikir2kanlah..

      Monday, August 30, 2010

      Lagi bayi dibuang


      Hari ini kita dikejutkan dek  penemuan seorang lagi  bayi dalam beg kertas yang cukup sifat.
      sedihkan!!
       xder ke perasaan bersalah di hati naluri si ibu sehingga sanggup membuang zuriat sendiri?
      DAN
      xder ke penyelesalan di hari tua nanti jika ditakdirkan selepas ini si ibu tidak lagi dikurniakan cahaya mata ?
      Fikirkanlah!!!!!

      Sunday, August 29, 2010

      Mandi Wajib

      Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

      Asssalamualaikum, Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

      Mandi wajib yg betul

      Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

      Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

      Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

      Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

      Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.

      Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.

      Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.” Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.

      Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

      Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

      Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

      Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

      Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

      Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..


      Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah. Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

      Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

      Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

      Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

      Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik. Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

      Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

      Panduan Tambahan

      1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

      2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

      3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).

      4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

      5. Untuk tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

      6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

      Rahsia 13

      Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……

      1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

      2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

      3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

      4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

      5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.

      6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.

      7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

      8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.

      9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.

      10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

      11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

      12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.

      13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

      Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”

      Wassalam. “Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

      Thursday, August 26, 2010

      Apabila haid, adakah susu ibu berkurangan??

      Benarkan pengeluaran susu ibu boleh terjejas semasa 'haid'?

      Hasilnya:
      • Hari pertama haid (25.08.2010) pengepaman ketika di pejabat sebanyak 2 kali iaitu jam 10.30pagi dan 4.00ptg, Hasilnya semalam: 10.5oz
      Hari kedua haid (26.08.2010) mengepam pada masa yang sama. Jam 10.30 & 4 ptg (1-2ptg, rehat)
      • Jam 10.30pagi - 7oz manakala 4.00ptg - 3oz, jumlah keseluruhan: 10oz, susut 0.5oz berbanding semalam.
      • Esok - blum dipastikan  lg mengepam sbb cuti, sepenuh masa bersama Alya
      Kemaskini
      • 30.08.10, jam 10.00pg - 5oz, 4ptg - 5oz. Jumlahnya 10oz, maintain
      • 01.09.10 (hari biasa), jam 10.30pg - 8oz, 4.00ptg- 3oz. Jumlahnya: 11oz, naik 1 oz, Alhamdulillah
      • 02.09.10, jam 11pg - 6oz, 5ptg (terlupa nk ngepam sbb bz teramat sgt.., so.. ambik masa dlm 10 min. sblm balik keje) - 5oz. Jumlah: 11 oz (Maintain)
      • 3.09.10, Jam 11pg - 6oz, 4.30pm - 4.5oz, Jumlah:10.5oz (susut 0.5oz)
      • 6.09.10 Jam 11pg - 70z, 4.30ptg - 4.5oz. Jumlah: 11.5oz (naik 1oz), mgkn semasa berbuka smlm ngn jantung pisang celur kot!!
      • 7.09.10 Jam 11pg - 6oz, 4ptg - 5oz Jumlah: 11oz (susut 0.5oz)
      • 8.09.10 Jam 10.30pg - 5oz, 4ptg - 5oz. Jumlah 10oz (susut lg 1oz)
      • 9.09.10 Jam 12t/hari - 9.5oz,  4ptg -   5oz. Jumlah; 14.5oz]
      • 14.09.10 10.30pg - 5oz,  4.30ptg- 5oz. Jumlah; 10oz
      • 15.09.10 11pg - 5oz, 4.30ptg- 5oz. Jumlah; 10oz
      • 17.09.10 9.30pg - 5oz, 11.30pg-3oz, 4.30ptg-
      Kesimpulan:  Kesemuanya bergantung kepada individu, perlu diingat, setiap daripada kita adalah berbeza. 
      ( Paras hormon prolaktin yg bert/jwb trhdap pngeluaran susuibu telah mengganggu kawalan hormon mnybbkn ibu2 menyusu mengalami gangguan haid samada ibu ketiadaan haid spnjng mnysukn anak @ stlh usia anak 6 bulan, mgkn juga ibu2 mengalami kitaran haid normal setiap bulan dan sebagainya. )

      Wednesday, August 25, 2010

      Hari ke 15 Ramadhan

      Waduuuuh, tengok dalam frozeen, stok EBM Alya makin menyusut, bukan apa, sejak 2 menjak ni.. aku malas semacam je nak bawa s3 ke pejabat, dek kesibukan (alasan!!!!!) yang membuatkan aku agak ngelat nak mengepam. Kadang2 terasa adanya LDR tetapi aku biarkan aje.. mulalah terasa RUGIIIIIIIIII yang teramat sangat.

      Terfikir jugak, aku sering menjadi tempat teman2 berkongsi pengalaman mengenai penyusuan, terasa bersalahpun ada, nasihatkan orang lain pandai tapi diri sendiri, makin hari makin culas nak mengepam.. mana boleh jadikan!!

      Sempena genapnya setahun kelahiran Alya semalam, maka mulai hari ini, aku akan bangkit dengan semangat yang jitu dan akan pastikan s3 sebagai peneman setiaku ke pejabat, Insya Allah, biar sesibuk mana sekalipun, . aku akan cuba luangkan masa seketika untuk aktiviti mengepam sekurang2nya 2 kali sehari di pejabat biarpun bukan setiap 2 jam sekali  seperti sebelum ini.

      Hasilnya pengepaman pertamaku pada  jam 10.30 pg tadi
      6oz shj

      Rehat jam 1 -  2 ptg,  nyusukan Alya secara terus.

      Kemaskini;
      Hasilnya pengepaman keduaku di pejabat jam 4.00 ptg 
      4.5oz

      Baru berkira2 nak 'up' stok, t/hari ni cik 'P' mai pulok!!!!!!

      Thursday, August 19, 2010

      Hasilnya setelah 9 hari berpuasa

      Alhamdulillah, inilah hasilnya mengepam  20 minit sebelum masuk waktu berbuka tadi, mulanya tak terfikirpun nak mengepam tp apabila menyusukan Alya seketika, tiba2 terasa LDR dan Si Omey ummi xmo lg menyusu.. terus je aku ambik storage bottle n S3, sambung partnya dan mula sessi mengepam sementara masih ada LDR.

      Sekarang ni bukannya mudah nak mengepam depan Alya, jeles semacam je ngan s3, ditarik2 dan digigitnya tube, kalau xpun dia akan duduk atas mesin tu.. Akhirnya aku mengepam sambil meriba dan bermain ngannya. Cuma yg ni je hasilnya iaitu 5 oz dalam masa 10 minit mengepam.. Alhamdulillah, masih lagi maintain biarpun usia Alya hampir mencecah setahun, juga tanpa dibantu oleh sebarang supplement.

      Tuesday, August 17, 2010

      Pemakanan Sihat Sepanjang Ramadhan

      Bagi ibu2 yang menyusukan anak / hamil, pemakanan seimbang perlu diambil sewaktu bersahur dan berpuasa, semestinya kita perlu mengambil makanan sebagaimana yang tertera di dalam 'Piramid Makanan' 


      Panduan kita mengenai zat makanan yang diperlukan dan contoh makanan yg membekalkannya

      • Kalsium: Susu dan Prodek tenusu, ikan sardin, ikan bilis, kacang dan produk kacang spt tempe, tofu, sayur2an spt bayam, kailan, brokoli, produk diperkaya kalsium spt susu tinggi kalsium, yogurt, bijirin, biskut dan nasi

      • Zat Besi: Kerang, ikan bilis, hati, daging tanpa lemak, ayam, telur, kacang kuda, tauhu goreng, pucuk paku peria, bayam dan kangkung

      • Iodin: Makanan laut spt kerang, ikan, telur, daging, susu dan produk susu, bijirin

      • Zink: Daging, ikan, kerang, kacang dan bijirin

      • Folat; Sayuran berdaun hijau, bendi asparagus, kekacang, produk bijirin dan hati

      • Vitamin A: Hati, susu, telur, buah2an kuning dan merah (mangga/betik), sayuran kuning dan merah (Labu/lobak merah) dan sayuran berdaun hijau

      • Vitamin B1: Yis, produk diperkaya vit.B1 spt roti, produk bijirin dan biskut

      • Vitamin B2: Kekacang, daging, telur dan susu

      • Vitamin B3: Daging lembu, ikan, ikan bilis, tepung gandum dan bijirin

      • Vitamin E: Minyak sayuran, kekacang dan bijirin

      Saturday, August 14, 2010

      Alya 1'st bday giveaway



      Sebagaimana yang dijanjikan sebelum ini, giveaway muncul kembali sempena genapnya 1 tahun kelahiran Alya pada 24 Ogos 2010 nanti.  

      Kali ini cuma seorang pemenang utama akan dipilih secara rawak DAN seorang pemenang misteri mungkin menjadi milik anda (tengah fikir2 'misteri tu nak kira kategori apa', huhu) - kiranya ada 2 orang pemenang nanti. 

      Hadiahnya akan difikirkan kemudian, mungkin sesuatu yang boleh dijadikan kenangan hasil percutian kami di hari minggu pada bila2 masa dan dimana2 jua.  

      Syaratnya  amat mudah  iaitu:-
      • Mestilah menjadi pengikut  (follower)  SAMADA  di  Coretan Peribadi  atau Diari Hidupku  atau  Contest @ GA only  (mengikut kesesuaian kalian, tiada paksaan ntuk menjadi pengikut bagi ketiga2  laman tersebut) - keputusan nnt akan d war2kan di ketiga2 n3 tersebut serentak..
      • Tambah salah satu Coretan Peribadi atau Diari Hidupku atau Contest & GA only  dalam senarai blog kalian.
      • Buat satu entry tentang giveaway ini dgn tajuk  "Alya 1'st bday giveaway'  dan jgn lupa COPY & PASTE gambar kat atas tu dan tempek pada n3 tersebut dan mana2 sudut dlm blog kalian.
      • Tinggalkan 'link' jika entry sudah siap supaya  tidak terlepas pandang  serta boleh lawat  nanti
      • Giveaway bermula pada saat dan ketika ini 
      • Tarikh tutup: 30 September 2010 @ 11.59malam..
      • Cabutan undi: keesokkan harinya. (Insya Allah)
      • Senarai pemenangnya akan diumumkan serta merta @ dalam masa seminggu selepas tarikh tutup  dan hadiahnya akan dikirim setelah mendapat maklumat drp pemenang
      Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
       
      COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink