Followers

Tuesday, September 25, 2012

Doa buat Soleh


Petikan dari pemilik Laman "Akak Nora Berkisah":
 
Dulu, akak nora menggegarkan beberapa blogger bukan fenomena ye..di mana akak nora berada dalam situasi yang sungguh sesak hingga tak mampu membeli susu Soleh.

Tapi kini, bukanlah akak nora nak minta bantuan wang. Tapi, kalau orang memberi akak menerima je bagi pihak Soleh.

Soleh akan menjalani ujian MRI pada 4 oktober untuk memastikan sama ada kemo ada kesan ke atas kuman kanser dalam tulang belakang soleh atau pun tidak.

Jadi..akak nora tetap akan berdoa..tak putus...bukan sahaja di tikar sejadah..tapi setiap kali menyentuh..memandang Soleh, akak nora pasti berdoa segala kebaikan dari Allah swt untuk dia.

Namun, akak nora mohon belas kasihan dari semua rakan-rakan yang sentiasa mengikuti kisah Soleh dari dekat atau jauh, doa anda tidak memerlukan wang tapi keihklasan dan ketulusan ingatan buatnya.

Doakan HILANG lah terus benda tu dengan izin Allah atau...berkesan positif nak hilang. Moga ada berita baik buat soleh kan...

Kita sama2 mendoakan kesejahteraan anaknya - Soleh, amin..

Monday, September 24, 2012

Penyusuan anak secara eksklusif

Ramai dikalangan ibu diluar sana yang keliru mengenai penyusuan anak secara ekslusif, ada di antara mereka menganggap penyusuan eksklusif jika anak2 disusukan dengan susu ibu sahaja dan tidak diberikan susu formula walaupun pada hakikatnya mereka telah memperkenalkan makanan tambahan seawalnya terhadap bayi (di bawah 6 bulan).

Penyusuan eksklusif jika:-
  • Tidak diberikan minuman @ makanan lain selain susu ibu
  • Menyusukan bayi sekurang2nya 2 jam sekali ( 8-12kali sehari)
 Kepentingan:
  • Mengeratkan hubungan kasih sayang di antara ibu dan anak.
  • Mengurangkan alahan terhadap anak (mungkin alahan terhadap susu formula - lembu)
  • Menjaga kesihatan kedua2 ibu dan bayi
  • Mengelakkan pembengkakan payudara.
  • Memberi perlindungan antibodi

Tuesday, September 18, 2012

Susu Ibu Berkurangan, faktor:

Lamanya tidak membuat entri berkenaan 'Penyusuan Ibu', iyalah sejak si Alya semakin membesar dengan 'jayanya', walaupun begitu, saya sering menerima pertanyaan di luar sana berkenaan masalah kekurangan susu ibu.

Pengaliran susu ibu boleh menyusut disebabkan kekurangan ransangan akibat beberapa faktor, diantaranya ialah:
  • Tidak membenarkan bayi menghisap sekerapnya.
  • Memberi makanan tambahan terlalu awal @ memberi susu botol kepada bayi.
  • Memberi bayi menghisap pada sebelah payuda sahaja.
  • Ibu kurang yakin dengan keupayaan diri untuk menyusu. (Kerap jumpa masalah ini..)
  • Menghadapi tekanan emosi.
Penyelesaian:
  • Susui bayi sekerap mungkin dan sekerap yang dikehendaki oleh bayi
  • Menyusui bayi setiap 2 jam sekali
  • Susui dari dari kedua2 belah payudara..

Saturday, September 15, 2012

Kesan ubat tahan sakit

Sudah tentu ada daripada anda yang biasa megambil ubat tahan sakit jenis ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren) untuk pelbagai masalah.

Maklumlah ubat tahan sakit ini mudah didapati kerana ia boleh dibeli di farmasi dan harganya juga murah. Bukan itu sahaja, ia juga berkesan untuk meredakan sakit kepala, sakit sendi dan sakit-sakit badan secara cepat.

Oleh itu ia menjadi ubat pilihan kepada sesetengah pesakit yang sering mengalami gejala migraine, gout dan arthiritis.

Ubat-ubat tahan sakit ini dikategorikan sebagai NSAIDs. NSAIDs ialah non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat anti radang jenis bukan steroids.


BAGAIMANA NSAIDs BERTINDAK?

Apabila badan mengalami keradangan, sejenis bahan kimia di dalam badan dipanggil prostaglandin dirembeskan yang menghantar mesej "sakit".

Proses penghasilan prostaglandin ini dimangkinkan oleh sejenis enzim dipanggil cyclooxygenase (singkatannya COX).

Terdapat dua jenis COX iaitu cyclooxygenase-1 dan cyclooxygenase-2.

Kebanyakan ubat tahan sakit menghalang penghasilan kedua-dua cyclooxygenase ini dan akhirnya menghalang penghasilan prostaglandin.

Namun terdapat ubat-ubat baru yang lebih canggih dan sangat spesifik yang cuma menghalang penghasilan COX-2 sahaja, dipanggil "Cox-2 inhibitor".

Dua kesan utama ubat NSAIDs seperti ponstan, ibuprofen dan voltaren ini ialah kesan kepada perut dan kesan kepada buah pinggang.


KESAN KEPADA PERUT

Kepada perut, kesan NSAIDs adalah bergantung kepada dos yang diambil. Kesan kepada perut : -
- bermula dengan rasa perut kurang selesa, kembung dan keluar angin.
- perut menjadi luka (gastritis)
- perut menjadi ulcer (gastric ulcer)
- perut mula berdarah (gastrointestinal bleeding)
- perut berlubang (gastro perforation)

Kesan kepada perut disebabkan oleh dua perkara, iaitu iritasi kepada sel lapisan perut secara langsung atau secara tidak langsung.

Sebahagian NSAIDs terdiri daripada molekul asid yang boleh menyebabkan luka kepada lapisan perut secara langsung. Secara tidak langsung pula, penghalangan kepada enzim cyclooxygenase-1 menyebabkan prostaglandin yang memberi perlindungan kepada perut terhenti. Ini menyebabkan perut terdedah kepada luka asid yang dihasilkan oleh sel-sel perut sendiri.

Penggunaan NSAIDs secara tidak terkawal terutama kepada pesakit yang sudah berumur 60 tahun ke atas boleh menyebabkan pendarahan perut yang serius. Adakalanya satu suntikan voltaren pada pesakit yang sudah berumur boleh menyebabkan pendarahan yang akhirnya menyebabkan kemasukan ke hospital. Adakalanya pendarahan ini tidak disedari oleh pesakit dan pada awalnya tidak sakit.

KESAN KEPADA BUAH PINGGANG

Secara amnya, NSAIDs boleh menyebabkan pengurangan aliran darah ke kawasan buah pinggang akibat pengecutan saluran darah. Mekanisme ini berlaku disebabkan oleh kekurangan prostaglandin yang fungsinya untuk mengembangkan salur darah ke buah pinggang.

Kepada pesakit buah pinggang kronik di mana buah pinggang masih lagi ada sikit fungsinya, atau yang mempunyai hanya satu buah pinggang sahaja, anda tidak boleh memakan ubat tahan sakit jenis ini.


MENGANDUNG

NSAIDs mesti dielakkan untuk ibu mengandung selepas 6 bulan ke atas. Ia tidak dikelaskan di dalam ubat yang boleh menyebabkan kecacatan tetapi terdapat risiko untuk menyebabkan masalah jantung dan buah pinggang kepada kandungan di kemudian hari.


PENGHALANG COX YANG SELEKTIF

NSAIDs menghalang penghasilan prostaglandin melalui penghalangan kedua-dua cyclooxygenase-1 (COX-1) dan cyclooxygenase-2(COX-2) secara tidak spesifik yang mana tindakan terhadap COX-1 menimbulkan banyak masalah kepada badan.

Bagaimana sekiranya saintis menghasilkan NSAIDs yang selektif hanya pada COX-2?

Oleh itu ubat-ubat yang COX-2 selektif telah dihasilkan seperti Celecoxib (Celebrex) dan Eterocoxib (Arcoxia).

Ubat ini mengurangkan kesan gastritis kepada pesakit yang tidak ada masalah perut sebelum ini.

Walaubagaimanapun, sekiranya terdapat masalah pendarahan di dalam perut sebelum ini, penggunaan ini juga tidak digalakkan.

Rofecoxib (Vioxx) merupakan ubat tahan sakit yang popular tetapi telah ditarik semula penggunaannya kerana kajian terhadap masalah jantung yang tinggi oleh penggunanya.

Bagi pesakit buah pinggang, penghalang selektif COX-2 ini juga perlu dielakkan.

KESIMPULAN

Sila berhati-hati di dalam penggunaan ubat tahan sakit secara berlebihan. Salah satunya ialah penggunaan NSAIDs sebagai ubat dalam jangka waktu yang lama. Ubat ini boleh menyebabkan masalah pendarahan dalam perut dan sakit buah pinggang yang kekal.

Sila berjumpa doktor ketika mengambil ubat, agar ubat yang lebih sesuai dengan keadaan pesakit dapat diberikan. Elakkan daripada menjadi doktor sendiri atau mendapat nasihat dari doktor belakang rumah (jiran-jiran atau saudara yang tiada tauliah) ketika mengambil ubat tahan sakit. Elakkan dari mengambil secara berlebihan.

Sumber (copy & paste): Dr. Azwan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink