Followers

Sunday, January 24, 2010

Implanon

Implanon merupakan sejenis kaedah kontraseptif, ia mengandungi  hormon levonogestrel (progesterone) dan berbentuk seperti sebatang lidi dengan panjangnya 4cm dan dipasang dibawah kulit dibahagian lengan.

Ia sesuai untuk wanita yang memerlukan kaedah kontraseptif untuk jangkamasa panjang. Tempoh pemasangan implanon ialah 3 tahun. Walau bagaimanapun, implanon akan terus berfungsi selepas 3 tahun tetapi keberkesanannya akan menurun beransur2. Jadi implanon perlu dikeluarkan selepas 3 tahun  dan implanon baru dipasang @ kaedah lain perlu digunakan sekiranya kita tidak bercadang untuk hamil.

Implanon mengeluarkan hormon secara beransur2 untuk menghalang pengeluaran telur (ovum) bulanan dari ovari. Ia juga menghalang sperma dari memasuki rahim. Jadi persenyawaan tidak akan berlaku dan kehamilan dapat dicegah. Pelindungan dari kehamilan akan bermula dari hari pertama pemasangan implanon dan ia bertahan sehingga 3 tahun.

Sebilangan ubat-ubatan boleh berinteraksi dengan implanon. Justeru itu, kita perlu pastikan doktor tahu yang kita sedang menggunakan implanon.

Implanon berkesan sehingga 99%. Kajian-kajian klinikal terhadap implanon menunjukkan ia amat berkesan dan boleh dipercayai.

Sebelum pemasangan implanon, ubat bius kebas (anestetik) akan diberikan (untuk menghilangkan kesakitan)  ditempat untuk dipasang bagi mengurangkan kesakitan. Selepas pemasangan, bahagian lengan akan dibalut bagi mengurangkan risiko lebam. Kita perlu pastikan balutan itu sentiasa kering dan bersih. Selepas 24 jam, balutan boleh dibuka.

Implanon tidak mudah kelihatan. Walau bagaimanapun, kita masih boleh rasa implanon dengan hujung jari dan ini mustahak untuk doktor mengesan implanon untuk ditanggalkan.

Pemasangan implanon boleh dimulakan :-
  • hari pertama hingga hari kelima haid
  • 42 hari selepas bersalin jika menyusukan anak
  • 21-28 hari selepas bersalin (Jika tidak menyusukan anak)
  • Jika mendapatkan suntikan (Unidepo @ Depoprovera), boleh diteruskan pada temujanji akan datang
  • Bila - bila masa jika mengambil pil perancang.
  • Ibu yang disahkan tidak hamil (ujian air kencing untuk mengesan kehamilan mungkin perlu dijalankan) dan penggunaan kondom mungkin disyorkan selama 7 hari.
 Seketika kemudian selepas pemasangan, selapis tisu akan terbentuk di sekitar implanon dan ini dapat mengekalkan implanon di tempat ia dipasangkan.

Kesan sampingan (bergantung kepada keesuaian seseorang individu) :-
  • Jerawat (kajian 14 % mengalami jerawat semasa penggunaannya, 59% wanita yg mengalami jerawat SEBELUM menggunakan implanon mendapati pemulihan kepada keadaan mereka, dan 10% dprd mereka mendapati keadaan mereka menjadi lebih buruk)
  • Pertambahan berat badan (6.4% dilaporkan mengalami kenaikan berat badan. Wanita yang mengamalkan implan dan alat dalam rahim (IUCD) yang bukan hormon diteliti selama 2 tahun, kenaikan berat badan didapati sama untuk kedua-dua kaedah itu.
  • perubahan Emosi (Dengan kontraseptif hormon, pening kepala, loya, sengal payudara dan perubahan emosi dilaporkan sebagai kesan sampingan berkaitan dengan penggunaannya. KESAN SAMPINGAN ini juga biasa bagi wanita yang tidak gunakan hormon. Oleh itu kesan ini tidak semestinya disebabkan oleh hormon. Perubahan emosi pernah dilaporkan oleh 2.5% pengguna implanon.
  • Mempengaruhi Haid. (Corak haid mungkin tidak stabil- pusingan haid berubah sedikit, berpanjangan, berhenti selalu atau datang sekali sekala.  Sebilangan kes, pusingan haid berhenti dan ini tidak bermakna kita mengandung) Senggugut berkurangan kepada 88% kepada pengamal implanon.
Hasil kejian klinikal tidak menunjukan kesan klinikal kepada keketulan darah atau sistem fisiologi yang lain. Kenaikan tekanan darah jarang berlaku.

Pengeluaran implanon mengambil masa yang sekejap. Ubat bius digunakan di tempat pengeluaran/ Insisi dibuat dan implanon dikeluarkan. Selepas pengeluaran, luka dibalut. Ada kemungkinan terjadinya parut selepas implanon dikeluarkan.

Selepas implanon dikeluarkan, kita akan mendapat pusingan haid yang tetap dan berovulasi kembali. Majoriti wanita mampu berovulasi dalam bulan pertama implanon dikeluarkan. Harapan kita untuk hamil sama seperti waktu kita tidak dipasang implanon.

Implanon hanya boleh dipasang dan dikeluarkan oleh doktor yang mahir dengan tatacara ini.

Nota:-
  • Perlu diingatkan, pemasangan implanon tidak akan melindungi  drp penyakit kelamin STD. Penggunaan kondom adalah perlu sebagai pelindungan drp jangkitan ini dan pemakaian implanon untuk mencegah kehamilan.
  • Kesuburan menurun dengan umur, dalam perbidanan umur yang sesuai untuk kehamilan adalah diantara 20 hingga 35 tahun. dengan meningkatnya usia, kesuburan menurun, kebarangkalian keguguran meningkat dan juga penyakit-penyakit perubatan serta genetik mula menampakkan diri mereka.

4 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Azrina said...

umialya, saya sebenarnya nak pakai implano ni selepas saya tengok keserasian mengguna Depo Injection ni. Saya ingat nak gap dulu 3 thn tapi saya takut ada site effect pula kang dah rugi nak keluarkan semula. Ermmmm...kene buat pilihan tepat ni. Malas nak amik injection 3bln skali tu takut ler tarikh yg diberi tu saya takleh datang lak....ngeri kalau terpregnant lagi.

umialya09 said...

kalu pengambilan depo serasi ngn kita, boleh diteruskan ngn pmsngn implanon, tak de mslh tapi bg akak le, teruskn inj. depo. sbb nak henti bila2 masapn boleh..implanon ni kos pemasangan n pengeluaran mahal sikit..rugi kuar jika blm cukup tmpohnya.

Along.. jgn le rncg lama sngt sbb makin kita berumur, tahap kesuburan kita makin menurun.. Paling tidak, dpt 'boy' sorang. cdngn akak, bila umur ecah 2 tahun stop je..

Azrina said...

akak, bukan taknak tapi suami yang taknak. Kalau saya teruskan juga nanti suami taknak bantu jaga anak lagi susah. Memang nak dptkan BOY sorang, at least ada org jaga kakak2 dia nanti kalau kami takde. Saya mmg nak sangat BOY tapi dah rezeki dpt Aisyah...inipon dah sgt terhibur dgn telatah Aisyah. Faktor kewangan pon satu tapi doakanlah saya dpt BOY pas benti susukan Aisyah nanti dan doakanlah suami saya terbuka hati nak saya pregnant lagi.

umialya09 said...

I/Allah..Moga terbuka pintu hatinya.. Apa2pun, sokongan suami penting.. ylh, skrg ni, semua faktor kena ambk kira..

Cam akak, 8 tahun jarak kelahiran, kesian tngk kakaknya x der kwn.. 2008, rncg ngn suami nak dpt lg sorang.. syukur. dpt le 2 pasang anak, ada le teman ntuk bermain d tmbh lg sorg anak angkt beberapa hr lepas. Rncg sorang dpt dua, rezeki..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink