Followers

Thursday, January 14, 2010

EXPRESSED BREAST MILK

PENYIMPANAN SUSU IBU (EBM)


Susu ibu yang diperah boleh disimpan. Ia mengandungi sel hidup dan perlu disimpan dengan kaedah yang betul bagi memastikan kandungan nutriennya terpelihara dan tidak musnah. Susu ibu mempunyai bahan anti-bakteria menjadikan susu ibu kekal segar dan tahan lama.

Bekas yang sesuai untuk menyimpan susu perahan:

Bekas plastik atau botol susu bebas BPA (Bisphenol-A)s kaca atau bekas plastik berbucu keras (seperti Tupperware)

                                                                    

                             
Breast milk storage liners yang memang dikhususkan untuk menyimpan perahan susu ibu.

Tempoh Penyimpanan EBM
  • Suhu bilik (19 hingga 26 °C), ( Sehingga 4 jam )
  • Bekas penyejuk (cooler bag/box) (kurang 4 °C), ( Sehingga 12-24 jam )
  • Peti sejuk (kurang 4 °C),  (  Sehingga 7 hari  tetapi bergantung kepada keadaan cuaca, tetapi di Malaysia sehingga 2-3 hari))
  • Peti sejuk bahagian beku (-18 hingga -20 °C),  (1 pintu - tahan sehingga 2 minggu,  2 pintu - tahan sehingga 3 bulan dan sehingga 6 bulan
Cara Penyimpanan Susu Ibu - Expressed Breast Milk (EBM)
  • Bekas penyimpanan susu hendaklah dibasuh  bersih (menggunakan sabun, dibilas dengan air didih dan dikeringkan)
  • Catatkan tarikh perahan pada bekas susu
  • Simpan susu dalam kuantiti mencukupi untuk 1 kali penyusuan untuk 1 bekas, contohnya 2 – 4 oz sahaja setiap bekas
  • Jangan penuhkan bekas sehingga ke penutupnya, tinggalkan sedikit ruang untuk membolehkan pengembangan berlaku apabila susu dibekukan
  • Susu yang baru diperah sebaiknya  disimpan di bahagian sejuk terlebih dahulu sebelum dipindahkan ke bahagian beku peti sejuk
  • Jangan simpan susu perahan di bahagian pintu peti sejuk kerana suhu di bahagian pintu tidak stabil (kerana kekerapan membuka dan menutup pintu peti sejuk)
  • Sebaiknya simpan susu perahan di bahagian paling atas dan paling dalam kerana suhunya lebih stabil dan malar
  • Jika menggunakan bekas penyejuk (cooler bag) pastikan ice pack yang digunakan mencukupi, ganti jika perlu dan kurangkan kekerapan membuka bekas penyejuk
Cara mencairkan susu perahan yang sejuk @ beku
Pendahuluan
 Suhu yang terlampau panas boleh memusnahkan enzim, antibodi dan komponen-komponen nutrien penting dalam susu ibu. Oleh itu perahan susu ibu perlu dicairkan dengan kaedah yang betul bagi mengurangkan kehilangan nutrien daripadanya.


Langkah-langkah:
 1. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk di dalam peti sejuk
  • Lalukan bekas / botol susu di bawah aliran air paip beberapa ketika.
  • Rendam botol di dalam bekas/mangkuk berisi air suam ( Sukatan:  2 bahagian. air panas + 1 bahagian air sejuk).
Nota: Jika air menjadi sejuk dan susu belum mencapai suhu yang diingini, tukarkan air rendaman dan rendam lagi untuk beberapa ketika. Jika anda dapati susu di dalam botol terpisah kepada 2 bahagian, goyangkan perlahan botol beberapa ketika untuk menyamaratakannya. 

Peringatan: Jangan goncang terlampau kuat  dan panaskan susu terus di atas api dapur , microwave oven dan didihkan susu perahan kerana ia boleh merosakan komposisi nutrien yang terdapat  didalam susu ibu!!

2. Susu perahan yang disimpan di bahagian sejuk beku (freezer);
  • Turunkan beberapa botol (ikut keperluan harian) susu beku daripada bahagian sejuk beku (freezer) ke rak atas bahagian sejuk di dalam peti sejuk anda pada sebelah malam (supaya pencairan boleh berlaku secara perlahan-lahan. dan akan menjimatkan masa)
  • Ikuti langkah seperti diatas.

** Boleh juga menggunakan Pemanas (Warmer) untuk memanaskan EBM
Nota
  • Gunakan susu perahan yang paling lama disimpan
  • Cair dan panaskan susu perahan dalam kuantiti yang diperlukan sahaja.
  • Susu yang sudah dicairkan dan dipanaskan tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk semula (w/pun tidak diminum oleh bayi). Ia perlu dihabiskan dalam masa 1 jam.
  • Susu beku yang telah diturunkan ke bahagian sejuk peti sejuk tidak boleh dibekukan semula. Ia perlu dihabiskan dalam tempoh 24 jam (dikira daripada masa menurunkannya daripada bahagian sejuk beku).
  • Susu yang telah disimpan di dalam peti sejuk hanya bertahan selama 2-3  hari (Bergantung kepada suhu sesuatu tempat, Jika di barat, ia bertahan sehingga 7 hari). 

14 komen yang kalian berikan, tqsm..:

Anonymous said...

kalau biarkan botol dalam bekas warmer lebih dari 1 jam bleh ke?

umialya said...

tanpa nama

tk sudi singgah

kalu dok lama dlm warmer, risau suhunya makin tinggi dan ia boleh merosakkan nutrisi EBM tersebut dan merbahaya kpd bayi nnt.

tp kalu suhunya sentiasa terkawal iaitu suam2 kuku, rasanya ok kot, ylh, org kata "stand by" tp sebaik2nya panaskan bila perlu

nana zara said...

hi..seronoknye rase tgk rmai ibu2 makin smangat nak bf kan anak until 2 thn..sy pn bniat nk simpan ebm tp slalu dlm dilema ttg pumping..
pump perlu disterilkan dulu sblm pump tp stiap kali nk pump wajib ke steril..let say gap btwn pumping sejam - 2 jam..kne basuh ke?
boleh akk bg cnth step by step yg akk slalu buat mse pumping x? sy takut klu simpan susu yg boleh basi

umialya said...

nana zara
Biasanya akak sterilkan sekali sehari iaitu waktu malam, masa kt pej. selepas mengepam, akak masukkan spare part spt corongnya ke dalam bekas bertutup dan terus disimpan ke dalam peti ais, x perlu dibasuh daa, jika nak guna untuk sesi pengepaman seterusnya, ambil je.

Jika kat pejabat tiada peti ais, simpan dlm cooler bag, Insya Allah EBM tak basi @ rosak.

kalu nak basuhpun boleh, seeloknya kena sterilkan terlebih dulu dan keringkan, mgkn bleh rendamkan ke dalam pil steril tp ia ambil lebih masa

wan nurul hezrina said...

ummi mmg kena tgk btul2kan cara penyimpanan nie..tq sudi kongsi info..ada yang nurul blum take note.kira sensitif jugak yang dah dibekukan ek?

umialya said...

hezrina
betul tu

Anonymous said...

klau susu yg dh dipam tp x mskkan dlm chille/peti sejuk pastu next session blh campur je x?

umialya said...

pn..
boleh cuma j/hayat susu tersebut tak lama, ia bertahan selama 4 jam pada suhu bilik (bergantung kpd tempat)

sebaiknya simpan terus ke dlm chille / cooler bag, sejukkan seketika dan bila agak2 suhunya sama sejuk, barulah dicampurkan susu tersebut.

Ummi Iman said...

Nice sharing

izan mama mia said...

bagus info ni

Wan Sariah said...

Ooo..baru fhm..

Wan Sariah said...

Ooo..baru fhm..

Anonymous said...

Salam akak.. Tumpang tanya..
Lepas sterile perlu x nak keringkan bf pump punya parts ngn botol2 smua? Sbb pakai sterelizer penuh air especially dlm botol. Kalo perlu, macamana nak keringkan supaya dia still in a sterile environemnt. Cthacam kalo saya lap pakai tisu dah Xsterile dah kan? Huhu..

umi alya said...

W.salam..
Adik boleh merujuk link di bawah, moga ia boleh membantu..

http://www.babycenter.com.my/a1045009/mensteril-perkakasan-penyusuan-botol

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink