Followers

Monday, September 24, 2012

Penyusuan anak secara eksklusif

Ramai dikalangan ibu diluar sana yang keliru mengenai penyusuan anak secara ekslusif, ada di antara mereka menganggap penyusuan eksklusif jika anak2 disusukan dengan susu ibu sahaja dan tidak diberikan susu formula walaupun pada hakikatnya mereka telah memperkenalkan makanan tambahan seawalnya terhadap bayi (di bawah 6 bulan).

Penyusuan eksklusif jika:-
  • Tidak diberikan minuman @ makanan lain selain susu ibu
  • Menyusukan bayi sekurang2nya 2 jam sekali ( 8-12kali sehari)
 Kepentingan:
  • Mengeratkan hubungan kasih sayang di antara ibu dan anak.
  • Mengurangkan alahan terhadap anak (mungkin alahan terhadap susu formula - lembu)
  • Menjaga kesihatan kedua2 ibu dan bayi
  • Mengelakkan pembengkakan payudara.
  • Memberi perlindungan antibodi

4 komen yang kalian berikan, tqsm..:

OmbakBaik said...

salam..cmne ye..kalu anak da setahun..kita bg die susu badan..n kita kekadang terbagi susu kotak cam dutchlady tu..ye la bebudak kalu tengok air kotak kan cm teruja..jadi bile die da minum susu kotak ..(bukanlah setiap hari,,mcm sekali skala)..kita pggl fully breastfeeding ke tak?? saya pon kompius..

tenkiu

Umialya said...

OmbakBaik
pd fikiran akak, OB masih dikategorikan sbg menyusukan badan sepenuhnya sbb susu kotak tu minuman smpngn sama spt bubur nasi, buah2an dsb. Lain le jika kita mmg belikan susu kotak khas sebagai pengganti susu ibu sepenuhnya @pun dibekalkn kpd pengasuh sepenuhnya.

OmbakBaik said...

OO tengss..saya baru nak dapat 2nd baby ni..masih first kid dlu nyusu sampai 5 bulan lebey je...pastu FM..jadi ni berniat nak fully bf..tu yg ble bace2 cm kompius...bertny..tengs again : )

Umialya said...

OmbakBaik..
Penyusuan ekslusif, biasanya kita gunakan istilah ini pada anak di usia 6 bulan dan kebawah iaitu selagi dia tidak diperkenalkan makanan tambahan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink