Followers

Sunday, January 31, 2010

Kanser Payudara

Kanser payudara adalah kanser yang kerap dikesan dan merupakan faktor utama kematian awal akibat kanser dikalangan wanita. Di Malaysia, dianggarkan 27 wanita mengidap kanser payudara dari setiap 100,000 penduduk

Tanda-tanda
  • Ketulan yang tidak sakit pada payudara atau ketiak
  • Ruam yang berterusan disekeliling puting
  • Perdarahan atau lelehan luarbiasa dari puting
  • Perubahan pada kulit seperti:-
                                 o Bengkak dan menebal
                                 o Permukaan kulit yang berkedut
  • Puting tertarik ke dalam
Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP)
  • Langkah 1 - Berdiri di hadapan cermin dan lihat sebarang perubahan pada payudara
  • Langkah 2 - Rasa sebarang perubahan secara berbaring
  • Langkah 3 - Periksa puting untuk sebarang perdarahan atau lelehan
  • Langkah 4 - Rasa sebarang ketulan di bawah ketiak
  • Langkah 5 - Ulangi setiap langkah di atas untuk payudara sebelah lagi
Kekerapan melakukan PSP?
  • Sebulan sekali (untuk mereka yang masih mempunyai haid -waktu yang sesuai ialah 7 - 10 hari selepas haid)
  • Wanita yang telah putus haid (Menopaus), ambil satu tarikh yang mudah diingati dan lakukan setiap bulan sama ada hari pertama atau terakhir bulan tersebut
Apakah itu 'Mammogram'?


'Mammogram' adalah salah satu ujian yang dijalankan untuk mengesan perubahan pada tisu payudara dengan menggunakan mesin x-ray yang direka khas.

Ia dilakukan dengan menekan payudara diantara dua kepingan logam. Ia mungkin menyebabkan ketidakselesaan/kesakitan untuk beberapa ketika. Ia boleh mengukur saiz dan penyebaran kanser di payudara dan mengesan kanser pada payudara sebelah lagi.

Jenis-jenis ujian untuk mengesahkan kanser payudara?
  • Ujian darah
  • Fine Needle Aspiration Biopsy (FNAB)
  • Core needle biopsy
  • Ultrasound
  • Mammography
Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan risiko kanser payudara?
  • Mulakan PSP hari ini
  • Buat PSP secara berkala
  • Makan makanan kurang berlemak khususnya lemak haiwan
  • Lebihkan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan dan serat.
  • Lakukan senaman yang mencukupi
  • Kekalkan berat badan yang unggul.
  • Sekiranya keluarga terdekat anda ada kanser payudara, lakukan ujian 'mammogram' awal

Saturday, January 30, 2010

Bayi Kembung Perut

Kembung perut di kalangan bayi terjadi apabila terdapat angin dalam perut bayi dan ini mengakibatkan bayi tidak selesa, sakit perut, perutnya keras dan menegang serta menangis. Angin boleh masuk semasa:-
  •  menyusu,
  •  menangis
  •  bernafas
Bayi yang menyusu badan kurang mengalami kembung perut berbanding bayi menyusu botol. Ini adalah disebabkan, bayi menyusu badan boleh mengawal aliran susu yg keluar dan menghisap dengan lebih perlahan, maka kurang udara ditelan. Walau bagaimana pun, dia juga perlu disendawakan 

Bayi menyusu botol lebih kerap kembung kerana banyak menelan udara akibat daripada aliran susu yang laju.

Pastikan saiz lubang puting bersesuaian dengan umur bayi dan semasa menyusukan bayi, susu mesti menutupi permukaan lubang puting untuk mengelakkan banyak udara bercampur

Cara Atasi Kembung Perut:-
  • Sendawa bayi setiap kali selepas menyusu
  • Tuam perut bayi
  • Ubat-ubatan tetapi mesti dibawah pengawasan doktor

Sunday, January 24, 2010

Suntikan Pencegah Kehamilan


Suntikan Pencegah Kehamilan merupakan kaedah perancangan keluarga secara suntikan hormon progesterone. Terdapat 2 jenis suntikan iaitu:-
  1. Depo-provera - bertahan 12 minggu (3 bulan)
  2. Unidepo - bertahan 8 minggu
Suntikan Pencegah Kehamilan berfungsi:-
  • Menghentikan pengeluaran telur (ovulasi)
  • Menjadikan cecair pangkal rahim (serviks) lebih pekat dan mengha;ang kemasukan sperma ke dalam rahim semasa hubungan seks
  • Menjadikan dinding rahim nipis dan tidak sesuai untuk perlekatan janin
Keberkesanannya sehingga 98%

Kebaikan dan faedah suntikan pencegah kehamilan ialah:-
  • Mencegah kehamilah
  • Mengurangkan masalah endometrriosis, kanser pangkal rahim, jangkitan fungus dan pelvik
  • Ia selamat digunakan oleh wanita yang  penggunaan hormon estrogen dilarang
* sekiranya suntikan pencegah kehamilan diberi secara tidak sengaja semasa kehamilan, setakat ini tiada kecacatan yang serius berlaku terhadap janin.

Kesan sampingan:-
  • Kesan terhadap kitaran haid - Kitaran haid mungkin menjadi tidak tetap sama ada ketiadaan haid, terlalu sedikit atau terlalu banyak @ jarang berlaku)
  • Kenaikan berat badan
  • Kesan terhadap kesuburan wanita - Lebih 60% selepas berhenti menggunakan suntikan pencegah kehamilan berlaku dalam tempoh 12 bulan dan adakalanya sehingga 24 bulan. Terdapat kemungkinan kitaran haid lambat kembali kepada sediakala.

Implanon

Implanon merupakan sejenis kaedah kontraseptif, ia mengandungi  hormon levonogestrel (progesterone) dan berbentuk seperti sebatang lidi dengan panjangnya 4cm dan dipasang dibawah kulit dibahagian lengan.

Ia sesuai untuk wanita yang memerlukan kaedah kontraseptif untuk jangkamasa panjang. Tempoh pemasangan implanon ialah 3 tahun. Walau bagaimanapun, implanon akan terus berfungsi selepas 3 tahun tetapi keberkesanannya akan menurun beransur2. Jadi implanon perlu dikeluarkan selepas 3 tahun  dan implanon baru dipasang @ kaedah lain perlu digunakan sekiranya kita tidak bercadang untuk hamil.

Implanon mengeluarkan hormon secara beransur2 untuk menghalang pengeluaran telur (ovum) bulanan dari ovari. Ia juga menghalang sperma dari memasuki rahim. Jadi persenyawaan tidak akan berlaku dan kehamilan dapat dicegah. Pelindungan dari kehamilan akan bermula dari hari pertama pemasangan implanon dan ia bertahan sehingga 3 tahun.

Sebilangan ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan implanon. Justeru itu, kita perlu pastikan doktor tahu yang kita sedang menggunakan implanon.

Implanon berkesan sehingga 99%. Kajian-kajian klinikal terhadap implanon menunjukkan ia amat berkesan dan boleh dipercayai.

Sebelum pemasangan implanon, ubat bius kebas (anestetik) akan diberikan (untuk menghilangkan kesakitan)  ditempat untuk dipasang bagi mengurangkan kesakitan. Selepas pemasangan, bahagian lengan akan dibalut bagi mengurangkan risiko lebam. Kita perlu pastikan balutan itu sentiasa kering dan bersih. Selepas 24 jam, balutan boleh dibuka.

Implanon tidak mudah kelihatan. Walau bagaimanapun, kita masih boleh rasa implanon dengan hujung jari dan ini mustahak untuk doktor mengesan implanon untuk ditanggalkan.

Pemasangan implanon boleh dimulakan :-
  • hari pertama hingga hari kelima haid
  • 42 hari selepas bersalin jika menyusukan anak
  • 21-28 hari selepas bersalin (Jika tidak menyusukan anak)
  • Jika mendapatkan suntikan (Unidepo @ Depoprovera), boleh diteruskan pada temujanji akan datang
  • Bila - bila masa jika mengambil pil perancang.
  • Ibu yang disahkan tidak hamil (ujian air kencing untuk mengesan kehamilan mungkin perlu dijalankan) dan penggunaan kondom mungkin disyorkan selama 7 hari.
 Seketika kemudian selepas pemasangan, selapis tisu akan terbentuk di sekitar implanon dan ini dapat mengekalkan implanon di tempat ia dipasangkan.

Kesan sampingan (bergantung kepada keesuaian seseorang individu) :-
  • Jerawat (kajian 14 % mengalami jerawat semasa penggunaannya, 59% wanita yg mengalami jerawat SEBELUM menggunakan implanon mendapati pemulihan kepada keadaan mereka, dan 10% dprd mereka mendapati keadaan mereka menjadi lebih buruk)
  • Pertambahan berat badan (6.4% dilaporkan mengalami kenaikan berat badan. Wanita yang mengamalkan implan dan alat dalam rahim (IUCD) yang bukan hormon diteliti selama 2 tahun, kenaikan berat badan didapati sama untuk kedua-dua kaedah itu.
  • perubahan Emosi (Dengan kontraseptif hormon, pening kepala, loya, sengal payudara dan perubahan emosi dilaporkan sebagai kesan sampingan berkaitan dengan penggunaannya. KESAN SAMPINGAN ini juga biasa bagi wanita yang tidak gunakan hormon. Oleh itu kesan ini tidak semestinya disebabkan oleh hormon. Perubahan emosi pernah dilaporkan oleh 2.5% pengguna implanon.
  • Mempengaruhi Haid. (Corak haid mungkin tidak stabil- pusingan haid berubah sedikit, berpanjangan, berhenti selalu atau datang sekali sekala.  Sebilangan kes, pusingan haid berhenti dan ini tidak bermakna kita mengandung) Senggugut berkurangan kepada 88% kepada pengamal implanon.
Hasil kejian klinikal tidak menunjukan kesan klinikal kepada keketulan darah atau sistem fisiologi yang lain. Kenaikan tekanan darah jarang berlaku.

Pengeluaran implanon mengambil masa yang sekejap. Ubat bius digunakan di tempat pengeluaran/ Insisi dibuat dan implanon dikeluarkan. Selepas pengeluaran, luka dibalut. Ada kemungkinan terjadinya parut selepas implanon dikeluarkan.

Selepas implanon dikeluarkan, kita akan mendapat pusingan haid yang tetap dan berovulasi kembali. Majoriti wanita mampu berovulasi dalam bulan pertama implanon dikeluarkan. Harapan kita untuk hamil sama seperti waktu kita tidak dipasang implanon.

Implanon hanya boleh dipasang dan dikeluarkan oleh doktor yang mahir dengan tatacara ini.

Nota:-
  • Perlu diingatkan, pemasangan implanon tidak akan melindungi  drp penyakit kelamin STD. Penggunaan kondom adalah perlu sebagai pelindungan drp jangkitan ini dan pemakaian implanon untuk mencegah kehamilan.
  • Kesuburan menurun dengan umur, dalam perbidanan umur yang sesuai untuk kehamilan adalah diantara 20 hingga 35 tahun. dengan meningkatnya usia, kesuburan menurun, kebarangkalian keguguran meningkat dan juga penyakit-penyakit perubatan serta genetik mula menampakkan diri mereka.

Saturday, January 23, 2010

Cara Hilangkan Loya

Pendahuluan

MORNING sickness @ rasa loya pada wanita hamil sering terjadi pada waktu pagi. Walaupun tidak ada cara khusus untuk menghilangkannya, ada ada beberapa cara meredakan serangan tersebut. Antaranya:-
  • Apabila bangun pagi, cuba bangun perlahan-lahan dan duduk di tepi katil terlebih dahulu beberapa minit.
  • Jauhkan bau-bau yang kurang enak.  Hormon wanita hamil lebih sensitif terhadap bau yang kurang menyenangkan.
  • Ambil makanan yang rendah lemak dan mudah dicerna seperti nasi, roti bakar, buah-buahan seperti pisang, jus epal dsb. Diet ini yang akan menggantikan nutrisi yang mungkin hilang dan ia akan membekalkan nutrisi-nutrisi.
  • Beriadah yang sihat seperti berjalan-jalan dan membuka tingkap semasa beristirehat.
  • Mengambil makanan sedikit tetapi kerap. Cuma menjaga pemakanan supaya tidak terlalu kenyang @ lapar dan duduk tegak semasa makan
  • Perhatikan keperluan vitamin. Vitamin2 ketika pranatal dan zat besi boleh menyebabkan rasa mual. Halia boleh meredakan gegala mual dan muntah. Dapatkan nasihat doktor sebelum mengambilnya.
  • Banyakkan minum air. Mungkin minum teh herba atau minuman dingin dapat membantu

Friday, January 22, 2010

PETUA MEMPERBANYAKKAN SUSU IBU

1. 1 gelas HL Low fat + 1 sudu madu + 1 sudu serbuk badam + 1 sudu kismis (golden kismis, kuning) = blend setiap pagi, minum selama 7 hari berturut2.. stop pada hari ke 8 dan sambung semula 7 hari jika susu berkurangan.
Petikan rakan SI.com: ayu78

2. Makan jantung pisang yg direbus + garam + minyak masak sikit
Petikan rakan SI.com: elila80

3. Betik muda masak air. (tumis ikan bilis, bawang putih dan lada hitam. masuk air dgn garam sikit..masuk betik muda yang da diracik..
Petikan rakan SI.com: tin_susu

4. Ikan pekasam, minum air longan dan makan buah limau bali

p/s:- Pemakanan sangat penting dalam membanyakkan susu ibu. Makanlah dengan hati yang gembira serta nikmati makanan kesukaan anda tetapi berpada2 jangan sampai boleh menggemukkan anda!. Supplement sekadar membantu badan kita mendapat zat yang kurang dalam diet makanan harian kita selain membantu memastikan susu ibu cukup berkualiti.
Petikan rakan SI.com: Isya82

5.. Minum air barli, minum air longan, halba, makan fenugreek dan minum air soya
Petikan rakan SI.com: Mrslinda

6. sayur lobak putih + sawi +kucai
minum air longan kering
kalsium + fish oil Tunex + obimin
jantung pisang
ikan bilis
menjadi pengepam tegar
Petikan rakan SI.com: shnurulain

Nota;
untuk rakan susuibu.com, mohon maaf sbb paste petua anda n letak dilaman ini.. ia sbg pnduan kita semua....

Masalah yang sering berlaku semasa penyusuan susu ibu




i. Bengkak payudara
ii. Mastitis
iii. Duktus tersumbat
iv. Puting merekah

Perbezaan payudara yang penuh susu dan bengkak

Payudara penuh
i. Terasa panas
ii. Berat
iii. Keras
iv. Susu mengalir
v. Tiada demam

Payudara bengkak
i. Sakit
ii. Bengkak
iii. Tegang terutama puting
iv. Berkilat
v. Mungkin nampak merah
vi. Susu tidak mengalir
vii. Mungkin demam selama 24 jam

Penyebab
i. Susu yang banyak
ii. Lambat memulakan penyusuan
iii. Cara penyusuan yang salah
iv. Pengeluaran susu yang tidak kerap
v. Masa penyusuan terhad

Pencegahan
i. Memulakan penyusuan susu ibu seberapa cepat yang boleh
ii. Cara penyusuan yang betul
iii. Galakkan penyusuan tanpa had

Masalah Puting sakit/luka

Penyebab:
i. Teknik hisapan dan posisi yang salah
ii. Jangkitan candida, kebengkakan atau merekah pada puting
'Frenulum' pendek pada lidah bayi


Rawatan
i. Bantu ibu memperbaiki posisi dan cara hisapan bayi
ii. Jika payudara bengkan, bantu ibu melegakan kesakitan. Ibu perlu menyusu dengan lebih kerap/memerahkannya keluar
Jika erdapat jangkitan Candida, berikah rawatan

Nasihat
i. Mengelakkan daripada mencuci payudara lebih dari sekali sehari. Jangan guna sabun
ii. Elakkan daripada menggunakan losyen atau minyak

Sumber: Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri Pahang

Masalah yang sering berlaku semasa penyusuan susu ibu




PUTING LEPER

Cara penyelesaian;

i. Ibu perlu yakin boleh menyusukan bayi
ii. Ibu pastikan bayi menghisap payudara, bukan puting sahaja. Pastikan areola masuk sebanyak mungkin ke dalam mulut bayi
iii. Ibu perlu meletakkan bayi dalam posisi yang betul

Penjaga bayi

i. Latih penjaga bayi untuk memberi susu perahan dengan menggunakansudu atau cawan kecil
ii. Untuk permulaan, lebih baik orang lain yang memberi susu perahan kepada bayi. Ini adalah kerana, bayi yang biasa dengan bau ibu akan menolak susu perahan jika ibu yang memberi.

Cara Memberi Susu Perahan Kepada Bayi


i. Berikan susu kepada bayi anda dengan menggunakan sudu atau cawan kecil untuk mengelakkan keliru puting
ii. Pangku bayi di atas peha pada aras condong
iii. Sentuh cawan kecil yang mengandungi susu di bibir bawah bayi
iv. Jangan tuangkan terus ke dalam mulut bayi, pegang cawan dan biarkan bayi menjilat atau menghirup sendiri. Pada permulaannya adalah perkara biasa jika susu tumpah sedikit.
v. Apabila kenyang, bayi akan berhenti sendiri

Penyimpanan Susu Perahan







i. Pastikan kuantiti susu mencukupi untuk sekali penyusuan
ii. Simpan dalam bekas yang bersih dan bertutup
iii. Labelkan bekas dengan menyatakan tarikh pemerahan
iv. Simpan di dalam peti sejuk
v. Jika susu ingin dibekukn, pastikan bekas simpanan susu tidak terlalu penuh

Memerah menggunakan pam



i. Letakkan corong ke dalam aereola untuk membentuk pengadang kedap udara
ii. Tarik bahagian luar corong, sedutan akan mengepam susu keluar daripada payudara

Nota - Dapatkan nasihat anggota kesihatan tentang jenis pam yang sesuai

Memerah dengan tangan


i. Basuh tangan dengan bersih
ii. Urut payudara perlahan-lahan
iii. Pegang payudara dengan meletakkan 3 jari mengampu payudara. Ibujari di bahagian atas areola dan jari telunjuk dibahagian bawah
iv. Perah ke dalam bekas bersih
v. Ulang beberapa kali mengikut pusingn untuk mengosongkan semua bahagian payudara

Memerah Susu


Susu ibu perlu diperah bagi tujuan:

i. Membekalkan susu kepada bayi yang terpisah daripada ibunya
ii. Meningkatkan penghasilan susu
iii. Membekalkan susu kepada bayi yang sakit dan bayi pramatang yang belum bersedia menghisap susu ibu
iv. Mencegah dan melegakan bengkak payudara atau duktus yang tersumbat
v. Mengekalkan dan meneruskan penyusuan susu ibu yang bekerja

Bagaimana Memastikan Pengeluaran Susu Ibu Mencukupi?

• Susukan bayi secepat mungkin selepas lahir
• Susukan bayi anda sekerap mungkin termasuk pada waktu malam
• Pastikan teknik penghisapan yang betul
• Cara pelekapan yang betul
• Tidak menggunakan botol susu /puting tiruan
• Pastikan bayi tidak diberi makanan pelengkap terlalu awal

Cara Mengampu Payudara



Pegangan 'C'

Cara Pelekapan Yang Betul





1. Sentuh bibir bayi hingga mulut bayi terbuka luas. Gerakkan badan bayi ke arah payudara
2. Pastikan dagu bayi menyentuh payudara
3. Bibir bayi melengkuk keluar, pipi gelembung
4. Nada hisapan: hisap-telan-hisap-telan

Polisi Penyusuan Yang Betul

4 perkara utama yang penting dipatuhi
i. Kepala, tengkuk dan tubuh bayi selari menghadap ibu
ii. Muka bayi menghadap payudara dan hidung bertentang puting
iii. Bayi rapat dengan ibu (perut bertemu perut)
iv. Kepala, bahu dan punggung bayi diampu

Kepentingan Penyusuan Mengikut Kehendak Bayi

• Ibu akan menghasilkan cukup susu dan memudahkan pengeluaran susu dengan sempurna
• Mengurangkan bengkak payudara
• Mengurangkan kejadian jaundis pada bayi
• Mengurangkan kehilangan maksimum berat badan bayi
• Mempercepatkan pengeluaran ‘meconium’

Kepentingan Ibu dan Anak Bersama Setiap Masa (Rooming-In)

• Ibu boleh menyusukan anak pada bila-bila masa
• Meransang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
• Bayi boleh mendapat cukup susu
• Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan bayi (ibu sentiasa bersama bayi)

Kepentingan penyusuan susu ibu sebaik sahaja bayi dilahirkan

• Mengeratkan hubungan ibu dan bayi melalui sentuhan kulit dalam 1 jam selepas kelahiran (Sekurang-kurangnya 10 minit)
• Rooting reflux (mencari-cari payudara) dan gerak balas hisapan amat kuat dalam masa 1-2 jam pertama (Bayi paling peka pada keadaan sekeliling pada ketika ini)
• Meransang pengaliran dan pengeluaran susu ibu
• Memastikan bayi mendapat semua kolostrum pada 1-3 hari pertama
• Penyusuan yang pertama memastikan kejayaan susu ibu yang seterusnya
• Mengurangkan risiko ‘sindrom kematian bayi’

Kepentingan penyusuan susu ibu secara eksklusif

• Hanya susu ibu sahaja adalah makanan yang paling lengkap dan sesuai untuk bayi sehingga 6 bulan
• Mengandungi :-
i. Bahan pelindung penyakit (antibodi)
ii. Faktor pertumbuhan
• Penghasilan susu ibu akan bertambah apabila bayi menyusu dengan kerap

Polisi Penyusuan Susu Ibu Malaysia

Semua ibu dugalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur 6 bulan dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun

Makanan pelengkap perlu diberikan mulai umur 6 bulan

Wednesday, January 20, 2010

Breast pump edisi 5



Dalam dok kecewa product SI makin menurun, tamb. lak hari ni, tak sempat mengepam kt pej dan bf Alya direct, 1'st-rehat tak dpt balik umah..busy skt.. terpaksalah gunakan stok EBM frozen 5oz x 2botol sbg tamb. Stok yg dibekalkn pg td tak cukup ntuk keperluannya. Hmmm... dlm 2 hari ni, kuat pulak anakku nyusu... kan best gini.. tak rugi ummi brtukar bp silih brganti..

Alhamdulillah, ptg td, set s3 telah sampai, tk Haza... x sabar2 nak mencuba. Inilah product pertamaku menggunakan s3. Hasilnya 14oz/pam, berbaloi-baloi, sedar2 SI hampir melimpah kuar, gelabah jap.. Cepat sngt sedutnya, senyap n soft.. guna single je sbb mengepam sambil nyusu Alya. sejam dua nnt, nak ngepam skali lg.. rajin-rajinkan diri.. mklm le, baru dpt s3, tu blm lg dpt fs (Berangan lg minah sorang ni.. Ish, mane tau kan, da rezeki lebih..) hehehe

Sejam kemudian, EBM dpt lg 5 oz.. ok le.. separuh boleh buat stok frozeen. Ganti yg td.

Breast pump edisi 4

Pagi ni pam punya pam cuma dapat 4oz je.. dah lebih 1/2jam dok bersabar.. jap lg nak mandikan Alya lak.. ok le kalu dicampur ngn smlm.. cukup-cukup ntk stok dia sepanjang hari.. kalu nak ikutkan kata hati, ingin ku campakkan bp ni kedalam tong sampah... kecewa! huhuhu..

Tuesday, January 19, 2010

Breast pump edisi 3

Hari ni, pertama kalinya SI merundum teruk. akt mengepam pg td, cuma dpt 3oz/30min je. Tak pernah terjadi didlm sejarah bf Alya hampir 5 bulan, product SI merundum gitu teruk, Biasanya 10 min dpt dlm 8-10oz, mungkin emosi x tenang, bp asyik on, off je. sedeey sangat2, sib baik EBM semalam masih tersimpan... kat pejabat rajin2kan diri, sekali pam cuma dapat 5oz shj. Cukup le wat stoknya di sebelah ptg. (BP Pureen meragam, jap on, jap off, akibat berkecai dikerjakan oleh anak bertuah ku Ahad lepas)

Adoiii.. nak dpt 5oz si skrg ni pun kena ambik masa agak lama.. sabaaaaar! positifkan minda.. Nak tak nak terpaksa call Haza (Segan sbb mg lepas udah call mnta poskn MLO cepat - terus dia poskan) tp sbb krg ni 'emergency' sngt, terpaksa gak.

Alhamdulillah, Rupanya dia udah poskn set s3 pg td, agaknya sok @ lusa sampai le ia..tk Haza, srisuri tetap dihati....

Mungkin slps ni, fs menyusur pulak !! angan-angan dulu, mana tau ia kan jadi kenyataan!!

Untukmu Alya, ummi akan pastikan engkau mendapat khasiat susu ibu secukupnya..

'Breast Pump' edisi 2

BP jenama Anakku merupakan yg pertama dimiliki, cuma sempat gunakannya 2 minggu shj sbb spare partnye rentung semasa men'steril'kannya.. (kes tertidur semasa menyusukan bb) blank seketika, kecewa, kecewa dan kecewa sbb 2 hari lg kena kuar daerah.. terus email Haza, luahkan segala-galanya. Esok terus pergi belikan BP Pureen.. ok le wat sementara waktu tamb. lak hari minggu..

Sunday, January 17, 2010

breast pump edisi 1


Seawal pagi lagi dah bengang ngan anak-anak.. cam kucing ngan anjing, bergaduh dan tolak menolak tak henti2..Baru 3 orang anak yang dah besar panjang, jika bb Alya besar nnt, bertambah le sorang lg.. agaknya makin riuhle umah ni. Ingatkan time cuti, boleh rehatkan diri dan minda. Setakat tu ok lg, wat derk aje .masih boleh tahan telinga dan mata ni, yang menaikkan tekanan darah ketahap optimum, diaorang terlanggar 'Breast Pump' semasa  aksi tolak menolak, apatah lagi, berterabur kat lantai.. Dalam minda masa tu, rosak le BP aku.. Camne nak tinggalkan stok untuk anakku besok..kesiannya Alya.. huhuhu.... sedey sangat2.... nampaknya kena perah guna tangan untuk stok EBM..  apatah lg, bila lihat ada part BP yang dah patah.. eeeeeeee, gerrrrrrrrrramnya.. tak pe, hari ni, diaorg kena denda, tak boleh guna komputer dan layari internet @ main game.. Kena study.. Untuk awak Syafiq, sabagai anak sulung -perintah berkurung berkuat kuasa serta merta dan tidak boleh bermain di  padang permainan petang nanti... 

Cuba le baiki pelahan-lahan.. sabarkan diri.. Alhamdulillah, BP masih boleh digunakan tetapi sedey tetap sedey... terpaksa guna sallutape untuk kemaskannya @ kena  sentiasa pegang  semasa 'on'  sbb 'on / off' udah  patah & longgar.. x pe le, janji masih boleh pakai dan anak ummi tetap mendapat khasiat susu ibu.. Awalnya tadi, ingat nak call Haza, 'emergency case' - minta tolong pos laju S3 cepat..tetapi nampaknya BP Pureen ni  masih ok walaupun ala-ala manual, (sbb kena pegang manjang @ pakai sallutape,)  tak nak le  ganggu dia hari minggu ni. .

Sayang sangat kt BP Pureen ni, walaupun reganya murah tetapi berbaloi.. pengeluaran SI tetap ditahap optimum.. saya memang serasi menggunakannya. Walaupun s3 bakal ku miliki tetapi Pureen tidak akan dilupakan.

Thursday, January 14, 2010

EXPRESSED BREAST MILK

PENYIMPANAN SUSU IBU (EBM)


Susu ibu yang diperah boleh disimpan. Ia mengandungi sel hidup dan perlu disimpan dengan kaedah yang betul bagi memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu mempunyai bahan anti-bakteria menjadikan susu ibu kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)s kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

                                                                    

                             
Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu.

Tempoh Penyimpanan EBM
  • Suhu bilik (19 hingga 26 °C), ( Sehingga 4 jam )
  • Bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), ( Sehingga 12-24 jam )
  • Peti sejuk (kurang 4 °C),  (  Sehingga 7 hari  tetapi bergantung kepada keadaan cuaca, tetapi di Malaysia sehingga 2-3 hari))
  • Peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C),  (1 pintu - tahan sehingga 2 minggu,  2 pintu - tahan sehingga 3 bulan dan sehingga 6 bulan
Cara Penyimpanan Susu Ibu - Expressed Breast Milk (EBM)
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh  bersih (menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan)
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Susu yang baru diperah sebaiknya  disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Cara mencairkan susu perahan yang sejuk @ beku
Pendahuluan
 Suhu yang terlampau panas boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.


Langkah-langkah:
 1. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk
  • Lalukan bekas / botol susu di bawah aliran air paip beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air suam ( Sukatan:  2 bahagian. air panas + 1 bahagian air sejuk).
Nota: Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan perlahan botol beberapa ketika untuk menyamaratakannya. 

Peringatan: Jangan goncang terlampau kuat  dan panaskan susu terus di atas api dapur , microwave oven dan didihkan susu perahan kerana ia boleh merosakan komposisi nutrien yang terdapat  didalam susu ibu!!

2. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan harian) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam (supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. dan akan menjimatkan masa)
  • Ikuti langkah seperti diatas.

** Boleh juga menggunakan Pemanas (Warmer) untuk memanaskan EBM
Nota
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan
  • Cair dan panaskan susu perahan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (w/pun tidak diminum oleh bayi). Ia perlu dihabiskan dalam masa 1 jam.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Ia perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 2-3  hari (Bergantung kepada suhu sesuatu tempat, Jika di barat, ia bertahan sehingga 7 hari). 

Tuesday, January 12, 2010

Stok EBM (Expressed Breast Milk)

Tengok le.. dah tak cukup tempat nak simpan stok EBM.. penuh... tu le, kadang2 umminya dah ada penyakit 'M'.. kalau le Alya kuat nyusukan 'best'.. baru le ada semangat kit nak mengepam.. kadang2 sedey je tengok stok frozeen terpaksa dibuangkan.. huhuhu...


Pada pintu frezeer lak.. penuh ngan ice pack.. mana le tau kot2 elektrik 'terputus' ke.. orang kata langkah berjaga-jaga di waktu kecemasan

Ruangan  bawah freezer pulak  digunakan untuk simpan  stok bahan mentah  bagi kegunaan harian



Stok EBM yang  dibekalkan kepada Alya  setiap hari. 

Masalah Gangguan Akibat Kekurangan Iodin

Iodin merupakan zat makanan yang diperlukan oleh badan, ia adalah mikronutrien yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk membentuk hormon tiroksin (T4) dan Triidodthyronine (T3). Hormon ini diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perkembangan  saraf dan pembentukan sel-sel otak yang normal terutamanya pada bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kekurangan zat iodin boleh menyebabkan:- 
  •   GOITER  (di mana kelenjar tiroid akan membesar) Dalam erti kata lain ialah BEGUK.
  • Kekurangan iodin yang teruk memberi kesan kepada fetus, bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
Di kalangan kanak-kanak, kekurangan iodin yang teruk boleh menyebabkan:-
  •  mereka mempunyai ciri-ciri kerdil (Terbantut pembesaran)
  • Kerencatan mental (Jika disebabkan oleh kekurangan iodin, ia  masih boleh dicegah melalui pengambilan iodin harian yang mencukupi semasa hamil.
  • Lembab dalam pelajaran
  • Kurang cergas
  • Pekak dan Bisu
  • Lemah anggota badan
p/s: Kekurangan iodin yang teruk memberi kesan kepada fetus, bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

a-Punca Masalah Gangguan Akibat Kekurangan Iodin ( Iodine Deficiency Disorders)
  1. Tidak /kurang memakan makanan beriodin
  2. Pengambilan makanan bergoitrogen yang tinggi seperti ubi kayu, keledek, rebung dan kubis
Makanan yang kaya dengan iodin
  • Makanan laut seperti ikan, sotong, udang,ketam dan rumpai laut
  • Sayur-sayuran
  • Daging, telur, hasil tenusu
  • Roti dan bijirin
  • Buah-buahan
p/s:- Kandungan iodin di dalam tanah sangat rendah berbanding dengan kandungannya di dalam laut. Oleh itu, iodin di dalam sayur-sayuran adalah berbeza, bergantung kepada kandungan iodin di dalam tanah di mana ianya ditanam

Apakah BEGUK (GOITER)
Merupakan pembengkakan pada leher yang disebabkan pembesaran pundi tiroid. Apabila badan tidak mendapat iodin yang secukupnya, saiz tiroid akan membesar.

CARA MELAKUKAN PALPASI KELENJAR TIROID
  • Pemeriksaan dilakukan ditempat yang terang
  • Pemeriksaan berdiri @ duduk berhadapan dengan subjek,
  •  letakkan kedua-dua ibu jarinya pada kedua-dua belah trakea beberapa sm di bawah tulang halkum dan rasa dengan perlahan-lahan kelenjar tiroid 
GRED GOITER (BEGUK)
Gred goiter yang diayorkan oleh WHO / ICCIDD (1994) adalah seperti berikut:

Gred                     Keterangan

0                          Tiada goiter

1                           Ada goiter : Goiter boleh dirasa tetapi tidak boleh dilihat apabila leher dalam posisi normal
2                           Ada goiter : Goiter boleh dirasa dan boleh dilihat

NOTA :-

Janin dalam kandungan memerlukan bekalan iodin yang berterusan untuk pembesaran yang normal dan pertumbuhan otak. Hanya tubuh ibunya sahaja yang dapat membekalkan iodin yang diperlukan ini. Sekiranya ibu mengalami kekurangan iodin, maka bayinya turut terlibat.

Jika kekurangan iodin seseorang ibu adalah teruk, otak bayi turut terjejas, tubuh terbantut dengan serius dan berkekalan

PENCEGAHANNYA
  1. Ambil makanan yang kaya dengan iodin
  2. Menggunakan garam beriodin
  3. Menggunakan air beriodin


      4.      Elakkan pengambilan makanan bergoitrogen


GARAM IODIN

Rasional Penggunaan
Garam adalah bahan yang sesuai untuk penambahan iodin dan rasionaln penggunaan garam beriodin sebagai kaedah untuk pengawalan gangguan akibat kekurangan iodin adalah kerana:

• Garam adalah bahan yang digunakan oleh kebanyakan peringkat masyarakat, tidak mengira status ekonomi. Ianya digunakan di dalam amaun yang hampir sama di sepanjang masa.
• Garam beriodin adalah garam biasa yang mengandungi unsur-unsur iodin samada dalam bentuk potasium atau sodium iodida atau iodat. Penambahan ini tidak memberi apa-apa perubahan kepada rupa, rasa dan bau.
• Proses penyediaan garam beriodin adalah mudah dan tidak menghasilkan reaksi kimia yang memudaratkan.
• Kos untuk proses pengiodinan adalah murah jika dikira dari kos/berat/perkapita.
Oleh itu, pengambilan garam beriodin yang berterusan merupakan satu kaedah yang terbukti kukuh untuk melindungi kesan-kesan daripada gangguan akibat kekurangan iodin.

Kaedah Penyimpanan

• Bungkusan garam beriodin hendaklah disimpan berasingan dari garam yang tidak beriodin
• Garam beriodin perlu disimpan dalam bekas kaca atau plastik yang boleh ditutup rapat.
• Pengguna dinasihatkan cara untuk menyimpan garam beriodin dengan betul bagi mengelakkan dari terdedah secara langsung kepada lembapan, kepanasan dan cahaya matahari.(Jangan letak berdekatan dengan api dapur)
• Tambahkan garam sebaik sahaja  memadamkan api atau pada akhir masakan
- Jumlah garam secukup rasa
• Sebaik-baiknya tambahkan garam pada masakan sebelum menghidangkan

  • Tutup periuk untuk mengelakkan iodin keluar melalui wap
    Nota; kehilangan iodin dalam masakan mengikut cara masakan sebelum menghidangkannya
Kadar Kehilangan Iodin Dalam Masakan (Mengikut cara masakan ) seperti:

• Kira-kira 20% iodin dalam masakan hilangan semasa menggoreng dan memanggang
• Kira-kira 58% hilang jika merebus
• Lebih iodin dapat dikekalkan jika makanan tersebut dipanggang dengan cepat

Air Beriodin

Rasional Penggunaan Air Beriodin
Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan. Oleh kerana setiap orang menggunakan air termasuk bayi dan kanak-kanan, air merupakan agen pembawa iodin yang sesuai.

Penggunaan air beriodin dapat memastikan bekalan zat iodin secara berterusan dalam dos yang terkawal. Ia sangat sesuai untuk penduduk di kawasan pendalaman terutamanya yang mempunyai masalah bekalan garam beriodin

Iodinator
Merupakan sistem pengiodinan air minuman untuk sistem graviti feed, bekalan air awam dan telaga terkawal sambungan ke rumah.

GOITROGEN

Goitrogen adalah sejenis bahan yang menghalang penyerapan iodida oleh kelenjar tiroid, menyebabkan pembengkakkan kelenjar tiroid atau goiter

Bahan ini biasanya ditemui didalam:-
Kobis
Brokoli
Bunga kobis
Rebung
Pucuk ubi kayu
ubi kayu                                  

KAEDAH MENGURANGKAN GOITROGEN DI DALAM MAKANAN

• Ubi Kayu

Ubi kayu mengandungi paras cyanogenic glycosides yang tinggi. Ia boleh dikurangkan melalui kaedah penyediaan yang berikut:

1. Mengupas kulit ubi kayu
2. Membasuh di bawah air yang mengalir
3. Parut ubi kayu dan dedahkan ke udara selama 1 jam
4. Masak ubi kayu yang telah diparut ATAU
5. Fermentasi (ditapaikan)

• Kobis, pucuk ubi kayu, rebung (Lain-lain brassica yang mengandungi glukosinolates yang tinggi)


Ia boleh dikurangkan dengan cara:
1. Racik halus
2. Rendam dalam air selama 1 jam
3. Masak

KESAN BERLEBIHAN IODIN

Pengambilan iodin yang berlebihan jarang meninggalkan kesan sampingan. Walau bagaimanapun kesan yang pernah dilaporkan adalah:

1. Ruam dikulit dan akne yang disebabkan oleh pengambilan garam beriodin
2. Hipotiroidism pernah terjadi di kalangan individu yang mengalami Hashimoto thyroiditis hyphothyroidism selepas pengambilan melebihi 500 – 3000ยต g sehari
3. Hipertiroidism
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink