Followers

Tuesday, January 12, 2010

Masalah Gangguan Akibat Kekurangan Iodin

Iodin merupakan zat makanan yang diperlukan oleh badan, ia adalah mikronutrien yang sangat penting dan diperlukan oleh tubuh untuk membentuk hormon tiroksin (T4) dan Triidodthyronine (T3). Hormon ini diperlukan oleh tubuh untuk tumbesaran dan perkembangan  saraf dan pembentukan sel-sel otak yang normal terutamanya pada bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kekurangan zat iodin boleh menyebabkan:- 
  •   GOITER  (di mana kelenjar tiroid akan membesar) Dalam erti kata lain ialah BEGUK.
  • Kekurangan iodin yang teruk memberi kesan kepada fetus, bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.
Di kalangan kanak-kanak, kekurangan iodin yang teruk boleh menyebabkan:-
  •  mereka mempunyai ciri-ciri kerdil (Terbantut pembesaran)
  • Kerencatan mental (Jika disebabkan oleh kekurangan iodin, ia  masih boleh dicegah melalui pengambilan iodin harian yang mencukupi semasa hamil.
  • Lembab dalam pelajaran
  • Kurang cergas
  • Pekak dan Bisu
  • Lemah anggota badan
p/s: Kekurangan iodin yang teruk memberi kesan kepada fetus, bayi, kanak-kanak dan orang dewasa.

a-Punca Masalah Gangguan Akibat Kekurangan Iodin ( Iodine Deficiency Disorders)
  1. Tidak /kurang memakan makanan beriodin
  2. Pengambilan makanan bergoitrogen yang tinggi seperti ubi kayu, keledek, rebung dan kubis
Makanan yang kaya dengan iodin
  • Makanan laut seperti ikan, sotong, udang,ketam dan rumpai laut
  • Sayur-sayuran
  • Daging, telur, hasil tenusu
  • Roti dan bijirin
  • Buah-buahan
p/s:- Kandungan iodin di dalam tanah sangat rendah berbanding dengan kandungannya di dalam laut. Oleh itu, iodin di dalam sayur-sayuran adalah berbeza, bergantung kepada kandungan iodin di dalam tanah di mana ianya ditanam

Apakah BEGUK (GOITER)
Merupakan pembengkakan pada leher yang disebabkan pembesaran pundi tiroid. Apabila badan tidak mendapat iodin yang secukupnya, saiz tiroid akan membesar.

CARA MELAKUKAN PALPASI KELENJAR TIROID
  • Pemeriksaan dilakukan ditempat yang terang
  • Pemeriksaan berdiri @ duduk berhadapan dengan subjek,
  •  letakkan kedua-dua ibu jarinya pada kedua-dua belah trakea beberapa sm di bawah tulang halkum dan rasa dengan perlahan-lahan kelenjar tiroid 
GRED GOITER (BEGUK)
Gred goiter yang diayorkan oleh WHO / ICCIDD (1994) adalah seperti berikut:

Gred                     Keterangan

0                          Tiada goiter

1                           Ada goiter : Goiter boleh dirasa tetapi tidak boleh dilihat apabila leher dalam posisi normal
2                           Ada goiter : Goiter boleh dirasa dan boleh dilihat

NOTA :-

Janin dalam kandungan memerlukan bekalan iodin yang berterusan untuk pembesaran yang normal dan pertumbuhan otak. Hanya tubuh ibunya sahaja yang dapat membekalkan iodin yang diperlukan ini. Sekiranya ibu mengalami kekurangan iodin, maka bayinya turut terlibat.

Jika kekurangan iodin seseorang ibu adalah teruk, otak bayi turut terjejas, tubuh terbantut dengan serius dan berkekalan

PENCEGAHANNYA
  1. Ambil makanan yang kaya dengan iodin
  2. Menggunakan garam beriodin
  3. Menggunakan air beriodin


      4.      Elakkan pengambilan makanan bergoitrogen


GARAM IODIN

Rasional Penggunaan
Garam adalah bahan yang sesuai untuk penambahan iodin dan rasionaln penggunaan garam beriodin sebagai kaedah untuk pengawalan gangguan akibat kekurangan iodin adalah kerana:

• Garam adalah bahan yang digunakan oleh kebanyakan peringkat masyarakat, tidak mengira status ekonomi. Ianya digunakan di dalam amaun yang hampir sama di sepanjang masa.
• Garam beriodin adalah garam biasa yang mengandungi unsur-unsur iodin samada dalam bentuk potasium atau sodium iodida atau iodat. Penambahan ini tidak memberi apa-apa perubahan kepada rupa, rasa dan bau.
• Proses penyediaan garam beriodin adalah mudah dan tidak menghasilkan reaksi kimia yang memudaratkan.
• Kos untuk proses pengiodinan adalah murah jika dikira dari kos/berat/perkapita.
Oleh itu, pengambilan garam beriodin yang berterusan merupakan satu kaedah yang terbukti kukuh untuk melindungi kesan-kesan daripada gangguan akibat kekurangan iodin.

Kaedah Penyimpanan

• Bungkusan garam beriodin hendaklah disimpan berasingan dari garam yang tidak beriodin
• Garam beriodin perlu disimpan dalam bekas kaca atau plastik yang boleh ditutup rapat.
• Pengguna dinasihatkan cara untuk menyimpan garam beriodin dengan betul bagi mengelakkan dari terdedah secara langsung kepada lembapan, kepanasan dan cahaya matahari.(Jangan letak berdekatan dengan api dapur)
• Tambahkan garam sebaik sahaja  memadamkan api atau pada akhir masakan
- Jumlah garam secukup rasa
• Sebaik-baiknya tambahkan garam pada masakan sebelum menghidangkan

  • Tutup periuk untuk mengelakkan iodin keluar melalui wap
    Nota; kehilangan iodin dalam masakan mengikut cara masakan sebelum menghidangkannya
Kadar Kehilangan Iodin Dalam Masakan (Mengikut cara masakan ) seperti:

• Kira-kira 20% iodin dalam masakan hilangan semasa menggoreng dan memanggang
• Kira-kira 58% hilang jika merebus
• Lebih iodin dapat dikekalkan jika makanan tersebut dipanggang dengan cepat

Air Beriodin

Rasional Penggunaan Air Beriodin
Air merupakan keperluan asas dalam kehidupan. Oleh kerana setiap orang menggunakan air termasuk bayi dan kanak-kanan, air merupakan agen pembawa iodin yang sesuai.

Penggunaan air beriodin dapat memastikan bekalan zat iodin secara berterusan dalam dos yang terkawal. Ia sangat sesuai untuk penduduk di kawasan pendalaman terutamanya yang mempunyai masalah bekalan garam beriodin

Iodinator
Merupakan sistem pengiodinan air minuman untuk sistem graviti feed, bekalan air awam dan telaga terkawal sambungan ke rumah.

GOITROGEN

Goitrogen adalah sejenis bahan yang menghalang penyerapan iodida oleh kelenjar tiroid, menyebabkan pembengkakkan kelenjar tiroid atau goiter

Bahan ini biasanya ditemui didalam:-
Kobis
Brokoli
Bunga kobis
Rebung
Pucuk ubi kayu
ubi kayu                                  

KAEDAH MENGURANGKAN GOITROGEN DI DALAM MAKANAN

• Ubi Kayu

Ubi kayu mengandungi paras cyanogenic glycosides yang tinggi. Ia boleh dikurangkan melalui kaedah penyediaan yang berikut:

1. Mengupas kulit ubi kayu
2. Membasuh di bawah air yang mengalir
3. Parut ubi kayu dan dedahkan ke udara selama 1 jam
4. Masak ubi kayu yang telah diparut ATAU
5. Fermentasi (ditapaikan)

• Kobis, pucuk ubi kayu, rebung (Lain-lain brassica yang mengandungi glukosinolates yang tinggi)


Ia boleh dikurangkan dengan cara:
1. Racik halus
2. Rendam dalam air selama 1 jam
3. Masak

KESAN BERLEBIHAN IODIN

Pengambilan iodin yang berlebihan jarang meninggalkan kesan sampingan. Walau bagaimanapun kesan yang pernah dilaporkan adalah:

1. Ruam dikulit dan akne yang disebabkan oleh pengambilan garam beriodin
2. Hipotiroidism pernah terjadi di kalangan individu yang mengalami Hashimoto thyroiditis hyphothyroidism selepas pengambilan melebihi 500 – 3000ยต g sehari
3. Hipertiroidism

2 komen yang kalian berikan, tqsm..:

ayu said...

salam kak tini, boleh ayu share juga artikel dari akak ni kat blog ayu plak...banyak info2 menarik ni kak..terima kasih...

umialya said...

ayu..
silakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
COPYRIGHT AND TEMPLATE DESIGN ALL RIGHT RESERVED BY CIK ROSE CUTE wink